CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 29 April 2020

LATIHAN CIKGU TAN TB - POLA AYAT


LATIHAN 2
Baca setiap ayat di bawah dengan teliti, kemudian tulis subjek, predikat, dan pola ayat bagi setiap ayat di bawah.
Contoh: Ayat: Ibu bapa Anwar bekerja di ladang.
Subjek: Ibu bapa Anwar.
Predikat: bekerja di ladang
Pola ayat: FN + FK

51. Kesemua pegawai kanan di pejabat tersebut ialah orang tempatan.
52. Ibu tua yang mewakafkan dua bidang tanah daripada keluarga hartawan.
53. Kereta Proton berwarna biru muda ini buatan Malaysia.
54. Daripada kain sutera warna kehijauan pakaian permaisuri ini.
55. Menara Kuala Lumpur yang berdiri megah ini menjadi kebanggaan negara.
56. Kejadian rusuhan yang berlaku di negara tersebut amat membimbangkan.
57. Wad bersalin di tingkat bawah Blok B.
58. Setiap pagi Puspa mengemas bilik tidurnya.
59. Tuala mandi merah itu kepunyaan perenang negara.
60. Anak-anak Encik Mahbub gembira sekali apabila berada di kedai gunting Samy.
61. Aliran air sungai tohor sangat deras setelah hujan lebat.
62. Lembaga yang kelihatan samar itu orang muda yang kami kenal.
63. Kenderaan mula bergerak apabila lampu berwarna hijau menyala.
64. Pasukan pengakap ke rumah usang itu untuk berteduh daripada hujan.
65. Taktik perlawanan hoki cara demikian strategi pasukan sekolah kami.
66. Pelajar sentiasa memberikan jawapan serentak apabila ditanya oleh guru mereka.
67. Ketibaannya tadi secara mendadak sungguh memeranjatkan anggota kumpulan kami.
68. Peserta yang tiba-tiba pengsan dalam pertandingan semalam sekarang di hospital.
69. Sekayu kain daripada benang sutera itu di rak yang paling atas.
70. Kiriman untuk tentera pada hari raya tahun ini ialah kuih-muih tradisional.
71. Akibat angin kencang, pondok di lembah yang berdekatan rumah telah roboh.
72. Kejayaan kehidupan pada masa ini amat canggih disebabkan kemajuan teknologi.
73. Pengunjung keseribu yang mendapat hadiah pada malam itu jiran Vatilingam.
74. Cabaran kehidupan kurun kedua puluh amat sengit bagi orang yang tidak berilmu.
75. Pelumba lari pecut dari negara kami mendapat tempat pertama dalam perlumbaan tersebut.
76. Pemuda yang terjun dengan tergesa-gesa untuk mengelakkan polis itu dari blok ketujuh rumah pangsa.
77. Pinggan mangkuk yang disusun rapi oleh kakak sentiasa bersih.
78. Beliau ke Indonesia dengan hanya sedikit wang ringgit di sakunya.
79. Sahabat taulan pada majlis hari lahirnya datang dari jauh dan dekat.
80. Ribut taufan yang telah melanda bahagian tenggara Amerika Syarikat ialah Katrina.
81. Ibu bapa Sumirah bagai rusa masuk kampung di bandar itu.
82. Pada hari raya, semua orang miskin kaya bermaaf-maafan.
83. Teruna dara yang berkunjung ke kafe siber itu riang sahaja.
84. Mereka yang berada di dewan mesyuarat itu datuk nenek belaka.
85. Cikgu Lim ialah guru Sains di kelas kami.
86. Cahaya dari rumah itu hanya melalui lampu minyak.
87. Bulu burung gagak yang hinggap di pekan itu hitam sungguh
88. Perniagaan cara ali baba tidak patut diamalkan di negara ini.
89. Pembantu penyelidik baharu itu berasal dari Kedah.
90. Selama ini pemantauan pegawai kanan itu dari ibu pejabat sahaja.
91. Timbalan pengerusi yang baru memulakan tugas bulan ini amat pendiam.
92. Bangunan yang tersergam di Putrajaya itu pejabat Perdana Menteri.
93. Tiga ekor burung helang sedang terbang berlegar-legar di angkasa.
94. Semua peserta seminar yang sedang khusyuk mendengar pembentangan kertas kerja tersebut dari Kementerian Pendidikan.
95. Ibu yang akhirnya membeli juga kedua-dua helai kain itu ialah Mak Siti.
96. Apabila segala peralatan telah tersedia, kami cukup gembira untuk memulakan pendakian.
97. Guru yang sedang mengajar di kelas itu ialah Encik Jonathan.
98. Tuan Guru Suradi memang cukup petah apabila berceramah.
99. Harimau yang garang itu mudah diperdaya oleh Sang Kancil yang bijaksana.
100. Yang Berbahagia Tan Sri Temenggung Jugah anak Bariang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sidang parlimen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan