Soalan 6
Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan jumlah guna tenaga dan buruh Malaysia bagi tahun-tahun yang dinyatakan.
Jumlah guna tenaga dan buruh sesebuah negara bergantung kepada perkembangan ekonomi negara berkenaan. Pada tahun 1995, jumlah guna tenaga dan buruh Malaysia ialah 6,621,000 orang, iaitu peningkatan sebanyak 996.4 ribu orang berbanding dengan lima tahun sebelumnya.
Pada tahun 1990, sejumlah 1,759,600 orang bekerja dalam sektor pertanian dan bilangan ini meningkat sebanyak 78 ribu orang lima tahun kemudiannya. Sebaliknya, dalam sektor perlombongan dan kuari, jumlah guna tenaga dan buruh yang terlibat merosot sebanyak 5.3 ribu orang pada tahun 1995 berbanding dengan bilangan tahun 1990 yang mencatatkan 44.4 ribu orang.
Jumlah guna tenaga dalam sektor perlombongan dan kuari berkurangan kerana banyak lombong telah ditutup. Hal ini disebabkan oleh kelemahan harga yang berlarutan di samping kos operasi yang semakin tinggi. Simpanan yang merosot serta berkurangnya bijih yang bermutu tinggi di lombong-lombong yang sedia ada adalah faktor-faktor yang menyebabkan kejatuhan pengeluaran dan penutupan lombong. Kesannya, tenaga kerja terpaksa dikurangkan.
Sektor perkilangan dijangka mencatat jumlah guna tenaga dan buruh yang terbanyak menjelang tahun 1995. Pelaburan modal yang diluluskan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia menunjukkan nisbah modal bagi pekerjaan dalam sektor perkilangan telah meningkat daripada 7 peluang pekerjaan untuk setiap juta ringgit pelaburan yang diluluskan pada tahun 1994 kepada 14 peluang pekerjaan pada tahun 1995. Berikutan dengan peralihan itu ialah bertambahnya permintaan untuk pekerja-pekerja mahir dan separuh mahir.
Sektor perkilangan menunjukkan peningkatan sebanyak 434.8 ribu orang pada tahun 1995 yang mencatatkan jumlah guna tenaga 1,290,200 orang berbanding dengan bilangan pada tahun 1990. Sementara itu, jumlah guna tenaga sektor pembinaan pula merosot dari tahun 1995 yang berjumlah 429.4 ribu orang kepada 426.9 ribu orang.
Jumlah guna tenaga dan buruh dalam bidang kewangan dan insurans berjumlah 198.9 ribu orang pada tahun 1990. Pada tahun 1995 pula, jumlah ini bertambah sebanyak 32.4 ribu orang berbanding dengan tahun 1990. Sektor pengangkutan dan perhubungan juga turut menampakkan peningkatan guna tenaga dan buruh sebanyak 41.1 ribu orang pada tahun 1995 berbanding dengan tahun 1990 yang mencatatkan 244.3 ribu orang.
Pada tahun 1990, sektor perkhidmatan kerajaan menggunakan sejumlah 819.5 ribu orang guna tenaga dan buruh berbanding 850.2 ribu guna tenaga dan buruh pada tahun 1995. Baki 22.63% guna tenaga dan buruh pada tahun 1990 dan 25.08% guna tenaga dan buruh pada tahun 1995 terdapat dalam perkhidmatan-perkhidmatan lain.
(Diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi 1996,
Kementerian Kewangan Malaysia)
JAWAPAN : Soalan 6
CARTA PAI PERBANDINGAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan