CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 29 April 2020

LATIHAN CIKGU TAN TB SINTAKSIS POLA AYAT

LATIHAN 9
Baca setiap ayat di bawah dengan teliti, kemudian tulis subjek, predikat, dan pola ayat bagi setiap ayat di bawah.
Contoh: Ayat: Ibu bapa Anwar bekerja di ladang.
Subjek: Ibu bapa Anwar.
Predikat: bekerja di ladang
Pola ayat: FN + FK

451. Dari manakah rombongan pelancong yang menaiki bas itu?
452. Hendak ke manakah Michael yang terburu-buru berjalan itu?
453. Daripada siapakah surat berdaftar yang kamu terima semalam?
454. Dengan siapakah pelajar itu menghadiri kelas tuisyen di bandar?
455. Sampai bilakah pameran hasil kraf tangan tradisional dilanjutkan?
456. Di manakah pelajar yang akan memasuki pertandingan pidato peringkat kebangsaan itu?
457. Apakah binatang yang sangat cerdik mengikut cerita dongeng tradisional?
458. Siapakah pelukis gambar pemandangan di tepi pantai yang cantik ini?
459. Wah, besar sungguh Masjid Jamek baharu ini!
460. Cis, habis tanaman ubi kayuku dimusnahkannya!
461. Amboi, ke panggung wayang pula budak-budak ini!
462. Aduh, sakitnya perut aku kerana makan buah tadi!
463. Eh, di sini rupanya kamu!
464. Oh, abang kamu yang berjaya mendaki Gunung Everest itu!
465. Wahai anakku, tuntutlah ilmu sebanyak mungkin sementara kamu masih muda!
466. Syabas, andalah orang yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia!
467. AIDS, dalam bahasa Melayu, bermaksud “sindrom kurang daya tahan penyakit”.
468. Calon SPM tahun ini sudah bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang menjelang tiba.
469. Pegawai daripada Jabatan Kebajikan terharu melihat keadaan hidup orang tua yang daif itu.
470. Datuk kami terdaya memikul setandan pisang tanduk di atas bahunya.
471. Gadis manja ini tersipu kemalu-maluan di hadapan rakan-rakannya apabila dipuji oleh ibunya.
472. Pengharaman konsert rock oleh pihak kerajaan baru-baru ini menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pemuda-pemudi.
473. Sesuatu petikan berita bertujuan untuk memberitahu pembaca tentang satu-satu kejadian, kegiatan, atau peristiwa yang berlaku.
474. Kakitangan hospital swasta mampu memberikan perkhidmatan rawatan yang lebih baik berbanding dengan hospital kerajaan.
475. Pemuda itu lebih gemar bekerja sendiri daripada makan gaji.
476. Puan Atifah sedang berceramah di dewan besar sekolah sekarang.
477. Obor perjuangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan masih menyala.
478. Kami bermohon agar tuan mengkhabarkan berita gembira ini kepada anggota persatuan kita.
479. Penari-penari makyung menari dengan pergerakan badan yang lemah lembut sambil bernyanyi.
480. Anggota panel masih lagi berbincang tentang penentuan kriteria pemilihan tokoh budayawan negara.
481. Atlet sukan renang yang akan mewakili negara sedang berlatih bersungguh-sungguh di kolam renang.
482. Untuk menenangkan fikiran sambil bersantai dengan anggota keluarganya, pegawai itu bercuti di Pulau Tioman.
483. Kedua-dua orang mempelai tersebut ke pelamin lalu duduk bersanding.
484. Dia begitu tenang sahaja, manakala teman karibnya gelisah tak keruan.
485. Lori itu sangat sarat dengan muatan atap genting dan kepingan jubin lantai.
486. Jangankan hendak pergi, malahan bergerak dari tempat duduknya pun tidak.
487. Puan Sarojini mengibas-ngibas kerusi itu dengan sapu tangan, kemudian duduk.
488. Encik Zukhairi peguam dalam bidang Syariah, manakala abangnya dalam bidang sivil.
489. “Dia anak orang hartawan tetapi saya bukan,” kata Azimin kepada orang tua itu dengan hormatnya.
490. Para pegawai, jurulatih serta pemain pasukan bola sepak belia negara akan ke luar negara esok.
491. Ibu memasak nasi dan kakak menumbuk cili dan ayah memarut kelapa dan abang mencuci pinggan.
492. Puan Normah dan suaminya ke Kuala Terengganu lalu ke Kota Bharu pula.
493. Cuaca di bahagian hulu mendung namun di bahagian baruh cerah.
494. Orang itu kaya, sebaliknya adik-adiknya yang tinggal di desa miskin.
495. Datuknya pejuang bangsa dan negara tetapi anaknya pengkhianat negara.
496. Mengapakah dia dalam kumpulan kita padahal namanya tiada dalam senarai?
497. Borang saya untuk memohon jawatan itu diterima tetapi permohonan kawan saya ditolak.
498. Orang tua itu bekerja sebagai buruh ladang getah walhal anak-anaknya pegawai yang berpangkat tinggi.
499. Ayahnya ke madrasah kerana bersolat tetapi anak lelakinya ke pusat karaoke kerana berhibur.
500. Hari bekerja di negara ini lima hari, iaitu dari hari Isnin hingga hari Jumaat melainkan hari cuti umum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan