CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 9 Februari 2021

KARANGAN BM PERANAN IBU BAPA MENANGANI MASALAH DISIPLIN PELAJAR

 

  1. PERANAN IBU BAPA DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR

Dalam mendepani era globalisasi dekad ini,masalah disiplin dalam kalangan remaja menjadi bualan hangat yang sentiasa mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat kita. Disiplin adalah kelakuan yang berteraskan peraturan yang telah ditetapkan oleh sesebuah institusi yang harus dipatuhi.Namun demikian,kita acap kali tersentak dengan polemik ini yang dicetuskan sendiri oleh remaja sekali gus telah mencalarkan nama negara.Masalah disiplin pelajar sering terpampang di dada-dada akhbar dewasa ini seperti buli dan ponteng sekolah.Dalam hal ini,ibu bapa amat berperanan bagi membentuk akhlak anak-anak.Jadi,pelbagai langkah yang elektif dan proaktif harus dijalankan secara drastik oleh ibu bapa agar masalah disiplin pelajar dapat diminimumkan.

Pada realitinya,ibu bapa merupakan golongan paling hampir terhadap remaja.Dalam konteks ini, didikan ibu bapa sejak kecil sebagaimana peribahasa melayu iaitu melentur buluh biarlah dari rebungnya,harus diaplikasikan oleh ibu bapa di rumah.Pada waktu yang sama,ibu bapa harus menjadi ‘role model’yang terbaik buat anak-anak.Sebagai tamsilannya,sekiranya ibu bapa mahu anak-anak menunaikan sembahyang dan berakhlak baik,ibu bapa harus memulakannya terlebih dahulu.Fakta menyatakan,anak-anak mudah terangsang melalui penglihatan,pendengaran dan perlakuaan di sekelilingnya.Demikianlah sekadar menyambil kata-kata mutiara Nescaya,di dunia ini tiada gagal yang ada hanyalah pintu kejayaan yang tertunda.Oleh itu,ibu bapa harus memberikan contoh yang terbaik buat anak-anak bagi membentuk disiplin yang mantap dalam diri anak-anak.

Selain itu,tanpa menunding jari ke arah lain,ibu bapa harus menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan berkeluarga secara total dan padu.hal ini demikian kerana keikhlasan dapat membersihkan daripada segala kekotoran,begitulah terdapat kata-kata mutiara yang dapat disinonimkan dengan fenomena ini.Sebagai contohnya,ibu bapa perlu melatih anak-anak supaya manjaga pertuturan dan menghormati orang yang lebih tua kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.Dari sudut yang lain,jati diri yang kukuh juga merupakan benteng ampuh untuk menangani masalah disiplin pelajar.Hal ini tercetus apabila,anak-anak akan mempertimbangkan sesuatu sebelum membuat sesuatu keputusan demi menjaga nama baik diri,keluarga dan masyarakat.Tuntasnya,nilai-nilai murni mampu membentuk akhlak anak-anak.

Seterusnya,pengisian masa anak-anak secara efektif oleh ibu bapa mampu mengawal tingkah laku anak-anak.Pepatah Arab ada menjelaskan bahawa masa umpama pedang,jika kamu tidak menghunus pedang itu,maka pedang itu akan menghunus kamu.Menurut kajian yang dikeluarkan baru-baru ini,faktor utama berlakunya masalah disiplin pelajar adalah disebabkan penggunaan masa yang tidak berkualiti.Hal ini kerana pernah terjadi,apabila ibu bapa bekerja,anak-anak mengambil peluang untuk ponteng sekolah.Ibu bapa juga harus diingatkan supaya tidak menghabiskan masa hanya untuk mencari harta dunia malah masa berkualiti harus diberi kepada anak-anak yang masih memerlukan perhatian khusus daripada ibu bapa.Kita sudah pasti tidak mahu menjadi seperti kera di hutan disusukan,anak di rumah kelaparan jadi,luangkanlah masa untuk anak-anak.

Di samping itu,ibu bapa harus mengutamakan pelajaran kepada anak-anak.Hidup tanpa pelajaran sudah pasti kecundang.Sesungguhnya,ibu bapa harus menggunakan peluang yang ada untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah memandangkan kerajaan telah memperuntukkan sejumlah kos yang besar bagi melihat anak-anak Malaysia berjaya dalam bidang pendidikan.Rentetan daripada senario di atas,anak-anak akan menimba pengalaman baru di sekolah berbanding di rumah.Mereka akan bergaul dalam satu komuniti untuk berlumba-lumba menggapai kejayaan di hari muka.Sekadar mengambil kata-kata Abraham Lincoln,janganlah tanya apa-apa yang dibuat oleh kerajaan kepada kamu,tetapi tanyalah apa-apa yang kamu buat untuk negara.Tambahan pula,orang yang terpelajar,mempunyai personaliti yang bermutu dan bebas daripada masalah sosial.Konklusinya,pelajaran mampu meminimumkan gejala disiplin pelajar.

Selanjutnya,ibu bapa harus membatasi pergaulan anak-anak.Pergaulan bebas antara faktor tercetusnya kebejatan ini.Dalam skop ini,ibu bapa harus cakna terhadap rakan-rakan anak mereka agar peribahasa melayu seperti sediakan paying sebelum hujan dapat direalisasikan.Ibu bapa harus menasihati anak-anak supaya bijak memilih rakan sesuai dengan perpatah Inggeris yang mejelaskan jika kamu tua,berilah nasihat dan jika kamu muda,terimalah nasihat.Anak-anak perlu mencari teman yang berwawasan dan berkualiti agar tidak terlibat dalam masalah displin pelajar yang mampu mencalarkan imej sekolah.Akhir kalam,ibu bapa harus mengambil tahu perihal teman-teman anak mereka untuk memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dalam masalah disiplin pelajar.

Kesimpulannya,dengan keizinan Tuhan,kita mampu menangani masalah disiplin dalam kalangan remaja sehingga ke angka sifar.Barangkali lirik lagu Faizal Tahir,”gemuruh” mampu menaikkan semangat remaja dalam menghadapi polemik ini.

Bila bertalu rentak di kalbu,

Hasrat yang tersirat semakinku buru,

Bila bergema laungan gempita,

Harapan bernyala nadiku berganda,

Gemuruh jiwa semangat membara,

Dari puncak ingin ke angkasa,

Bertalukan bintang berkelipan,

Menyerlah jauh dari yang biasa,

Harapan ini bukan sekadar bermimpi,

Segalanya pastikan terbukti nanti.

Oleh itu, remaja dewasa ini perlu menapak dengan menguat segala masalah sosial dengan perasaan yang utuh bagi menggapai sinar baru yang menunggu mereka di megara gading kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan