CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 23 Mac 2010

isu disiplin pelajar

Isu : masalah disiplin pelajar

Sejak kebelakangan ini, masalah disiplin pelajar sering dilaporkan. Kegiatan gangsterisme, kongsi gelap, peras ugut dan pergaduhan semakin berleluasa. Terdapat banyak pihak telah memberi cadangan bagi membendung masalah tersebut. Bincangkan.

Mulakan karangan dengan membuat pengenalan
• Masalah disiplin semakin serius

Isi dihurai mengikut kaedah induktif dimana isi diikuti dengan huraian:
1. Didikan agama dan moral
• beriman
• dapat membeza baik dan buruk
• dapat mengawal hawa nafsu

2. Peranan ibu bapa
• luangkan masa
• kawal aktiviti luar
• pastikan tidak bergaul dengan rakan-rakan yang tidak berakhlak
• sebagai role model

3. Kawalan pusat-pusat hiburan
• kongsi gelap
• mesti jauh dari kawasan sekolah
• serbuan polis
• masa dihadkan

4. Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat
• Membentuk semula kepercayaan sekolah adalah tempat paling sesuai untuk membentuk sahsiah.
• Ketegasan bersalutkan kasih sayang

5. Hukuman merotan
• Kepada samseng yang tidak dengar nasihat memberi kesan.
• Kesakitan menimbulkan perasaan takut dan malu

6. Mengenalpasti dan mendokumentasi kumpulan gengsterisme
• kepolisan merupakan tindakan yang efektif
• gerak geri diperhatikan
• taktik pemerhatian akan dapat mengumpul bukti dan penyiasatan dibuat

Kesimpulan yang sesuai...
pastikan karangan dibuat dalam 6 perenggan, 250 - 300 pp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan