- Kepentingan
/ Kebaikan / Faedah / Manfaat (Koperasi Sekolah)
Koperasi
sekolah boleh didefinisikan sebagai pusat atau tempat yang memberikan
perkhidmatan kepada warga di sekolah terutamanya berkaitan keperluan alat
tulis. Penubuhan koperasi merupakan signifikan di sesebuah sekolah yang
berfungsi untuk memudahkan urusan pelajar-pelajar menjalani pembelajaran di
sekolah. Hal ini demikian kerana terdapat banyak faedah koperasi sekolah bukan
hanya kepada murid-murid malah kepada kakitangan di sesebuah sekolah juga.
Antara
faedah koperasi sekolah ialah warga sekolah dapat memperoleh harga murah berbanding
dengan tempat-tempat yang lain. Hal ini demikian kerana koperasi sekolah yang
ditubuhkan kebanyakannya adalah bertujuan untuk membantu golongan pelajar yang
kurang berkemampuan dan lahir daripada keluarga yang miskin dan sederhana. Oleh
itu, koperasi sekolah telah membantu pelajar untuk menjimatkan duit melalui
perbelanjaan mereka di koperasi sekolah. Dengan itu pelajar dapat menyimpan
duit selebihnya sebagai tabungan mereka. Sebagai contoh, mereka akan membawa
pulang baki duit yang lebih banyak sekiranya mereka berbelanja di koperasi
sekolah berbanding berbelanja di kedai-kedai di luar sana. Tambahan pula,
pelajar akan menyukai amalan menabung kerana mereka akan menyedari bahawa
sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Dengan itu, jelaslah bahawa dengan
berbelanja di koperasi sekolah pelajar dan warga sekolah yang lain akan
memperoleh harga yang murah dan menguntungkan diri mereka.
Selain
itu, warga sekolah khususnya kepada pelajar, mereka akan mendapat ilmu
perniagaan apabila berurusan dengan koperasi sekolah. Hal ini demikian kerana,
mereka dapat mengatur perbelanjaan mereka terlebih dahulu semasa hendak membeli
barangan di koperasi berbanding sekiranya mereka membelli barangan di luar.
Sebagai contoh, apabila membeli barangan di koperasi pelajar akan menilai harga
barangan terlebih dahulu supaya tidak melebihi nilai wang saku yang diberikan
oleh ibu bapa mereka tetapi hal ini tidak akan berlaku sekiranya mereka
berbelanja di kedai-kedai di luar sana bersama-sama ibu bapa mereka kerana
segala kos perbelanjaan akan dijelaskan oleh ibu bapa mereka. Faedah koperasi
tersebut membolehkan pelajar mengaplikasikan perkara tersebut di dalam
pelajaran juga terutamanya dalam subjek Matematik, Prinsip Akaun mahupun Ekonomi.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa koperasi sekolah banyak memberi faedah kepada
warga sekolah dalam mendapatkan ilmu perniagaan.
Di samping
itu, koperasi sekolah juga memberi faedah dalam memudahkan warga sekolah
bagi mendapatkan barangan dan perkhidmatan. Hal ini demikian kerana,
koperasi sekolah tidak perlu membazirkan petrol ibu bapa pelajar, guru-guru dan
kakitangan sekolah yang lain. Sebagai contoh, pelajar yang datang ke sekolah
dengan dihantar ibu bapa mereka tidak perlu bersusah payah menyuruh
ibu bapa mereka ke kedai lain kerana keperluan yang dikehendaki sudah tersedia
di koperasi sekolah. Dengan ini, pelajar dapat menjimatkan masa dan dapat
datang awal ke sekolah sekiranya tidak singgah di mana-mana kedai bertujuan
membeli barangan yang sudah ada di koperasi sekolah. Hal ini jelaslah bahawa
koperasi sekolah berfaedah dalam memudahkan warga sekolah mendapatkan barangan
dan perkhidmatan serta menjimatkan masa mereka kerana masa itu emas.
terima kasih cikgu :D
BalasPadamterima kasih cikgu semoga dimurahkn rezeki
BalasPadam