CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Khamis, 30 April 2020

LATIHAN BM TB TING 3

SET 1

Soalan 1-7
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1 _______berita yang terkini dan menarik telah menyebabkan TV3 terus mendapat sambutan
penonton.
A Lembaran                B Paparan       C Hamparan   D Hantaran

2.Ahmad datang ke sekolah dengan ______ sahaja kerana sambutan hari guru diadakan di sekolahnya pada hari itu.
A melenggang            B melenggok   C melencung;             D melenggolltg

3.Encik Salleh . ____ dengan panggilan Pak Su dalam kalangan anak buahnya.
A merdu                      B rapat           C manja          D mesra

4 Mangsa kemalangan itu ______ di dalam keretanya sebelw" diselamatkan oleh anggota bomba.
A terkepit                    B tersepit         C terhimpit     D terkapit

5. Pemuda itu masih lagi ______ walaupun terbukti dialah yang melakukannya.
A bertapi-tapi             B berura-ura              C berbisik-bisik           D beriak-riak

6. Hari Kemerdekaan disambut _______ di seluruh negara dengan pelbagai acara yang menarik.
A riang            B megah          C hormat        D meriah

7 Wanita itu baik orangnya ____________dia tidak pernah menyakiti hati orang lain.
A tetapi           B sekalipun     C malahan      D sungguhpun

Soalan 8 - 14

Ayal-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A, B, dan C. Tandakan .Tanda A , B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan .

8 Para pelajar dilarang berbuat bising di dalam kelas supaya tidak mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran. Tiada Kesalahan.

9 Ibu sedang memasak rendang ayam daging untuk dihidangkan kepada tetamu yang
berkunjung ke rumah semasa Hari Raya Aidilfitri. Tiada Kesalahan.

10 Hotel Primula menghadiahkan kek berupa Menara Berkembar Petronas kepada Yang
di-Pertuan Agong sempena sambutan hari pertabalan baginda. Tiada Kesalahan..

11 Datuk Alimuddin menerima dokumen serahan. tugas daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang akan bersara. Tiada Kesalahan.

12. Dengan keyakinan diri yang tidak berbelah bahagi Yusri bertekad untuk mencatat masa
yang terpantas sekali dalan. acara 100 meter nanti. Tiada kesalahan.

13 Sampai sekarang Pak Said masih ingat peristiwa pahit maung yang ditempuhinya semasa penjajahan Jepun dahulu. Tiada kesalahan.

14 Juru-jurujual itu sedang giat mempromosikan barangan terkini keluaran syarikat mereka. Tiada kesalahan.


Soalan 15 - 17
Pilih ayat-ayal yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

15 I Kita mestilah tahan menyimpan rahsia yang diamanahkan kepada kita.
II Demam Mak Esah yang agak berat semalam sudah tahan sedikit hari ini.
III Pasukan keselamatan masill mampu tahan walaupun bilangan musuh semakin rarnai.
IV Jam tangan yang berjenama itu tahan air walaupun direndam beberapa lama.
A I dan Il sahaja         B Il dan III sahaja       C I. II dan IV sallaja    D II, III dan IV sahaja

16 I Mak Cik Mala membawa anaknya beberapa keping roti dan secawan teh.
11 Awan mendung membawa alamat hujan akan turun tidak beberapa lama lagi.
III Husnina membawa hidupnya ke kota metropolitan untuk mengubah nasibnya.
IV Aktiviti Mat Rempit telah membawa keadaan kacau kepada penduduk di kawasan itu.
A I dan II sahaja         B II dan III sahaja       C I, III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

17 I Dalam kesunyian malam. terdengar suara panggilan dari dalam gua.
11 Aishah menolak panggilan Samad untuk keluar bersiar-siar di bandar.
III Ali sendiri kurang pasti tentang tujuan panggilan Tok Penghulu petang nanti.
IV Dia menolak panggilan kerja sebagai kerani pejabat kerana jarak yang terlalu jauh dari
rumahnya.
A I dan II sahaja         B I dan III sahaja        C I, II dan IV sahaja   D II, III dan IV sahaja

Soalan 18 - 21
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sarna ada A, B atau C jilca ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

18. Para tetamu dihidangkan berbagai jenis lauk-pauk semasa majlis kenduri perkahwinan anak orang kenamaan itu.
A dihidangi pelbagai jenis lauk                     B dihidangkan pelbagai jenis lauk
C dihidangi pelbagai jenis lauk-pauk           D dihidangkan berbagai jenis lauk-pauk

19 Ibu tua itu menanggung penderilaan oleh kerana terlalu rindukan anak perempuannya yang lari dari rurnah.
A kerana terlalu rindukan                             B oleh sebab terlalu rindu
C oleh sebab terlalu merindui                        D oleh kerana terlalu rindukan

20 Dengan ini dimaklumkan bahawa esok merupakan hari cuti umum sempena pertabalan Sultan Terengganu.
A Adalah dimaklumkan yang                        B Dengan ini dimaklumkan yang
C Adalah dimaklumkan bahawa                   D Dengan ini dimaklumkan bahawa

21 Setengah pandangan yang kita berikan kadang-kadang tidak mendapat persetujuan daripada orang lain.
A Sesetengah pandangan yang diberikan oleh kita
B Setengah-setengah pandangan yang kita berikan
C Setengah pandangan yang diberikan oleh kita
D Setengah pandangan yang kita berikan

Soalan 22 - 24
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sarna atau yang paling hampir dengan ayat yang
dicetak tebal.

22 Ibu bapa digalakkan mewujudkan perpustakaan mini di rumab untuk menyemai
sikap suka membaca dalam kalangan ahli keluarga terutama anak-anak.

A Ibu bapa diwajibkan mewujudkan perpustakaan mini di rumah untuk menyemai sikap suka membaca dalam kalangan ahIi keluarga.
B Mewujudkan perpustakaan mini di rumah membolehkan sikap suka membaca dalam kalangan ahli keluarga terutama anak-anak digalakkan.
C Ahli keluarga dan anak-anak akan suka membaca sekiranya ibu bapa mewujudkan
perpustakaan mini di rumah.
D Sikap suka membaca dalam kalangan ahli keluarga terutama anak-anak akan dapat disemai sekiranya ibu bapa mewujudkan perpustakan mini di rumah. 

23 "Sekiarnya kamu mempunyai masa lapang pada masa cuti sekolah nanti, datanglah ke
rumah saya di Negeri Sembilan," kata Razali kepada Ahmad.

A Razali mengajak Ahmad datang ke rumahnya di Negeri Sembilan jika dia kelapangan.
B Ahmad dipelawa oleh Razali supaya datang ke rumahnya di Negeri Sembilan pada cuti akan datang jika dia kelapangan.
C Ahmad akan datang ke rumah Razali di Negeri Sembilan pada cuti nanti jika dia ada masa lapang.
D Razali berkata kepada Ahmad bahawa sekiranya kamu ada masa lapang, datanglah ke
rumahnya di Negeri Sembilan pada cuti akan datang.

24 Sesualu bangsa itu akan disanjung tinggi sekiranya mempunyai keupayaan memelihara
dan memartabatkan warisan budaya mereka.

A Sesuatu bangsa itu akan dihormati sekiranya mempunyai keupayaan dan memartabatkan
warisan budaya mereka.
B Mempunyai keupayaan memelihara dan memartabatkan warisan budaya menyebabkan
sesuatu bangsa itu akan disanjung tinggi.
C Sekiranya mempunyai keupayaan memelihara dan memartabatkan warisan, sesuatu bangsa itu akan disanjung Tinggi.
D Sekiranya mempunyai kesedaran memelihara dan memartabatkan bangsa, sesuatu bangsa itu akan disanjung tinggi.

Soalan 25 - . 27

Pilih ayat-ayat yang betul.

25 I Beg sekolah Faiz penuh dengan buku-buku teks dan buku-buku rujukan.
II Berkurun lamanya negara kita dijajah oleh kuasa asing pada masa lampau.
III Jarak di antara rumah Syamil dengan masjid lebih kurang empat kilometer suku.
IV Farah mendapat tempat ketiga dalam acara lumba lari 100 meter di sekolahnya.

A I dan II sahaja         B I dan III sahaja        C I, III dan IV sahaja D III dan I V sahaja

26 I Akhir-akhir ini pegawai itu berasa curiga tentang kejujuran pekerja-pekerjanya.
II Selepas dijerang beberapa ketika, suhu air itu berubah daripada sejuk kepada panas.
III Maniam bukanlah pandai sangat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
IV Mak Jemilah telah terpedaya dengan pujukan jurujual yang dalang ke rumahnya.

A I dan II sahaja         B I dan III sahaja        C II dan TV sahaja      D III dan IV sahaja

27 I Dedaun kering kelihatan gugur di halaman rumah apabila angin bertiup kencang.
II Badan Pak Mail bermandikan peluh ketika bekerja di kebun sayurnya ito.
III Fazlin telah memperlihatkan kebolehannya bennain alal-alat muzik.
IV Kita mestilah sentiasa sedia dalam menghadapi segala cabaran hidup.

A I dan II sahaja         B II dan IV sahaja       C I, II dan III sahaja   D I, III dan IV sahaja

Soalan 28 - 30
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berikut.

28 Juliana sering menangis kerana terpaksa berpisah dengan sahabat baiknya. Hubungan mereka seperti adik-beradik sejak dahulu lagi. Mereka selalu bersama-sama ke mana-mana sahaja mereka pergi dan tidak pemah berpisah.

Apakah peribahasa yang sesuai dengan pemyataan di atas?
A Seperti bulan dengan matahari.                 B Seperti anjing dengan kucing.
C Seperti cincin dengan permata                  D Seperti beliung dengan asahan.

29 Bagai lebah mengumpul madu

Peribahasa di atas mengajar kita supaya
A hendaklah rajin bekerja dan tekun berusaha untuk mencapai cita-cita.
B jangalah mengambil sesuatu lebih banyak daripada apa-apa yang diminta.
C hendaklah bermanis muka ketika berbicara dengan orang yang lebih too.
D janganlah melakukan sesuatu pekerjaan untuk mendapat puj ian orang lain.

30 Pak Kamis selalu mementingkan diri sendiri. Oia tidak disukai oleh penduduk kampung kerana hanya sentiasa memikirkan kepentingan dirinya sendiri tanpa menghiraukan hal orang lain.

Peribahasa yang sesuai bagi situasi di atas adalah
A bagai gergaji dua mata.                  B bagai enau dalam belukar.
C bagai api dalam sekam.                  D bagai kaduk naik junjung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan