Jelaskan
tentang konflik antarabangsa yang berlaku pada pertengahan abad ke 20. @ Jelaskan latar belakang tercetusnya Perang
Dunia Pertama. |
Perang
Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua merupakan konflik antarabangsa Ianya
berlaku pada 1914 sehingga tahun 1918 Perang
Dunia Kedua pula berlaku pada tahun 1939 sehingga tahun 1945. Perang
ini meninggalkan kesan besar terhadap sejarah dunia. Antaranya
mewujudkan pakatan atau blok negara terlibat dalam peperangan seperti
Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga yang seterusnya membawa kepada
perang dingin. Perang
Dunia Pertama melibatkan Perikatan Kuasa Tengah yang dibentuk pada tahun 1882
yang dianggotai Austria-Hungary, Jerman dan Itali yang seterusnya dianggotai
oleh Turki dan Bulgaria. Pakatan
Bertiga pula dikenali Triple Entente terdiri daripada Britain, Perancis dan
Rusia yang dibentuk pada tahun 1907 dan disertai juga oleh Jepun. Faktor
serta-merta ialah pembunuhan Archduke Franz Ferdinand iaitu pewaris takhta
Austria-Hungary dan isterinya oleh pengganas Serbia pada 28 Jun 1914. Austria
dengan sokongan Jerman mengisytiharkan perang terhadap Serbia pada 28 Julai
1914 selepas pembunuhan Archduke Franz Ferdinand. Serbia pula disokong oleh
Rusia dan Perancis. |
·
Terangkan faktor-faktor tercetusnya peristiwa berikut: ·
i iii.
Perang Dunia Pertama ·
ii iv. Perang
Dunia Kedua Faktor
Meletusnya Perang Dunia Pertama ·
Antara faktornya ialah kemunculan
semangat nasionalisme ·
pada penghujung abad ke-19 negara-negara kecil di Eropah
telah bersatu dan membentuk negara bangsa yang besar seperti Itali dan Jerman
. ·
Negara ini menyertai kuasa besar Eropah lain seperti
Britain, Perancis, Rusia, Austria-Hungary dalam usaha mendapatkan tanah
jajahan. ·
Setiap negara sanggup berperang bagi membuktikan kekuasaan
masing-masing ·
Kuasa-kuasa besar mula bersaing bagi membentuk lingkungan
pengaruh masing-masing untuk mendapatkan bahan mentah dan untuk memasarkan
barangan siap mereka ·
Selain itu, kewujudan
dua pakatan Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga bersaing untuk
mengukuhkan politik dan ekonomi. Persaingan antara kedua-dua pakatan
mengancam perimbangan kuasa dunia yang wujud. ·
faktor serta-merta ·
ialah pembunuhan
Archduke Franz Ferdinand iaitu pewaris takhta Austria-Hungary dan
isterinya oleh pengganas Serbia pada 28 Jun 1914. Austria dengan sokongan
Jerman mengisytiharkan perang terhadap Serbia pada 28 Julai 1914 selepas
pembunuhan Archduke Franz Ferdinand. Serbia pula disokong oleh Rusia dan
Perancis. ·
Tindakan Jerman menyerang Perancis melalui negara
berkecuali iaitu Belgium menimbulkan kemarahan Britain. Britain yang bermusuh
dengan Jerman campur tangan dan meminta bantuan Amerika Syarikat. Amerika
Syarikat campur tangan dalam perang apabila Jerman menyerang kapal-kapal
dagangnya Faktor
Meletusnya Perang Dunia Kedua ·
faktor politik iaitu kegagalan
Perjanjian Versailles 1919 menyelesaikan masalah Perang Dunia Pertama
sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa negara terutama Jerman
yang kehilangan tanah jajahan dan terpaksa membayar pampasan perang yang
tinggi serta Jerman juga diarahkan mengecilkan pasukan tenteranya. ·
Di samping itu, kemunculan
Adolf Hitler menguasai Jerman melalui National Socialist dan telah
mengingkari Perjanjian Versailles dengan membina sebuah angkatan tentera yang
besar. ·
Selain itu, perubahan
politik di Soviet Union iaitu berlaku perang saudara dan pihak komunis
berjaya mengalahkan pihak lawan dengan dibantu Britain, Amerika Syarikat dan
Perancis. Vladimir Lenin telah mengukuhkan komunis di Rusia dengan menubuhkan
Kesatuan Republik Sosialis Soviet (USSR). Tindakan agresif Itali di bawah
pimpinan Benito Mussolini yang menjajah Habsyah dan menceroboh Perancis pada
tahun 1940 ·
Seterusnya kemunculan
kuasa Jepun di Timur yang ingin menguasai negara-negara timur dan berasa
bertanggungjawab untuk membebaskan negara di Timur dari penjajahan Barat. |
·
Kemelesetan ekonomi
dunia
tahun 1929 menyebabkan Amerika Syarikat tidak mampu menyediakan pinjaman
menyebabkan Jerman tidak berupaya untuk membayar hutang peperangan. Negara
Eropah seperti Perancis dan Britain juga mengurangkan peruntukan ketenteraan.
Manakala sebaliknya Jerman mengukuhkan tentera dan menjalankan dasar
perluasan kuasa bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada masalah ekonomi. ·
Perang Dunia meletus
apabila Jerman menyerang Poland dari Barat manakala Soviet
Union dari Timur. Serangan tersebut menyebabkan Britain dan Perancis
mengisytiharkan perang terhadap Jerman. Tindakan Jepun pula melancarkan
serangan mengejut terhadap Pearl Harbour di Hawaii pada 7 Disember 1941
berjaya memusnahkan angkatan perang Amerika Syarikat di Lautan Pasifik. Jepun
menduduki Tanah Melayu termasuk Singapura dan berjaya mengalahkan Britain
pada Februari 1942 KESAN
PERANG DUNIA PERTAMA Kesan
Perang Dunia Pertama ialah keruntuhan
pemerintahan beraja di Eropah. Contohnya
di Jerman, Austria-Hungary, Rusia dan empayar Uthmaniyah. Kerajaan republik Jerman
telah didirikan apabila Kaiser Wilhem II terpaksa turun takhta. Beliau telah
mendapatkan perlindungan politik di Belanda. Empayar Austria-Hungary pula
berakhir di bawah pemerintahan Dinasti Habsburg apabila beraku pemberontakan
di wilayah yang dikuasainya. Revolusi
yang tercetus di Rusia telah menumbangkan pemerintahan Tsar Nicholas II yang membolehkan
Vladimir Lenin telah memimpin kerajaan komunis pertama di dunia. Sultan Mehmed
VI, khalifah empayar Uthmaniyah juga digulingkan. Ini membolehkan Mustafa
Kemal Ataturk
mengetuai kerajaan Turki yang bercorak republik. Selain
itu, Perjanjian Versailles yang
dimeterai sewaktu Persidangan Damai 1919 telah mengubah
peta Eropah. Ia juga telah membentuk beberapa buah negara baru. Contohnya keruntuhan
empayar Austria-Hungary melahirkan negara seperti Austria, Hungary, Czechoslovakia
dan Yugoslavia. Perpecahan
empayar Rusia pula telah membawa kepada penubuhan negara baharu seperti
Poland, Estonia, Latvia dan Lithuania. Perpecahan empayar Uthmaniyah juga
telah membentuk
negara Lebanon, Syria dan Iraq. Perjanjian
Versailles juga telah membentuk Liga
Bangsa pada tahun 1919. Matlamatnya ialah
untuk menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa. Ia juga berperanan menjamin
keselamatan bersama. Keahlian Liga Bangsa dianggotai negara-negara bersekutu (kecuali
Amerika Syarikat) dan negara-negara berkecuali. Namun, liga ini gagal untuk
menjamin kesejahteraan
dunia. Perang
Dunia Pertama juga telah menyebabkan kadar
inflasi dan hutang peperangan yang tinggi dalam kalangan
negara-negara yang berperang. Ini disebabkan oleh perbelanjaan perang
yang terlalu besar. Sebagai contohnya, Pakatan Bertiga telah membelanjakan
US$125 bilion
manakala Perikatan Kuasa Tengah membelanjakan US$60 bilion pada akhir
peperangan. Selain
itu, Amerika Syarikat dan Jepun mula
mengambil alih pasaran dunia. Ia memberi
kesan kepada negara-negara Eropah terutama Britain. Negara industri dunia ini
pernah menguasai peratus perdagangan dunia yang terbesar. Perang
Dunia Pertama juga telah menyebabkan Britain
kehilangan satu per tiga daripada perdagangan
luarnya.
Ia juga memperlihatkan kehilangan nyawa yang begitu ramai. Perang
juga memberi kesan kepada negara kita. Bagi menyekat kebangkitan orang Melayu,
Raja-Raja Melayu diminta
menandatangani perisytiharan perang yang menyokong dan memberikan taat setia
kepada kerajaan British. Pelbagai undang-undang yang berkaitan perang diluluskan
oleh pentadbiran British. Antaranya ialah peruntukan kuasa Pesuruhjaya Tinggi
British untuk meletakkan negeri Melayu di bawah undang-undang tentera jika
keadaan memerlukan. Kemakmuran ekonomi
negeri Melayu juga dimanipulasi oleh pihak British. Wang hasil
timah dan getah telah digunakan untuk membiayai operasi British dalam Perang
Dunia Pertama. Kesan
seterusnya ialah negara baru terpaksa menangani masalah akibat warisan
ekonomi penjajah dan membangunkan ekonomi masing-masing Kesan
lain ialah menyebabkan jumlah korban nyawa yang tinggi dan kemusnahan harta
benda serta timbul kesedaran pentingnya kedamaian dunia. Kesan
Perang Dunia Kedua ·
Kesan utamanya ialah memecahbelahkan negara Eropah dimana
negara Jerman dibahagi dua iaitu Jerman Barat dan Jerman Timur. ·
runtuhnya sistem imperialisme Barat dan kemerdekaan satu demi
satu tanah jajahan. Amerika Syarikat telah memberikan kemerdekaan kepada
Filipina, Indonesia mencapai kemerdekaan daripada Belanda manakala India dan
Tanah Melayu daripada Britain. ·
negara baru terpaksa menangani masalah akibat warisan
ekonomi penjajah dan membangunkan ekonomi masing-masing ·
Seterusnya ialah penubuhan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
menggantikan Liga Bangsa bagi menggantikan Liga Bangsa dan berlakunya perang
dingin disebabkan perbezaan ideologi antara Amerika Syarikat dan Soviet Union
·
Kesan lain ialah menyebabkan jumlah korban nyawa yang
tinggi dan kemusnahan harta benda serta timbul kesedaran pentingnya kedamaian
dunia Mengapakah
terbentuk Blok Kapitalis dan Blok Komunis selepas Perang Dunia Kedua? ·
Terbentuk Blok Kapitalis dan Blok Komunis selepas Perang
Dunia Kedua kerana fahaman politik yang berbeza antara kuasa besar iaitu
Amerika Syarikat dan Rusia. Amerika Syarikat menganggap dirinya jaguh
demokrasi dengan mengamalkan hak asasi manusia dan ekonomi bebas. ·
Rusia pula menganggap jaguh sosialis berdasarkan ajaran
komunis yang percaya kebajikan masyarakat dicapai dengan memiliknegarakan
harta. ·
Selain itu, kerana perasaan sangsi sesama mereka sebelum
Perang Dunia Kedua dan kebuntuan dalam rundingan menyelesaikan Perang Dunia
Kedua. Britain sekutu Amerika Syarikat mengarahkan tentera Barat membebaskan
Balkan sebelum ketibaan tentera Rusia. ·
Selepas Perang dunia Kedua Eropah terbahagi kepada dua
berdasarkan cara mereka dibebaskan. Negara yang dibebaskan oleh Amerika
Syarikat mengamalkan ekonomi bebas. Manakala negara Eropah yang dibebaskan
oleh Rusia mengamalkan sosialisme ajaran Karl Max. Seterusnya , Jerman
tebahagi kepada dua iaitu Jerman Timur dan Jerman Barat yang dipisahkan oleh
tembok Berlin. Di samping, hubungan yang terhad dalam bidang diplomatik dan
perdagangan |
terbaik!!!!!!
BalasPadam