CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 10 Februari 2010

percubaan pmr sej

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR


Arahan : Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat cadangan jawapan dan bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja

1. Soalan 1 berdasarkan kenyatan di bawah
- Masyarakat ini suka menanam ubi dan menyuburkan tanaman mereka dengan menggunakan tahi kelawar. Mereka juga dikenali sebagai orang Hoabinh
Berdasarkan maklumat di atas, masyarakat di atas adalah masyarakat
A. Zaman Mesolitik B. Zaman Batu Baru C. Zaman Neolitik D. Zaman Paleolitik

2. Kerajaan Kedah Tua dapat menjadi satu kerajaan yang terkenal di Tanah Melayu dan menjadi pusat tumpuan pedagang-pedagang. Bagaimanakah pelabuhan Kedah Tua boleh menjadi begitu terkenal ?

A. Sistem ekonominya yang kukuh
B. Kedudukan geografinya yang baik
C. Pelabuhannya terlindung daripada tiupan angin monsun
D. Sistem pertahanannya yang kuat

3. Sebahagian besar kerajaan-kerajaan awal di Kepulauan Melayu telah menerima sama ada agama Hindu atau Buddha. Bagaimanakah kedua-dua agama ini dapat berkembang dengan begitu cepat di Kepulauan Melayu ?

A. Melalui perkahwinan politik B. Melalui penaklukan
C. Melalui kegiatan perdagangan D. Melalui usaha golongan sufi

4. Melaka telah menjadi satu kerajaan yang kuat di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Apakah faktor-faktor yang membantu Melaka menjadi satu pelabuhan yang terkenal?

I. Ada sistem pentadbiran yang cekap di Melaka
II. Melaka mempunyai bendahara yang bijak iaitu Bendahara Tun Perak
III. Melaka mempunyai pasukan pertahanan yang kuat
IV. Melaka terletak di kedudukan yang strategik
A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. II dan IV

5. Soalan 5 berdasarkan kenyataan di bawah
Sultan : Tugas tuan-tuan adalah untuk menjaga undang-undang kapal yang keluar dan masuk dari pelabuhan Melaka, menyelesaikan soal cukai, menjaga kebajikan dan keselamatan
Berdasarkan maklumat di atas, sultan sedang memberi arahan kepada pegawai-pegawainya. Apakah jawatan yang dipegang oleh pegawai-pegawai ini ?
A. Penghulu Bendahari B. Bendahara C. Mandulika D. Syahbandar

6. Jalan penarikan menjadi satu jalan pengangkutan laut yang penting kepada pengguna-penggunanya kerana ia menjimatkan masa perjalanan. Jalan ini dikenali sebagai jalan penarikan kerana
A. Penggunanya harus menarik perahu mereka sehingga ke Serting
B. Penggunanya harus belayar dari Sungai Muar ke Bahau
C. Penggunanya tidak perlu menggunakan Sungai Muar
D. Penggunanya tidak perlu belayar melalui Sungai Pahang

7. Soalan 7 berdasarkan rajah di bawah
- Sayong Pinang
- Johor Lama
- Kota Tinggi
Ketiga-tiga bandar ini terdapat dalam kerajaan Johor. Apakah persamaan yang ketara di antara bandar-bandar di atas ?
A. Ketiga-tiga adalah pusat perdagangan yang utama
B. Ketiga-tiga adalah ibu negeri kerajaan Johor
C. Ketiga-tiga tempat ini pernah dimusnahkan oleh Belanda
D. Ketiga-tiga tempat ini adalah pelabuhan utama kerajaan Johor

8. Soalan 8 berdasarkan kenyataan di bawah

"Adat hamba Melayu tidak pernah derhaka, tetapi akan kita bertuankan raja seorang ini janganlah."
Mengapakah Bendahara Tun Perak mengeluarkan kata-kata di atas ?
A. Apabila Tun Perak dituduh sebagai penderhaka
B. Apabila anak Tun Perak telah mati dibunuh oleh Raja Muhammad
C. Apabila Tun Perak dipaksa meletakkan jawatannya
D. Apabila Tun Perak diarahkan oleh Sultan Melaka untuk membunuh Hang Tuah

9. Melaka dan Pahang telah mempunyai hubungan yang baik tetapi menjelang 1495 hingga 1497, hubungan antara kedua-dua kerajaan ini menjadi tegang. Apakah peristiwa yang menyebabkan keadaan ini ?
A. Hubungan ini terganggu apabila Melaka cuba menyerang Pahang
B. Hubungan ini terganggu apabila Hang Nadim menculik Tun Teja
C. Hubungan ini terputus selepas Melaka memaksa Pahang menghantar ufti ke Melaka
D. Hubungan ini terputus selepas Raja Muhmmad menjadi Sultan Pahang

10.Soalan 10 berdasarkan kenyataan di bawah
- Sogit
- Kapanasan
- Babas
Ketiga-tiga perkara di atas adalah hukuman yang diamalkan oleh satu suku kaum di Sabah. Suku kaum ini adalah orang
A. Murut B. Bajau C. Dusun/Kadazan D. Melanau

11. Sultan Mahmud yang memerintah di Johor dari 1685 hingga 1699 adalah seorang pemerintah yang zalim. Bagaimanakah akhirnya pemerintahan baginda di Johor dapat ditamatkan ?

A. Baginda telah dihantar sebagai pentadbir di Pahang
B. Baginda telah dijadikan tawanan perang oleh Sultan Acheh
C. Baginda telah mati dibunuh oleh Laksamana Megat Seri Rama
D. Baginda telah terbunuh semasa berlaku perang saudara antara baginda dengan Raja Kecil

12. Pada kurun ke-18, berlaku Revolusi Perindustrian di Eropah tetapi negara Britain telah kekurangan bahan-bahan mentah untuk sektor perkilangannya. Bagaimanakah mereka mengatasi masalah ini ?
A. Britain mula menjajah Afrika
B. Britain mula meningkatkan kadar pengeluaran timahnya
C. Britain mula menjalankan dasar perluasan kuasanya di Tanah Melayu
D. Britain mula mengamalkan dasar berbaik-baik dengan Perancis

13. Soalan 13 berdasarkan rajah di bawah

SULTAN --> Raja Muda --> Raja Bendahara --> Raja Dihilir
Sistem diatas telah dijalankan di negeri Perak. Pada pendapat anda, mengapakah Sultan harus memegang jawatan sebagai Raja Muda, Raja Bendahara dan Raja Dihilir ?

A. Sultan harus memperbaiki kedudukannya sebelum menjadi sultan
B. Sultan harus membiasakan kehidupan sebagai Raja Muda sebelum dapat menjadi Sultan
C. Proses ini memudahkan sistem pentadbiran di Perak
D. Proses ini boleh mengelakkan perebutan takhta di Perak

14. Soalan 14 berdasarkan kenyataan di bawah

- Syarikat Hindia Timur British mendapati bahawa Pulau Pinang tidak mendatangkan sebarang keuntungan kepada kerajaan British
Hasil daripada itu, kerajaan British telah mengarahkan Stamford Raffles mencari satu pelabuhan baru bagi British di Kepulauan Melayu. Bagaimanakah Stamford Raffles berjaya menduduki Singapura pada 1819 ?
A. Raffles telah membeli Singapura dari kerajaan Johor
B. Raffles telah memujuk Sultan Johor membenarkan British membuka petempatan di Singapura
C. Selepas Perjanjian British-Belanda 1824 ditandatangani
D. Selepas Raffles melantik Tengku Hussain sebagai Sultan Johor

15. Soalan 15 berdasarkan dialog di bawah

- Sultan Abdullah : Dato', sudah enam tahun British menduduki Pulau Pinang tetapi sehingga kini, mereka tidak memberi sebarang jawapan mengenai bantuan ketenteraan kepada baginda.
- Dato' : Ya, benar kata baginda
Berdasarkan dialog di atas, apakah tindakan yang akan diambil oleh Sultan Abdullah terhadap British di Pulau Pinang ?
A. Sultan Abdullah telah mengusir British keluar dari Pulau Pinang
B. Sultan Abdullah telah memberi surat amaran kepada British
C. Sultan Abdullah telah menghubungi kerajaan British di London
D. Sultan Abdullah telah menyerang British di Pulau Pinang

16. Pada 1857, orang Cina yang bekerja di kawasan perlombongan emas di Bau, Sarawak telah mengadakan pemberontakan terhadap pemerintahan keluarga Brooke. Mengapakah mereka bertindak sedemikian ?
A. Keluarga Brooke mengenakan cukai yang tinggi
B. Keluarga Brooke telah mengawal kemasukan orang Cina ke Sarawak
C. Banyak kawasan perlombongan emas di Sarawak telah ditutup
D. Keluarga Brooke mengenakan pelbagai jenis cukai terhadap orang Cina

17.
Soalan 17 berdasarkan kenyataan di bawah
* TEMPUAN
* TANJU
Tempuan dan tanju adalah dua alat yang terdapat dalam rumah panjang di Sarawak. Tempuan digunakan sebagai tempat untuk golongan wanita bekerja. Apakah kegunaan tanju ?

A. Ia adalah bahagian beranda
B. Ia adalah tempat upacara pemujaan dijalankan
C. Ia adalah tempat menyimpan padi
D. Ia adalah tempat ahli rumah panjang mengadakan mesyuarat

18. Datuk Muhammad Salleh adalah seorang pembesar yang berjasa kepada kerajaan Johor. Di antara berikut, sumbangan utama beliau kepada kerajaan Johor adalah

I. Beliau mengasaskan pendidikan Inggeris di Johor
II. Beliau bertanggungjawab merancang pembangunan di Johor
III. Beliau telah mereka peta bandar Muar
IV. Beliau telah mewajibkan sistem pendidikan kepada penduduk Johor
A. I dan II B. II dan III C. I dan III D. II dan IV

19. Soalan 19 berdasarkan kenyataan di bawah

- Syarikat tidak boleh menyerah, menjual atau memberi manan-mana wilayah Sabah kepada sesiapa tanpa kebenaran kerajaan British

Syarat di atas telah dikenakan oleh kerajaan British sebelum memberi piagam diraja kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Apakah kepentingan piagam ini kepada syarikat ?
A. Sabah bertambah terkenal
B. Sabah menjadi negeri naungan British
C. Lebih ramai pelabur barat melabur di Sabah
D. Sabah mendapat perhatian daripada kerajaan British di India

20. Di Sarawak, terdapat dua penentangan terhadap keluarga Brooke yang dicetuskan oleh Rentap dan Syarif Masa'hor. Kedua-dua penentangan ini bermula di

I. Sungai Selangit II. Sungai Skrang III. Kanowit IV. Kuching
A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. II dan IV

21. Orang Melayu di Terengganu yang dipimpin oleh Hj. Abdul Rahman Limbong telah bangun menentang pentadbiran British. Apakah sebab yang menyebabkan orang Terengganu menentang British ?
A. Orang Melayu tidak puas hati dengan sistem cukai British
B. Orang Melayu dipaksa bekerja dengan percuma
C. Orang Melayu tidak dibenarkan menggunakan keris
D. Orang Melayu tidak puas hati apabila mereka disekat daripada membuka tanah baru untuk pertanian

22. Dol Said adalah pnghulu di Naning yang pertama bangun menentang British. Walau bagaimanapun, beliau berjaya mengalahkan tentera British pada 1831. Bagaimanakah Dol Said dapat mengalahkan British ?
A. British tidak bersedia untuk menghadapi serangan Dol Said
B. Tentera British tidak cekap dan terlatih
C. Dol Said menggunakan taktik gerila untuk menentang British
D. Dol Said mendapat bantuan dari tentera Rembau

23. Kerajaan British tidak mahu memberi sistem pendidikan yang bermutu kepada Melayu. Mengapakah British enggan memberi pendidikan yang baik kepada orang Melayu ?

A. British mahu memegang semua jawatan penting di Tanah Melayu
B. British kekurangan modal untuk sistem pendidikan bagi orang Melayu
C. Orang Melayu tidak mahu bekerjasama dengan orang British
D. British tidak mahu mencetuskan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu

24. Kuala Lumpur telah menjadi kawasan perlombongan dan bandar yang utama di Tanah Melayu menjelang awal kurun ke -20. Bandar ini bertambah maju apabila landasan kereta api dibina pada 1889 yang menghubungkan

A. Kuala Lumpur ke Port Swettenham
B. Kuala Lumpur ke Bukit Kuda
C. Kuala Kangsar ke Port Swettenham
D. Port Swettenham ke Bukit Kuda

25. Soalan 25 berdasarkan kenyataan di bawah
" ...untuk mengingatkan mana yang lalai dan menjagakan mana yang tidur serta menunjukkan jalan kepada mereka yang sesat..."
Kenyataan di atas terdapat dalam surat khabar Kaum Muda. Suratkhabar ini adalah
A. Saudara B. Neracha C. Al-Imam D. Al-Ikhwan

26. Kesatuan Melayu Singapura yang ditubuhkan pada 1926 dan Kesatuan Melayu Muda pada 1938 mempunyai banyak persamaan dan perbezaan. Apakah perbezaan yang ketara di antara kedua-dua pertubuhan ini ?

A. Kesatuan Melayu Singapura mempunyai motif politik sahaja
B. Kesatuan Melayu Muda memperjuangkan hak-hak sosio-ekonomi masyarakat Melayu
C. Kesatuan Melayu Singapura memperjuangkan masalah agama orang Melayu
D. Kesatuan Melayu Muda adalah parti yang radikal di Tanah Melayu

27. Hasil karya Abdul Rahim bin Kajai yang bertajuk "Awang Putat" mempunyai satu tema yang utama. Tema ini merujuk kepada
A. melahirkan perasaan anti-British
B. menyeru orang Melayu melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi moden
C. menggalakkan orang Melayu mendapatkan pendidikan barat
D. menyeru orang Melayu memperbaiki nasib mereka

28. Perjanjian British-Siam yang ditandatangani pada 1897 dan Perjanjian Sempadan 1899 telah ditandatangani secara sulit antara Siam dengan British. Mengapakah kedua-dua kuasa ini menandatangani perjanjian ini secara sulit ?
A. British cuba menyekat kuasa Siam di Negeri-negeri Melayu
B. British mengamalkan dasar tidak campur tangan dalam masalah politik di Negeri-negeri Melayu
C. Siam tidak mahu Burma mengetahui mengenai kedua-dua perja jian ini
D. Siam menghadapi ancaman dari Burma dan Perancis

29. Soalan 29 berdasarkan kenyataan di bawah

- Tentera Jepun telah menyerang Miri dan dari Miri , mereka menuju ke Kuching dan pantai barat Sabah
Mengapakah Jepun sangat berminat untuk menguasai Miri ?
A. Miri tidak mempunyai pasukan tentera yang terlatih
B. Miri adalah kawasan perlombongan minyak yang utama
C. Miri terletak berdekatan dengan kawasan pantai
D. Miri mempunyai kawasan hutan yang luas

30.Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu telah diserahkan kepada kerajaan Siam. Apakah sebab utama Jepun berbuat demikian ?

A. Jepun bercita-cita untuk menguasai Siam
B. Siam telah membantu Jepun dengan memberikan laluan kepada Jepun semasa Jepun menyerang Tanah Melayu
C. Negeri-negeri Melayu Utara pernah dikuasai oleh Siam pada kurun ke-19
D. Siam telah memberi bantuan ketenteraan kepada Jepun semasa Jepun menyerang Tanah melayu

31. Apakah nama perjanjian yang menyebabkan kepulauan Melayu Terbahagi kepada dua lingkungan pengaruh?
A Perjanjian Inggeris-Belanda B Perjanjian Sulit British-siam.
C Surat Kew D Konvensyen London

32. Selepas Jepun menyerah kalah di tangan British, keadaan menjadi tidak aman di Tanah Melayu. Punca utama yang menyebabkan berlakunya pertumpahan darah di Tanah Melayu adalah kerana

I. Ahli Bintang Tiga mencetuskan pemberontakan
II. Seorang penghulu Melayu dibunuh di Batu Pahat oleh seorang Cina
III. Ahli MPAJA berpakat dengan tentera PKM
IV. Orang Melayu tidak mahu orang Cina menetap di Tanah Melayu
A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. II dan IV

33. Soalan 33 dan 34 berdasarkan dialog di bawah
Ah Kow : Kehidupan keluarga saya terganggu selepas mereka mengganggu keluarga saya. Saya akan berpindah dari sini tidak lama lagi
Ah Meng : Kamu akan tinggal di Kampung Baru ? Kamu pasti mereka tidak akan datang ke sana.
Ah Kow : Jangan takut, polis British akan menjaga keselamatan kami
Berdasarkan maklumat di atas,siapakah yang mengganggu kehidupan mereka ?
A. Harold Briggs B. Min Yuen C. Gerald Templer D. Hai San

34. Orang Cina yang tinggal di kawasan pinggir hutan telah dibawa untuk tinggal di Kampung Baru . Mengapakah British menubuhkan Kampung Baru ?
A. British ingin memajukan taraf hidup orang Cina
B. British ingin menyekat pergerakan Min Yuen
C. British cuba menghapuskan petempatan orang Cina di kawasan pinggir hutan
D. British cuba mengesan petempatan Chin Peng

35. Kerajaan British telah memperkenalkan Sistem Ahli pada April 1951. Salah satu matlamat Sistem Ahli adalah untuk mewujudkan perpaduan kaum. Apakah matlamat lain rancangan British ini ?

A. British cuba mengatasi masalah komunis di Tanah Melayu
B. British tidak mahu orang melayu menentang British
C. British cuba memperbaiki hubungannya dengan penduduk tempatan
D. British cuba mewujudkan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri

36. Sultan Brunei iaitu Sultan Omar Ali Saiffudin mahu menyertai gagasan Malaysia tetapi Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M.Azahari tidak setuju. Bagaimanakah masalah ini diatasi ?
A. Azahari telah meminta bantuan daripada kerajaan Indonesia untuk menjatuhkan Sultan Brunei
B. Azahari telah meminta bantuan daripada kerajaan Filipina untuk menjatuhkan Sultan Brunei
C. Sultan Brunei menarik diri daripada menyertai gagasan Malaysia
D. Sultan Brunei meminta rakyat Brunei memberi kerjasama kepada baginda

37. Soalan 37 berdasarkan rajah di bawah

AGENSI "X" - Ditubuhkan oleh kerajaan untuk membantu kaum bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustrian
Berdasarkan maklumat di atas, agensi "X" merujuk kepada
A. MARA B. FELDA C. PERNAS D. UDA

38. Semasa Perdana Menteri kita membuat lawatan ke luar negara, beliau telah cuba untuk menarik perhatian pelabur untuk melabur modal di Malaysia. Bagaimanakah negara kita boleh menggalakkan pelabur untuk melabur modal mereka di Malaysia ?
A. Dengan mengenakan cukai tanah yang rendah
B. Dengan memperbaiki sistem pengangkutan di Malaysia
C. Dengan memperkenalkan taraf perintis
D. Dengan meluaskan pasaran bagi barangan mereka

39. Soalan 39 berdasarkan kenyataan di bawah
- Pertubuhan ini ditubuhkan di New York pada 1945 dan tujuan utama ditubuhkan adalah untuk mewujudkan keamanan di peringkat dunia
Berdasarkan maklumat di atas, namakan pertubuhan ini.
A. Persatuan Asia Tenggara
B. Persatuan Negara-negara Islam
C. Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu
D. Mengharamkan pegawai kerajaan melibatkan diri dalam kegiatan politik

40. Selepas Sabah diserahkan kepada kerajaan British, British telah mengambil beberapa usaha untuk melemahkan perjuangan pertubuhan politik Sabah. Di antara usaha British adalah
A. Menukarkan beberapa pemimpin parti politik ke Jesselton
B. Memenjarakan beberapa pemimpin politik yang berpengaruh
C. Mengeluarkan Pekililing No. 9
D. Mengharamkan pegawai kerajaan melibatkan diri dalam kegiatan politik

41. Pada Mei 1961, Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan penubuhan gagasan Malaysia yang terdiri daripada kerajaan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei. Mengapakah Tunku Abdul Rahman mengemukakan idea ini ?

A. Beliau ingin menubuhkan satu kerajaan yang kuat
B. Beliau cuba menghapuskan pengaruh British di Asia Tenggara
C. Beliau terpengaruh dengan idea Sukarno
D. Beliau ingin menjamin kestabilan politik di rantau Asia Tenggara

42. Suruhanjaya Cobbold telah dibentuk oleh kerajaan British untuk mengkaji reaksi penduduk Sabah dan Sarawak terhadap idea gagasan Malaysia. Di antara hasil laporan ini adalah

I. Satu per tiga penduduk Sabah dan Sarawak setuju menyertai gagasan Malaysia
II. Dua per tiga penduduk Sabah dan Sarawak tidak setuju menyertai gagasan Malaysia
III. 60% penduduk Sabah dan Sarawak setuju menyertai gagasan Malaysia
IV. 20% penduduk Sabah dan Sarawak tidak setuju menyertai gagasan Malaysia
A. I dan II B. II dan III C. II dan IV D. I dan IV

43. Pada peringkat awal dasar luar negara Malaysia lebih pro kepada Britain dan Amerika Syarikat. Mengapakah keadaan sedemikian berlaku ?
A. Kedua-dua negara ini mengamalkan sistem pentadbiran demokrasi
B. Kedua-dua negara ini membantu Malaysia mengatasi masalah komunis
C. Kedua-dua negara ini adalah pembeli utama barangan Malaysia
D. Kedua-dua negara ini membantu Malaysia dari segi pertahanan

44. Sukan merupakan salah satu alat perpaduan yang penting. Bagaimanakah Majlis Sukan-sukan Malaysia boleh membantu mencapai matlamat ini ?
A. Dengan mewujudkan masyarakat yang berdisiplin dan bersatupadu melalui penyertaan dalam aktiviti sukan
B. Dengan melantik ahli sukan dari pelbagai kaum semasa aktiviti sukan diadakan
C. Membentuk satu identiti kebangsaan apabila menjalankan kegiatan sukan
D. Menimbulkan minat bersukan di kalangan rakayat pelbagai kaum

45. Soalan 45 berdasarkan maklumat di bawah
- Malaysia mengadakan hubungan politik dengan kerajaan Russia pada 1968 Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China pada 1974
Berdasarkan maklumat di atas,apakah rumusan yang dapat anda buat mengenai hubungan luar Malaysia ?
A. Malaysia mula menjalin hubungan dengan negara-negara komunis
B. Malaysia menjalankan dasar berkecuali dalam menjalin hubungan dengan negara-negara lain
C. Malaysia mengambil masa yang lama sebelum menjalin hubungan dengan negara China
D. Hubungan Malaysia dengan Russi dan China menyebabkan kedudukan Malaysia menjadi lebih terjamin

46. Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan untuk mengkaji reaksi penduduk sabah dan Sarawak terhadap Malaysia. Apakah tujuan Suruhanjaya Reid ditubuhkan ?
A. untuk memperbaiki hubungan Malaysia dengan Indonesia
B. untuk mendesak Indonesia menamatkan konftrontasi terhadap Malaysia
C. untuk merangka perlembagaan bagi Tanah Melayu
D. untuk mengkaji sistem pendidikan di Sabah

47. Pada Disember 1974, Rancangan Buku Hijau telah diperkenalkan. Apakah matlamat utama pengenalan rancangan ini ?
A. menggalakkan penduduk Malaysia menanam tanaman makanan sendiri
B. untuk memajukan sistem pengairan di Malaysia
C. untuk mempelbagaikan sektor pertanian di Malaysia
D. menggalakkan petani Malaysia untuk menanam padi dua kali setahun

48. Semasa Laporan Rahman Talib dibentangkan, terdapat syor supaya satu Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan. Apakah fungsi badan ini dalam sistem pendidikan ?

A. untuk mengawal perkembangan kegiatan guru-guru di sekolah
B. untuk mengawal mutu pendidikan di sekolah-sekolah
C. untuk mengatasi masalah keciciran pelajar di sekolah-sekolah
D. untuk mengatasi masalah pelajar yang tidak dapat membaca dan menulis

49. Soalan 49 berdasarkan kenyataan di bawah

- Sekolah Alam Shah, Cheras
- Sekolah Kolam Air Puteri, Kuala Lumpur
Apakah persamaan yang terdapat di kedua-dua sekolah ini ?

A. Sekolah-sekolah ini adalah antara sekolah terawal menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar
B. Sekolah-sekolah ini adalah sekolah berasrama penuh yang terawal ditubuhkan di Malaysia
C. Sekolah-sekolah ini menjadi sekolah contoh kepada sekolah-sekolah lain di Malaysia
D. Sekolah-sekolah ini menjalankan sistem pendidikannya seperti sistem pendidikan di London

50. Peristiwa 13 Mei 1969 telah menjadi satu peristiwa bersejarah di Malaysia. Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan Malaysia selepas peristiwa ini dapat diatasi ? C. Kerajaan Malaysia telah bertindak dengan memberi hukuman penjara kepada mereka yang terlibat mencetuskan peristiwa
A. Semua yang terlibat dalam mencetuskan peristiwa ini dihukum bunuh
B. Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan Akta Keselamatan Negara
C. Kerajaan Malaysia telah bertindak dengan memberi hukuman penjara kepada mereka yang terlibat mencetuskan peristiwa
D. Kerajaan Malaysia telah membentuk Rukun negara untuk memperbaiki hubungan antara pelbagai kaum

Untuk Soalan 51 hingga 60 tiap-tiap soalan mempunyai lebih dari satu cadangan jawapan yang betul. Tiap-tiap cadangan jawapan ini betul atau salah. Pilih satu jawapan yang betul sahaja

51. Di antara kenyataan berikut, pilih kenyataan yang menerangkan ciri-ciri ekonomi masyarakat Melayu tradisional .
I. Kegiatan ekonomi dijalankan secara sara diri
II. Kegiatan perlombongan emas dijalankan di Sungai Bera, Pahang
III. Kegiatan perikanan dijalankan oleh penduduk di pantai timur Malaysia
IV. Kegiatan perlombongan bijih timah dijalankan secara besar-besaran di Selangor

A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

52. Bagaimanakah kerajaan Johor dapat mencapai zaman kegemilangannya di bawah pemerintahan Sultan Abdul Jalil III ?

I. Baginda adalah seorang pemerintah yang cekap
II. Baginda dibantu oleh Laksamana Tun Jamil
III. Orang Belanda tidak menggangu kerajaan Johor
IV. Baginda dibantuk oleh Laksamana Megat Seri Rama
A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

53. Walaupun British dapat mengatasi semua pemberontakan yang dicetuskan oleh Dol Said, Tok Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbong tetapi perjuangan mereka penting. Apakah kesan daripada perjuangan mereka ?

I. Perjuangan mereka menjadi dorongan kepada pejuang-pejuang Melayu yang lain
II. Mereka berjaya menunjukkan kepada orang British orang Melayu akan bangun menentang jika mereka ditindas
III. Perjuangan mereka menyebabkan British meluluskan undang-undang yang lebih ketat di Tanah Melayu
IV. Perjuangan mereka mula menyedarkan golongan terpelajar yang wujud pada awal kurun ke-20
A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

54. Soalan 54 berdasarkan kenyataan di bawah
- Rancangan Sekatan Stevenson
- Rancangan Getah Antarabangsa
Kedua-dua rancangan ini adalah mengenai perusahaan getah. Pilih kenyataan yang tepat mengenai kedua-dua rancangan ini

I. Kedua-dua rancangan ini diperkenalkan untuk mengawal harga getah di pasaran dunia
II. Kedua-dua rancangan ini cuba membantu meninggikan harga getah di pasaran dunia
III. Kedua-dua rancangan ini berjaya menaikkan harga getah di pasaran dunia
IV. Rancangan Getah Antarabangsa mengawal pengeluaran getah di pasaran dunia melalui sistem kuota
A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

55. Dalam membentuk Kebudayaan Malaysia, prinsip-prinsip yang tertentu harus diambil kira. Di antara prinsip-prinsip ini adalah
I. Agama Islam sebagai unsur yang utama
II. Kebudayaan barat yang bersesuaian boleh diberi perhatian
III. Kebudayaan bangsa lain yang besesuaian boleh diambil kira
IV. Kebudayaan Kebangsaan mesti berteraskan kebudayaan Melayu
A. I, II dan II B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

56. Kerajaan Malaysia telah melaksanakan dasar penswastaan dan pensyarikatan. Apakah tujuan utama kerajaan memperkenalkan dasar penswastaan ?
I. untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan
II. untuk mengurangkan jumlah pekerja dalam sektor kerajaan
III. untuk memberi perkhidmatan yang lebih bermutu kepada rakyat Malaysia
IV. untuk melibatkan diri sektor swasta dengan lebih aktif dalam bidang ekonomi
A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

57. Beberapa hasil karya telah dihasilkan di Tanah Melayu. Di antara hasil karya yang mempunyai tema yang berunsur sosio-ekonomi ialah

I. Anak Mat Lela Gila
II. Melur Kuala Lumpur
III. Melur Kota Bharu
IV. Iakah Salmah

A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

58. Parti Negara yang dipimpin oleh Dato' Onn bin Ja'afar mengalami kekalahan yang teruk semasa pilihanraya umum diadakan. Apakah faktor-faktor yang membawa kepada kekalahan parti ini ?

I. Parti Negara mengatakan Tanah Melayu belum bersedia untuk kemerdekaan
II. Sebahagian besar penduduk Tanah Melayu menyokong Parti Perikatan
III. Dasar perjuangan parti ini lebih bersifat sosialis
IV. Matlamat parti ini tidak dapat memenuhi sebahagian besar penduduk Tanah Melayu
A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

59. Di Sarawak, Pari Perikatan telah ditubuhkan pada Januari 1963 untuk menghadapi pilihanraya umum. Parti-parti yang menyertai Parti Perikatan adalah
I. PANAS II. SNAP III. UNKO IV. BARJASA
A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

60. Dalam masyarakat Melayu tradisional, ukuran dilakukan dengan menggunakan anggota badan. Di antara ukuran yang menggunakan ukuran badan adalah
I. jengkal II. Hasta III. Mayam IV. depa
A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

1 ulasan: