CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Isnin, 1 Februari 2010

NOTA PADAT SEJ TING 1

SEJARAH TINGKATAN SATU

BAB 1 - KITA DAN SEJARAH
• Sejarah ialah peristiwa penting yang telah berlaku di masa lalu
• Fakta sejarah harus mempunyai tarikh yang tepat, bukti yang sah dan memberi kesan yang mendalam
• Sumber sejarah terbahagi kepada Sumber Utama (Primer) dan Sumber Kedua (Sekunder)
• Sumber utama ialah sumber yang asal, sementara sumber kedua ialah hasil penulisan semula atau ciplakan daripada sumber utama
• Sumber Utama dan Sumber Kedua terdiri daripada sumber bertulis, lisan, dan arkeologi
• Sejarah penting kerana ia dapat memberi pengajaran, mewujudkan rasa bangga dan sayangkan negara serta membantu kita mengenal diri sendiri

BAB 2 - PETEMPATAN AWAL DI KEPULAUAN MELAYU
• Petempatan awal manusia dibahagikan kepada ZAMAN AIS BATU, PALEOLITIK (35,000 SM), MESOLITIK (11,000 SM), NEOLITIK (5,000 SM) dan ZAMAN LOGAM (2,500 SM)
• Pada zaman Paleolitik, ais batu mulai cair dan membentuk pulau-pulau dan daratan
• Dengan peredaran masa, manusia mula mencipta pelbagai alat dan teknik untuk memperbaiki taraf hidup
• Orang Zaman Mesolitik juga dikenali sebagai orang HOABINH
• Orang Neolitik menggunakan batu pewarna iaitu batu kawi untuk upacara keagamaan
• Orang Zaman Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik tinggal di gua-gua
• Orang Zaman Logam mula tinggal di kawasan lapang, pinggir sungai dan laut
• "Tulang Mawas" (daripada logam) untuk kegunaan melombong mula dicipta
• Kedudukan geografi yang baik membolehkan beberapa kawasan di negara kita muncul sebagai pelabuhan yang penting seperti Pangkalan Bujang (Kedah), Kuala Selinsing (Perak), Jenderam Hilir (Selangor) dan Santubong (Sarawak)
• Semenanjung Malaysia pernah digelar sebagai SUVARNABUMI (Bumi Emas) oleh Pedagang India dan GOLDEN CHERSONESE (Semenanjung Emas) oleh Ptolemy

BAB 3 - KERAJAAN-KERAJAAN AWAL
• Kerajaan awal di Tanah Melayu banyak menerima pengaruh Hindu -Buddha
• Lokasi kerajaan awal banyak terletak di pinggir sungai dan ini menjadikannya pelabuhan yang penting
• Kerajaan Kedah Tua (5 - 14 M) berpusat di Lembah Bujang, Kedah
• Kerajaan Srivijaya (7 - 13 M) merupakan kerajaan yang kuat dan terletak di Palembang
• Srivijaya menjadi pusat perdagangan dan pengajian agama Buddha yang penting
• Kerajaan Majapahit terkenal dan kuat semasa pemerintahan Hayam Wuruk (Rajasanegara) dari tahun 1350 - 1389 dan dibantu oleh Perdana Menteri Patih Gajah Mada. Majapahit telah menakluki Srivijaya pada 1377 M
• Kerajaan-kerajaan awal lain yang terkenal ialah Langkasuka, Chih-Tu, Pan-Pan, Tun Sun, Gangga Negara dan Singhasari

BAB 4 - PENGASASAN MELAKA
• Terdapat dua sumber pengasasan kerajaan Melayu Melaka iaitu Sejarah Melayu (Tun Seri Lanang) dan Suma Oriental (Tom Pires)
• Melaka diasaskan pada 1400 M oleh Parameswara yang berasal dari Palembang
• Nama Melaka berasal daripada nama pokok tempat Parameswara berteduh
• Saudagar Arab memanggil Melaka sebagai MALAKAT (Pasar)
• Melaka maju dan menjadi pusat perdagangan yang penting kerana kedudukannya yang baik dari segi geografi dan strategik, adanya angkatan laut dan kemudahan untuk pedagang, terletak berhampiran dengan kawasan pengeluaran hasil-hasil selat dan menjalin hubungan yang baik dengan = negara China
• 1403 - Laksamana Yin Ching telah melawat Melaka dan pada 1405, Maharaja Yung Lo (China) telah mengiktiraf Parameswara sebagai pemerintah Melaka yang sah
• Penduduk asal Melaka ialah Orang Laut dan Minangkabau
• Masyarakat Melaka terdiri daripada golongan yang memerintah (Raja dan Pembesar) dan golongan yang diperintah (orang merdeheka, kiwi dan hamba)

BAB 5 - MELAKA SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN DUNIA
• Kemajuan Melaka berpunca daripada berbagai faktor
• Kedudukan Melaka dari segi geografi sangat baik kerana terlindung daripada tiupan angin monsun dan perairannya yang dalam
• Sistem pentadbiran Melaka teratur dan tersusun dengan baik
• Hierarki pemerintahan Melaka dimulai dengan Sultan, Majlis Tertinggi (Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Penghulu Bendahari), 8 orang pembesar (bergelar Seri), 16 orang pembesar rendah (bergelar Raja) dan 32 orang pembesar
• Melaka mempunyai 2 undang-undang yang kemas iaitu Hukum Kanun Melaka (berkaitan tentang pentadbiran) dan Undang-Undang Laut Melaka (peraturan di laut)
• Melaka mengamalkan sistem cukai berkeutamaan iaitu berdasarkan hubungan baik Melaka dengan sesebuah negara
• Melaka juga menjalinkan hubungan yang baik dengan negara luar
• Wilayah jajahan Melaka semakin meluas semasa Tun Perak menjadi bendahara iaitu dari Pattani hinggalah ke sebahagian daripada Sumatera
• Selain perdagangan bebas dan entrepot, mata wang juga digunakan untuk urusan perniagaan
• Pedagang asing disediakan gudang dan tempat membaiki kapal untuk kemudahan mereka

BAB 6- MELAKA SEBAGAI PUSAT PENGAJIAN DAN PENYEBARAN ISLAM
• Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 20 April 571 (12 Rabiulawal Tahun Gajah) dan mula menyebarkan Islam di Mekah pada tahun 610 M
• Islam disebarkan ke India, China dan Asia Tenggara oleh pedagang dan pendakwah Islam
• Batu Bersurat (1303 M) di Kuala Berang membuktikan kedatangan Islam di Tanah Melayu
• Sultan Mahkota Iskandar Syah ialah Sultan Melaka yang pertama memeluk agama Islam pada tahun 1414
• 1445 M- Sultan Muzaffar Syah menjadikan Islam sebagai agama rasmi Melaka
• Kegiatan Islam yang pesat membolehkan Melaka menggantikan Pasai sebagai pusat pengajian dan penyebaran Islam
• Melaka menyebarkan agama Islam melalui proses penaklukan, perdagangan, pendakwah, perkahwinan diraja dan askar upahan Jawa
• Pengenalan tulisan jawi dan bahasa Arab adalah kesan kedatangan Islam di Melaka
• Pengaruh Al-Quran dan Islam juga didapati di dalam pentadbiran, pendidikan, adat resam dan undang-undang Melaka

BAB 7 -KEDATANGAN PORTUGIS KE MELAKA
• Orang Portugis ialah orang Eropah yang pertama datang ke Asia Tenggara
• 1510 - Goa di India dijadikan pusat pentadbiran Portugis di Timur
• Kedatangan Portugis ke Melaka bertujuan untuk menguasai perdagangan rempah, menyebarkan agama kristian, kuasai Selat Melaka, menjadikan Melaka sebagai pelabuhan persinggahan dan menguatkan lagi kedudukan mereka di Timur
• Peristiwa penangkapan Ruy de Aranjo dan 20 orang Portugis mengakibatkan Melaka diserang oleh Alfonso d'Albuquerque
• 24 Ogos 1511 - Melaka ditawan, dan Sultan Mahmud Syah berundur ke Muar, kemudian ke Pahang dan akhirnya ke Pulau Bintan
• Dari tahun 1513 - 1524, Sultan Mahmud Syah telah menyerang Melaka sebanyak 6 kali, tetapi semuanya gagal
• 1528 - Sultan Mahmud Syah yang lari ke Kampar telah mangkat di sana
• Kejatuhan Melaka disebabkan oleh kelemahan sistem pentadbiran, permusuhan antara golongan Melayu - Islam dan Tamil - Islam, sikap tidak setia pedagang asing dan askar upahan Jawa, wujudnya rasuah serta kenaikan cukai dan tentera Portugis yang lebih kuat
• Kesan penjajahan Portugis ialah wujudnya masyarakat Serani, tulisan rumi diperkenalkan, meresapnya bahasa dan budaya Portugis, kemunculan Acheh dan Brunei sebagai pusat penyebaran Islam dan wujudnya kerajaan Johor dan Perak

BAB 8 - KEBANGKITAN KERAJAAN JOHOR
• Kerajaan Johor diasaskan oleh Raja Alauddin iaitu putera Sultan Mahmud dari Melaka
• Kejatuhan Melaka membolehkan Acheh muncul sebagai kuasa yang kuat terutamanya semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda (1607 -1636)
• Perang Tiga Penjuru telah berlaku antara Johor, Acheh dan Melaka (Portugis) kerana ingin menguasai perairan Selat Melaka
• Kebangkitan kerajaan Johor semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil III disebabkan oleh kerana Acheh mulai merosot, para pedagang mula beralih dari Acheh ke Johor, adanya sistem pemerintahan yang cekap dan terjalinnya hubungan dengan Belanda
• Perebutan takhta antara Raja Muda (Raja Ibrahim - berkahwin dengan Puteri Jambi) dengan Sultan Abdul Jalil III mengakibatkan berlakunya Perang Johor dan Jambi pada tahun 1673
• Semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah II, Bendahara Tun Habib Abdul Majid telah menyingkirkan Laksamana Tun Abdul Jamil (pembesar yang berkuasa di Johor) dan ini menandakan bermulanya pengaruh Bendahara dalam pemerintahan Johor
• Struktur masyarakat Johor sama seperti di zaman Kesultanan Melayu Melaka
• Johor juga terkenal dengan kegiatan kesusasteraan. Contoh : Buku "Sejarah Melayu" dan "Hikayat Hang Tuah"

BAB 9 - KEMEROSOTAN KERAJAAN JOHOR
• Kemangkatan Sultan Mahmud "Mangkat Dijulang" (dibunuh oleh Megat Seri Rama) pada tahun 1699 menandakan berakhirnya pemerintahan Raja keturunan Sultan Melaka di negeri Johor
• 1700 - Bendahara Tun Abdul Jalil yang menggantikan Bendahara Tun Habib Abdul Majid telah menaiki takhta (bergelar Sultan Abdul Jalil IV) dan menjadikan Riau sebagai pusat pemerintahan
• Perlantikan Raja Muda sebagai Sultan (menggantikan Sultan Abdul Jalil IV) telah ditentang oleh Raja Kecil dari Siak
• Raja Kecil (mendakwa sebagai putera Sultan Mahmud "Mangkat Dijulang") yang pada mulanya berpakat dengan orang Bugis telah menyerang Johor tanpa bantuan mereka
• Daeng Parani (Bugis) yang asalnya dijanjikan jawatan Yam Tuan Muda oleh Raja Kecil telah menyokong Raja Sulaiman
• 1722 - Orang Bugis menyingkirkan Raja Kecil dan melantik Raja Sulaiman sebagai Sultan (Sultan Boneka)
• Daeng Merewah dilantik menjadi Yam Tuan Muda Johor dan ini menandakan bermulanya penguasaan Bugis dalam pemerintahan Johor
• Yam Tuan Muda Johor yang paling terkenal ialah Raja Haji (1777 - 1784). Beliau telah menulis buku Tuhfat Al-Nafis
• Kekacauan yang berlaku di Johor membolehkan karya-karya sastera bercorak sejarah dihasilkan seperti Sejarah Dan Siarah Siak (Minangkabau), Peringatan Sejarah Negeri Johor (Melayu) dan Aturan Seta Bugis Dengan Melayu (Bugis)

BAB 10 - KERAJAAN MELAYU TUA
• Dua sumber sejarah Kedah yang utama ialah Hikayat Merong Mahawangsa dan Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah
• Kedah juga dikenali sebagai Qalha
• Kurun ke 12 - Seri Paduka Maharaja Derbar memeluk Islam dan bergelar Sultan Muzaffar Syah
• Kedah menjadi pusat perdagangan penting kerana kedudukannya di tengah perjalanan India dan China dan terdapatnya bijih timah
• Kedah pernah berada di bawah naungan Siam dan Melaka
• Acheh, Bugis, Burma dan Belanda turut memberi ancaman kepada Kedah
• 1454 - Pahang berada di bawah taklukan Melaka dan diperintah oleh Wakil Raja dari Melaka iaitu Seri Bija Diraja
• Sultan Pahang yang pertama ialah Raja Muhammad, putera Sultan Mansur Syah dari Melaka (1470)
• Sistem pemerintahan Pahang sama seperti sistem pemerintahan di Melaka
• Pahang pernah diserang oleh Acheh dan Johor
• Terdapat 2 sumber sejarah awal Perak, iaitu Sejarah Melayu dan Salasilah Perak
• 1528 - Sultan Muzaffar Syah (putera Sultan Mahmud Syah dari Melaka) dilantik menjadi Sultan Perak
• Kerajaan Perak mempunyai "Undang-Undang 99" (berasal dari Parsi dan dikarang oleh Sayid Hassan) yang meliputi pelbagai aspek
• Perak telah memperkenalkan "Sistem Penggantian Takhta" pada tahun 1800, dimana sebelum menjadi Sultan, putera Sultan mestilah mengikut giliran iaitu : Raja Dihilir- Raja Bendahara - Raja Muda - Sultan
• Perak yang kaya dengan bijih timah pernah diancam oleh Acheh, Belanda dan Bugis
• Kesimpulannya - Kedah, Pahang dan Perak mempunyai pertalian yang rapat dengan Melaka

BAB 11 - KERAJAAN MELAYU BARU
• 1773 - Kerajaan Negeri Sembilan ditubuhkan oleh Raja Melewar
• Orang Minangkabau yang mengamalkan Adat Perpatih berasal dari Pagar Ruyung di Tanah Tinggi Padang, Sumatera dan mula tinggal di Negeri Sembilan semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka
• Adat Perpatih diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang di Pagar Ruyung pada kurun yang ke 17
• Sistem perlantikan Yam Tuan Besar dimulai dengan Anak Buah - Buapak- Lembaga - Undang - Yam Tuan Besar
• 1726 - Terengganu diasaskan oleh Sultan Zainal Abidin I
• Ajaran dan hukum Islam diamalkan oleh Sultan-Sultan Terengganu yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam agama Islam
• Terengganu mencapai zaman gemilang semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah (1741 - 1793) dan Kuala Terengganu telah muncul sebagai pelabuhan yang penting
• Kelantan (digelar Chi Lan Tan oleh orang China) wujud sejak kurun ke 6 dan dikenali sebagai Chih-Tu (Tanah Merah)
• 1764- Long Yunus mengasaskan Kelantan tetapi tradisi Cik Siti Wan Kembang dipegang kuat oleh masyarakat Kelantan
• Perebutan takhta antara Long Muhammad (putera Long Yunus) dengan Tengku Muhammad (putera Sultan Terenganu) mengakibatkan wujudnya campurtangan Terengganu dan Siam di Kelantan
• Selangor diasaskan oleh orang Bugis
• 1766 - Raja Lumu (Putera Daeng Chelak) dilantik menjadi Sultan Selangor oleh Sultan Muhammad (Perak) di Kota Lumut. Baginda bergelar Sultan Sallehuddin Syah

BAB 12 - NEGERI MELAYU DAN KUASA LUAR
• Tujuan Belanda datang ke Tanah Melayu ialah untuk menguasai perdagangan bijih timah, rempah dan menghancurkan kuasa Portugis
• Belanda berminat dengan bijih timah yang terdapat di Perak dan Kedah
• 1641 - Belanda menakluki Melaka dan menjadikannya sebagai tempat pengumpulan bahan mentah sahaja. Betawi (Jakarta) masih lagi diutamakan sebagai pusat pentadbiran
• Belanda menjalinkan hubungan dengan Johor dengan tujuan untuk menawan Melaka daripada Portugis
• Orang Bugis mula datang ke Tanah Melayu selepas Belanda menakluki Makasar pada tahun 1669
• Orang Bugis telah campurtangan dan menguasai pentadbiran di Johor
• Di Kedah, orang Bugis cuba menguasai perdagangan bijih timah
• Di Perak, orang Bugis cuba menguasai perdagangan bijih timah dan menghapuskan pengaruh orang Minangkabau
• 1742 - Raja Lumu (Bugis) telah dilantik menjadi Sultan Selangor yang pertama
• Raja Haji ialah pemimpin Bugis yang teragung dan telah menjadikan Riau sebagai pusat perdagangan yang penting
• Kedah sering menghadapi ancaman Siam, Burma dan orang Bugis
• 1786 - British menduduki Pulau Pinang daripada Kedah secara tipu muslihat

BAB 13 - KEGIATAN EKONOMI ORANG MELAYU
• Kegiatan ekonomi orang Melayu tradisional ialah di dalam bidang perdagangan (oleh pembesar dan bangsawan), pertanian, perikanan dan perlombongan
• Perdagangan di Tanah Melayu pada mulanya menggunakan Sistem Barter. Kemudian mata wang Kulit Siput Geweng, logam, timah dan emas digunakan
• Jenis mata wang yang digunakan di negeri Melaka ialah (pitis), Johor (kupang), Kelantan (pitis) dan Perak (jambal)
• Penanaman padi di Tanah Melayu berbentuk padi sawah dan padi huma serta ditanam secara sara diri
• Sistem pengairan di sawah telah mula digunakan sejak kurun ke 19 lagi
• Penangkapan ikan lebih banyak dijalankan di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang
• Tanah Melayu kaya dengan bijih timah dan emas sehinggakan ia pernah digelar Semenanjung Emas oleh Ptolemy dan Suvarnabumi (Bumi Emas) oleh saudagar India
• Cara pengangkutan utama di Tanah Melayu ialah dengan melalui sungai dan laut. Oleh itu petempatan awal lebih banyak tertumpu di tebing sungai dan pinggir laut
• Pengangkutan darat banyak menggunakan gajah, kerbau, lembu dan berjalan kaki
• Kurun ke 15 =96 telah wujud jalan "Denai Penarikan" antara Hilir Sungai Muar dengan Sungai Serting
• Sistem sukat Melayu ialah kepol, kal, cupak, gantang, naih, kunca, bahara, saga, mayam, bungkal dan kati
• Anggota badan seperti jengkal, hasta, depa, tapak, langkah dan kaki digunakan sebagai unit ukuran

BAB 14 - WARISAN KEBUDAYAAN NEGERI MELAYU
• Sistem pendidikan formal Melayu diadakan di rumah guru agama, surau, masjid dan sekolah pondok
• Sistem pendidikan tidak formal berbentuk pemerhatian, pengalaman dan penceritaan
• Sastera Melayu banyak dipengaruhi oleh unsur Jawa, Hindu, Arab dan Parsi
• Sastera Melayu berbentuk sastera lisan dan sastera bertulis (ceritadan puisi)
• Adat resam Melayu asalnya dipengaruhi oleh budaya Hindu dan kemudiannya dipengaruhi pula oleh Islam
• Pakaian tradisional Melayu ialah seperti baju Melayu, songkok, kain pelikat, baju kurung, baju kebaya, selendang dan kain songket
• Seni muzik Melayu terbahagi kepada muzik warisan istana (nobat dan gamelan) dan muzik rakyat (hadrah, kompang, ghazal, dikir barat dan wayang kulit)
• Tarian tradisional Melayu ialah Tarian Zapin, Mak Inang, Ronggeng, Payung, Lilin dan Kuda Kepang
• Orang Melayu juga mahir dalam seni mempertahankan diri seperti Silat Gayung, Cekak, Lincah dan Sunda
• Orang Melayu juga mahir dalam seni kraftangan seperti seni ukir dan seni bina
• Permainan tradisional Melayu ialah congkak, gasing, sepak raga dan wau

BAB 15- SEJARAH AWAL SABAH
• Kerajaan Brunei wujud sejak kurun ke 6 dan menjadi maju pada kurun ke 15 dan ke 16
• Kurun ke 16- Pantai Barat Sabah dan pesisiran pantai Sarawak berada di bawah jajahan Brunei
• Kerajaan Brunei membahagikan jajahannya kepada unit yang kecil dan dipanggil "jajahan"
• Penindasan yang dilakukan oleh Pangeran (wakil pemerintah Sultan Brunei) menyebabkan penduduk Sarawak memberontak
• Kerajaan Brunei meminta bantuan James Brooke yang asalnya ditawarkan jawatan Gabenor tetapi akhirnya menjadi Raja Putih di Sarawak (1846) setelah beliau mengugut Sultan Brunei
• Kerajaan Sulu menjadi kerajaan yang kuat selepas Sepanyol menakluki Filipina
• Kurun ke 18- Pantai Timur Sabah dari Teluk Marudu ke Sungai Sebuku menjadi jajahan Sulu
• Sulu telah menjalankan perniagaan haram dengan pedagang British
• Kurun ke 19 - Kerajaan Sulu mulai merosot dan pada tahun 1881 Sabah telah dikuasai oleh Syarikat Berpiagam British secara pajakan.

BAB 16- MASYARAKAT DAN EKONOMI SABAH
• Terdapat 23 suku kaum di Sabah di mana cara hidup dan taburan mereka dipengaruhi oleh bentuk muka buminya
• Masyarakat pesisiran pantai terdiri daripada orang Bajau (berasal dari Mindanao dan Sulu), Brunei dan Suluk (dari Sulu)
• Masyarakat lembah pantai ialah orang Kadazan (dikenali sebagai orang Dusun) yang merupakan suku kaum yang terbesar dan mementingkan undang-undang dan peraturan adat mereka
• Masyarakat pedalaman ialah orang Murut. Mereka mengamalkan kehidupan secara berpindah randah
• Kegiatan ekonomi Sabah ialah memungut hasil laut (mutiara), penanaman padi sawah (oleh orang Dusun) dan huma, memungut sarang burung (di Gua Gomantong dan Gua Madai) dan kegiatan perdagangan
• 1870-Pasar Mingguan yang dipanggil "Tamu" diwujudkan untuk memudahkan proses perdagangan dan pertukaran barang

BAB 17- MASYARAKAT DAN EKONOMI SARAWAK
• Petempatan awal di Sarawak bermula di Gua Niah sejak 40,000 tahun dahulu
• Masyarakat Pesisiran Sarawak terdiri daripada orang Melayu (berasal dari Sumatera), Melanau dan Kedayan
• Masyarakat pedalaman Sarawak terdiri daripada orang Iban (masyarakat terbesar dan berasal dari Kalimantan), Bidayuh atau Dayak Darat (dari Kalimantan), Kayan, Kenyah, Penan, Kelabit dan Bisaya
• Kegiatan ekonomi Sarawak ialah memburu binatang (orang Penan) dan memungut hasil hutan, penanaman padi huma (orang Iban), padi sawah (orang Kelabit), perusahaan sagu (orang Melanau) dan perlombongan (antimoni dan emas)
• Asasnya, kegiatan ekonomi di Sarawak berbeza mengikut keadaan iklim, tanah dan bahan asli yang terdapat di sesuatu kawasan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan