CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 29 April 2020

NOTA SEJARAH TINGKATAN 4 -


NOTA SEJARAH TINGKATAN 4 CIKGU  SARAPA ISMAIL @ MRSM PENGKALAN. CHEPA

 BAB 1: WARISAN NEGARA BANGSA
1.1 Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum kedatangan Barat
• Asas negara bangsa telah bermula sebelum kedatangan Barat
• Proses pembentukan mengambil masa yang lama dan melalui beberapa.
• Antara kerajaannya Funan, Champa, Kedah Tua, Gangga Nagara, Srivijaya, Angkor dan Majapahit

Ciri – Ciri Kerajaan Alam Melayu
1. Raja
• Tonggak utama kerajaan.
• Kedudukan raja diperkukuh dengan pentadbiran.
• Dibantu pembesar.
• Raja ditaati rakyat dan dianggap suci.
• Contoh: Raja Champa dikaitkan dengan Dewa Siva
2. Undang-undang
• Untuk memastikan kesejahteraan kerajaan.
• Terpakai di wilayah pengaruh.
• Menjadi panduan dalam pentadbiran.
• Contoh: Majapahit amal Undang-Undang Kutara Manawa
3. Wilayah pengaruh
• Kawasan rakyat menerima dan memperakui pemerintahan seorang raja
• Contoh: Wilayah pengaruh Funan luas dari Sg Mekong, Teluk Cam Ranh, selatan Myanmar , Segenting Kra
4. Rakyat
• Penduduk di dalam sesebuah negara,
• Setia kepada raja dan tidak menderhaka.
• Contoh: rakyat Srivijaya buktikan kesetian mereka kepada raja dengan upacara persetiaan dan meminum air sumpah

•                      • Inskripsi Telaga Batu
•                      • digunakan upacara persetiaan antara pemerintah dengan golongan diperintah dalam kerajaan srivijaya.
•                      • Air dituang keatas inskripsi telaga batu dan mengalir ke corong bawahnya.
•                      • Air akan ditadah dan diminum oleh rakyat untuk menunjukkan kesetiaan kepada pemerintah

 SEJARAH RINGKAS KERAJAAN ALAM MELAYU
Kerajaan Funan
Pengasasan
•                      • Pengasasnya - Kaundinya seorang Brahmin Hindu.
•                      • Berpusat di Vyadhapura.
•                      • Kaundinya berkahwin Soma.

Kemasyhuran
•                      • Semasa pemerintahan Fan Shih-nian
•                      • Berkembang sehingga Sungai Mekong dan Teluk

Cam Ranh.
•                      • Menguasai Selatan Myanmar dan Segenting Kra.
•                      • Menguasai jalan perdagangan timur barat.
•                      • Pusat perdagangan utama Alam Melayu.
•                      • Pelabuhan utama - Oc Eo.
•                      • Dikunjungi pedagang China, India, Arab, Parsi.
•                      • Mengadakan hubungan dengan China
•                      • Meminta bantuan china untuk melawan Dai Viet.
•                      • Hubungan dengan India - perdagangan
•                      • Mengukuhkan hubungan perdagangan dua hala dan mendalami ilmu agama.

Sistem pemerintahan
•                      • Sistem beraja - Raja dibantu golongan agama dan tentera.
•                      • Raja menggunakan pelbagai gelaran bagi

mengukukuhkan kedudukan
•                      • Dibahagikan kepada tujuh wilayah.
•                      • Setiap wilayah diperintah putera raja - Raja Kecil
•                      • Menggunakan bahasa Sanskrit - Tulisan orang Hu

Kemerosotan
•                      • Semasa raja Rudravarman - Diserang kerajaan Chenla.

Kerajaan Champa
•                      • Pengasas Chu-Lien - Berpusat di Indrapura.
•                      • Berjaya bebaskan diri dari China.
•                      • Berjaya membunuh Raja Tran Due Tong di bawah

Pemerintahan Che Bong Nga.
•                      • Jajahan takluk dari wilayah Dai Viet hingga Lembah Sungai Mera.

•                      Mengadakan hubungan dengan China.
•                      • Menghantar utusan untuk pulihkan hubungan dengan China setelah berperang dengan Dai Viet.
Sistem pemerintahan
•                      • Pemerintah - gelaran Rajadhiraja.
•                      • Dibantu pembesar.
•                      • Dibahagikan kepada lima wilayah - diperintah pembesar.
•                      • Pelabuhan Turan, Kam ran, Sri Banoy dan Maliti
•                      • Menggunakan bahasa Melayu Champa dan Sanskrit
•                      • Tulisan Palava dan Champa kuno

Kemerosotan.
•                      • Kerajaan Melayu paling lama bertahan - 1500 tahun.
•                      • Jatuh setelah Raja Indravarman mati.
•                      • Musuh lama Dai Viet menyerang Champa
•                      • Ditawan Dai Viet setelah beberapa siri peperangan

Kerajaan Srivijaya
Pengasasan
•                      • Dapunta Hyang Sri Jayanasa 683m,Berpusat Palembang
•                      • Berkembang kerana kebijaksanaan pemerintah
•                      • Menjadi kuasa perdagangan di Alam Melayu.
•                      • Menguasai jalan perdagangan laut antarabangsa - Selat Melaka dan Selat Sunda.
•                      • Wilayah takluk hingga ke selatan Myanmar, Tanah Melayu dan Segenting Kra.
•                      • Pusat pengajian Buddha.

Hubungan luar
•                      • Mendapat pengiktirafan China.
•                      • menjadi pelindung kapal China di Selat Melaka
•                      • Hubungan persahabatan dan keagamaan dengan India.
•                      • Catatan I-Ching: cerita kehebatan Srivijaya. Menguasai jalan perdagangan di Selat Melaka, Selat Sunda, Laut China Selatan, Laut Jawa, dan Selat Karimata.
•                      • Berkembang selepas Funan jatuh.

Pentadbiran / pemerintahan
•                      • Raja berkuasa dalam kehakiman, cukai dan perkara kesejahteraan rakyat
•                      • Dibantu anak-anak raja - Yuvaraja, Pratiyuvaraja dan Rajakumara
•                      Setiap mandala diperintah datu - anak raja / pembesar bukan keturunan raja.
•                      • Tanggungjawab rakyat
•                      - Berbakti kepada negara, Bayar cukai, kerahan tenaga mempertahan negara dan tidak menderhaka
•                      • Raja dianggap inkarnasi dari dewa Hindu - Amogapasha Avalokiteswara.
•                      • Kedudukan raja diperkukuh unsur kesaktian.
•                      • Daulat Raja Srivijaya - Pendewaan raja
•                      • Konsep daulat mewujudkan tradisi persetiaan antara golongan diperintah dengan pemerintah.
•                      • Bahasa Melayu sebagai bahasa utama.
•                      • Bukti penemuan batu-batu bersurat Kedukan Bukit, Kota Kapur, Telaga Batu dan Talang Tuwo.
Kemerosotan
•                      • Serangan Raja Chola - Tanah jajahan bebaskan diri

Kesultanan Melayu Melaka
Pengasasan
•                      • Parameswara 1400 - anak putera Palembang
•                      • Majapahit muncul selepas srivijaya merosot
•                      • Majapahit menguasai beberapa kawasan seperti Palembang dan Temasik.
•                      • Parameswara dan ayahnya cuba pertahankan Palembang namun gagal
•                      • Menyebabkan Parameswara lari ke Temasik.
•                      • Parameswara membunuh pemerintah Temasik.
•                      • Menyebabkan beliau berpindah dan tiba di kampung nelayan yang berpotensi (Melaka )

Asal Usul Melaka
•                      • Sumber Sejarah Melayu - nama Pokok Melaka.
•                      • Pedagang Arab menggunakan “Malakat” bermaksud perhimpunan segala dagang.
•                      • Menggelarnya “Mulaqah” bermaksud pertemuan.
•                      • Bahasa Sanskrit Melaka mendapat nama dari pokok “Amalaka” yang berbuah masam.
•                      • Ajaran Hindu “Amalaka” pokok pertama tumbuh di alam semesta.
•                      • The Suma Oriental oleh Tom Pires berasal berasal dari kata “Malaqa” bermaksud tempat perlindungan
Faktor Kemunculan
•                      • Melaka sebagai pelabuhan antarabangsa / entrepot
•                      • Lokasi strategik -laluan perdagangan timur dan barat
•                      • Terlindung tiupan angin monsun .
•                      • Bentuk muka bumi berbukit.
•                      • Benteng pertahanan semulajadi iaitu pokok bakau dan api²

Hubungan Luar
•                      • Hubungan dengan China.
•                      • Hubungan dengan Ryukyu (Jepun), Siam, Pasai, Demak, Pegu.
•                      • Mendapat keselamatan dan kedaulatan

Perluasan Empayar
•                      • Melalui 3 penaklukan, perkahwinan dan naungan.
•                      • Sultan Muzaffar Shah menakluk Pahang, Inderagiri dan Kampar.
•                      • Sultan Mansur Shah menakluk sehingga Bernam, Perak dan Siak.
•                      • Sultan Alauddin Riayat Shah menguasai Aru

Penyebaran islam
•                      • Melalui pengislaman pemerintah, perkahwinan, peranan

ulama dan mubaligh, perdagangan dan perluasan kuasa.
•                      • Menjadi tempat tumpuan ulama dan ppendakwah dan tempat pembelajaran agama Islam

Pentadbiran
•                      • Raja pemerintah berkuasa tinggi.
•                      • Raja adil dan berwibawa memberi keyakinan dan jaga keselamatan rakyat
•                      • Sistem Pembesar Empat Lipatan melancarkan pentadbiran
•                      • Dibantu pembesar berwibawa seperti Bendahara Tun Perak yang berkhidmat bawah empat org sultan.
•                      • Mencapai kegemilangan semasa Sultan Mansur Shah

Kemerosotan Melaka
•                      • Kelemahan dlm pentadbiran Sultan Mahmud.
•                      • Membunuh Bendahara Tun Mutahir seluruh keluarga tanpa usul periksa.
•                      • Baginda termakan fitnah pembesar lain yang tidak puas hati dengan Tun Mutahir.
•                      Pembesar dan rakyat berpecah yang menjejaskan pentadbiran.
•                      • Menjejaskan perdagangan.
•                      • Kedatangan Portugis - menguasai perdagangan rempah.
•                      • Raja Portugal hantar Alfonso de Albuquerquer untuk serang Melaka.
•                      • Kegagalan rundingan menyebabkan Portugis menyerang Melaka sebanyak tiga serangan dan berjaya menakluk Melaka pada serangan ke tiga.
•                      • Sultan Mahmud berundur ke beberapa wilayah sebelum bertapak di Bentan.
•                      • Kesultanan Melayu Melaka diteruskan oleh Kerajaan Johor-Riau.

Kesultanan Johor-Riau
pengasasan
•                      • Diasaskan waris Kesultanan Melayu Melaka.
•                      • Sultan Mahmud lari dari Melaka dan berkota dibeberapa tempat.
•                      • Portugis serang kota di Pulau Bintan (1526) menyebabkan sultan lari ke Kampar dan mangkat
•                      • Raja Ali pengasas 1528 (putera Sultan. Mahmud dan Tun Fatimah) menggunakan gelaran Sultan Alaudiin Riayat Shah I.
•                      • Membina pusat pemerintahan di Kota Kara, Pekan Tua, Johor 1528 dengan bantuan Bendahara Seri Nara Diraja.
•                      • Kota Kara dikelilingi bukit menyebabkan selamat dari ancaman luar.
•                      • Kedudukan berhampiran sg yg lebar dan dalam memudahkan kapal² keluar masuk.
•                      • Kota Kara tidak bertahan lama kerana Portugis menyerang 1535.
•                      • Baginda undur ke Kota Sayong kerana sungai sempit menyukarkan kapal musuh melepasinya.
•                      • Baginda berpindah ke Kota Batu, Johor Lama 1540. Bertapak 300 tahun.
•                      • Diteruskan oleh sultan dari keturunan Bendahara Johor.
•                      • Selepas 1855 diterajui waris keturunan Temenggung

Kegemilangan Johor-Riau
•                      • Sebagai pusat perdagangan
•                      • Tumpuan pedagang China, Gujerat, Belanda, Inggeris.

•                      Menjadi pusat pertukaran barang keluaran Alam Melayu dengan barang dari China, India, Arab.
•                      • Kemudahan pelabuhan disediakan.
Cabaran-Cabaran Kerajaan Johor Riau
•                      • Perang Tiga Segi.
•                      - Johor, Acheh dan Pportugis yang mahu kuasai perdagangan di Selat Melaka.
•                      - Perang hampir 100 tahun.
•                      - Penaklukan Melaka oleh Belanda dengan bantuan johor menamatkan perang.
•                      - Belanda berjaya usir Portugis dari Melaka.
•                      - Acheh tiada upaya selepas kemangkatan Sultan Iskandar Thani.
•                      • Perang Johor Jambi
•                      - Berlangsung 1659-1679
•                      - Johor berjaya mengalahkan Jambi - tunduk pada Johor
•                      • Kemunculan Raja Kechil
•                      - Mendakwa dirinya Putera Sultan Mahmud 1.
•                      - Mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Johor-Riau bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah.
•                      - Bantuan Bugis Lima Bersaudara, Raja Kechil dapat dikalahkan.
•                      • Masalah antara pembesar.
•                      - Bendahara Tun Habib Abdul Majid bersaing dengan Laksamana Tun Abdul Jamil untuk berkuasa.
•                      - Keturunan Bendahara kembali berkuasa selepas pengunduran Laksamana Tun Abdul Jalil ke Terengganu.
•                      - Kewibawaaan Kesultanan Johor-Riau tidak tergugat dengan cabaran yang dihadapi.

1. 2 Ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka
(KMM)
•                      • KMM mempunyai system pentadbiran, peraturan, masyarakat tersusun dan corak politik tersendiri.
•                      • Ciri pembentukan negara bansa yang kukuh pada zaman KMM adalah kerajaan, rakyat, kedaulatan, wilayah pengaruh, undang-undang dan lambang kebesaran.
•                      1. Kerajaan
•                      • Muncul kerana adanya raja - dibantu oleh pembesar.
•                      • Raja diperkukuhkan dengan Sistem Pembesar Empat Lipatan.
•                      • Pemerintah KMM menggunakan gelaran Sultan setelah kedatangan Islam.
2. Rakyat
•                      • Rakyat Melaka terdiri daripada orang Melayu dan Orang Laut.
•                      • Merangkumi golongan merdeka dan hamba.
•                      • Kesejahteraan rakyat Melaka dijamin oleh sultan.
•                      • Rakyat mengakui kekuasaan sultan.

3. Kedaulatan.
•                      • Lambang kekuasaan tertinggi sultan
•                      • Mengawal rakyat dan wilayah.
•                      • Kedaulatan KMM bebas daripada campur tangan kuasa asing.
•                      • Kerajaan Dinasti Ming menghantar utusan Laksamana Cheng Ho.
•                      • Mengeratkan hubungan antara China dan Melaka.

4. Wilayah pengaruh
•                      • Kawasan pemerintahan raja yang diterima dan diakui oleh rakyat.
•                      • KMM merangkumi Semenanjung Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera.
•                      • Diperolehi melalui penaklukan, naungan dan perkahwinan.
•                      • Sebagai bukti kewibawaan pemerintah.
•                      • Wilayah taklukan-wilayah yang diperoleh melalui peperangan seperti Pahang, Kuala Linggi, Kelantan, Rokan, Inderagiri, Kampar.
•                      • Wilayah naungan-wilayah yang menerima ketuanan KMM sama ada melalui perkahwinan / persahabatan. Contohnya Lingga, Pattani dan Kedah
•                      • Perolehan wilayah melalui perkahwinan.
•                      • Seperti Majapahit menghadiahkan Siantan kepada Sultan Mansur Shah kerana mengahwini Puteri Majapahit.

5. Undang-undang
•                      • Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.
•                      • Undang-undang akan mengukuhkan kerajaan dan melindungi rakyat.

6. Lambang kebesaran
• Lambang kedaulatan sultan yang memerintah. Antara lambang kebesaran ialah adat istiadat, penggunaan warna, nobat, regalia dan cap mohor
1.3 Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang-Undang
•                      • Maksud keunggulan
•                      - Kesempurnaan dan keistimewaan yang dimiliki oleh sesebuah kerajaan.
•                      - Keunggulan KMM terbukti melalui pentadbiran dan undang- undang yang tersusun

•                      • Sistem Pentadbiran KMM
•                      - KMM mempunyai sistem pentadbiran yang lengkap.
•                      - Sistem Pembesar Empat Lipatan.
•                      - Sultan memberikan Pembesar Berempat memerintah wilayah, sungai atau pulau.
•                      - Dikenali kawasan pegangan.
•                      - Sultan mengetuai pemerintahan, peperangan, hubungan diplomatik dan agama.
•                      - Pembesar Berempat terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.
•                      - Pembesar yang lain ialah Syahbandar, Bentara, Orang Kaya, hulubalang dan penghulu.
•                      - Sistem pentadbiran KMM mempunyai dua peringkat iaitu pentadbiran pusat dan peringkat jajahan

•                      • Pentadbiran pusat
•                      - Dilaksanakan oleh Pembesar Berempat
•                      - Hubungan dan persefahaman dua hala memastikan kejayaan KMM
•                      - Permuafakatan antara sultan dan pembesar
•                      - pentadbiran sempurna
•                      - Bendahara bertugas sebagai ketua pentadbir, ketua angkatan tentera, menasihati sultan dan menjadi pemangku sultan.
•                      - Penghulu Bendahari menguruskan perbendaharaan.
•                      - Sumber pendapatan KMM diperolehi daripada urusan perdagangan, cukai dan ufti wilayah taklukan serta naungan.
•                      - Syahbandar ditugaskan mengutip cukai di pelabuhan dan pembesar lain mengutip cukai di kawasan pegangan.
•                      - Hasil KMM digunakan untuk membeli senjata dan membina istana.
•                      - Temenggung dilantik untuk menjaga keselamatan kota Melaka.
•                      - Laksamana dilantik sebagai panglima angkatan laut Melaka.

•                      Peringkat jajahan.
•                      - Pembesar menguruskan pentadbiran di daerah dan kampung.
•                      - Pembesar dilantik oleh sultan dan Pembesar Berempat.
•                      - Peranan pembesar - menjaga keamanan kawasan pentadbiran dan dibenarkan mengutip cukai

•                      • Undang-Undang
•                      - Undan Melaka berasaskan syariah dan hukum adat.
•                      - Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.

1. Hukum Kanun Melaka
• Mempunyai 44 fasal.
- Perbuatan jenayah seperti membunuh, menikam, mencuri.
- Hukuman setimpal dikenakan atas perbuatan jenayah.
- Fasal 5.1, seseorang yang didapati membunuh tanpa pengetahuan raja atau pembesar akan dikenakan hukuman bunuh.
- Fasal 4, seseorang yang ingkar arahan dan memalsukan titah sultan akan dikenakan hukuman bunuh.

- Pembesar perlu tahu pelaksanaan undang-undang Melaka.
- Fasal 1 menjelaskan tugas sultan, Bendahara, Temenggung dan Penghulu Bendahari.
- Sultan bertanggungjawab melantik pembesar.

Undang – undang Kekeluargaan
- bertujuan menjaga keharmonian keluarga
- Menyelesaikan masalah keluarga atau perkahwinan.
- Fasal 26 menyatakan pernikahan memerlukan empat orang saksi tetapi memadai dua orang saksi jika tidak mencukupi.
- Hamba dan wanita tidak boleh menjadi saksi dalam pernikahan.
- Peraturan tentang urusniaga dilakukan untuk mengawal perdagangan di Melaka.
- Fasal 30 menyatakan pengharaman amalan riba dalam urusniaga.
- Orang yang berniaga perlulah akil baligh, siuman dan melafazkan niat jual beli.
2. Undang-Undang Laut Melaka
•                      • Diusahakan oleh Nakhoda Jenal, Nakhoda Diri dan Nakhoda Sahak.
•                      • Diperkenan Sultan Mahmud Shah
•                      • Peranan Nakhoda
•                      - Berkuasa penuh dan diibaratkan sebagai raja dalam pelayaran.
•                      - Arahan dan perintah nakhoda perlu dipatuhi.
•                      - Fasal 13.1- nakhoda perlu diberi keutamaan untuk berniaga selama 4 hari.
•                      - Fasal 13.3 - sekiranya nakhoda hendak singgah di tempat yang tiada dalam senarai persinggahan, nakhoda perlu bermesyuarat dengan semua orang dalam kapal untuk dapatkan persetujuan.

•                      • Pelayaran
•                      - Peranan pegawai lain dijelaskan seperti jurumudi, malim dan jurubatu supaya pelayaran selamat / lancar.
•                      - Fasal 9 - seorang malim harus arif tentang ilmu pelayaran seperti keadaan ombak, arus dan kedudukan bulan dan bintang agar pelayaran selamat.
•                      - Malim lalai dalam tugas hingga menyebabkan perlanggaran dan kerosakan, dia akan dihukum bunuh.

•                      • Jenayah
•                      - Jenayah menggugat ketenteraman dan keselamatan isi kapal.
•                      - Hukuman terhadap perbuatan mencuri, membunuh dan memberontak.
•                      - Fasal 5: seseorag yang berkelakuan jahat dan membunuh orang di atas kapal, akan dihukum mati

•                      • Percukaian.
•                      - Sistematik dan adil.
•                      - Cukai yang dikenakan dalam pelayaran untuk perdagangan seperti cukai perjalanan dan hasil perniagaan.
•                      - Fasal 6.3 nakhoda menentukan jumlah cukai yang dikenakan terhadap penumpang iaitu 1/10 dari hasil penumpang.
1.4 Peranan Pemerintah dan Rakyat.
•                      • Hubungan pemerintah dan rakyat sejak Zaman KMM selaras dengan konsep waadat.
•                      • Hubung kait pemerintah dan rakyat
•                      • Rakyat yang bernaung di bawah sultan dan pembesar.
•                      • Ia berfungsi menggerakkan jentera kerajaan dan sistem pemerintahan.
•                      • Hubungan timbal balik mengukuhkan pemerintahan yang membawa kegemilangan.
•                      • Perjanjian antara Demang Lebar Daun (golongan diperintah) dengan Sang Sapurba (golongan pemerintah)

1. Golongan Pemerintah
• Sultan - Pembesar - Kerabat raja – Ulama.
• Peranan Sultan.
- Menaungi dan menjaga keselamatan rakyat negeri
- Mewujudkan perpaduan rakyat
- bertanggungjawab terhadap kemakmuran serta kestabilan kerajaan.
- memperkenalkan undang-undang untuk mengawal rakyat

•                      • Peranan Pembesar
•                      - memelihara keamanan dan kebajika rakyat di kawasan pegangan.
•                      - menjadi perantara antara sultan dengan rakyat
•                      - mengutip hasil melalui sistem serah.
•                      - membekalkan tenaga tentera melalui sistem kerah
•                      • Golongan diperintah
•                      • Rakyat.
•                      - Terdiri dari peniaga, petani, tukang dan nelayan.
•                      - Hamba terdiri dari hamba raja, hamba berhutang
•                      • Peranan rakyat.
•                      - setia kepada pemerintah.
•                      - mematuhi arahan pemerintah
•                      - tidak menderhaka kerana takut ditimpa tulah
•                      - menjadi tentera
•                      - menghadiri majlis umum seperti gotong-royong, pengayuh atau pendayung kapal.
•                      - menyumbang tenaga kerja melalui sistem kerah seperti membina istana atau jalan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan