CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Isnin, 21 Disember 2020

contoh ulasan guru

 

CONTOH ULASAN GURU DALAM KEPUTUSAN PENILAIAN/ PEPERIKSAAN

 

KEPUTUSAN BAIK

 Tahniah atas kejayaan anda yang cemerlang.

·         Teruskan berusaha untuk kejayaan lebih cemerlang untuk masa depan yang gemilang

·         Sekalung tahniah atas kejayaan anda. Teruskan  Usaha dengan lebih gigih untuk kejayaan lebih baik.

·         Prestasi anda memberangsangkan. Usaha lagi untuk kejayaan yang lebih cemerlang

·         Anda mesti mempunyai motivasi yang tinggi dan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Anda mampu mencapai lebih kecemerlangan dengan bersikap proaktif di dalam kelas.

 

KEPUTUSAN SEDERHANA

·         Keputusan semasa menunjukkan anda masih belum menemui cara belajar yang betul bagi mendapatkan keputusan yang lebih baik

·         Keputusan masih ditahap sederhana. Ia memerlukan komitmen daripada anda untuk memperbaiki pencapaian

·         Anda harus berusaha dengan lebih gigih bagi mendapatkan keputusan yang sebaiknya. Jangan berlengah lagi

·         Beberapa mata pelajaran masih belum mencapai tahap yang sepatutnya. Usaha dengan lebih kuat bagi memperbaiki prestasi

·         Berikan lebih tumpuan kepada matapelajaran tertentu.

·         Kejayaan tertakluk kepada daya usaha anda. Oleh itu tingkatkan usaha anda untuk kejayaan yang lebih baik daripada hari ini.

·         Usaha anda telah menunjukkan hasil yang agak baik. Gandakan usaha anda untuk mencapai kejayaan yang lebih baik.

·         Seorang yang tekun dan berkeupayaan menyiapkan tugasan yang diberi dengan baik, mampu menguasai dan memahami apa yang diajar oleh guru dengan baik dan berfokus, berpotensi tinggi untuk lebih cemerlang. Tingkatkan usaha.

 

KEPUTUSAN LEMAH

·         Usaha dengan lebih kuat lagi. Pastikan keputusan kali ini dapat diubah melalui kerja keras selepas ini

·         Usaha berterusan menjamin keputusan yang lebih baik pada masa akan datang

·         Tingkatkan usaha anda. Anda pasti akan berjaya dengan lebih baik daripada hari ini.

·         Hargai masa dan tingkatkan usaha anda.

·         Pencapaian masih lemah. Tingkatkan usaha dan ubah sikap demi masa depan anda.

·         Hargailah masa dan buangkan sikap kerap ponteng kelas. Pencapaian memuaskan. Teruskan usaha anda. Anda pasti berjaya.

·         Berusaha dengan lebih gigih untuk berjaya.

·         Pencapaian agak lemah. Perlu lebih banyak mengulangkaji pelajaran.

·         Jangan jadikan kekurangan sebagai beban, itu hanya akan membuatmu sulit untuk berlari mengejar impianmu.

·         Anda seorang yang berpotensi untuk berjaya. Tingkatkan keyakinan anda dan berikan sepenuhnya tumpuan ketika belajar.

·         Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.

·         Tanamkan minat sentiasa mahu belajar dan teruskan usaha.

·         Kebolehan anda boleh digilap lagi, teruskan usaha anda untuk lebih berjaya.

·         Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya.

·         Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan