SET 4
Soalan
1-7
Lengkapkan
ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.
1 Tuan
Pengetua ........................... hadiah kepada pemenang pertandingan
pidato sekolah itu.
A menyatakan
B
menyampaikan
C
menyempurnakan D
mempersetujui
2 Sumbangan
.......................... orang ramai itu akan diagihkan kepada
mangsa-mangsa gempa bumi di Iran.
A dari B untuk C kepada D daripada
3 Encik Ram
mengupah ......................... dalaman untuk menyusun atur perabot
dan lukisan- lukisan di rumah barunya.
A
jurucerakin B jurulatih C juruhias D jurubina
4 Rakyat
Malaysia begitu terkejut .................... mendengar berita penemuan
mayat jutawan wanita yang dilaporkan hilang itu.
A apabila B sejak C akan D bila
5 Semua
pelajar tingkatan dua dikehendaki ........................... di Dataran
Bestari pada pukul
10.30 pagi
ini kerana ada perkara penting yang hendak disampaikan oleh pengetua
sekolah.
A berjajar B bersusun C berhimpun D berlonggok
6 Rombongan
........................... dari Jepun telah sampai ke Putrajaya untuk
bertemu dengan
Perdana
Menteri sebelum menyertai Seminar Pelaburan Asean.
A karyawan B usahawan
C sejarawan D budayawan
7 Warna .......................... merupakan warna
kesukaan anak perempuan Puan Zalina.
A biru
kebiru-biruan B telur kuning
C
perang-perang D biru laut
Soalan
8-14
Ayat-ayat
yang berikut mungkin
betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan
itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada
kesalahan telah ditandakan dengan D.
Pilih
jawapan yang paling
sesuai.
8 Majikan
itu menugasi banyak kerja yang berat kepada beberapa orang pekerjanya.
Tiada kesalahan.
9 Adik menggunakan pembaris untuk membuat garisan yang lurus. Tiada kesalahan.
10 Para
pemain itu akan didenda jika sekiranya mereka tidak menghadiri sesi latihan pada
petang ini. Tiada kesalahan
11
Peserta-peserta dalam
pertandingan perbahasan pada
peringkat kebangsaan itu saling
bertukar pandangan tentang masalah alam sekitar. Tiada kesalahan.
12 Datuk
Misbun Sidek mengarahkan para pemain
badminton mengumpulkan bulu tangkis dan diletakkan ke dalam bakul. Tiada kesalahan.
13
Tandatangan penjaga perlu diperolehi
sebelum murid-murid dibenarkan
menyertai lawatan anjuran
pihak sekolah. Tiada Kesalahan
14 Walaupun
tidak berbuat jahat tetapi dia tetap dituduh mencuri kerana
dia adalah bekas banduan.Tiada Kesalahan.
Soalan
15-17
Pilih
ayat-ayat yang menggunakan perkataan
berhuruf condong dengan
betul.
15 I. Kakak
jarang memakai pakaian yang berwama cerah
kerana cepat kotor.
II Latihan
bola sepak itu terpaksa ditangguhkan sehingga hari kembali cerah.
III Ayah
memasukkan kunci kereta dalam balang yang cerah agar mudah dilihat.
IV Kehidupan
Pak Ramli sekeluarga semakin cerah
sejak anak-anaknya mendapat
pekerjaan
tetap.
A I dan II B III dan
IV
C I, II dan
III D II,
III dan IV
16. I Harga
barang yang dibeli oleh kakak dan ibu berselisih RM3 sahaja.
II Walaupun
Anita dan Aliza adik-beradik kembar, mereka sentiasa berselisih faham.
III Oleh
sebab lorong itu sempit, dia sentiasa berselisih dengan orang lain ketika hendak
ke sekolah.
IV
Sungguhpun berselisih
bahu dengannya, dia tidak menoleh ke arab saya.
A I dan II B III dan
IV
C I, II dan
III D II,
III dan IV
17 I Johari
asyik termenung sejak persoalan itu menimpa
fikirannya.
II Perompak
yang masuk ke rumah Pak Samad menimpa
kepala orang gaj inya dengan
kayu.
III Pokok
besar yang tumbang ketika ribut itu menimpa
beberapa buah kereta.
IV Ibu amat
risau memikirkan demam panas yang menimpa
adik sejak dua hari lalu.
A I dan II B III dan IV
B I, II dan
III D II, III
dan IV
Soalan
18-21
Bahagian
yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan
bahasa dan mungkin
juga tidak.
Tandakan sama
ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi
kesalahan dan tandakan D jika tiada
kesalahan.
18 Pihak
kerajaan telah menyediakan bermacam
kemudahan-kemudahan untuk pembangunan pendidikan di Malaysia.
A
bermacam-macam kemudahan-kemudahan
B
bermacam-macam kemudahan
C bermacam
kemudahan
D bermacam
kemudahan-kemudahan
19 Kutipan
derma orang ramai itu kami akan
serahkan kepada wakil setiap kampung yang dilanda banjir.
A akan kami
serahkan kepada
B akan kami
serahkan pada
C kami akan
serahkan pada
D kami akan
serahkan kepada
20 Perjumpaan itu diadakan adalah untuk berbincang tentang segala masalah yang dihadapi
oleh persatuan itu.
A ialah
untuk membincailgkan tentang segala masalah
B ialah
untuk berbincang segala masalah
C adalah
untuk berbincangkan segala masalah
D adalah
untuk berbincang tentang segala masalah
21 Setelah
mencapai kata sepakat, kami bersetuju untuk menghadiahi kotak
pensel kepada Razif sempena
ulang tahun kelahirannya yang ke-5.
A
menghadiahkan pensel kotak pada
B
menghadiahkan kotak pensel kepada
C
menghadiahi pensel kotak pada
D menghadiahi
kotak pensel kepada
Soalan
22-24
Pilih
ayat yang mempunyai maksud yang sama atau
maksud yang paling
hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
22 Puan
Saodah selamat kembali ke tanah air selepas kira-kira dua bulan setengah
menjalani
rawatan lanjutan kanser tulang di luar negara.
A Selepas
merawat pesakit kanser tulang lebih kurang dua bulan setengah di luar
negara, Puan Saodah selamat kembali ke tanah air.
B Puan
Saodah selamat menjalani rawatan susulan penyakit kanser di luar negara
kira-kira dua bulan setengah.
C Selepas
dua bulan setengah Puan Saodah di luar negara untuk menjalani rawatan
susulan penyakit kanser tulang yang dihidapinya, kini beliau selamat
kembali di tanah air.
D Selepas
lebih kurang dua bulan setengah Puan Saodah di luar negara untuk
menjalani rawatan susulan penyakit kanser tulang yang dihidapinya, kini
beliau selamat kembali di Malaysia.
23 Hujan
dijangka turon pada petang esok mengikut ramalan yang dikeluarkan oleh
Jabatan
Kaji Cuaca.
A Petang
esok Jabatan Kaji Cuaca akan meramalkan keadaan hujan.
B Jabatan
Kaji Cuaca meramalkan bahawa hujan akan turun pada petang esok.
C Pada
petang esok, Jabatan Kaji Cuaca akan mengeluarkan ramalan tentang hujan.
D Ramalan
hujan pada petang esok, akan dikeluarkan oleh Jabatan Kaji Cuaca.
24 Kecuaian
manusia terutamanya pemandu kenderaan merupakan faktor utama
terjadinya
kemalangan jalan raya.
A Kemalangan
jalan raya berpunca daripada sikap lalai manusia terutamanya para
pemandu.
B Pemandu
yang tidak mematuhi peraturan jalan raya sering menyebabkan berlakunya
kemalangan.
C Kelalaian
sewaktu di j alan ray a telah meningkatkan kadar kemalangan dalam
kalangan pengguna jalan raya.
D Kemalangan
jalan raya sering dikaitkan dengan sikap ingin berlumba-lumba di jalan
raya.
Soalan
25-27
Pilih
ayat-ayat yang betul.
25 I Dia
tetap tabah walaupun menempuh pelbagai halangan.
II
Kejayaannya mewakili sekolah dalam pertandingan badminton amat
membanggakan.
III
Bangunlah awal-awal jika takut bas meninggalkan anda.
IV
Kampungnya j auh terpencil kerana kurang kemudahan asas.
A I dan II
sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan
III sahaja D II, III
dan IV sahaja
26 I Seekor
tikus sedang bersembunyi di dalam gulungan tikar mengkuang itu.
II Walaupun
usia adik baru tiga tahun, dia sudah dapat menunggang ba~ikal.
III Pengemis
itu duduk di kaki lima sambil menadah tangan.
IV Dia
sedang tidur atau sedang menonton televisyenkah?
A I dan II
sahaja B III dan
IV sahaja
C I, II dan
III sahaja D II, III dan IV sahaja
27 I
Setengah orang tidak menggemari sikapnya itu.
II Ibu bapa
akan meluangkan masa bersama dengan anak-anak untuk menghalang
mereka
daripada keluar rumah.
III Dengan
menggunakan besi, Sulaiman memecahkan tingkap rumahnya.
IV Penjahat
itu menyamar sebagai perempuan supaya dia dapat melepaskan diri daripada buruan
polis.
A I dan II
sahaja B III
dan IV sahaja
C I, II dan
III sahaja D II, III
dan IV sahaja
Soalan
28-30
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.
28 Hakim dan
Taufik selalu bersama-sama untuk menyiapkan sesuatu pekerjaan walaupun Mereka
mempunyai kemahiran yang berbeza.
Peribahasa
yang sesuai dengan penyataan di atas ialah
A seperti
isi dengan kuku.
B bagai aur
dengan tebing.
C seperti
pahat dengan penukul.
D seperti
anjing dengan kucing.
29
"Pandai-pandailah kamu membawa diri di tempat orang nanti, kerana
lain padang lain belalangnya”pesan emak kepada Abang Long yang berpindah
ke tempat baharu.
Peribahasa
yang bergaris bermaksud .....
A setiap
tempat, berbeza-beza ragam penduduknya.
B setiap tempat,
ada adat yang diamalkan.
C setiap
tempat, berbeza-beza adatnya.
D setiap
tempat, ada penduduknya.
30 Lelaki
itu tidak mempedulikan jirannya yang susah walaupun dia mempunyai wang
untuk disedekahkan. Sifat lelaki itu dikatakan bagai
A rambut
sama hitam, hati lain-lain.
B melepaskan
anjing tersepit.
C enau dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
D durian dan
mentimun, menggolek kena, kena golek pun kena.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan