SPOT: KARANGAN TUNDINGAN BAHAGIAN B
- Peranan
Ahli Keluarga Menangani Masalah Kenaikan Harga Barang (Langkah-Langkah)
Isu kenaikan harga
barang telah mendapat reaksi yang berbagai-bagai daripada penduduk tempatan.
Media massa juga sering memaparkan berita ini. Bagi golongan berpendapatan
tinggi, mereka mungkin tiada masalah tetapi bagi golongan ‘kais pagi makan
pagi, kais petang makan petang’, mereka akan mengalami masalah untuk membeli
barang keperluan. Sehubungan dengan itu, isu kenaikan harga barang ini telah
menimbulkan kemarahan dalam kalangan penduduk tempatan mahupun yang kaya,
sederhana dan miskin. Hal ini menyebabkan kehidupan mereka terjejas dan mereka
tidak dapat membeli barangan yang mereka perlukan. Hal ini tidak boleh
dipandang ringan. Rakyat mestilah mempraktikkan langkah-langkah untuk menangani
masalah kenaikan harga barang. Dengan cara ini sahaja mereka dapat menjalani
kehidupan yang serba cukup. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang dapat
diambil oleh setiap ahli keluarga untuk menangani masalah kenaikan harga
barangan?
Salah
satu langkah yang dapat diambil oleh setiap hari keluarga untuk menangani
masalah kenaikan harga barangan ialah setiap ahli keluarga hendaklah
mengamalkan sikap menabung. Amalan ini memerlukan mereka menyimpan sebanyak
20 peratus daripada pendapatan bulanan mereka. Mereka perlu mendisiplinkan diri
dapat menggunakan tabungan pada waktu kecemasan bak kata pepatah sediakan
payung sebelum hujan. Dengan kata lain, mereka tidak perlu berhutang apabila
mengalami krisis kewangan. Sesebuah keluarga juga tidak perlu melakukan catuan
makanan apabila tidak mempunyai wang yang cukup kerana mereka masih mempunyai
wang tabungan. Jelaslah bahawa, mengamalkan sikap menabung merupakan salah satu
langkah untuk menangani masalah kenaikan barangan.
Seterusnya,
langkah yang dapat diambil oleh setiap ahli keluarga untuk menangani masalah
kenaikan masalah kenaikan harga barangan ialah ibu bapa mestilah menjadi
suri teladan kepada anak-anak dengan berhemat ketika berbelanja. Oleh
hal yang demikian, ibu bapa hendaklah merancang perbelanjaan untuk membeli
barang keperluan. Contohnya, ibu atau bapa hendaklah pergi ke beberapa buah
kedai yang berlainan untuk melihat-lihat harga barang sebelum membelinya.
Mereka hendaklah membeli barang di kedai yang menjual barangan pada harga yang
lebih berpatutan dan murah. Amalan ini dapat menjimatkan wang mereka daripada
membeli barangan pada harga yang mahal sedangkan terdapat kedai yang menjual
barangan tersebut pada harga yang lebih murah. Terbuktilah bahawa, berhemat
dalam berbelanja juga merupakan salah satu langkah untuk menangani masalah
kenaikan harga barangan.
Di
samping itu, langkah yang dapat diambil oleh setiap ahli keluarga untuk
menangani masalah kenaikan harga barangan ialah anak-anak hendaklah
mengamalkan sifat berjimat-cermat dalam berbelanja. Amalan ini dapat
dilaksanakan dengan mengurangkan perbelanjaan. Hal ini demikian kerana, jika
suatu ketika dahulu kita berbelanja sebanyak 90 peratus daripada wang gaji,
kita mestilah mengurangkan perbelanjaan tersebut kepada 50 atau 60 peratus
sahaja. Dalam hal ini, anak-anak memainkan peranan penting kerana mereka selalu
membeli makanan-makanan ringan seperti keropok dan coklat dalam jumlah yang
banyak tanoa mengambil kira tarikh tamat tempoh makanan tersebut. Dalam erti
kata lain, terdapat juga anak-anak yang membeli makanan tersebut tetapi mereka
langsung tidak mahu menjamahnya . Hal ini akan
menyebabkan duit yang dibelanjakan terbazir begitu sahaja. Jelaslah bahawa, amalan
berjimat-cermat merupkan salah satu langkah untuk menangani masalah kenaikan
harga barangan.
Akhir
sekali, langkah yang dapat diambil oleh setiap ahli keluarga untuk menangani
masalah kenaikan harga barangan ialah ibu bapa perlu mendidik anak-anak
dengan mengutamakan barang keperluan melebihi kehendak mengikut hawa nafsu.
Konsep ini memerlukan setiap ahli keluarga terutamanya anak-anak untuk membeli
barangan yang benar-benar diperlukan sahaja dalam kehidupan seharian. Mereka
tidak perlu mengamalkan amalan bermewah-mewah atau menunjuk-nunjuk. Apabila
amalan ini dilaksanakan, kewangan sesebuah keluarga pasti menjadi stabil. Cara
berbelanja dengan mengikut hawa nafsu akan membawa padah. Sebaliknya, kita
diseru supaya berbelanja mengikut kemampuan sendiri ibarat mengukur baju di
badan sendiri. Terbuktilah bahawa, membeli mengikut keperluan juga merupakan
salah satu langkah yang dapat dapat diambil untuk menangani masalah kenaikan
barangan.
Kesimpulannya,
terdapat banyak langkah yang dapat diambil oleh setiap ahli keluarga untuk
menangani masalah kenaikan harga barangan. Setiap ahli keluarga masing-masing
memainkan peranan penting bagi menangani masalah ini. Oleh itu, kita perlulah
mencari alternatif untuk menyelesaikan masalah kenaikan barang supaya tidak
terjerumus dengan masalah hutang keliling pinggang. Sebagai pengguna yang
bijak, berhematlah ketika berbelanja, belilah mana-mana yang perlu sahaja. Amalan
berimat-cermat merupakan amalan mulia sedangkan membazir itu merupakan amalan
syaitan. Janganlah kita mengalami kesukaran di kemudian hari kerana sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan