CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Ahad, 7 Februari 2021

KONFLIK ANTARABANGSA - LATAR BELAKANG

 

Jelaskan tentang konflik antarabangsa yang berlaku pada pertengahan abad ke 20. @  Jelaskan latar belakang tercetusnya Perang Dunia Pertama.

 

Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua merupakan konflik antarabangsa  

Ianya berlaku pada 1914 sehingga tahun 1918

Perang Dunia Kedua pula berlaku pada tahun 1939 sehingga tahun 1945.

Perang ini meninggalkan kesan besar terhadap sejarah dunia.

Antaranya mewujudkan pakatan atau blok negara terlibat dalam peperangan seperti Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga yang seterusnya membawa kepada perang dingin.

Perang Dunia Pertama melibatkan Perikatan Kuasa Tengah yang dibentuk pada tahun 1882 yang dianggotai Austria-Hungary, Jerman dan Itali yang seterusnya dianggotai oleh Turki dan Bulgaria.

Pakatan Bertiga pula dikenali Triple Entente terdiri daripada Britain, Perancis dan Rusia yang dibentuk pada tahun 1907 dan disertai juga oleh Jepun.

Faktor serta-merta ialah pembunuhan Archduke Franz Ferdinand iaitu pewaris takhta Austria-Hungary dan isterinya oleh pengganas Serbia pada 28 Jun 1914. Austria dengan sokongan Jerman mengisytiharkan perang terhadap Serbia pada 28 Julai 1914 selepas pembunuhan Archduke Franz Ferdinand. Serbia pula disokong oleh Rusia dan Perancis.

·         Terangkan faktor-faktor tercetusnya peristiwa berikut:

·         i           iii. Perang Dunia Pertama

·         ii          iv. Perang Dunia Kedua

 

Faktor Meletusnya Perang Dunia Pertama

·         Antara faktornya ialah kemunculan semangat nasionalisme

·         pada penghujung abad ke-19 negara-negara kecil di Eropah telah bersatu dan membentuk negara bangsa yang besar seperti Itali dan Jerman .

·         Negara ini menyertai kuasa besar Eropah lain seperti Britain, Perancis, Rusia, Austria-Hungary dalam usaha mendapatkan tanah jajahan.

·         Setiap negara sanggup berperang bagi membuktikan kekuasaan masing-masing

·         Kuasa-kuasa besar mula bersaing bagi membentuk lingkungan pengaruh masing-masing untuk mendapatkan bahan mentah dan untuk memasarkan barangan siap mereka

·         Selain itu, kewujudan dua pakatan Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga bersaing untuk mengukuhkan politik dan ekonomi. Persaingan antara kedua-dua pakatan mengancam perimbangan kuasa dunia yang wujud.

 

·         faktor serta-merta

 

·         ialah pembunuhan Archduke Franz Ferdinand iaitu pewaris takhta Austria-Hungary dan isterinya oleh pengganas Serbia pada 28 Jun 1914. Austria dengan sokongan Jerman mengisytiharkan perang terhadap Serbia pada 28 Julai 1914 selepas pembunuhan Archduke Franz Ferdinand. Serbia pula disokong oleh Rusia dan Perancis.

·         Tindakan Jerman menyerang Perancis melalui negara berkecuali iaitu Belgium menimbulkan kemarahan Britain. Britain yang bermusuh dengan Jerman campur tangan dan meminta bantuan Amerika Syarikat. Amerika Syarikat campur tangan dalam perang apabila Jerman menyerang kapal-kapal dagangnya

 

Faktor Meletusnya Perang Dunia Kedua

 

·         faktor politik iaitu kegagalan Perjanjian Versailles 1919 menyelesaikan masalah Perang Dunia Pertama sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa negara terutama Jerman yang kehilangan tanah jajahan dan terpaksa membayar pampasan perang yang tinggi serta Jerman juga diarahkan mengecilkan pasukan tenteranya.

·         Di samping itu, kemunculan Adolf Hitler menguasai Jerman melalui National Socialist dan telah mengingkari Perjanjian Versailles dengan membina sebuah angkatan tentera yang besar.

·         Selain itu, perubahan politik di Soviet Union iaitu berlaku perang saudara dan pihak komunis berjaya mengalahkan pihak lawan dengan dibantu Britain, Amerika Syarikat dan Perancis. Vladimir Lenin telah mengukuhkan komunis di Rusia dengan menubuhkan Kesatuan Republik Sosialis Soviet (USSR). Tindakan agresif Itali di bawah pimpinan Benito Mussolini yang menjajah Habsyah dan menceroboh Perancis pada tahun 1940

·         Seterusnya kemunculan kuasa Jepun di Timur yang ingin menguasai negara-negara timur dan berasa bertanggungjawab untuk membebaskan negara di Timur dari penjajahan Barat.

·         Kemelesetan ekonomi dunia tahun 1929 menyebabkan Amerika Syarikat tidak mampu menyediakan pinjaman menyebabkan Jerman tidak berupaya untuk membayar hutang peperangan. Negara Eropah seperti Perancis dan Britain juga mengurangkan peruntukan ketenteraan. Manakala sebaliknya Jerman mengukuhkan tentera dan menjalankan dasar perluasan kuasa bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada masalah ekonomi.

·         Perang Dunia meletus apabila Jerman menyerang Poland dari Barat manakala Soviet Union dari Timur. Serangan tersebut menyebabkan Britain dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman. Tindakan Jepun pula melancarkan serangan mengejut terhadap Pearl Harbour di Hawaii pada 7 Disember 1941 berjaya memusnahkan angkatan perang Amerika Syarikat di Lautan Pasifik. Jepun menduduki Tanah Melayu termasuk Singapura dan berjaya mengalahkan Britain pada Februari 1942

 

KESAN PERANG DUNIA PERTAMA

 

Kesan Perang Dunia Pertama ialah keruntuhan pemerintahan beraja di Eropah.

Contohnya di Jerman, Austria-Hungary, Rusia dan empayar Uthmaniyah. Kerajaan republik

Jerman telah didirikan apabila Kaiser Wilhem II terpaksa turun takhta. Beliau telah mendapatkan perlindungan politik di Belanda. Empayar Austria-Hungary pula berakhir di bawah pemerintahan Dinasti Habsburg apabila beraku pemberontakan di wilayah yang dikuasainya.

Revolusi yang tercetus di Rusia telah menumbangkan pemerintahan Tsar Nicholas II yang

membolehkan Vladimir Lenin telah memimpin kerajaan komunis pertama di dunia. Sultan

Mehmed VI, khalifah empayar Uthmaniyah juga digulingkan. Ini membolehkan Mustafa Kemal

Ataturk mengetuai kerajaan Turki yang bercorak republik.

Selain itu, Perjanjian Versailles yang dimeterai sewaktu Persidangan Damai 1919 telah

mengubah peta Eropah. Ia juga telah membentuk beberapa buah negara baru. Contohnya

keruntuhan empayar Austria-Hungary melahirkan negara seperti Austria, Hungary,

Czechoslovakia dan Yugoslavia.

Perpecahan empayar Rusia pula telah membawa kepada penubuhan negara baharu

seperti Poland, Estonia, Latvia dan Lithuania. Perpecahan empayar Uthmaniyah juga telah

membentuk negara Lebanon, Syria dan Iraq.

Perjanjian Versailles juga telah membentuk Liga Bangsa pada tahun 1919. Matlamatnya

ialah untuk menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa. Ia juga berperanan

menjamin keselamatan bersama. Keahlian Liga Bangsa dianggotai negara-negara bersekutu

(kecuali Amerika Syarikat) dan negara-negara berkecuali. Namun, liga ini gagal untuk menjamin

kesejahteraan dunia.

Perang Dunia Pertama juga telah menyebabkan kadar inflasi dan hutang peperangan

yang tinggi dalam kalangan negara-negara yang berperang. Ini disebabkan oleh perbelanjaan

perang yang terlalu besar. Sebagai contohnya, Pakatan Bertiga telah membelanjakan US$125

bilion manakala Perikatan Kuasa Tengah membelanjakan US$60 bilion pada akhir peperangan.

 

Selain itu, Amerika Syarikat dan Jepun mula mengambil alih pasaran dunia. Ia

memberi kesan kepada negara-negara Eropah terutama Britain. Negara industri dunia ini pernah menguasai peratus perdagangan dunia yang terbesar.

Perang Dunia Pertama juga telah menyebabkan Britain kehilangan satu per tiga

daripada perdagangan luarnya. Ia juga memperlihatkan kehilangan nyawa yang begitu ramai.

 

Perang juga memberi kesan kepada negara kita. Bagi menyekat kebangkitan orang

Melayu, Raja-Raja Melayu diminta menandatangani perisytiharan perang yang menyokong dan memberikan taat setia kepada kerajaan British. Pelbagai undang-undang yang berkaitan perang diluluskan oleh pentadbiran British. Antaranya ialah peruntukan kuasa Pesuruhjaya Tinggi British untuk meletakkan negeri Melayu di bawah undang-undang tentera jika keadaan memerlukan.

Kemakmuran ekonomi negeri Melayu juga dimanipulasi oleh pihak British. Wang

hasil timah dan getah telah digunakan untuk membiayai operasi British dalam Perang Dunia

Pertama.

Kesan seterusnya ialah negara baru terpaksa menangani masalah akibat warisan ekonomi penjajah dan membangunkan ekonomi masing-masing

Kesan lain ialah menyebabkan jumlah korban nyawa yang tinggi dan kemusnahan harta benda serta timbul kesedaran pentingnya kedamaian dunia.

 

Kesan Perang Dunia Kedua

 

·         Kesan utamanya ialah memecahbelahkan negara Eropah dimana negara Jerman dibahagi dua iaitu Jerman Barat dan Jerman Timur.

·         runtuhnya sistem imperialisme Barat dan kemerdekaan satu demi satu tanah jajahan. Amerika Syarikat telah memberikan kemerdekaan kepada Filipina, Indonesia mencapai kemerdekaan daripada Belanda manakala India dan Tanah Melayu daripada Britain.

·         negara baru terpaksa menangani masalah akibat warisan ekonomi penjajah dan membangunkan ekonomi masing-masing

·         Seterusnya ialah penubuhan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menggantikan Liga Bangsa bagi menggantikan Liga Bangsa dan berlakunya perang dingin disebabkan perbezaan ideologi antara Amerika Syarikat dan Soviet Union

·         Kesan lain ialah menyebabkan jumlah korban nyawa yang tinggi dan kemusnahan harta benda serta timbul kesedaran pentingnya kedamaian dunia

 

Mengapakah terbentuk Blok Kapitalis dan Blok Komunis selepas Perang Dunia Kedua?

·         Terbentuk Blok Kapitalis dan Blok Komunis selepas Perang Dunia Kedua kerana fahaman politik yang berbeza antara kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan Rusia. Amerika Syarikat menganggap dirinya jaguh demokrasi dengan mengamalkan hak asasi manusia dan ekonomi bebas.

·         Rusia pula menganggap jaguh sosialis berdasarkan ajaran komunis yang percaya kebajikan masyarakat dicapai dengan memiliknegarakan harta.

·         Selain itu, kerana perasaan sangsi sesama mereka sebelum Perang Dunia Kedua dan kebuntuan dalam rundingan menyelesaikan Perang Dunia Kedua. Britain sekutu Amerika Syarikat mengarahkan tentera Barat membebaskan Balkan sebelum ketibaan tentera Rusia.

·         Selepas Perang dunia Kedua Eropah terbahagi kepada dua berdasarkan cara mereka dibebaskan. Negara yang dibebaskan oleh Amerika Syarikat mengamalkan ekonomi bebas. Manakala negara Eropah yang dibebaskan oleh Rusia mengamalkan sosialisme ajaran Karl Max. Seterusnya , Jerman tebahagi kepada dua iaitu Jerman Timur dan Jerman Barat yang dipisahkan oleh tembok Berlin. Di samping, hubungan yang terhad dalam bidang diplomatik dan perdagangan

1 ulasan: