SET 5
Soalan
1-7
Lengkapkan
ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1
Abang terpaksa_______basikal kerana tayar basikalnya bocor.
A
menonton B menolak C menuntun D mengheret
2
Ibu bapa hendaklah sentiasa mengambil berat_____________ anak-anak mereka
baik dari segi tingkah laku mahupun pergaulan
A
tentang B kepada C terhadap D pada
3
Ubi yang direbus oleh Najwa masih belum ________ kerana apinya terlalu
perlahan.
A
rangup B
empuk C rapuh D lembik
4
Habis pakaiannya _______ akibat digigit oleh anjing yang garang itu.
A
compang – camping B
comot-momot
C
koyak-rabak
D serbah-serbih
5
Ibnu Sina merupakan _________ Islam yang banyak menyumbangkan idea dalam
bidang perubatan.
A
ilmuwan
B karyawan
C
budayawan D
hartawan
6
Kerana sering kali _______ dirinya sebagai anak orang berada, dia kini
dipulaukan oleh
beberapa
orang rakan sekelasnya.
A
membesar B
memperbesarkan
C
memperbesar D
membesar-besarkan
7
Penglihatan Pak Abu semakin ________ sejak dia disahkan mengidap diabetes
setahun
yang lalu.
A
berkunang-kunang
B bersuram-suram
C
berbalam-balam
D berkabur-kabur
Soalan
8-14
Ayat-ayat
yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada
kesalahan telah ditandakan dengan D.
8
Pertandingan akhir bola sepak di
antara sekolah akan bermula dari
pukul 8.00
pagi
hingga pukul 3.00 petang ini. Tiada kesalahan.
9
Salah satu daripada
tanggungjawab guru ialah untuk
memastikan bahawa para
Pelajar menjadi orang yang berguna. Tiada kesalahan.
10
Sambil membebel Puan Zaharah menunjukkan cara-cara mengukus pudding
karamel kepada para penonton Rancangan Saji. Tiada kesalahan.
11
Cikgu Suhaimi membawa tiga batang
joran, dua butir mata kail dan
beberapa
ekor katak untuk
dijadikan umpan semasa pertandingan memancing nanti. Tiada kesalahan.
12
“Oh, rupa-rupanya Faiz yang menyembunyikan kasut saya
semalam!” kata Wafiq.
Tiada kesalahan.
13
Tariannya yang lemah longlai
itu telah mendapat tepukan gemuruh
daripada para penonton yang begitu minat akan tarian tradisional. Tiada kesalahan.
14
Oleh kerana Hakimi sering tidak membuat kerja
sekolah, dia dibawa berjumpa
dengan
guru disiplin. Tiada kesalahan.
15
hingga 17
Pilih
ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
15
I Dia menjelaskan bil elektrik
yang sudah tertangguh selama tiga bulan.
II
Najah cuba menjelaskan
kedudukan yang sebenar kepada Hasliza agar tiada
lagi
persengketaan antara mereka.
III
Perbuatannya yang suka mengampu majikannya amat menjelaskan .
IV
Azri cuba menjelaskan suasana
yang keruh itu kepada rakan-rakan kelasnya.
A
I dan II B
III dan IV
C
I, II dan III D
II, III dan IV
16
I Tanah di kawasan itu lembut
dan tidak sesuai untuk bercucuk tanam.
II
Gadis yang berwajah lembut itu
sudah lama memikat hati Aaron Azli.
III
Baju yang dipakai oleh Puan Fatimah sungguh lembut bak sutera.
IV
Gadis itu bukan sahaja cantik malahan tutur katanya juga sungguh lembut
dan
sopan.
A
I dan II B
III dan IV
C
I, II dan III D
II, III dan IV
17
I Tugu Peringatan Negara menjadi lambang berkorban perajurit
kita yang
terdahulu.
II
Kerajaan merayu kepada rakyat agar mereka sanggup berkorban bagi
mengatasi
masalah kegawatan ekonomi negara.
III
Guru itu telah banyak berkorban
masa dan tenaga untuk mendidik anak
muridnya.
IV
Orang yang sanggup berkorban
prinsip hidupnya selalunya akan menemui
kebahagiaan.
A
I dan II
B III dan IV
C
I, II dan III
D II, III dan IV
Soalan
18 hingga 21
Bahagian
yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa dan mungkin juga tidak.
Tandakan
sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D
jika tiada kesalahan.
18.
Datuk Nicol Ann David telah menjadi pemain skuasy yang handal sejak dari
bangku sekolah
lagi.
A
sejak di bangku sekolah lagi
B sejak bangku sekolah lagi
C
sejak daripada bangku sekolah lagi
D sejak dari bangku sekolah lagi
19.
Ayah membeli ibu seutas rantai
yang teramat cantik sekali sempena ulang
tahun
perkahwinan mereka.
A
membeli ibu seutas rantai yang amat cantik sekali
B
membelikan ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali
C
membelikan ibu seutas rantai yang amat cantik sekali
D
membeli ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali
20.
Adik akhirnya bersetuju untuk ke Annur
Klinik setelah lima setengah jam menahan sakit gigi.
A
Annur Klinik setelah lima jam setengah
B
Klinik Annur setelah lima setengah jam
C
Klinik Annur setelah lima jam setengah
D
Annur Klinik setelah lima setengah jam
21.Kekalahan
Rumah Hang Lekir dalam temasya sukan sekolah tahun ini memaksa mereka membuat perancangan yang lebih rapi
sebagai persediaan untuk tahun depan.
A
merancang lebih rapi
B
merancang dengan lebih rapi
C
membuat lebih rapi perancangan
D
membuat perancangan yang lebih rapi
Soalan
22 hingga 24
Pilih
ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir
dengan ayat yang dicetak tebal.
22.
Perkhemahan di Hutan Belum selama
tiga hari itu telah membentuk ikatan persaudaraan yang kuat antara murid
Kelas 3 Asuh yang selama ini sering
bertengkar.
A.
Murid Kelas 3 Asuh sering bergaduh ketika perkhemahan di Hutan Belum
selama
tiga hari.
B
Murid Kelas 3 Asuh telah membentuk hubungan yang erat sewaktu
mereka
berkhemah
selama tiga hari di Hutan Belum.
C
Ikatan persaudaraan yang utuh telah dibentuk antara pelajar Kelas
3 Asuh
yang
selalu bergaduh ketika perkhemahan di Hutan Belum selama tiga hari.
D
Hubungan yang erat antara murid Kelas 3 Asuh yang telah sering
bergaduh telah dibentuk ketika perkhemahan mereka selama tiga hari di
Hutan Belum.
23.
“Marilah semua rakyat Malaysia
mendoakan kejayaan para atlet kita yang akan berjuang dalam Sukan Olimpik
di London nanti,” seru Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
A
Menteri Belia dan Sukan Malaysia mengajak semua rakyat Malaysia berjuang
bersama-sama para atlet dalam Sukan Olimpik nanti.
B
Rakyat Malaysia diminta oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia supaya
berdoa untuk kejayaan semua atlet dalam Sukan Olimpik di London nanti.
C
Para atlet Malaysia di London diseru oleh Menteri Belia dan Sukan supaya
berdoa untuk kejayaan dalam Sukan Olimpik di London nanti.
D
Menteri Belia dan Sukan Malaysia menyeru warganegara Malaysia berdoa agar
semua atlet Malaysia berjaya dalam Sukan Olimpik di London nanti.
24.
Penggubalan Dasar MBMMBI
diharapkan dapat mengekalkan kedaulatan bahasa Melayu di negara kita
tanpa meminggirkan bahasa Inggeris.
A
Dasar MBMMBI dibentuk dengan harapan martabat bahasa Melayu dikekalkan
tanpa mengabaikan bahasa Inggeris di negara kita.
B
Bahasa Inggeris akan dikekalkan tanpa meminggirkan kedaulatan bahasa
Melayu melalui penggubalan dasar MBMMBI di negara kita.
C
Dasar MBMMBI digubal bagi mengekalkan kedaulatan bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris di negara kita.
D
Dasar MBMMBI digubal agar kedudukan bahasa Melayu dikekalkan tanpa
mengabaikan bahasa Inggeris di negara kita.
Soalan
25-27
Pilih
ayat-ayat yang betul.
25.
I Ibu membuat air kopi sambil menggoreng nasi untuk sarapan pada pagi
itu.
II
Zikri bukan sombong malah belum memiliki kawan kerana baru berpindah ke
sekolah itu.
III
Fauzana belum membuat keputusan untuk tinggal di asrama atau di rumah
nenek.
IV
Dila akur kegagalannya dalam peperiksaan itu oleh kecuaiannya ketika
menjawab soalan.
A
I dan II B
III dan IV
C
I, II dan III D
II, III dan IV
26.
I “Ketangkasan pemain itu tidak terlawan oleh saya,” kata Amir kepada
pengurus badmintonnya.
II
“Kamu perlu contohi usaha pelajar cemerlang itu untuk meraih kejayaan,”
nasihat Cikgu Julia kepada Linda.
III
“Kami mendoakan awak berjaya dalam pertandingan pidato itu,” kata Adif
dan Zul kepada Iman.
IV
“Kami berhasrat mengahwini Suriati dengan kamu sebelum ayah dan ibu ke
Mekah,” ujar ayah kepada Hafizuddin.
A
I dan II B III
dan IV
C
I, II dan III D II,
III dan IV
27.
I Pusat beli-belah itu sungguh hingar-bingar dengan suara para
pengunjung.
II
Menjadi pelajar terbaik sekolah merupakan hasrat hati Faizatun setelah
sekian lama.
III
Usaha untuk mencapai kejayaan dalam PMR akan dilakukan oleh Aizat
sebaik-baik mungkin.
IV
Hajatnya yang setinggi gunung itu diluahkan abang kepada ayah pada malam
itu.
A
I dan II B III
dan IV
C
I, II dan III D II,
III dan IV
Soalan
28-30
Pilih
peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai
28.
Buat kerja biarlah sampai selesai
Manakah
antara peribahasa berikut yang bertepatan dengan maksud di atas?
A
Alang berjawab, tepuk berbalas
B
Alang-alang berminyak biarlah licin
C
Biar berputih tulang jangan berputih mata
D
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
29.
Haikal yang selama ini hidup dalam serba kekurangan tiba-tiba menjadi
orang yang dihormati di kampung itu setelah berkahwin dengan anak
penghulu.
Situasi
di atas sesuai dengan peribahasa
A
cacing hendak menjadi naga
B
kaduk naik junjung
C
kera mendapat bunga
D
anak kucing menjadi harimau
30. Peribahasa bagai ada nasi di balik
kerak bermaksud
A
mempunyai maksud yang tersembunyi
B
memiliki kelembutan di sebalik ketegasan
C menyembunyikan sesuatu daripada orang
lain
D masih ada perkara yang belum
selesai
|
cikgu yg dihormati , saya ingin minta jawaban set 1-5 , boleh ? email saya, rainsnake1570 @gmail.com. jasa cikgu dihargai , jutaan terima kasih didahulukan
BalasPadam