CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 9 Februari 2021

BM SPM - KEBAIKAN PERHIMPUNAN SEKOLAH-

 SPOT : TAJUK TUNDINGAN KARANGAN A

  1. Kepentingan / Kebaikan / Faedah / Manfaat (Perhimpunan Rasmi Sekolah)

Dalam era globalisasi ini, perhimpunan rasmi sekolah sering dipandang remeh oleh para pelajar.  Perhimpunan rasmi merupakan salah satu aktiviti yang lazimnya diadakan pada pagi setiap hari Isnin dengan menghimpun semua murid dan guru-guru di sesuatu tempat.  Perhimpunan rasmi merupakan agenda pendidikan yang wajib  diadakan di setiap sekolah supaya maklumat yang penting dapat disampaikan kepada murid-murid oleh pengetua sekolah atau guru-guru.  Kawasan lapang di sekolah atau di dewan yang dibina oleh pihak sekolah digunakan untuk menjalankan perhimpunan rasmi.  Oleh itu, terdapat banyak manfaat dapat dimanfaatkan oleh seluruh warga sekolah dalam pelbagai aspek kehidupan, pembelajaran dan disiplin ilmu sewaktu perhimpunan. 

Perhimpunan rasmi mesti diadakan kerana dapat memupuk disiplin dalam kalangan pelajar. Hal ini demikian terjadi kerana pelajar harus mengikut peraturan yang ditetapkan semasa perhimpunan.  Sebagai contoh, pelajar dididik supaya menghormati majlis yang diadakan dengan berada di tempat masing-masing mengikut barisan dan menjaga tingkah laku. Mereka haruslah menumpukan perhatian dan fokus sepenuhnya semasa perhimpunan berlangsung agar tidak terlepas maklumat yang ingin disampaikan. Pelajar yang tidak berdisiplin semasa perhimpunan juga akan didenda kerana mengganggu para pelajar yang lain.  Mematuhi peraturan bukanlah sesuatu yang menyusahkan pelajar sebaliknya mendidik mereka untuk berdisiplin. Deduksinya, perhimpunan rasmi akan membentuk pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik dan kokurikulum malah mempunyai nilai disiplin dalam diri mereka.

Selain itu, melalui perhimpunan rasmi kemahiran mencatat dapat dibudayakan dalam kalangan murid-murid. Kemahiran mencatat amat penting kerana boleh dijadikan sebagai bahan rujukan apabila menghadapi kekeliruan. Bukan itu sahaja, kemahiran mencatat akan berguna apabila para pelajar perlu membuat  nota ringkas semasa guru mengajar. Manfaat ini bukan sahaja dapat digunakan semasa di alam persekolahan malah di menara gading juga. Misalnya, bagi murid yang mempunyai kelemahan mengingat sesuatu fakta, perhimpunan rasmi dapat dijadikan sebagai asas untuk memantapkan kemahiran mencatat mereka kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Namun begitu, pelajar yang tidak peduli tentang peri pentingnya budaya mencatat di perhimpunan rasmi sekolah pula, akan menghadapi kesukaran. Intihanya, budaya kemahiran mencatat patut diterapkan dalam diri murid-murid sewaktu mengadakan perhimpunan rasmi.

Seterusnya, semangat patriotik yang semakin berkurang dalam kalangan masyarakat Malaysia dapat disuburkan dalam diri para pelajar dan guru-guru dengan adanya perhimpunan rasmi di sekolah. Nyanyian lagu Negaraku akan membakar semangat mereka untuk menjaga negara yang tercinta.  Sebagai contoh, sambutan Bulan Kemerdekaan yang biasanya dirasmikan semasa perhimpunan rasmi juga akan menyebabkan para pelajar menghargai jasa tokoh-tokoh yang telah berjuang untuk negara. Semangat patriotisme yang disemai dalam kalangan pelajar ini akan melahirkan generasi yang cinta akan negara dan sanggup berkorban apa-apa sahaja demi negara tercinta. Sekiranya perhimpunan rasmi tidak diamalkan lagi, generasi yang bakal memimpin negara pada masa hadapan akan luntur semangat patriotik dalam diri mereka. Bilangan masyarakat yang berhijrah ke luar negara juga akan bertambah. Natijahnya, perhimpunan rasmi sekolah amat penting bagi melahirkan modul insan berjiwa patriotik pada masa hadapan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

       Sebagai kesimpulannya, pelbagai manfaat dapat diperoleh oleh warga sekolah menerusi perhimpunan rasmi sekolah. Sejajar dengan hal ini,  Kementerian Pendidikan Malaysia perlulah memastikan perhimpunan rasmi diadakan secara berterusan dan mematuhi tempoh masa yang ditetapkan. Para pelajar pula harus memastikan kehadiran setiap kali perhimpunan rasmi diadakan di setiap sekolah. Bagi pihak sekolah pula, mereka mesti memastikan perhimpunan rasmi dapat dimanfaatkan oleh seluruh warga sekolah.

25 ulasan:

  1. terima kasih cikgu, karangan ini sangat membantu dalam persediaan spm saya

    BalasPadam
  2. Tq tpi peribahasa dia memng x dk ka cg

    BalasPadam
  3. Tq cg tpi peribahasa memng xdk ka

    BalasPadam
  4. sangat membantu...terima kasih ckg

    BalasPadam
  5. 𝚃𝚎𝚛𝚒𝚖𝚊 𝚔𝚊𝚜𝚒𝚑 𝚌𝚒𝚔𝚐𝚞

    BalasPadam
  6. Terima kasih cikgu tetapi ungkapan menarik tiada... boleh dapat markah penuh ke ?

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Terima Kasih banyak banyak cikgu!!❤️ Semoga dipermudahkan segala urusan✨

    BalasPadam
  9. Cikgu betullah keluar
    Faedah perhimpunan rasmi

    BalasPadam
  10. yaa allah keluar exam spm laa cikgu🥺thank you so much cikgu

    BalasPadam
  11. Haih...keluar spm 2021.

    X sangka keluar psl ni :(

    BalasPadam
  12. pling mantap spm keluar ni tp xbaca TT

    BalasPadam
  13. perghhhh keluar dalam soalan spm tadi

    BalasPadam