CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Khamis, 30 April 2020

LATIHAN BM TB TING 3

SET 3

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1 Peserta dari sekolah kami memenangi acara __________ lembing peringkat Daerah Seremban.
A merejam                              B melontar
C melempar                           D membaling

2 Perlawanan bola tampar antara pasukan Melur dan pasukan Teratai itu terpaksa ____________ kerana hujan turun dengan lebatnya.
A digantung                           B dihabiskan
C disudahkan                                     D ditangguhkan

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah
3 Ibu akan memastikan air yang dimasak ___________ untuk dibuat kopi.
A menggelombang                 B menggelegak
C menggeletar                        D membuak

4 Kanak-kanak itu gagal diselamatkan ketika dihanyutkan ______ sungai yang deras dalam kemalangan yang menyayat hati itu.
A arus                                                 B kitaran
C putaran                               D gelombang

5 Seorang lelaki telah dijumpai _________ di tepi pantai oleh sekumpulan pengakap yang sedang berkhemah di situ.
A terpapar                              B terlantar
C terdampar                           D terhampar

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah

6 ________ yang bergemuruh telah diberikan oleh murid-murid setelah mereka mendengar ceramah yang disampaikan oleh novelis terkenal itu.
A Teriakan                              B Tepukan
C Laungan                             D Jeritan

7 Buku yang ditulis dalam __________ itu, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
A dwibahasa                          B ekabahasa
C interbahasa                                     D pancabahasa

Soalan 18 – 21

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

18 Disebabkan sering dibuli oleh rakan-rakannya, dia terpaksa berjumpa guru disiplin untuk mengadukan hal tersebut.

A berjumpa dengan guru disiplin                 B berjumpa akan guru disiplin
C jumpa guru disiplin                                   D berjumpa guru disiplin

19 Cadangan ini saya akan panjangkan kepada pihak atasan pada minggu hadapan.

A akan saya memanjangkan                                    B saya akan dipanjangkan
C akan saya panjangkan                              D saya akan panjangkan

20 Generasi muda sewajarnya tidak mudah terpengaruh dengan unsur fitnah kerana akan memecah belahkan perpaduan negara.

A akan pecahbelahkan perpaduan negara.
B akan memecahbelahkan perpaduan negara.
C memecah belahkan akan perpaduan negara.
D akan memecah belahkan perpaduan negara.

21 Sayur-sayuran yang dijual di pasar tani itu kelihatan sangat segar-bugar.
A sangat segar.                       B segar-bugar sangat.
C segar-segar sangat.                        D sangat segar-bugar.

Soalan 22 – 24
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

22 Sikap berhati-hati perlu diutamakan oleh penunggang-penunggang motosikal ketika berada di jalan raya.

A Penunggang-penunggang motosikal mestilah berhemat di jalan raya bagi mengelakkan kemalangan.
B Para penunggang motosikal haruslah berhati-hati jika ingin menunggang di jalan-jalan utama.
C Semasa berada di jalan raya penunggang-penunggang motosikal harus lebih berhati-hati.
D Utamakanlah keselamatan diri dan berhati-hatilah ketika menunggang motosikal di jalan raya.

23 Spesies flora dan fauna semakin pupus akibat penebangan hutan yang berleluasa di negara kita.

A Spesies flora dan fauna sudah pupus disebabkan berleluasanya penebangan pokok di negara kita.
B Di negara kita penebangan hutan yang berleluasa telah menyebabkan kepupusan spesies flora dan fauna.
C Di negara kita telah berlaku penebangan hutan maka secara berleluasa berlakulah kepupusan flora dan fauna.
D Penebangan hutan di negara kita membawa impak kepada kekurangan spesies flora dan fauna secara berleluasa.

24 Kehalusan dan keindahan batik Malaysia yang menjadi lambang daya kreativiti masyarakat di negara ini berjaya menarik perhatian para pelancong.

A Batik Malaysia yang melambangkan kreativiti masyarakat telah mampu memberi perhatian para pelancong akan kehalusan dan keindahannya.
B Batik Malaysia yang melambangkan identiti masyarakat Malaysia yang halus dan indah kini mampu menarik minat para pelancong.
C Para pelancong tertarik dengan kehalusan dan keindahan batik Malaysia yang melambangkan daya kreativiti masyarakat di negara ini.
D Masyarakat di Malaysia telah berusaha menarik perhatian para pelancong dengan menghasilkan batik yang halus dan indah buatannya.

Soalan 25 - 27
Pilih ayat-ayat yang betul.

25 I Anak-anak perlulah menghargai pengorbanan ibu-bapa mereka.
II Kenaikan harga petrol akan menyebabkan kenaikan harga barang.
III Hubungan yang sejati akan lahir daripada pemupukan kasih sayang yang ikhlas dan jujur.
IV Berpuluh-puluh hektar hutan telah musnah akibat kebakaran yang melanda kawasan
tersebut.

A I dan II sahaja                                B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja                           D II, III dan IV sahaja

26 I Maharaja itu menganggap dirinya mahabesar di dunia ini.
II Pengubah suaian dasar yang sedia ada mendatangkan kebaikan kepada syarikat
tersebut.
III Semua wakil yang hadir dalam mesyuarat telah menandatangani surat perakuan itu.
IV Pelancong lebih gemar berkunjung ke pulau-pulau yang cantik di persisiran pantai
Malaysia.

A I dan II sahaja                                B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja                           D II, III dan IV sahaja

27 I Sebelum meninggalkan rumah, Kannan terpaksa mengecaj bateri telefon bimbitnya.
II Untuk mengatasi masalah banjir kilat, semua longkang di taman perumahan itu perlu diperdalam.
III Dia terlewat sampai di rumah kerana terpaksa singgah di Aman Klinik untuk mendapatkan rawatan.
IV Antara masalah-masalah kesihatan yang hadapi oleh masyarakat ialah obesiti.
A I dan II sahaja                                B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja                           D II, III dan IV sahaja

Soalan 28 – 30
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berikut.

Soalan 28
28 Peribahasa tiada beban batu digalas  bermaksud
A menolong orang yang tidak tahu membalas budi.
B sengaja mencari masalah yang menyusahkan diri sendiri.
C hanya beringat-ingat setelah mendapat sesuatu kemalangan.
D mencari keuntungan dengan berbuat baik antara dua orang

 Soalan 29

Pelawat A : Ukiran seni bangunan Istana Seri Menanti ini masih lagi elok walaupun telah dihasilkan beratus-ratus tahun dahulu.
Pelawat B : Ya, malah rekaan seni binanya melambangkan ciri-ciri budaya masyarakat Minangkabau.


29 Peribahasa yang sesuai dengan dialog di atas ialah
A hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
B tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.
C tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
D rumah siap pahat berbunyi.

30 Semasa hidupnya susah dahulu banyak keinginannya yang tidak tercapai. Kini, setelah suaminya bergelar jutawan semua keinginan Salmah seperti pakaian dan barang kemas dengan mudah diperolehnya.
Peribahasa yang sesuai menggambarkan keadaan di atas ialah

A biduk lalu, kiambang bertaut.
B di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
C diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat.
D ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.

SET 4

Soalan 1-7
Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.
1 Tuan Pengetua ........................... hadiah kepada pemenang pertandingan pidato sekolah itu.
A menyatakan                                      B menyampaikan
C menyempurnakan                            D mempersetujui
2 Sumbangan .......................... orang ramai itu akan diagihkan kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Iran.
A dari        B untuk                 C kepada          D daripada

3 Encik Ram mengupah ......................... dalaman untuk menyusun atur perabot dan lukisan- lukisan di rumah barunya.
A jurucerakin                 B jurulatih          C juruhias               D jurubina

4 Rakyat Malaysia begitu terkejut .................... mendengar berita penemuan mayat jutawan wanita yang dilaporkan hilang itu.
A apabila               B sejak                  C akan                      D bila

5 Semua pelajar tingkatan dua dikehendaki ........................... di Dataran Bestari pada pukul
10.30 pagi ini kerana ada perkara penting yang hendak disampaikan oleh pengetua sekolah.
A berjajar           B bersusun            C berhimpun              D berlonggok

6 Rombongan ........................... dari Jepun telah sampai ke Putrajaya untuk bertemu dengan
Perdana Menteri sebelum menyertai Seminar Pelaburan Asean.
A karyawan                                B usahawan
C sejarawan                               D budayawan  

7 Warna .......................... merupakan warna kesukaan anak perempuan Puan Zalina.
A biru kebiru-biruan                   B telur kuning
C perang-perang                          D biru laut

Soalan 8-14

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
Pilih jawapan yang paling sesuai.

8 Majikan itu menugasi banyak kerja yang berat kepada beberapa orang pekerjanya.
Tiada kesalahan.

9 Adik menggunakan pembaris untuk membuat garisan yang lurus. Tiada kesalahan.

10 Para pemain itu akan didenda jika sekiranya mereka tidak menghadiri sesi latihan pada petang ini. Tiada kesalahan

11 Peserta-peserta dalam pertandingan perbahasan pada peringkat kebangsaan itu saling bertukar pandangan tentang masalah alam sekitar. Tiada kesalahan.

12 Datuk Misbun Sidek mengarahkan para pemain badminton mengumpulkan bulu tangkis dan diletakkan ke dalam bakul. Tiada kesalahan.

13 Tandatangan penjaga perlu diperolehi sebelum murid-murid dibenarkan menyertai lawatan anjuran pihak sekolah. Tiada Kesalahan

14 Walaupun tidak berbuat jahat tetapi dia tetap dituduh mencuri kerana dia adalah bekas banduan.Tiada Kesalahan.

Soalan 15-17

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

15 I. Kakak jarang memakai pakaian yang berwama cerah kerana cepat kotor.
II Latihan bola sepak itu terpaksa ditangguhkan sehingga hari kembali cerah.
III Ayah memasukkan kunci kereta dalam balang yang cerah agar mudah dilihat.
IV Kehidupan Pak Ramli sekeluarga semakin cerah sejak anak-anaknya mendapat
pekerjaan tetap.
A I dan II                                B III dan IV
C I, II dan III                          D II, III dan IV

16. I Harga barang yang dibeli oleh kakak dan ibu berselisih RM3 sahaja.
II Walaupun Anita dan Aliza adik-beradik kembar, mereka sentiasa berselisih faham.
III Oleh sebab lorong itu sempit, dia sentiasa berselisih dengan orang lain ketika hendak
ke sekolah.
IV Sungguhpun berselisih bahu dengannya, dia tidak menoleh ke arab saya.
A I dan II                               B III dan IV
C I, II dan III                         D II, III dan IV

17 I Johari asyik termenung sejak persoalan itu menimpa fikirannya.
II Perompak yang masuk ke rumah Pak Samad menimpa kepala orang gaj inya dengan
kayu.
III Pokok besar yang tumbang ketika ribut itu menimpa beberapa buah kereta.
IV Ibu amat risau memikirkan demam panas yang menimpa adik sejak dua hari lalu.
A I dan II                             B III dan IV
B I, II dan III                       D II, III dan IV

Soalan 18-21

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa dan mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

18 Pihak kerajaan telah menyediakan bermacam kemudahan-kemudahan untuk pembangunan
pendidikan di Malaysia.
A bermacam-macam kemudahan-kemudahan
B bermacam-macam kemudahan
C bermacam kemudahan
D bermacam kemudahan-kemudahan

19 Kutipan derma orang ramai itu kami akan serahkan kepada wakil setiap kampung yang dilanda banjir.
A akan kami serahkan kepada
B akan kami serahkan pada
C kami akan serahkan pada
D kami akan serahkan kepada  

20 Perjumpaan itu diadakan adalah untuk berbincang tentang segala masalah yang dihadapi oleh persatuan itu.
A ialah untuk membincailgkan tentang segala masalah
B ialah untuk berbincang segala masalah
C adalah untuk berbincangkan segala masalah
D adalah untuk berbincang tentang segala masalah

21 Setelah mencapai kata sepakat, kami bersetuju untuk menghadiahi kotak pensel kepada Razif sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-5.

A menghadiahkan pensel kotak pada
B menghadiahkan kotak pensel kepada
C menghadiahi pensel kotak pada
D menghadiahi kotak pensel kepada

Soalan 22-24

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

22 Puan Saodah selamat kembali ke tanah air selepas kira-kira dua bulan setengah
menjalani rawatan lanjutan kanser tulang di luar negara.

A Selepas merawat pesakit kanser tulang lebih kurang dua bulan setengah di luar negara, Puan Saodah selamat kembali ke tanah air.
B Puan Saodah selamat menjalani rawatan susulan penyakit kanser di luar negara kira-kira dua bulan setengah.
C Selepas dua bulan setengah Puan Saodah di luar negara untuk menjalani rawatan susulan penyakit kanser tulang yang dihidapinya, kini beliau selamat kembali di tanah air.
D Selepas lebih kurang dua bulan setengah Puan Saodah di luar negara untuk menjalani rawatan susulan penyakit kanser tulang yang dihidapinya, kini beliau selamat kembali di Malaysia.

23 Hujan dijangka turon pada petang esok mengikut ramalan yang dikeluarkan oleh
Jabatan Kaji Cuaca.
A Petang esok Jabatan Kaji Cuaca akan meramalkan keadaan hujan.
B Jabatan Kaji Cuaca meramalkan bahawa hujan akan turun pada petang esok.
C Pada petang esok, Jabatan Kaji Cuaca akan mengeluarkan ramalan tentang hujan.
D Ramalan hujan pada petang esok, akan dikeluarkan oleh Jabatan Kaji Cuaca.

24 Kecuaian manusia terutamanya pemandu kenderaan merupakan faktor utama
terjadinya kemalangan jalan raya.

A Kemalangan jalan raya berpunca daripada sikap lalai manusia terutamanya para pemandu.
B Pemandu yang tidak mematuhi peraturan jalan raya sering menyebabkan berlakunya
kemalangan.
C Kelalaian sewaktu di j alan ray a telah meningkatkan kadar kemalangan dalam kalangan pengguna jalan raya.
D Kemalangan jalan raya sering dikaitkan dengan sikap ingin berlumba-lumba di jalan raya.

Soalan 25-27
Pilih ayat-ayat yang betul.

25 I Dia tetap tabah walaupun menempuh pelbagai halangan.
II Kejayaannya mewakili sekolah dalam pertandingan badminton amat membanggakan.
III Bangunlah awal-awal jika takut bas meninggalkan anda.
IV Kampungnya j auh terpencil kerana kurang kemudahan asas.
A I dan II sahaja                                   B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja                              D II, III dan IV sahaja

26 I Seekor tikus sedang bersembunyi di dalam gulungan tikar mengkuang itu.
II Walaupun usia adik baru tiga tahun, dia sudah dapat menunggang ba~ikal.
III Pengemis itu duduk di kaki lima sambil menadah tangan.
IV Dia sedang tidur atau sedang menonton televisyenkah?
A I dan II sahaja                                B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja                          D II, III dan IV sahaja

27 I Setengah orang tidak menggemari sikapnya itu.
II Ibu bapa akan meluangkan masa bersama dengan anak-anak untuk menghalang
mereka daripada keluar rumah.
III Dengan menggunakan besi, Sulaiman memecahkan tingkap rumahnya.
IV Penjahat itu menyamar sebagai perempuan supaya dia dapat melepaskan diri daripada buruan polis.
A I dan II sahaja                                     B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja                               D II, III dan IV sahaja

Soalan 28-30

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.

28 Hakim dan Taufik selalu bersama-sama untuk menyiapkan sesuatu pekerjaan walaupun
Mereka mempunyai kemahiran yang berbeza.
Peribahasa yang sesuai dengan penyataan di atas ialah
A seperti isi dengan kuku. B bagai aur dengan tebing.
C seperti pahat dengan penukul. D seperti anjing dengan kucing.

29 "Pandai-pandailah kamu membawa diri di tempat orang nanti, kerana lain padang lain belalangnya”pesan emak kepada Abang Long yang berpindah ke tempat baharu.
Peribahasa yang bergaris bermaksud .....

A setiap tempat, berbeza-beza ragam penduduknya. B setiap tempat, ada adat yang diamalkan.
C setiap tempat, berbeza-beza adatnya. D setiap tempat, ada penduduknya.

30 Lelaki itu tidak mempedulikan jirannya yang susah walaupun dia mempunyai wang untuk disedekahkan. Sifat lelaki itu dikatakan bagai

A rambut sama hitam, hati lain-lain.
B melepaskan anjing tersepit.
C enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
D durian dan mentimun, menggolek kena, kena golek pun kena. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan