CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 29 April 2020

LATIHAN CIKGU TAN TB SINTAKSIS POLA AYAT

LATIHAN 5
Baca setiap ayat di bawah dengan teliti, kemudian tulis subjek, predikat, dan pola ayat bagi setiap ayat di bawah.
Contoh: Ayat: Ibu bapa Anwar bekerja di ladang.
Subjek: Ibu bapa Anwar.
Predikat: bekerja di ladang
Pola ayat: FN + FK

201. Kami beranggapan bahawa mereka tidak meminati lagu keroncong.
202. Ahli parlimen itu berhujah bahawa penghantaran pelajar ke luar negara perlu diteruskan.
203. Mereka yang berpendapat bahawa mutu sukan negara telah meningkat memang benar.
204. Mereka sangat patriotik kerana berpendirian bahawa maruah negara perlu dipertahankan.
205. Pihak yang berasa bahawa aktiviti tersebut tidak menggugat keamanan ialah kumpulan penentang.
206. Kumpulan itu dari kawasan utara negeri tersebut dan tidak bersetuju bahawa program itu telah dibatalkan.
207. Yang berkata bahawa kerajaan sentiasa menjaga kebajikan rakyat itu ialah wakil rakyat kawasan kami.
208. Mereka yang berfikir bahawa kejayaan akademik sangat penting untuk masa depan daripada golongan cerdik pandai.
209. Anak buahnya pendiam dan bercakap perlahan-lahan.
210. Gulai patin tempoyak masakan ibu ialah yang tidak terasa masin amat.
211. Jurulatih kami sangat bangga kerana pemainnya bermain habis-habisan.
212. Polis telah menahan beberapa orang suspek di tempat kejadian tersebut.
213. Pahar beralaskan kain baldu merah ialah hantaran perkahwinan kakak saya.
214. Paluan gendang rebana oleh pelajar Tingkatan 5 Mawar itu berbunyi gemuruh sangat.
215. Simposium itu tentang pemartabatan bahasa Melayu dan akan diadakan pada minggu hadapan.
216. Hadiah pada saudaranya yang berpangkat sarjan di balai polis tersebut.
217. Mereka masuk ke dalam hutan untuk memburu binatang.
218. Murid-murid yang mengikuti kegiatan kokurikulum masih di sekolah.
219. Orang yang mengucapkan tahniah kepada beliau tadi ibu mentuanya.
220. Pegawai kanan daripada Jabatan Kewangan itu sangat tegas.
221. Beliau yang telah bekerja sejak lima tahun yang lalu di syarikat itu pegawai eksekutif.
222. Pameran yang diadakan di dewan tersebut dari pukul 8 pagi hingga pukul 10 malam.
223. Abang sangat cekap kerana dapat menyiapkan karangan tersebut dalam masa sejam.
224. Majlis Anugerah Kecemerlangan sekolah kami akan bermula pada pukul 2 petang.
225. Kereta api yang bergerak dengan lajunya itu ke Pantai Timur.
226. Lelaki yang menjerit dengan kuatnya sebentar tadi penyokong pasukan lawan.
227. Pasukan bomba bertindak pantas untuk mengawal kebakaran daripada merebak.
228. Kami yakin bahawa pemain negara akan bermain habis-habisan untuk memenangi perlawanan.
229. Semua pemain telah berusaha demi kejayaan pasukan negara
230. Perkara yang dibangkitkan itu amat baik untuk keadilan semua peserta.
231. Beliau ialah wakil yang dilantik untuk mengambil tindakan tersebut bagi kepentingan semua pihak.
232. Mereka daripada bahagian pertahanan dan sentiasa berkhidmat dengan cemerlangnya demi negara yang tercinta.
233. Kakak memotong kek hari jadinya dengan pisau plastik.
234. Penduduk dari kampung itu ke pekan pada setiap hari dengan bas.
235. Murid itu amat bijak kerana mengukur panjang bongkah dengan pembaris.
236. Pegawai yang akan pergi ke Sabah dengan kapal terbang bukan pegawai kewangan.
237. Mereka yang akan bermain dengan pasukan itu sangat handal.
238. Yang bertelagah dengan jurulatihnya pagi tadi penjaga gol simpanan.
239. Mastura, murid Tingkatan 5 Tanjung berbincang tentang pelajaran dengan rakannya.
240. Kumpulan petani itu ke Kampung Bukit untuk bertemu dengan penghulu pada pagi tadi.
241. Bapa beliau berbual mengenai pengalamannya pada zaman Jepun.
242. Mereka anggota jawatankuasa PIBG sekolah dan berbicara tentang keciciran murid tadi.
243. Guru disiplin yang bertindak terhadap murid yang ponteng sekolah itu memang tegas.
244. Mesyuarat tersebut hingga tengah hari untuk berbincang tentang masalah pertukaran pegawai.
245. Persahabatan antara mereka itu bagai isi dengan kuku.
246. Yang bercahaya seperti bintang berkerdipan itu lampu neon.
247. Pembantu wanita tersebut sangat sombong dan berlagak bak orang kaya.
248. Beliau memegang watak sebagai wakil rakyat dalam drama ini.
249. Gaya hidup keluarga jutawan itu sungguh mewah sekali.
250. Bahasa Melayu saudara baharu itu masih kecinaan lagi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan