LATIHAN 9
Baca
setiap ayat di bawah dengan teliti, kemudian tulis subjek, predikat, dan pola ayat bagi setiap ayat di
bawah.
Contoh:
Ayat: Ibu bapa Anwar bekerja di ladang.
Subjek:
Ibu bapa Anwar.
Predikat:
bekerja di ladang
Pola
ayat: FN + FK
401. Pemain bola keranjang pasukan pelawat tinggi-tinggi
seperti galah.
402. Pelajar itu amat bijak dalam semua mata pelajaran.
403. Bangunan indah seperti mahligai di atas bukit itu istana
baharu baginda sultan.
404. Datuk kami yang keadaannya amat tenat pada mulanya kini
sudah sembuh
405. Cikgu Gopal yang sentiasa berdedikasi dan tekun dengan
pekerjaannya di pejabat pengetua sekolah sekarang.
406. Anggota perkhemahan di puncak gunung itu berasa dingin
pada waktu dinihari.
407. Ungkapan “Sentiasa bersih demi kesihatan” ialah slogan
jabatan ini.
408. Penjaja harus cekal dan cekap untuk pendapatan dan
keuntungan yang lebih tinggi.
409. Kota Kinabalu ialah ibu negeri Sabah yang letaknya di
tepi laut.
410. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Amerika
Syarikat.
411. Bangunan perpustakaan yang baru siap dibina di bandar
itu amat besar.
412. Kain songket ialah busana yang lazimnya dipakai oleh
pasangan pengantin.
413. Bandar raya Kuala Lumpur yang sedang pesat membangun
sangat bersih dan indah.
414. Bungkusan hadiah ini untuk pelajar yang akan melanjutkan
pelajaran ke universiti.
415. Semua rakyat diingatkan supaya mengibarkan Jalur
Gemilang pada bulan kemerdekaan negara ini.
416. Pihak kerajaan sedang memartabatkan bahasa Melayu dan
memperkasakan bahasa Inggeris di negara ini.
417. Ikan hiasan di dalam akuarium itu cantik-cantik?
418. Bangunan itu asrama untuk pelajar dari luar bandar?
419. Darurat di negara kita diisytiharkan pada tahun 1948?
420. Mereka sekeluarga akan ke Pulau Langkawi untuk bercuti?
421. Kota Paris bandar raya yang terkenal dengan bangunan
Menara Eiffel?
422. Guru sukan sekolah mengetuai rombongan pelajar mendaki
gunung itu?
423.
Padang sukan sekolah itu sangat luas berbanding dengan padang sekolah lain?
424. Ahli arkeologi yang sedang menjalankan penyelidikan di
Lembah Bujang dari Muzium Negara?
425. Baju kemeja kamu yang biru itu basah kenapa?
426. Kenaikan harga minyak petrol baru-baru ini bila?
427. Kamu menyediakan sate untuk tetamu bapa bagaimana?
428. Latihan forum pelajar di kantin sekolah pagi tadi
mengapa?
429. Jumlah kayu hoki yang rosak di bilik sukan sekolah
berapa?
430. Pokok bunga di sekitar bangunan sekolah kami kering dan
layu mengapa?
431. Harga kereta mainan dengan alat kawalan jauh yang baru
dibeli itu berapa?
432. Peserta program pertukaran pelajar dari negara China
akan ke Kuala Lumpur bila?
433. Kenapakah baju kemeja kamu yang biru itu basah?
434. Bilakah kenaikan harga minyak berkuat kuasa baru-baru
ini?
435. Bagaimanakah kamu menyediakan sate untuk tetamu bapa?
436. Mengapakah latihan forum pelajar di kantin sekolah pagi
tadi?
437. Berapakah jumlah kayu hoki yang rosak di bilik sukan
sekolah?
438. Mengapakah pokok bunga di sekitar bangunan sekolah kami
kering dan layu?
439. Berapakah harga kereta mainan dengan alat kawalan jauh
yang baru dibeli itu?
440. Bilakah program pertukaran pelajar dari negara China
akan ke Kuala Lumpur?
441. Ibu jari kaki kanan kamu bengkak sejak bila?
442. Rombongan pelancong yang menaiki bas itu dari mana?
443. Doktor muda hospital ini pakar penyakit kulit sejak
bila?
444. Michael yang terburu-buru berjalan itu hendak ke mana?
445. Surat berdaftar yang kamu terima semalam daripada siapa?
446. Pelajar itu menghadiri kelas tuisyen di bandar dengan
siapa?
447. Pameran hasil kraf tangan tradisional dilanjutkan sampai
bila?
448. Pelajar yang akan memasuki pertandingan pidato peringkat
kebangsaan itu di mana?
449. Sejak bilakah ibu jari kaki kanan kamu bengkak?
450. Sejak bilakah doktor muda hospital ini pakar penyakit
kulit?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan