MENGAPAKAH
KONFLIK DUNIA MASIH TERUS BERLAKU PADA HARI INI?
Konflik
dunia adalah perkara biasa yang berlaku dalam kancah politik antarabangsa dan
masih
terus berlaku pada hari ini. Keadaan ini kerana ada kuasa-kuasa tertentu yang
sentiasa berlumba-lumba meningkatkan
keupayaan negara masing-masing. Misalnya, Amerika Syarikat yang ingin
mengekalkan penguasaannya sebagai kuasa besar dunia demi kepentingan nasionalnya.
Dasar luar pemimpin
sesebuah negara
secara tidak langsung menyumbang kepada
tercetusnya
konflik. Iran misalnya memusuhi Amerika Syarikat yang sering campur tangan dan mendominasi
negara lain demi kepentingan negara mereka. Impaknya ia membawa kepada tuduh
menuduh yang berpanjangan.
Selain
itu, pandangan yang berbeza antara
penganut agama menjadi penyebab konflik
dunia
terus berlaku. Sebahagian besar penganut agama mentafsirkan ajaran agamanya
dengan cara yang salah. Ini menyebabkan perselisihan faham antara agama dan
mencetuskan konflik. Contohnya konflik Hindu-Islam antara India dan Pakistan
serta antara Islam-Kristian di Kaherah, Mesir. Kesannya banyak orang cedera dan
terkorban.
Kemunculan
negara sekutu atau negara proksi juga seolah-olah konflik dunia tidak
ada
kesudahan. Ia adalah cara sesebuah negara yang lemah bergantung dengan negara
kuasa besar untuk mengekalkan kedaulatan ataupun berbaik antara sesama kuasa
besar yang mempunyai kepentingan. Konflik antara Iran dan Israel dijangka
semakin bergolak melalui sekutu masing-masing. Sebagai negara sekutu dan negara
proksi Amerika Syarikat, Israel berasa terancam kerana kegagalannya mengatur
strategi dalam konflik Syria. Akibatnya Israel cuba memperkuatkan kembali
kedudukannya dengan mengadakan hubungan tidak rasmi dengan beberapa negara Arab
yang memusuhi Iran.
Konflik
dunia juga berlaku kerana keupayaan
ketenteraan yang hebat sama ada di laut,
darat
dan udara. Amerika Syarikat kini bertegang dengan Korea Utara berkaitan isu
senjata
nuklear.
Setiap kali Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu nuklear, Amerika
Syarikat menyatakan kesediaan untuk berperang.
Jelaslah,
dunia yang sepatutnya bertamadun tinggi dan kecanggihan lebih baik, masih
dibelenggu
konflik. Ketegangan antara Amerika Syarikat dan Iran misalnya jika dibiarkan,
tidak mustahil beralih ke arah krisis peperangan secara terbuka yang akan
membawa kemusnahan dan kerugian yang besar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan