Isnin, 15 Mac 2010

Pengajian am - pengenalan bahagian D

Teknik Menjawab Soalan Pengajian Am

BAHAGIAN D
*Jawab satu soalan drpd 2.
*sediakan media yg sesuai
*Bentuk-bentuk grafik :
1. Graf bar (kompaun / komponen)
2. Graf garis (kompaun / komponen)
3. Graf gabungan bar dengan garis
4. Graf piramid / berpasang (kompaun / komponen)
5. Carta Pai (tunggal, berbanding atau silinder)
6. Graf bar memesong atau imbangan

BENTUK / JENIS SOALAN
1. Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf garis yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) antara tahun 2000 hingga 2004.
Media : graf garis komponen

2. Dengan menggunakan maklumat di bawah, lukis carta pai perbandingan untuk menunjukkan jumlah pelancong mengikut negara asal bagi tahun 1997 dan 2002.
Media : carta pai perbandingan

3. Berdasarkan petikan yang diberikan, sediakan satu graf garis yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport setiap barangan pembuatan dari tahun 1999 hingga 2003.
Media : graf garis kompaun

4. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perubahan kadar guna tenaga wanita dalam pelbagai sektor pekerjaan pada tahun-tahun yang dinyatakannya.
Media: graf garis kompaun

5. Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih pada 2004 dan 2005
Media : Graf piramid kompaun

6. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, dan import serta harga petroleum mentah Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2006.
Media : Graf gabungan (bar kompaun)


MAKLUMAT DALAM SOALAN

1. MEDIA (JELAS / KABUR)
2. ISU (CTH : KADAR PERTUMBUHAN EKONOMI)
3. TEMPAT (MALAYSIA, PERAK)
4. TEMPOH (TAHUN)
5. TUJUAN



TAJUK MEDIA

*Tedapat 3 perkara penting dalam tajuk :
1. Tempat (Malaysia, Perak)
2. Perkara (guna tenaga dalam sektor)
3. Tempoh (tahun, penggal)
*sekiranya 1 daripada 3 perkara ini salah markah akan dipotong.


NILAI ATAU ANGKA DALAM MEDIA



CARTA PAI

*mesti dalam nilai %
*boleh ditulis di dalam atau di luar sektor
*tulis angka dengan jelas
*simbol angka mesti ditulis dengan jelas selepas angka
*elakkan menulis angka mutlak di dalam sektor

MAKLUMAT PENTING DALAM CARTA PAI

*TAJUK
*TEMPOH
*PERATUS DALAM SETIAP SEKTOR
*JUMLAH BESAR
*NISBAH JEJARI
*PETUNJUK
*SUMBER


MAKLUMAT PENTING DALAM GRAF

*TAJUK
*LABEL PERKARA / UNIT PAKSI
*TITIK ORIGIN "SUDUT PAKSI '0' "
*SKALA
*PETUNJUK
*SUMBER









PANDUAN MENENTUKAN MEDIA


1. GRAF BAR PIRAMID

*terdapat 3 elemen dalam soalan dan 1 elemen mesti berpasang

Contoh soalan :
Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih pada 2004 dan 2005
Elemen :
1. nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara
terpilih.
2. Tahun 2004
3. Tahun 2005

Elemen berpasang :
1. jenis barangan
2. negara-negara






2. GRAF BAR GABUNGAN

*terdapat 2 elemen dan nilai yang berbeza

Contoh soalan :
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, dan import serta harga petroleum mentah Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2006.
Elemen :
1. Kuantiti pengeluaran, eksport dan import
2. Harga petroleum mentah
Nilai :
1. nilai untuk kuantiti pengeluaran, eksport dan import
2. nilai untuk harga petroleum mentah






jenis media grafik

1. Carta Pai Bertingkat
Contoh Item:
Komponen barangan eksport dan negara pengimport
Carta Pai yang sesuai ialah Carta Pai Bertingkat
Rasional: 2 item yang berbeza iaitu barangan dan negara



2. Carta Pai Berbanding / 2 buah pai berasingan
Contoh Item:
Perbandingan item yang sama bagi barangan sama ada import, eksport atau pengeluaran yang mempunyai perbezaan
• tahun, cth. Tahun 2000 dan 2005(anggaran) atau
• negara, cth. Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak atau
• tempoh tertentu contoh Rancangan Malaysia Ke 5 dan Rancangan Malaysia Ke 6
* ingatan :
Jumlah keseluruhan bagi setiap pai perlu dibubuh dan disemak sebelum menghantar jawapan. Kecuaian yang sedikit menjejaskan keseluruhan markah graf anda

3. Graf Bar Piramid
Contoh Item:
a. kadar kemiskinan
b. etnik
c. luar bandar dan bandar
d. tahun
ATAU
a. bandar dan luar bandar
b. jantina
c. etnik
d. ijazah/diploma
• graf yang sesuai ialah graf bar piramid
Rasional: sekurang-kurangnya 4 item, Jika 3 butiran- graf bar biasa


4. Graf Bar/Garis Komponen
Petunjuk yang digunakan – ada perkataan
• Komponen
• Jumlah
Sekiranya tidak ada ada – graf bar kompaun


5. Graf Garis kompaun
Sekiranya soalan tidak menyatakan jenis graf tetapi
• ada perkataan pola atau
• ada perkataan menunjukkan aliran
medium yang sesuai ialah graf garis kompaun



6. Graf Bar Gabungan
Contoh Item:
a. Kuantiti – unit tan metrik
b. harga/pendapatan – unit RM
ATAU
a. bilangan kenderaan – unit buah
b. pungutan tol – unit RM
• pastikan graf bar Kompaun atau komponen dan bergabung dengan
• graf garis kompaun atau komponen (rujuk petunjuk bagi menentukan medium)
Rasional: 2 unit yang berbeza tidak boleh berada pada satu paksi yang sama




Graf Bar Imbangan
Sekiranya soalan memerlukan pengiraan perubahan peratus
Rasional: kemungkinan jawapan bagi nilai perubahan yang dikira adalah dalam bentuk negatif dan positif
NOTA: selain daripada yang di atas ia mungkin graf bar kompaun atau graf garis kompaun bergantung kepada Kehendak Soalan. Oleh itu berhati-hati semasa menentukan jenis medium yang dikhendaki oleh soalan.

22 ulasan:

  1. bagaimana nak tentukan skala yang sesuai utk graf bar dan garis?

    BalasPadam
  2. tengok lebar dan panjang kertas . berapa centimeter dapat. basikan 4 atau 5 centimeter untuk bahagian petunjuk. bahagian petunjuk tak payah besar sangat . kalau bendanya banyak buat dua barisan.

    baki kertas bahagian atas basikan 2 centimeter untuk tajuk graf.

    bahagian tengah ialah bahagian media kita. jadi jumlah centimeter biasanyanya dalam 14-16 centimeter aja. kemuadian ambik angka yang paling besar sekali bagi dengan jumlah centimeter yang kita ada tu . jangan banyak sangat lebih .

    kalau saya ajar saya akan buat lipatan terlebih dahulu. terus bahagikan 3 bahagian agar budak tak lupa. kemudian buat paksi x dan y baru kita buatkan skalanya .

    kalau kita tak kira jumlah besar / angka besar nanti graf kita nampak kecik atau besar sangat.

    rasanya cikgu faham. kalau tak faham email saya ajaklenga@yahoo.com

    BalasPadam
  3. macam mana nak kira jejari untuk carta pai bandingan ?

    BalasPadam
  4. sorry dah lama tak semak bahagian ulasan

    1. jumlahkan angka pada tahun x dan y
    2. tentukan mana yang lebih banyak x atau y
    3. jadikan yang kecil sebagai 1 : 1
    4. tahun yang besar bahagikan dengan tahun yang kecil.
    5. masa lukis tahun kecil katakan 1 : 3 cm
    jadi tahun yang besar ( no 4 ) darabkan dengan 3 cm tadi . jadi skala kita mesti jadi 2 carta pai yang berbeza...

    ada faham ke ?

    BalasPadam
  5. cikgu, jika kiraan nisbah salah mengakibatkan saiz pai kedua lebih kecil.

    jadi markah maximun berapa??

    BalasPadam
  6. jika tidak menulis PERATUS DALAM SETIAP SEKTOR ? menolak berapa markah ?

    BalasPadam
  7. periksa dah berlalu.....

    kalau boleh maklumat dalam carta kena ada semua sekali untuk dapat markah yang baik. itu semua orang tahu. masalahnya jika jumlah semua betul kalau carta pai bandingan ( jumlah atas / tahun ) tak ada makna jika tiada peratus dalam carta pai yang dipersembahkan. kalau awak ada tunjukkan jalan kerja macam mana dapat peratus yang biasanya kita buat awal sebelum lukis carta pai betul itu mungkin sedikit membantu.
    saya tak boleh agak berapa markah awak boleh dapat.

    1. isi yang perlu betul
    - tajuk/ tahun / jumlah / lebar / kira jejari/ petunjuk / ini ada bahagian markah masing-masing.

    BalasPadam
  8. lalafat .... sorry saya sibuk sekarang.
    saiz carta pai mesti ikut skala yang kita dah bagi pada bahagian bawah carta pai sebelum kita lukis dan warnakan carta pai tu.kalau tyak jauh sangat inci rasanya tak kena tolak markah . kalau memang jauh sangat incinya susah nak dapat markah. mungkin boleh dianggap salah

    BalasPadam
  9. tak apalah , cuba sebaik mungkun esok .. pa1 ..
    terima kasih cikgu

    BalasPadam
  10. kadar perubahan bilangan....tapi soalan tue bagi 2 tahun jer...graf bar atau graf garis....
    terima kasih....

    BalasPadam
  11. salam,, cikgu boleh ajar cara mengira jejari?? saya kurang faham..

    BalasPadam
  12. kalau carta pai satu sahaja boleh gunakan apa sahaja skala jejari.

    kalau ada 2 carta pai

    jumlah kecil bahagi yang besar
    dapat x
    darabkan x dengan berapa cm kita katakan 3 cm
    lukis carta painya


    langkah seterusnya
    untuk yang besar pulak

    jumlah besar bahagi jumlah kecil
    katakan dapat y
    y darabkan dengan 3 cm tadi

    jadi keadaan carta pai kita akan ada dua biji yang tak sama besar
    jangan lupa tuliskan skala berapa cm

    BalasPadam
  13. Ckgu kalau skala melampau besar ?
    ada kah markah akan terjejas ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak kisah
      asalkan skala itu boleh dilukis pada graf kita sama ada untuk pai atau bar.
      kiraan kita dengan skala tu kena betul dari segi perbezaan antara carta/ graf a dengan b / satu lagi

      Padam
  14. laman ini masih aktif ke ?

    BalasPadam
  15. saya dah tukar sekolah baru. dah lima tahun. tak mengajar lagi pengajian am. kalau nak tunjuk sikit-sikit mungkin boleh.

    BalasPadam
  16. cikgu macam mana nak kenal kata kunci untuk setiap graf
    boleh tak tunjukkan macam mana nak kenal pasti kata kunci untuk setiap graf

    BalasPadam
    Balasan
    1. maafkan saya. saya dah lama tak mengajar pengajian am. jadi takut ilmu tu dah karat sikit. dalam ingatan saya
      klu pertama ianalh carta , klu kedua ialah graf dan ketiga biasanya perkataan jumlah.
      untuk carta - awak boleh senaraikan segala jenis carta sama juga dengan graf. daripada situ kita buat kesimpulan sama ada dianya untuk dijawab carta atau graf.
      untuk perkataan jumlah ianya selalu merujuk kepada carta x / graf x bersifat komponen . setakat ni saya boleh terangkan.

      cara study.
      1. cari soalan
      2. cuba jawab sama ada dia jenis yang sesuai dengan kehendak soalan ( jangkakan apa carta/graf yang dimaksudkan - tulis aja bukan buat.
      3. kirakan jumlah yang awak betul katakan untuk 15 kali latihan
      4. kalau awak dah betul semua baru awak boleh dikira mantap.

      Padam
  17. assalamualaikm ckgu.klu soalanny sperti d bwah mcmana nk bwat?

    brdasarkan mklumat yg dbrikan dalam petikan di bwh,sediakan graf yg dlporkan dan diselesaikn bagi tempoh yg dnyatakan.

    BalasPadam
  18. dan yg ini...

    brdsrkn mklumat yg dbrikn dlm ptikn di bwh, sediakn graf bar yg sesuai utk mnunjukkn jumlah ahli profesional yg brdftar mngikut profesion dan kumpulan etnik pada tahun 2003 dan 2005.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau saya masih ingat.....

      perkataan jumlah merujuk pada graf/ carta komponen
      kita boleh jangkakan bahawa ada dua graf bar komponen / dua bangunan bertingkat
      pda petunjuk masukkan apa profesionnya.
      mungkin ini jawapannya.

      Padam
  19. Cikgu, kalau saya terlupa letak skala dalam graf saya, berapa markah akan ditolak?

    BalasPadam