CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Ahad, 7 Februari 2021

 PANDUAN KERTAS 3 SEJARAH SPM 2020

PANDUAN UMUM MENJAWAB TUGASAN SOALAN SEJARAH KERTAS 3

 

1. Soalan Umum akan diberikan kepada pelajar 6 minggu lebih awal daripada tarikh peperiksaan. Gunakan peluang ini untuk mencari maklumat tambahan khususanya soalan bahagian KBAT.

2. Berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk memastikan persediaan yang terbaik

3. Susun nota-nota dan bahan bantu yang diperoleh di dalam fail.

4. Gunakan sticky note@ penanda untuk memudahkan anda mencari jawapan ketika menulis berdasarkan tugasan yang diberi

5. Sekiranya ada masa, buat latihan menulis jawapan@ simulasi seperti format menjawab peperiksaan sebenar.

6. Jadikan peruntukan markah sebagai panduan untuk anda menulis panjang pendek jawapan khususkan bagi soalan 1 hingga 4.

7. Jangan lupa bawa buku teks (Sejarah Tingkatn 5), fail nota dan bahan bantu serta contoh jawapan yang telah dirangka semasa hari peperiksaan.

8. Semasa hari peperiksaan, kenal pasti kehendak soalan dan gariskan kata kunci supaya lebih jelas dan jawapan tidak terpesong.

9. Sila tuliskan jawapan dalam format esei dan sebaiknya mempunyai perenggan. Gunakan penanda wacana untuk menghubungkan satu isi dengan isi yang lain.

10. Mulakan jawapan anda dengan pangkal ayat atau kehendak perincian soalan.

11. Pastikan anda menulis nombor soalan dan pecahan soalan (jika ada). Muka surat/ helaian yang berlainan untuk setiap nombor soalan@ tugasan.

12. Gunakan masa dengan sebaik mugkin mengikut jumlah markah dan pastikan menjawab semua soalan.

13. Pastikan tugasan soalan dan jawapan yang diberi tepat sebagaimana kehendak soalan@ tugasan.

14. Tulislah dengan tulisan yang kemas dan boleh dibaca oleh pemeriksa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan