CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 29 April 2020

LATIHAN CIKGU TAN TB SINTAKSIS POLA AYAT

LATIHAN 7
Baca setiap ayat di bawah dengan teliti, kemudian tulis subjek, predikat, dan pola ayat bagi setiap ayat di bawah.
Contoh: Ayat: Ibu bapa Anwar bekerja di ladang.
Subjek: Ibu bapa Anwar.
Predikat: bekerja di ladang
Pola ayat: FN + FK

301. Pelakon agak tampan dalam drama bersiri itu ialah bekas pelajar sekolah ini.
302. Pembantu rumah baharu itu seorang pelajar yang kurang mahir mengendalikan mesin basuh.
303. Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam yang berjaya memberikan sindiket penyeludupan tersebut terlalu cekap.
304. Gadis sunti itu kelihatan makin anggun dan sungguh memikat hati.
305. Bayi yang molek sekali itu anak pasangan muda tersebut.
306. Air yang payau sekali ini bukan air perigi di tepi pantai itu.
307. Pasukan badminton dari negara jiran tiba di sini cepat benar.
308. Gulai tersebut tidak dapat dimakan oleh mereka kerana masin nian.
309. Bermacam-macam jenis kuih yang lazat betul itu dari pasar Ramadhan.
310. Kanak-kanak perempuan yang comel betul itu masih di Tadika Seri Intan.
311. “Tinggi benar bangunan Menara Kuala Lumpur,” kata seorang pelancong dari luar negara itu.
312. Pemandangan di tasik Putrajaya yang penuh dengan lampu warna-warni itu indah nian pada waktu malam.
313. Meja di bilik mesyuarat jabatan ini mesti bujur dan besar.
314. Buah durian itu dari dusun orang tuanya tetapi isinya masih mengkal.
315. Buah belum ranum di atas pokok itu bukan buah rambutan gading.
316. Keluarga Ibrahim ke Eropah semasa suhu masih rendah di benua tersebut.
317. Waktu penerbangannya sudah suntuk lalu beliau bergegas ke lapangan terbang.
318. Ketumbuhan pada lehernya yang telah sembuh itu bukannya penyakit kanser.
319. Kebanyakan pinggan nasi untuk majlis perkahwinan anaknya tidak bulat tetapi mungkin jorong.
320. “Kamu harus tekal dengan azam demi kemajuan dirimu,” tegas pengetua kepada murid-murid sekolahnya.
321. Buah nanas sangat manis pada bahagian pangkalnya.
322. Wajah tuan puteri itu cantik sungguh bak bulan purnama.
323. Sesebuah negara harus aman demi kesejahteraan rakyatnya.
324. Pelajar sekolah tersebut sangat sibuk dengan kegiatan kokurikulumnya.
325. Kaki emak lenguh kerana berjalan amat jauh.
326. Pokok lada itu sering layu ketika cuaca panas terik.
327. Ibu tua ini amat rindu akan anaknya yang berada di luar negara.
328. Perniagaan Adam sungguh maju walaupun keadaan ekonomi tidak stabil.
329. Murid yang amat takut akan anjing garang itu murid tadika kampung kami.
330. Sekolah itu memerlukan markah pelajar sentiasa cemerlang pada setiap peperiksaan.
331. Surin dari Rantau Panjang, Kelantan dan pandai dalam mata pelajaran Sains.
332. Guru Besar sekolah itu terlalu sibuk dengan urusan pentadbiran sekolahnya.
333. Makanan berkhasiat demi kesihatan keluarga hendaklah daripada bahan makanan yang bermutu.
334. Bilik darjah harus bersih dan tersusun kemas untuk keselesaan belajar.
335. Syarikat itu memastikan pemandu basnya sentiasa waspada bagi keselamatan penumpang.
336. Yang ini pakaian seragam baharu untuk pasukan pengakap sekolah.
337. Wanita yang sakit selalu itu di Wad Bunga Raya.
338. Penceramah jemputan itu diam sejenak kemudian meneruskan ucapannya.
339. Pemuda itu telah menghadapi pelbagai dugaan, namun beliau ceria sentiasa.
340. Yang membuat majlis persandingan gelap seketika ialah terputusnya bekalan elektrik.
341. Sifat patuh kepada majikan menjadi teras budaya kerja syarikat itu.
342. Puan Mariam yang sangat rindu akan anaknya di Mesir sentiasa di rumah.
343. Laksamana Hang Tuah, hulubalang Melaka, amat setia terhadap rajanya.
344. Semangat sangat cinta akan negara matlamat program Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
345. Kawasan yang rosak kerana hujan lebat itu di daerah pedalaman negeri tersebut.
346. Heliza cemerlang dalam semua mata pelajaran sebab dia tekun belajar.
347. Orang yang sakit kanser paru-paru kerana terlalu banyak merokok semasa muda ialah datuk pemuda itu.
348. Ahmad membeli gulai ikan sembilang yang enak sebab cukup rempah-ratusnya dari Restoran Pelita.
349. Ketua Pengarah di kementerian itu cukup cergas lagi bijaksana pada usia mudanya.
350. Ibunya berasa gembira sejak mendapat berita bahawa anaknya akan pulang berhari raya dengannya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan