CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 23 Mac 2010

latihan

Soalan 1

“ Masyarakat dunia amnya menyedari serta mengakui hidupan liar adalah salah satu komponen penting dalam ekosistem semula jadi. Peredaran zaman dan pembangunan yang dilaksanakan menyebabkan kawasan hutan atau habitat hidupan liar semakin kecil dan sempit.” (Dipetik dan diubahsuaikan daripada

Rosta Harun, Era Hijau Keluaran No. 3, 2006)
(i) Mengapakah habitat hidupan liar semakin terancam?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan kepentingan hutan sebagai habitat hidupan liar.

Jawapan
a) i) ekoran daripada kemajuan sesebuah dan kehidupan moden
ii) Kepentingan hutan sebagai habitat hidupan liar
1) Sebagai sumber makanan / siratan makanan
2) Sebagai tempat perlindungan / tempat tinggal
3) Sebagai tempat pembiakan
4) dapat mengekalkan ekosistem hutan
5) dapat mengelakkan kepupusan hidupan liar akibat aktiviti manusia seperti perburuan

Pendekatan Jawapan : Pilih mana-mana 2



Soalan 2



“ Orang menilai mutu perkhidmatan awam daripada keburukannya, kerana pada pandangan mereka kakitangan awam sememangnya dituntut memberikan perkhidmatan yang baik. Ini harapan yang biasa, kakitangan awam mesti cekap, berkesan, dan memberikan khidmat dengan cepat. Umumnya, orang ramai sememangnya menghargai perkhidmatan yang baik tetapi tidak ditonjolkan kerana ia memang suatu yang diharapkan. Sebaliknya, jika harapan itu tidak dipenuhi, ia akan mendapat perhatian.”

(Dipetik dan diubah suai daripada wawancara dengan

Ketua Setiausaha Negara; dalam Mingguan Malaysia, 30 Januari 2005)

(i) Terangkan persepsi masyarakat terhadap perkhidmatan awam.

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan langkah-langkah yang berkesan untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan awam di Malaysia.

Jawapan

a ) i) masyarakat berpendapat bahawa sektor perkhidmatan awam wajib
menyediakan khidmat yang efisien
ii) langkah-langkah untuk memperkasakan kecemerlangan perkhidmatan awam
1) meningkatkan kecekapan sumber manusia melalui latihan
2) meningkatkan penggunaan teknologi
3) memberikan penghargaan
4) pemantauan oleh ketua-ketua jabatan
5) mengurangkan karenah birokrasi pentadbiran
6) melaksanakan program-program peningkatan kualiti kakitangan awam seperti Program Kualiti dan Produktiviti, ISO
7) memberi khidmat rundingan pengurusan kepada organisasi kerajaan

Pendekatan Jawapan : Pilih mana-mana 2


Soalan 3
“ Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Niosh) mahu jabatan dan agensi kerajaan selain sektor swasta mengamalkan budaya penyelenggaraan yang cekap selaras prinsip integriti bagi menjamin keselamatan pekerja. Kecekapan penyelenggaraan boleh mencegah berlakunya kemalangan atau kecederaan di tempat kerja.”

(Dipetik dan diubah suai daripada artikel oleh Irwan Shafizan Ismail, 21 Mei 2007, Berita Harian)
(i) Apakah kepentingan sistem penyelenggaran yang cekap?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi ketidakcekapan penyelenggaraan.

Jawapan

i) penyelenggaraan yang efisien dapat memastikan pekerja-pekerja selamat
daripada risiko kemalangan atau kecederaan
ii) faktor-faktor yang mempengaruhi ketidakcekapan penyelenggaraan
1) sikap sambil lewa kontraktor terhadap masalah yang dilaporkan di tempat kerja
2) kontraktor tidak beretika sehingga mengabaikan kualiti kerja
3) kurangnya pemantauan dan pemeriksaan oleh pihak berkuasa terhadap projek-projek pembinaan yang siap dan separuh siap
4) kontraktor yang tidak berkelayakan / mendapat tender melalui rasuah
5) kontraktor yang mengaut keuntungan semata-mata sehingga mengabaikan kualiti bahan

Pendekatan Jawapan : Pilih mana-mana 2

Soalan 4


“ Selesema burung berpunca daripada 15 sub-jenis virus selesema influenza A, iaitu sub-jenis selesema burung avian influenza. Selesema burung boleh menjangkiti manusia melalui sentuhan secara langsung dengan burung liar atau burung yang diternak melalui cecair pernafasan, bahan kumuhan, dan persekitaran yang tercemar.”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada http://agrolink.moa.my/jph/kelantan/avian.html)
(i) Nyatakan punca penyakit selesema burung?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan bincangkan cara penyebaran penyakit selesema burung.

Jawapan

i) disebabkan virus avian influenza yang disebarkan oleh unggas
ii) Cara-cara penyebaran virus selesema burung
1) jangkitan melalui sentuhan secara langsung seperti bahan kumuhan, air liur, dan hingus burung
2) melalui tikus atau lalat yang terkena najis yang mengandungi virus H5N1
3) Pasar tempat ayam hidup dijual / perdagangan ayam hidup dan burung liar
4) Penghijrahan burung atau unggas dari satu tempat ke tempat
5) Melalui makanan yang tercemar, air, peralatan sangkar, dan pakaian

pendekatan Jawapan : Pilih mana-mana 2

Soalan 5

“ Bagaikan virus berbahaya, rasuah menyusup ke mana-mana sahaja dan menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dan pangkat. Sekiranya tidak dibanteras, penyakit ini boleh menggagalkan banyak rancangan kerajaan, malah pada tahap yang paling buruk rasuah boleh melumpuhkan negara.”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada

http:/ms.wikipedia.org/wiki/Badan_Pencegah_Rasuah)
(i) Mengapakah gejala rasuah harus dibanteras.

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan kesan amalan rasuah.

Jawapan

a) i) rasuah harus dibanteras kerana amalan ini menyebabkan projek-projek
pembangunan tidak dapat dijalankan sehingga menghalang kemajuan negara
ii) implikasi negatif amalan rasuah :
1) meruntuhkan sistem pemerintahan negara
2) membahayakan nyawa kerana kualiti projek pembinaan yang rendah
3) menjejaskan imej individu atau negara
4) mewujudkan ketidakadilan dalam masyarakat
5) mewujudkan masyarakat materialistik
6) mewujudkan ketidakadilan dalam penguatkuasaan undang-undang
7) menggadaikan kesetiaan terhadap negara


Pendekatan Jawapan : Pilih mana-mana 2



“ Malaysia perlu memastikan tahap pencapaian tinggi ahli sukan negara yang bakal menyertai sebarang edisi sukan di peringkat antarabangsa. Hal ini bukan sekadar mengelakkan ketidakseimbangan dengan atlet lain yang mungkin bertaraf bintang, tetapi lebih daripada itu untuk menjaga maruah negara. Hanya pencapaian yang memberangsangkan mampu meningkatkan pencapaian pungutan pingat dan seterusnya imej negara di persada dunia.”

(Dipetik dan diubah suai daripada

Mingguan Malaysia, 24 April 2005)

(i) Apakah yang anda faham dengan maksud perkataan ‘pencapaian yang memberangsangkan.’

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan kepentingan sukan kepada pembangunan sosial masyarakat.

Jawapan

i) keputusan yang cemerlang dalam setiap kejohanan sukan di peringkat
antarabangsa dengan pungutan yang baik
ii) kepentingan sukan dalam pembangunan sosial :
1) melahirkan masyarakat yang sihat
2) meningkatkan imej negara
3) memupuk perpaduan dalam masyarakat dan negara
4) sebagai alat pembina sahsiah
5) meningkatkan taraf hidup masyarakat/peluang pekerjaan

Pendekatan Jawapan : Pilih mana-mana 2韩冰

Soalan 6

“Industri farmaseutikal melibatkan pengurusan dan pengagihan ubat-ubatan oleh ahli-ahli yang berpengetahuan dan pakar dalam menentukan ubat-ubatan yang terbaik bagi rakyat. Di samping itu, industri ini menghasilkan produk-produk baru untuk mengubati penyakit-penyakit yang sukar diubati.”

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada http://www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/k...97/kosmik9.html)
(i) Apakah yang anda faham tentang industri farmaseutikal?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, bincangkan peranan industri farmaseutikal dalam sistem penjagaan kesihatan.

Jawapan
a) i) Industri farmaseutikal berkaitan dengan pengendalian dan
pembekalan serta penciptaan ubat-ubatan oleh ahli farmasi
ii) Peranan :
1) Penyelidikan dan pembangunan dalam industri perubatan
2) Memastikan keselamatan dan kesahihan ubat-ubatan baru
3) Memastikan pengagihan ubat-ubatan secara meluas dengan kos
yang berpatutan
4) Menjamin penjagaan kesihatan masyarakat dengan penghasilanh ubat-
ubatan yang bermutu
5) Mendaftar dan meluluskan produk-produk baru sebelum dipasarkan

Pendekatan Jawapan : Pilih mana-mana 2


Soalan 7
Teori biologi menunjukkan bahawa sekiranya seseorang itu terdedah kepada sebarang penggantungan ubat dan penagihan dadah, maka ia akan memberi kesan kepada mekasnisme fizikal mereka. Mereka akan mengalami ketidakseimbangan metabolik dalam badan yang membawa kepada masalah ketagihan narkotik. Kombinasi gen tertentu di dalam badan akan memberi kesan yang berbeza semasa menggunakan dadah.”

(Dipetik dan diubahsuai daripada Dewan Kosmik, Mei 2004)

(i) Apakah yang anda faham mengenai kesan penagihan dadah dari aspek biologi?
(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, selain faktor genetik, jelaskan faktor-faktor lain yang mempengaruhi tingkah laku penyalahgunaan dadah.”

Jawapan
i) menyebabkan ketidakstabilan metabolisme dalam tubuh seseorang dan
perubahan bentuk fizikal
ii) 1) psikologi – memudahkan mereka membuat sesuatu kerja
2) stres – untuk melupakan sesuatu masalah
3) rakan sebaya – keseronokan
4) kurangnya perhatian atau kawalan daripada ibu bapa
5) penguatkuasaan undang-undang yang longgar
Pendekatan Jawapan : Pilih mana-mana 2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan