LATIHAN 3
Baca
setiap ayat di bawah dengan teliti, kemudian tulis subjek, predikat, dan pola ayat bagi setiap ayat di
bawah.
Contoh:
Ayat: Ibu bapa Anwar bekerja di ladang.
Subjek:
Ibu bapa Anwar.
Predikat:
bekerja di ladang
Pola
ayat: FN + FK
101. Amat sukar untuk mencari kotak hitam kapal terbang itu.
102. Sekarang, baju lama ibu saya ini kepunyaan kakak sulung
saya
103. Pegawai kanan kementerian itu akan melawat Putrajaya
minggu ini.
104. Permulaan penerbitan majalah baharu persatuan ini pada
tahun hadapan.
105. Pada awal pagi tadi, hujan masih belum turun.
106. Ketika kami adik-beradik sedang makan, ayah ke pejabat.
107. Abang sulung saya akan membacakan ayah surat daripada
ibu.
108. Atlet yang berlari pantas dalam acara tersebut dari
negeri Johor.
109. Usaha untuk mengumpulkan barang-barang lama itu amat
murni.
110. Burung yang terbang dengan lajunya sebentar tadi sangat
cantik.
111. Tetamu yang hendak berjumpa dengan pengetua bapa Shazwan
112. Pengawas pusat sumber ialah murid yang sedang membaca
buku sejarah itu.
113. Pada zaman itu, saya masih belum lahir lagi.
114.
Rumah yang sudah roboh itu rumah Pak Cik Ghani.
115. Walaupun baru bekerja, rakan saya itu tidak kekok.
116. Peserta yang akan muncul sebentar lagi dari negeri
Perak.
117. Pemain yang mula tiba itu daripada pasukan pilihan Malaysia.
118. Beliau tetap yakin akan perjuangannya walaupun pernah
tertipu.
119. Orang yang hendak berniaga mestilah mempunyai modal yang
cukup.
120. Peminat pasukan daripada kelab England tersebut bukan
kumpulan yang sedang bersorak itu.
121. Pada zaman itu, saya masih belum lahir ke dunia lagi.
122. Rumah yang sudah roboh sejak seminggu lalu rumah Pak Cik
Ghani.
123. Walaupun baru bekerja di syarikat tersebut, rakan saya
itu tidak kekok.
124. Peserta yang akan muncul dalam pertandingan ini sebentar
lagi dari negeri Perak.
125. Pemain yang mula tiba pagi tadi itu daripada pasukan
pilihan Malaysia.
126. Beliau tetap yakin akan perjuangannya walaupun pernah
tertipu pada tahun lepas.
127. Orang yang hendak berniaga di pusat beli-belah itu
mestilah mempunyai modal yang cukup.
128. Peminat pasukan daripada kelab England tersebut bukan
kumpulan yang sedang bersorak dengan gamatnya itu.
129. Wanita Jepun yang berbaju kebaya ini sungguh anggun.
130. Mereka yang berselisih pendapat itu daripada kelas kami.
131. Lelaki berbangsa Inggeris dari Australia tadi sangat
ramah.
132. Pemuda yang suka merendah diri itu penyelidik di
institut kami.
133. Kakak sulung saya bertemu jodoh dengan pemuda sekampung.
134. Cita-citanya sejak kecil lagi bukan menjadi pegawai
tentera tetapi pegawai polis.
135. Perompak yang bersenjatakan parang ke ladang yang
berhampiran untuk bersembunyi.
136. Oleh sebab ketinggalan bas, mereka bertilamkan rumput di
padang tersebut pada malam itu.
137. Pegawai perhubungan yang berwajah cantik itu bagai
bidadari.
138. Yang menjaringkan gol itu Kamaruzaman, pemain bertubuh
kecil.
139. Balingan atlet berbadan besar dari negara Perancis dalam
acara tukul besi sangat hebat.
140. Pesakit yang berunsur baik itu pegawai kanan sebuah
syarikat perniagaan telekomunikasi.
141. Supaya hati anak-anaknya bertambah sayang kepadanya,
beliau sering dengan mereka.
142. Oleh sebab hidupnya sebatang kara, dia terpaksa
menumpang kasih pada anak-anak saudaranya.
143. Kita tidak sepatutnya memandang rendah akan kebolehan
kumpulan juruanalisis syarikat mereka.
144. Pengetua amat gembira kerana nama sekolah menjadi harum
setelah pencapaian akademik muridnya sangat cemerlang.
145. Kereta yang tiba-tiba membelok ke kanan tadi kereta
peronda polis.
146. Pemain kami tidak gentar untuk berdepan dengan pasukan
tersebut.
147. Kami telah berada di tempat peranginan ini sejak
seminggu yang lalu.
148. Mereka yang tertakluk pada peraturan tersebut ialah
atlet olahraga.
149. Tugas beliau sangat penting kerana berperanan sebagai
pengurus dan jurulatih.
150. Perbincangan tersebut berhubung dengan aktiviti yang
akan dijalankan pada minggu bahasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan