CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Khamis, 30 April 2020

NOTA SEJARAH TINGKATAN 1 2020


BAB 4- MENGENALI TAMADUN
4.1. MAKSUD – kehidupan manusia yang telah mencapai tahap kehidupan ( adanya pencapaian dalam teknologi, ekonomi, politik , kemasyarakatan dan perbandaran
- Maksud dalam bahasa Inggeris – Civilisation ( pembangunan manusia dan organisasi yang dianggap paling maju merangkumi perkembangan ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang , kebolehan manusia
- dalam bahasa arab ( mudun/ madain/madana ) – tinggi budi bahasa  hadari ( tanah yang didiami masyarakat yang maju )
- dalam bahasa Melayu – pencapaian kemajuan masyarakat ( sosial, budaya , politik / seni bina/ ekonomi/hasil ciptaan – membangunkan kehidupan manusia yang lebih teratur )
4.2.ciri
         i.            Pertanian dan perdagangan
-         Kegiatan pertanian menyebabkan terciptanya pelbagai peralatan , pembinaan saliran, kincir angin, sistem teres
-         Hasil yang banyak – boleh berdagang/ tukar barang
-         Hasil – bahan mentah, logam, besi , emas
       ii.            Sistem pemerintahan
-         Penubuhan kerajaan untuk mentadbir Bandar
-         Awal – pendeta agama , kemudian raja
-         Raja dibantu pentadbir ( bangsawan )
-         Pembentukan undang-undang ( peraturan )
     iii.            Pembentukan Bandar
-         Adanya pertempatan – wujud Bandar ( berlakunya pertambahan penduduk )
-         Bangunan tersusun
-         Rumah – ada kemudahan perigi/ bilik mandi dan tandas
-         Ada kemudahan awam – pasar/ rumah ibadat dan kawasan kediaman
-         Ada sistem perparitan / pembentungan
-         Ada pembinaan  kota ( untuk perlindungan daripada serangan )
-         Contoh – Ur, Uruk , Memphis, Mohenjo Daro , Anyang
     iv.            Pengkhususan pekerjaan
-         Bilangan penduduk bertambah
-         Wujud pekerjaan baru ( pengutip cukai,, jurutera, tentera, penjaga sungai, petani , pekerja sawah, pentadbir
-         Wujud kumpulan tukang ( mahir mengukir , menempa besi dan tembikar
-         Wujud saudagar dan pedagang
       v.            Teknologi
-         Munculnya ciptaan baru untuk barangan dan bangunan dan hasil pertukangan
-         Contoh – Taman Tergantung Babylond, pyramid , Negara kota
-         Muncul peralatan membajak , penciptaan roda , kereta kuda/ lembu
     vi.            Organisasi sosial
-         Wujud kelas / lapisan sosial
-         Ada golongan atasan – firaun / raja/ bangsawan , golongan agama
-         Golongan pertengahan – saudagar/ artisan
-         Bawahan – petani / pekerja
-         Paling rendah – hamba ( hamba perang / hamba dijual )
   vii.            Agama dan kepercayaan
-         Percaya adanya banyak tuhan
-         Tuhan bulan , matahari , ibu dan sungai
-         Ada tempat agama yang khusus
-         Percaya adanya kehidupan selepas mati
 viii.            Tulisan dan penyimpanan rekod
-         Muncul sistem tulisan kira-kira 5000 tahun dahulu
-         Ia membolehkan usaha menyimpan rekod dan perkara  penting tentang masyarakat
-         Tulisan awal – piktograf ( simbul bergambar )
     ix.            Kesenian dan kesusasteraan
-         Hasilkan seni sastera dan seni bina
-         Contoh – ciptaan patung , lukisan tuhan/ dewa, pahlawan, pemerintah
-         Patung tembaga



Tiada ulasan:

Catat Ulasan