CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Ahad, 7 Februari 2021

MENGAPA KONFLIK MASIH BERLAKU/ FAKTOR

 Mengapakah konflik dunia masih berlaku pada hari ini?

Berikan penjelasan anda.

 

Konflik dunia masih berlaku pada hari ini berikutan ideologi yang berbeza. Keadaan ini mewujudkan jurang persefahaman yang luas. Contohnya ada negara yang pro-barat dan ada negara yang berideologi komunis.

Seterusnya ialah sikap ego kuasa besar kuasa besar yang hanya mementingkan diri dan enggan berunding dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Masing-masing cuba meningkatkan kekuatan negara masing-masing dan bersedia melancarkan serangan sekiranya berlaku perbalahan. Selain itu, terdapat juga negara yang ingin mengembangkan sempadan agar negara mereka menjadi lebih luas. Contohnya konflik yang berlaku antara Israel dan Palestin.

Persaingan ekonomi antara negara kuasa-kuasa besar mencetuskan konflik dunia. Masing-masing cuba mengembangkan ekonomi dan merebut pasaran dunia. Keadaan ini juga boleh membawa penindasan kepada negara dunia ketiga. Contohnya persaingan antara Amerika Syarikat dan China yang merupakan kuasa ekonomi yang besar di dunia. Masing-masing mahu menguasai ekonomi dunia.

Seterusnya terdapat negara kuasa besar yang menceroboh dan campur tangan terhadap negara lain. Hal ini mereka ingin merampas dan menguasai sumber-sumber bahan mentah seperti logam dan petroleum. Contohnya pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Iran. Pelbagai serangan dilancarkan.

Konflik dunia masih berlaku pada hari kerana persaingan kuasa untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Semua kuasa besar mahu menunjukkan mereka adalah jaguh dunia. Contohnya persaingan yang berlaku antara Amerika Syarikat dan China. Secara tidak langsung persaingan ini telah membibitkan rasa tidak harmoni antara negara ini dan negara lain yang terlibat.

Kemajuan sains dan teknologi yang disalahgunakan juga telah menimbulkan konflik. Contohnya pencerobohan maklumat atau dikenali penggodaman iaitu maklumat sulit sesebuah negara boleh diceroboh dengan mudah sehingga menjejaskan keselamatan negara-negara tersebut.

Perlumbaan senjata nuklear juga membawa konflik pada hari ini. Pelaburan yang semakin meningkat terhadap senjata terutama senjata nuklear adalah potensi ancaman kepada dunia dan generasi akan datang. Banyak negara-negara besar terlibat dalam perlumbaan senjata yang menggila. Keadaan ini boleh mengancam keselamatan dunia dan meninggalkan kesan buruk kepada alam sekitar.

Perang Dingin yang berlaku ini telah mengubah keadaan persekitaran Asia Tenggara. Hal ini kerana Asia Tenggara adalah mangsa kepada negara-negara besar yang saling bertelagah diantara satu sama lain. Jadi, cabarannya ialah negara-negara Asia Tenggara tersepit antara kedua-dua buah kuasa besar dunia ini, dan perlu berhati-hati dalam membuat keputusan agar tidak menunjukkan sokongan kepada sebelah pihak sahaja.

Konflik Arab-Israel juga turut memberi cabaran kepada Asia Tenggara terutama dalam konteks kehidupan beragama dan pembinaan negara bangsa itu sendiri. Kebanyakan masyarakat Asia Tenggara yang beragama Islam menganggap Palestin adalah hak orang muslim dan harus bersama-sama masyarakat Palestin mempertahankan negara tersebut daripada penjajahan bangsa Yahudi. Sokongan secara berterusan kepada masyarakat Palestin juga telah menimbulkan perasaan tidak puashati sesetengah negara seperti Amerika Syarikat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan