BAGAIMANAKAH
PERANG DUNIA PADA
MASA
HADAPAN DAPAT DIELAKKAN?
Perang
dunia pada masa hadapan dapat dielakkan dengan mengambil pendekatan
berunding
dalam menyelesaikan konflik antara sesebuah negara. Hal ini kerana melalui
perundingan,
pemimpin kedua-dua belah pihak boleh duduk semeja dan berusaha untuk mencari jalan
keluar bagi mengatasi konflik yang dihadapi. Perbincangan yang melibatkan
golongan pemimpin ini pasti akan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan
masalah yang berbangkit.
Melalui
perundingan, sesuatu pelan damai dapat dicari untuk menyelesaikan konflik
antara negara bagi mengelak berlakunya peperangan.
Langkah
seterusnya adalah dengan menjalin hubungan diplomatik dengan negara
luar.
Semua negara di dunia perlulah menjalin hubungan yang baik demi kebaikan dan
kepentingan
bersama. Hubungan ini boleh dieratkan dalam semua bidang termasuk bidang
politik,
perdagangan dan pelancongan. Contohnya melalui perkongsian budaya, pertukaran
teknologi,
dan penyertaan dalam pertandingan sukan. Cara ini dapat menjamin kestabilan
politik sesebuah negara seterusnya
menyumbang kepada keamanan dunia. Hubungan ekonomi dapat diperkukuh
memandangkan ekonomi antarabangsa saling melengkapi antara satu sama lain. Melalui
hubungan diplomatik yang baik, setiap negara akan bekerjasama antara satu sama
lain dan secara tidak langsung akan wujud sikap saling menghormati kedaulatan
negara lain.
PBB
juga hendaklah menggubal undang-undang persenjataan global dan
mengetepikan
kepentingan mana-mana pihak. Sehingga kini, badan dunia ini tidak mampu
menyelesaikan
masalah dunia seratus peratus kerana badan ini dipengaruhi oleh negara yang memiliki
kuasa veto. Contohnya Amerika Syarikat sering menggunakan kuasa veto membantu tindakan
Israel menyerang negara Palestin. Justeru itu, reformasi perlu dilakukan kepada
PBB agar dapat menangani permasalahan negara dunia terutama negara-negara kecil
seperti Palestin.
Memupuk
dan menyemai budaya cintakan keamanan dan membenci peperangan di
peringkat
kanak-kanak dan orang ramai boleh dilakukan melalui program-program tertentu. Contohnya
melancarkan “Pameran Keamanan” dan kempen untuk menjadikan perang sebagai jenayah.
Semua masyarakat dunia perlu menganggap pembunuhan secara beramai-ramai dalam perang
sebagai satu jenayah dan mereka yang melancarkan peperangan perlu dihukum
dengan hukuman yang berat. Dalam hal ini, media massa, media cetak dan media
sosial perlu memainkan peranan yang lebih berkesan dalam usaha menyedarkan
rakyat tentang kesan-kesan buruk peperangan. Program-program cintakan keamanan
ini perlu disebar luas bagi memberi mesej kepada masyarakat dunia tentang
pentingnya kita menolak peperangan kerana peperangan bukan penyelesaian kepada
sesuatu konflik.
MENGAPAKAH
KONFLIK DUNIA PERLU DIELAKKAN?
Saat
ini di segenap ceruk dunia terdapat sahaja konflik dan peperangan. Konflik
dunia
perlu
dielakkan kerana ia bakal mencetuskan peperangan besar seperti Perang Dunia
Pertama.
Sekiranya berlaku konflik, ia akan mempengaruhi secara langsung politik dan
dasar luar negara, ekonomi serta perdagangan antarabangsa. Pertembungan Amerika
Syarikat dan China misalnya jika gagal dibendung dapat menjejaskan keamanan
dunia.
Kenaikan
harga bahan api adalah kesan kepada konflik di peringkat antarabangsa
melibatkan
dua atau lebih negara yang terlibat. Ia mendorong kepada kenaikan kos
pengeluaran barangan dan perkhidmatan. Ini akhirnya akan membawa kepada masalah
ekonomi dan inflasi.
Konflik
dunia yang berterusan akan mencetuskan masalah pelarian. Konflik di beberapa
buah
negara seperti Syria dan Myanmar menyebabkan majoriti daripada mereka tidak
mempunyai
pilihan sehingga terpaksa keluar dari negara asal. Fakta yang dilaporkan oleh
agensi pelarian PBB menunjukkan 26 juta orang pelarian mendapatkan perlindungan
di negara lain.
Konflik
hanya akan membawa lebih ramai golongan masyarakat terjerumus kepada
kesan
yang lebih buruk termasuklah masalah mental. Kesan psikologi mula dilihat
selepas
perang
dunia seperti trauma, ketakutan dan mudah marah atau rasa terancam. Contohnya,
pengeboman
Hiroshima dan Nagasaki telah memberi kesan psikologi kepada masyarakat Jepun khususnya
dan masyarakat dunia secara amnya.
Justeru
itu, usaha kolektif, holistik dan bersepadu oleh semua pihak diperlukan bagi
memberi
tekanan kepada negara yang terlibat untuk segera menghentikan konflik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan