Bagaimanakah
Perang Dingin telah mencetuskan konflik dunia sehingga ke hari ini?
Perang Dingin yang tercetus sejak tamatnya Perang Dunia
Kedua walaupun dikatakan tamat pada tahun 1989 dengan runtuhnya sistem komunis
Soviet Union, namun pada pendapat saya masih belum reda. Sebagai contohnya
dalam perlumbaan teknologi ke angkasa lepas oleh Amerika dan Rusia, perang
teknologi antara Amerika dan China kini dan perang di dunia Islam yang
didalangi oleh kuasa-kuasa besar dunia. Konflik ini boleh dilihat terus berlaku
dari segi politik,ekonomi dan sosial
Dari segi politik, konflik antara Amerika Syarkat dengan
Soviet Union masih berterusan. Sebagai contohnya konflik perang di
Agfanistan,Syria, Iran dan dunia Islam lain.Kuasa besar seperti Amerika masih
terlibat dalam berlumba senjata dengan membekalkan senjata dan kewangan kepada
satu pihak dan satu pihak lain pula disogok oleh Rusia. Konflik ini juga
memberi kesan kepada dunia Islam.
Begitu juga dalam Perang Korea merebak sehingga menjadi
medan pertelingkahan ideologi, antara ideologi komunisme diterajui oleh Soviet
Union dan China di Korea Utara dengan ideologi demokrasi ditegakkan oleh
Amerika Syarikat yang mahukan pemerintahan demokrasi di Korea Selatan untuk
terus bertahan dan bertapak. Konflik ini memberi kesan kepada negara-negara di
Asia juga.
Dalam bidang ekonomi, kenaikan tarif oleh Amerika terhadap
barangan dari China dan China turut mengenakan cukai tambahan sebanyak lima
peratus ke atas minyak mentah Amerika menjerumus dalam perang perdagangan
antara dua ideologi yang berbeza ini.
Begitu juga dari segi teknologi komunikasi , tindakan
Amerika Syarikat yang bertindak melalui syarikat ikoniknya , Apple mencabar
kehebatan teknologi China Huawei meninggalkan kesan kepada pengguna teknologi
ini di seluruh dunia.
Bak kata bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir
Mohamad, pergeseran perdagangan China-AS ibarat ‘gajah sama gajah lawan, rumput
mati di tengah-tengah’. Konfrontasi saling merugikan serta mempengaruhi keadaan
ekonomi dunia.
Dalam bidang sosial jika dilihat kini, Amerika Syarikat masih
menekan terhadap China yang dahulunya berideologi komunis sehingga dikhuatiri
kedua-dua negara 'berada di ambang perang dingin baharu'. Contohnya ketegangan
berkaitan isu COVID-19 dan status Hong Kong. Menteri Luar China, Wang Yi
mendakwa isu covid membuka peluang Amerika untuk memburuk-burukkan China.
Tegasnya, perang dingin selepas Perang Dunia Kedua ini
sebenarnya masih lagi mencetuskan konflik dunia dan boleh bertukar menjadi
Perang panas suatu Ketika nanti jika tidak dibendung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan