CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Isnin, 15 Mac 2010

malaysia dan hubungan antarabangsa

Faedah Yang Diperolehi Malaysia Sebagai Anggota Komanwel

• Mendapat bantuan pertahanan daripada negara-negara komanwel dalam menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya.
• Membuat perjanjian pertahanan dengan Britain, Australia dan New Zealand yang menjanjikan bantuan sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana pihak semasa Konfrontasi.
• Mengadakan kerjasama pertahanan dengan negara komanwel.
• Mesyuarat CHOGM memberi ruang untuk Malaysia membincangkan hal-hal kepentingan bersama.
• Menganjurkan mesyuarat CHOGM.
• Mengisytiharkan Deklerasi Langkawi yang bersepakat mengawal dan mengatasi pencemaran.
• Berpeluang menyuarakan penentangan terhadap dasar apartheid.
• Eksport Malaysia ke negara komanwel dikenakan cukai yang rendah.
• Rancangan Colombo menyediakan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan.
• Berjaya menganjurkan Sukan Komanwel 1998.

Matlamat Penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ((PBB)

• Menjamin keamanan dan keselamatan dunia
• Menggalakkan hubungan baik di kalangan negara anggota
• Bekerjasama menyelesaikan masalah antarabangsa
• Melindungi hak asasi manusia
• Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota

Peranan Malaysia Dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

• Membantu menyelesaikan konflik antarabangsa
• Menyertai pasukan pendamai PBB di Congo.
• Mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia untuk membantu negara itu mencapai kemerdekaan.
• Menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran – Iraq .
• Menghantar pasukan pemerhati ke Kampuchea.
• Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia.
• Menentang dasar aparteid.
• Menyarankan agar benua Antartika menjadi warisan dunia yang menjadi hak milik semua negara.
• Menjadi ahli Bank Dunia.
• Lantang memerangi gejala penyalahgunaan dadah.
• Dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB.
• Tan Sri Razali Ismail menjadi pengerusi Perhimpunan Agung PBB.
• Sebagai wakil PBB untuk menyelesaikan konflik politik Myanmar.
• Mendesak PBB menyelesaikan isu Palestin.

Peranan Malaysia Dalam Menegakkan Prinsip NAM

• Mengemukakan usul membela kepentingan negara membangun.
• Mengemukakan isu Palestin.
• Mengemukakan isu Antartika.
• Mengemukakan cadangan menghapuskan Dasar Apartheid
• Sebagai Naib Presiden dalam sidang kemuncak NAM di Belgrade
• Sebagai ahli G 16 yang membincangkan isu politik negara anggota.
• Menjadi tuan rumah sidang kemuncak NAM ke-13 pada 2003.
• Mengisytiharkan Deklerasi Kuala Lumpur untuk menghidupkan kembali NAM.
• Mengeluarkan pernyataan bersama tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika terhadap Iraq.

Matlamat Penubuhan OIC

• Menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan
• Menubuhkan Kumpulan 15
• Mengadakan sidang kemuncak G15 yang pertama di KL pada 1990
• Menagadakan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi
• Menubuhkan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan di KL
• Menubuhkan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global
• Menubuhkan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan

Peranan Malaysia Dalam OIC

• Tunku Abdul Rahman dipilih sebagai Setiausaha Agung OIC yang pertama
• Malaysia menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq
• Memberi sokongan kepada rakyat Palestin mendapatkan semula tanah air
• Menjadi tuan rumah persidangan OIC pada 1974 dan 2003
• Menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara Islam pada 2002
• Menawarkan biasiswa kepada pelajar dari negara OIC yang belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
• Mengsyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam dalam urusan perdagangan


Faedah Yang Dinikmati Oleh Malaysia Sebagai Anggota OIC

• Mendapat pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam bagi melaksanakan projek untuk rakyat
• Mendapat bantuan untuk menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
• Mendapat penghormatan negara anggota lain kerana serius dalam memperjuangkan hak dan kebajikan negara Islam
• Ketokohan pemimpin Malaysia terserlah melalui dasar Malaysia yang mengutamakan keamanan dan kesejahteraan.

Matlamat Penubuhan ASEAN

• Mengekalkan kestabilan politik rantau Asia Tenggara.
• Membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan.
• Meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian.
• Memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan.
• Mengadakan hubungan erat dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa.

Peranan dan Sumbangan Malaysia Sebagai Anggota ASEAn

• Menandatangani Deklerasi Kuala Lumpur pada November 1971.
• Memberi kata sepakat mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
• Mengatasi masalah pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea.
• Turut serta dalam mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea.
• Membuat keputusan ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear.
• Mengisytiharkan larangan menggunakan perairan dan pelabuhannya untuk mana-mana kapal yang mengangkut bahan atau senjata nuklear.
• Bekerjasama dalam projek perindustrian, contohnya projek baja urea.
• Menyertai kerjasama ekonomi melalui AFTA.
• Mengemukakan idea mewujudkan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) bagi memperluaskan kerjasama ekonomi yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan.
• Menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama ASEAN + 3.
• Memberikan kerjasama dalam bidang pendidikan dengan menyertai Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO).
• Membina Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.
• Mengadakan kerjasama dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian.
• Bersama-sama menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN.
• Mengadakan pertukaran rancangan televisyen dan radio.
• Menganjurkan Sukan SEA.
• Menjalinkan kerjasama menyertai Tahun Melawat ASEAN 1992.

Ciri-Ciri Negara Selatan

• Pernah dijajah oleh kuasa Barat
• Masih bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah
• Tidak mempunyai kepakaran
• Tidak mempunyai modal untuk memproses bahan mentah menjadi barang siap
• Dibebani syarat perdagangan yang tidak adil
• Harga bahan mentahnya dikawal oleh negara maju
• Menanggung kadar faedah yang tinggi terhadap pinjaman yang diberikan

Matlamat Penubuhan Negara-Negara Selatan

- Mengatasi harga eksport bahan mentah
- Meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal di kalangan negara anggota
- Mengurangkan pergantungan kepada negara maju

Peranan Malaysia Dalam Negara-Negara Selatan

• Menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan
• Menubuhkan Kumpulan 15
• Mengadakan sidang kemuncak G15 yang pertama di KL pada 1990
• Menagadakan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi
• Menubuhkan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan di KL
• Menubuhkan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global
• Menubuhkan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan

5 ulasan:

  1. info yang menarik cikgu

    http://zyteme.blogspot.com/

    http://ohdakwah.blogspot.com/

    http://ohbacklink.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. isi yang berguna untuk saya membuat karangan di thesis malaysia

    BalasPadam
  3. aslam cikgu..maaf saya nak minta isi dari laman ini..terima kasih cikgu

    BalasPadam