CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Ahad, 28 Februari 2010

ISTILAH UNDANG-UNDANG MUDAH

1. istilah umum kehakiman

Istilah Makna
- Alibi - Bukti yg menunjukkan bahawa seseorang tidak berada di tempat kejadian ketika sesuatu jenayah dilakukan
- Afidavit - Dokumen bersumpah yg mencatatkan kenyataan pengakuan seseorang tentang sesuatu hal ( dalam kes jenayah atau sivil )sebarang penipuan dalam afidavit boleh menyebabkan pembuatnya dijatuhi hukuman penjara , dokumen ini akan dikemukakan di mahkamah
- Certiorari - Perintah mahkamah yang mengetepikan keputusan yang dibuat oleh mahkamah yang lebih rendah
- Habeas corpus - Perintah mahkamah supaya seseorang dilepaskan daripada penahanan yang tidak mengikut undang-undang
- injuksi - Perintah bertulis mehkamah yang menghendaki sesuatu pihak dalam sesuatu tindakan melakukan atau tidak melakukan sesuatu
- mandamus - Perintah mahkamah untuk memaksa pelaksanaan sesuatu kewajipan awam yang tertentu
- Sine die -Menangguhkan sesuatu kes sehingga suatu tarikh yang belum ditetapkan
- Prima facie- Mempunyai bukti kukuh untuk memulakan pendakwaan sesuatu kes
- Saman - Dokumen bertulis yang mengandungi butir tuduhan dan mewajibkan orang yang disaman itu hadir di mahkamah pada tarikh dan masa yang ditetapkan
- Sapina - Arahan kepada seseorang untuk hadir di mahkamah pada sesuatu masa untuk menjadi saksi berkaitan dengan perbicaraan
- Waran - Perintah yg memberikan kuasa kepada polis atau pihak bnerkuasa lain untuk menangkap orang yang dinamakan dalam waran
- Writ- Dokumen yg dikeluarkan oleh mahkamah bagi memerintahkan defendan ( pihak yang kena tuntut ) dalam kes sivil supaya hadir di mahkamah pada tarikh dan masa yang ditetapkan .
- Perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah yang menggariskan tindakan yg perlu dipatuhi sesuatu pihak atau kedua-dua pihak dalam kes sivil

1 ulasan: