CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 29 April 2020

LATIHAN CIKGU TAN TB SINTAKSIS POLA AYAT


LATIHAN 6
Baca setiap ayat di bawah dengan teliti, kemudian tulis subjek, predikat, dan pola ayat bagi setiap ayat di bawah.
Contoh: Ayat: Ibu bapa Anwar bekerja di ladang.
Subjek: Ibu bapa Anwar.
Predikat: bekerja di ladang
Pola ayat: FN + FK

251. Lembayung keungu-unguan itu muncul pada waktu senja.
252. Budak demam denggi yang masih belum baik itu murid sekolah ini.
253. Lorong gelap lagi menyeramkan pada waktu malam itu di belakang bangunan tersebut.
254. Bangunan besar dan agak mahal ini dibina oleh kontraktor terkenal di bandar ini.
255. Prestasi perlawanan bola sepak peringkat akhir yang sehebat tahun lalu oleh pasukan Harimau Muda.
256. Antara bangunan tinggi di Kuala Lumpur, bangunan Menara Kembar Petronas ialah yang tertinggi.
257. Walaupun Pak Zakirin tua kerepot, badannya masih sihat.
258. Beberapa sisir pisang di atas meja itu bukan pisang lemak manis.
259. Anak yang kurus kering akibat sakit jantung di Wad 14 hospital besar.
260. Budak itu dijumpai dalam keadaan letih lesu kerana sesat di hutan dua hari lalu.
261. Hang Tuah, hulubalang Melaka yang gagah berani, sangat setia kepada sultannya.
262. Wanita-wanita cantik molek itu akan menyertai pertandingan Gadis Melayu di ibu negara.
263. Buruh berbadan tegap dan tidak mengenal penat lelah itu daripada keluarga miskin.
264. Keluarga yang riang gembira kerana kejayaan anak mereka dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ialah keluarga Lebai Harun.
265. Mereka membeli buah-buahan secara borong tidak kira kecil besar.
266. Baik buruk perangai seseorang itu menjadi asas ukuran peribadinya.
267. Perjanjian itu bukan berbentuk hitam putih tetapi hanya secara mulut.
268. Lembu jantan di padang siang malam itu bukannya milik Lebai Jusuh.
269. Zainal yang penuh dengan pengalaman pahit manis itu dari negara Iraq.
270. Kawasan itu sangat luas penuh dengan bukit bukau dan tanah tinggi rendah.
271. Anggota keluarga itu baik-baik belaka dan begitu mesra dengan orang kampung tidak kira miskin kaya.
272. Mereka yang menyertai maraton peringkat kebangsaan daripada semua golongan tidak kira kecil besar dan tua muda.
273. Budak gemuk gedempol itu murid Tingkatan Lima sekolah kami.
274. Gadis yang lemah gemalai tingkah lakunya dari Taman Kencana.
275. Walaupun kulitnya hitam legam dibakar matahari, pemuda itu tetap gigih.
276. Anak tunggal pewaris harta pusaka ayahnya kini kaya-raya di kampung itu.
277. Gadis tinggi lampai dan berkulit putih kuning itu terpilih sebagai ratu dalam pertandingan ratu kebaya pada malam itu.
278. Kelas Tingkatan 3 Bestari yang bising itu menjadi sunyi sepi setelah diberi amaran oleh guru disiplin.
279. Tanah sawah yang kering-kontang akibat kemarau panjang itu di bahagian utara Semenanjung.
280. Suasana hingar bingar di panggung stadium bola sepak itu ialah bunyi jeritan para penonton.
281. Kulit gadis pingitan anak Puan Suhaili kuning langsat.
282. Air minuman jus oren manis buah ini untuk pesakit diabetes.
283. Anak perempuan yang bujur telur mukanya ialah anak Pak Imam kampung kami.
284. Yang itu selendang berwarna hijau daun bukannya berwarna hijau pucuk pisang.
285. Walaupun rasa ubat itu pahit peria, dia tetap menelannya demi kesihatan badannya.
286. Warna biru laut busana pengantin sungguh menarik dan sejuk mata memandang.
287. Pemain bola keranjang kelab kami yang muda remaja itu telah menjuarai pertandingan tersebut.
288. Pelajar berwajah pucat lesi itu kini di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan penyakit leukemia.
289. Sifat banyak mulut satu tabiat yang kurang baik.
290. Orang tua bangka itu di pelamin pengantin sekarang ini.
291. Pembantu Am Pejabat baharu kami sangat ringan tulang.
292. Murid yang panjang tangan itu bukan anak Puan Mariam.
293. Perempuan yang rabun ayam ke wad klinik mata hospital daerah.
294. Kerajaan kini berjaya mengatasi masalah buta huruf di negara ini.
295. Anak jiran saya cepat khatam al-Quran kerana dia sangat terang hati.
296. Budak besar kepala itu sangat degil dan tidak disukai oleh rakan kelasnya.
297. Kenderaan keluaran syarikat Jepun itu lebih canggih daripada syarikat ini.
298. Buah salak yang paling kelat tadi dari dusun Haji Pak Husin.
299. Tiang elektrik di selekoh jalan itu membahayakan orang ramai kerana terlalu condong.
300. Sulaman songket benang emas ini daripada hasil tangan pekerja yang cukup tekun. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan