CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Jumaat, 5 Februari 2010

NOTA SEJ TING 2 BAB 5

BAB 5 – KEKAYAAN EKONOMI SABAH MENARIK MINAT ‘SYARIKAT BORNEO UTARA BRITISH’ (SBUB)
• Sabah di bawah pengaruh Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu
• Sabah menjadi tumpuan pedagang Barat kerana kedudukannya strategik dan kaya dengan hasil bumi

5.1 SBUB Bertapak Di Sabah
( Teks m/s: 102-104)
• Sabah menarik perhatian pelabur-pelabur Barat kerana potensi ekonomi
• antaranya kuasa Amerika Syarikat, Britain, Belanda dan Sepanyol
• syarikat-syarikat asing mula bertapak di Sabah

Amerika Syarikat
• tahun 1865 Sultan Brunei beri konsesi tanah di Sabah kepada wakil Amerika Syarikat iaitu W. L. Moses
• tempoh sewaan selama 10 tahun
• Moses menjual konsesi kepada The American Trading Company diketuai oleh J.W. Torrey dan T. B. Harris
• Torrey gagal menanam kopi dan tebu di Kimanis
• Torrey menjual haknya kepada Von Overbeck

Britain
• Von Overbeck menghadapi masalah kewangan
• Tahun 1877 Overbeck meminjam wang daripada syarikat Alfred Dent dan Edward Dent
• Gabenor Labuan iaitu W. H. Treacher bersetuju membantu Overbeck memperbaharui tempoh pajakan daripada Sultan Brunei dengan syarat syarikat yang ditubuhkan diletakkan di bawah kekuasaan British
• Tahun 1877 Sultan Brunei iaitu Sultan Abdul Mu’mein perbaharui pajakan dengan Overbeck dan Dent melalui perjanjian
• Sultan Brunei serahkan tanah antara Teluk Kimanis dan Sungai Sibuku
• 1878 Overbeck dan Dent menandatangani perjanjian dengan Sultan Jamalul Alam (Kesultanan Sulu)
• Sultan Sulu serahkan kawasan dari Sungai Pandasan hingga ke Sungai Sibuku
• Tahun 1880 Overbeck menjual semua haknya kepada Alfred dan Edward Dent
• Dent tubuhkan Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad
• Saham syarikat dijual kepada rakyat British bagi menambah modal perniagaan
• Persatuan berusaha mendapatkan Piagam Diraja daripada kerajaan British untuk mengukuhkan kedudukan dan memajukan perniagaan
• November 1881 kerajaan British menganugerahkan piagam kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad
• Tahun 1882 syarikat itu dinamakan Syarikat Borneo Utara British (SBUB)

Kesan Pemberian Piagam Diraja British Kepada SBUB
• SBUB berkuasa mentadbir Sabah
• Presiden pertama ialah Sir Rutherford Alcock
• Pengarah urusannya ialah Alfred Dent
• Brtish dapat memperluaskan pengaruh dan menghalang kuasa Barat lain bertapak di Sabah
• Tahun 1888 SBUB menandatangani Perjanjian Perlindungan Borneo Utara yang menjadikan Sabah negeri naungan British
• British bertanggungjawab dalam hal ehwal luar Sabah

Syarat-Syarat Pemberian Piagam Kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad
• SBUB tidak boleh menyerahkan wilayah Sabah kepada sesiapa tanpa persetujuan kerajaan British
• SBUB mesti melantik pentadbir daripada pegawai yang diakui kerajaan British
• SBUB perlu memelihara agama, adat resam dan undang-undang penduduk tempatan
• SBUB hendaklah mentadbir Sabah dengan adil dan saksama
• SBUB mesti menerima nasihat daripada kerajaan British

5.2 SBUB Mengukuhkan Kuasa Di Sabah
(Teks m/s: 105-108)
• pemerintahan SBUB diketuai oleh gabenor W.H.Treacher
• gabenor dilantik oleh pengarah syarikat dengan persetujuan kerajaan British
• gabenor dibantu majlis Penasihat yang ditubuhkan tahun 1883
• ahli majlis ialah Setiausaha Kerajaan, Bendahari dan Ketua Pasukan Keselamatan
• pusat pentadbirannya di Sandakan
• SBUB menubuhkan jabatan kerajaan untuk melicinkan pentadbiran

Cara SBUB Mengukuhkan Kuasa dan Melicinkan Pentadbiran Sabah
(i) Menubuhkan Jabatan Kerajaan Dalam Pentadbiran
- antaranya Jabatan Pos, Jabatan Buruh, Jabatan Polis, Jabatan Kewangan dan Jabatan Tanah dan Ukur
- mempunyai Pegawai Daerah, Ketua Anak Negeri (digelar Orang kaya-Kaya – O.K.K. ) dan Ketua Kampung

(ii) Membahagikan Sabah Kepada Beberapa Residensi / Daerah / Kampung
a) Peringkat Residensi
• pada peringkat awal Sabah dibahagi kepada dua residensi iaitu Residensi Pantai Barat dan Residensi Pantai Timur
• tahun 1935 terdapat empat residensi iaitu Residensi Pantai Barat, Residensi Sandakan, Residensi Tawau dan Residensi Pedalaman
• setiap residensi diketuai seorang Residen

b) Peringkat Daerah
• Setiap residensi pula dibahagi kepada beberapa daerah yang diketuai oleh Pegawai Daerah (berbangsa Eropah)
• Terdapat sepuluh daerah iaitu daerah Alcock, Daerah Dewhurst, Daerah Keppel, Daerah Martin, Daerah Myburgh, Daerah Dent, Daerah Clarke, Daerah Cunliffe, Daerah Mayne dan Daerah Elphinstone
• Tahun 1915 jawatan Timbalan Penolong Pegawai Daerah diperkenalkan dan disandang oleh penduduk tempatan
• Ketua Anak Negeri (Orang Kaya-Kaya – O.K.K.) tugasnya membantu Pegawai daerah dalam pentadbiran
• Diberi surat kuasa yang membolehkan mereka menguruskan hal-hal berkaitan masyarakat tempatan

c) Peringkat Kampung
• SBUB melantik Ketua Kampung yang digelar Orang Tua
• SBUB mengekalkan penglibatan peribumi dalam pentadbiran kerana mereka memahami adat dan budaya masyarakat tempatan
• SBUB tidak mempu menggaji ramai pegawai Eropah kerana menghadapi masalah kewangan

(iii) Melaksanakan Undang-Undang Barat dan Tempatan
• tujuan untuk menjaga keamanan negeri
• tahun 1900 diwujudkan Mahkamah Majistret dan Mahkamah Anak Negeri di Jesselton

a) Mahkamah Majistret
- dihakimi Pegawai Daerah
- mengendalikan kes-kes berat seperti kes bunuh, culik dan rompakan

b) Mahkamah Anak Negeri
- hakim dilantik dari kalangan Ketua Anak Negeri yang arif dalam bidang agama Islam dan adat
- mengendalikan kes-kes peribumi berkaitan undang-undang Islam dan adat

Organisasi Pentadbiran SBUB
• Lembaga Pengarah di London
• Gabenor di Sabah yang dinasihati oleh Majlis Penasihat
• Setiausaha Kerajaan yang bertanggungjawab kepada;
- Ketua-Ketua Jabatan (Pos, Buruh, Polis, Kewangan, Jabatan Tanah dan Ukur)
- Residen yang merupakan ketua pentadbir di peringkat residensi
- Pegawai Daerah merupakan ketua pentadbir di peringkat daerah
- tugasnya sebagai majistret, pemungut cukai, bendahari daerah dan pegawai buruh
• Ketua Anak Negeri pula tugasnya menjaga keamanan, menguruskan pembahagian tanah, mengutip cukai dan memajukan pertanian
• Ketua Kampung pula tugasnya menguruskan hal ehwal kampung, menjaga keamanan, membantu memajukan perdagangan, melaporkan kepada Pegawai Daerah tentang kes-kes kecurian, wabak penyakit dan menjaga keselamatan kampung

5.3 SBUB Mengeksploitasi Hasil Bumi Sabah (Teks m/s: 109-114)
• matlamat SBUB menguasai Sabah adalah untuk membolot kekayaan ekonomi Sabah
• SBUB mengeksploitasi kekayaan Sabah seperti hasil-hasil tradisional, hasil pertanian dagangan, pembalakan dan perlombongan

(i) Hasil-Hasil Tradisional Sabah
• SBUB memaksa penduduk tempatan menambah hasil keluaran tradisional
• Hasil jualan penduduk dikenakan cukai seperti cukai tanah, cukai kepala, lesen perahu dan senjata
• Tujuan cukai untuk mengatasi masalah kewangan SBUB
• Antara hasil-hasil utama;
a) Sarang burung
• eksport tradisional SBUB yang menguntungkan
• 1926 nilai eksport sebanyak 125 000 dolar
• kawasan utama ialah di Gua Gomantong, Gua Kuamut dan gua Magdalene

b) Pokok lanut
• dikenali sebagai abaka, manila hemp atau musa textiles
• hidup meliar di kawasan pamah dan lembah
• gentian pokok lanut dijemur sebelum diproses menjadi tali kapal
• di eksport ke Eropah

c) Rotan
• di eksport dalam bentuk perabot, tikar dan tongkat

d) Pokok sagu / rumbia
• merupakan tanaman tradisional Sabah
• hidup subur di kawasan berpaya di muara sungai
• harga sagu sangat mahal di pasaran dunia
• SBUB menggalakkan rakyat Sabah mengusahakannya secara komersial
• Sagu mentah dieksport ke Singapura dan Eropah
• 1888 nilai eksport sagu Sabah sebanyak 93 433 dolar

e) Hasil laut
• seperti mutiara, trepang dan sirip ikan yu
• diusahakan oleh masyarakat Bajau
• dieksport ke China

(ii)Hasil Pertanian Dagangan
• SBUB mengusahakan tanaman baru seperti getah dan tembakau
• Sabah mempunyai tanah luas dan subur

a) Tembakau
• tanaman dagangan yang penting
• tembakau Sabah diiktiraf terbaik di dunia
• daun tembakau digunakan untuk menghasilkan cerut
• mendapat pasaran tinggi di Belanda dan Amerika Syarikat
• SBUB mengecualikan cukai eksport kepada peladang tembakau bertujuan menggalakkan tanaman tembakau
• Tahun 1890 terdapat 61 buah ladang tembakau di Sabah
• 1902 hasil eksport tembakau Sabah bernilai lebih 2 juta dolar
• Kawasan utama penanaman ialah di Pulau Banggi, Teluk Marudu, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan

b) Getah
• ladang-ladang getah dibuka di Beauford, Jesselton dan Tenom
• berkembang akibat pembinaan landasan kereta api
• SBUB memberi 4% dividen kepada pengusaha getah bertujuan menggalakkan penanamannya
• SBUB juga memberi pengecualian cukai eksport selama 50 tahun kepada pengusaha getah
• Buruh ladang getah dibawa masuk dari China dan Jawa
• Getah menjadi hasil eksport utama SBUB

(iii)Pembalakan
• SBUB menguasai hasil balak Sabah
• Kaya dengan sumber balak seperti seraya, ramin, kapur, belian dan meranti
• Kawasan pembalakan utama di Sandakan, Lahad Datu dan Tawau
• Tahun 1898 kilang memproses kayu balak kepunyaan SBUB dibina
• Buruh dibawa masuk dari Filipina dan Indonesia
• Hasil kayu balak dieksport ke China, Singapura, Britain dan Australia melalui pelabuhan Sandakan


(iv)Perlombongan
• SBUB giatkan perlombongan Sabah seperti emas, arang batu dan mangan

a) Emas
• tahun 1886 diusahakan oleh Orang Cina di Sungai Segama

b) Arang batu
• dilombong di Silimpopon dan Labuan
• Silimpopon mempunyai longgokan arang batu terbesar Asia Tenggara
• diusahakan oleh Syarikat Cowie Harbour Coal

c) Mangan
• diusahakan di Teluk Marudu oleh Syarikat British Borneo Exploration
• dieksport ke Britain

5.4 Perubahan Sosial SBUB Di Sabah (Teks m/s: 115-120)
• SBUB membangunkan kemudahan asas seperti landasan kereta api jalan raya, sekolah, hospital dan telegraf
• tujuannya untuk kepentingan dan keuntungan SBUB

(i) Landasan kereta api
• 1896 landasan kereta api pertama dari Weston ke Beauford sepanjang 32 km
• 1904 dibina landasan dari Jesselton yang dikenali sebagai North Borneo Railway
• 1905 landasan disambung dari Beauford ke Jesselton dan dari Tenom ke Malalap
• tujuannya untuk memudahkan SBUB mengangkut hasil keluaran di bahagian pedalaman ke pelabuhan

(ii)Jalan raya
• SBUB menumpukan pembinaan jalan raya di bandar-bandar besar seperti Jesselton, Sandakan, Lahad Datu, Kudat dan Tawau
• tujuannya untuk menghubungkan kawasan kegiatan ekonomi dengan bandar dan pelabuhan
• 1930-an perhentian motokar dan bas dibina di Kota Kinabalu

(iii)Pengangkutan air
• 1890 Syarikat Perkapalan Straits Steamship memulakan perkhidmatan
• tujuannya untuk mengangkut penumpang dan barangan

(iv)Pendidikan
• SBUB kurang memberi perhatian
• SBUB hanya menyediakan pendidikan di peringkat rendah kerana kekurangan wang
• SBUB anggap bidang pendidikan tidak menguntungkan
• Kebanyakan sekolah dibina oleh mubaligh Kristian bagi tujuan menyebarkan agama Kristian
• antara sekolah yang wujud ialah Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu dan Sekolah Cina

a) Sekolah Inggeris
• 1883 sekolah Inggeris pertama iaitu Institut Byron dibina di Sandakan oleh mubaligh Roman Katolik
• tahun 1887 Sekolah St. Mary ditubuhkan di Sandakan
• 1909 Jabatan Pelajaran ditubuhkan untuk menguruskan sekolah-sekolah di Sabah
• tahun 1939 terdapat 49 buah sekolah mubaligh dengan pelajar seramai 3700 orang

b) Sekolah Latihan
• dibina di Jesselton pada 1 Julai 1915
• merupakan sekolah latihan bagi anak-anak Ketua Anak Negeri
• dibina bertujuan untuk melatih anak-anak menjadi pegawai pentadbiran peringkat rendah
• bahasa pengantarnya ialah Bahasa Melayu
• dari segi kurikulum pelajar diajar tentang membaca, menulis dan mengira
• jawatan yang dikhaskan bagi lulusan sekolah ini ialah renjer, kerani dan Ketua Anak Negeri

c) Sekolah Melayu dan Bumiputera
• tahun 1921 sekolah Melayu pertama dibina di Kota Belud
• 1930 terdapat 10 buah sekolah Melayu bagi menampung 400 orang pelajar
• 1924 ditubuhkan Sekolah Bumiputera Keningau di Keningau


d) Sekolah Cina
• dibina sendiri oleh masyarakat Cina
• 1940 terdapat 11 000 pelajar berdaftar di sekolah Melayu, sekolah mubaligh dan sekolah Cina

(v)Pembinaan Hospital dan Pusat Kesihatan
• SBUB bina hospital di bandar-bandar besar seperti Jesselton, Sandakan, Beauford dan kudat
• 1924 Hospital Besar Tawau di bina
• 1940 terdapat 9 buah hospital dan 40 buah klinik di Sabah
• di kawasan luar bandar disediakan pusat-pusat kesihatan
• kelemahan – bilangan doktor tidak mencukupi
• perkhidmatan perubatan tidak dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Sabah

(vi)Kemunculan Bandar-Bandar Baru
• akibat daripada kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial
• bandar-bandar berkembang pesat sebagai pusat pentadbiran dan perdagangan
• antaranya Sandakan, Kudat, Jesselton, Tawau dan Lahad Datu

a) Sandakan
• diasaskan William Pryer tahun 1879
• menamakannya sebagai Elopura bermaksud bandar yang cantik
• berkembang maju sebagai pusat pentadbiran, pelabuhan antarabangsa dan pusat pembalakan

b) Tawau
• sebuah pelabuhan yang terkenal di Pantai Timur Sabah
• eksport utamanya getah, abaka, mutiara dan kayu balak

c) Kudat
• tahun 1881 SBUB menjadikannya sebagai pusat pentadbiran yang pertama
• pedagang menetap dan membina kedai di Kudat
• gagal menarik ramai penduduk dan pedagang kerana keadaan geografinya tidak sesuai untuk pertanian
• tahun 1884 SBUB memindahkan pusat pentadbirannya ke Sandakan

d) Jesselton
• diasaskan tahun 1900 oleh Charles Jessel
• nama asalnya Jessel Town sempena nama pengasasnya
• kemudiannya disingkatkan kepada Jesselton
• juga dikenali dengan nama Api-Api, Singga Mata atau Diasuka
• Jesselton maju kerana pembinaan landasan kereta api, perkembangan tanaman getah dan sebagai pusat perdagangan dan pelabuhan penting
• 1967 nama Jesselton ditukar kepada Kota Kinabalu

Perubahan Sosial dan Kemajuan Lain
• pejabat pos
• 1883 SBUB mengeluarkan setem pertama Sabah
• tahun 1883 juga akhbar pertama di Sabah diterbitkan iaitu The North Borneo Herald
• 1890-an kontinjen polis tempatan ditubuhkan
• 1900 SBUB telah menubuhkan ‘Skuad Terbang’ untuk menjamin keselamatan dan dianggotai pegawai polis tempatan
• 1903 loji air di Kota Kinabalu dibina untuk membekalkan air bersih
• tahun 1905 menara jam Jesselton dibina dan kekal hingga sekarang di Sabah

12 ulasan: