CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 10 Februari 2010

soalan sej akhir tahun ting 2

TINGKATAN 2


Arahan : Tiap-tiap soalan di bawah diikuti dengan empat jawapan. Pilih jawapan yang tepat bagi setiap soalan.

1. Sejak kurun ke 18, Sultan Muhammad Jiwa telah menghadapi masalah dengan tiga kuasa luar yang mengancam keselamatan negeri Kedah. Ketiga-tiga kuasa luar ini adalah

A. Portugis, Siam dan Acheh
B. Siam, Burma dan Bugis
C. Siam, Acheh dan Bugis
D. Portugis, Siam dan Bugis

2. Di negeri Kedah telah mengalami masalah politik kerana ada golongan yang tidak puas hati dengan tindakan Sultan Muhammad Jiwa. Apakah faktor utama yang menyebabkan masalah politik ini wujud?

A. Tindakan Sultan Muhammad Jiwa yang memberikan Pulau Pinang kepada British
B. Tindakan Sultan Muhammad Jiwa yang melantik Tunku Abdullah sebagai pewarisnya
C. Tindakan Sultan Muhammad Jiwa yang tidak mahu menghantar bunga emas kepada Siam
D. Tindakan Sultan Muhammad Jiwa yang enggan menjelaskan hutang orang Bugis.

3. Edward Monckton adalah wakil pertama dari Syarikat Hindia Timur Inggeris yang dihantar untuk berjumpa dengan Sultan Kedah pada 1772 tetapi beliau gagal mencapai matlamatnya. Apakah tujuan utama Edward Monckton berjumpa dengan Sultan Kedah?

A. Beliau dihantar untuk berunding dengan Sultan Kedah supaya British dapat menduduki Pulau Pinang
B. Beliau ingin membuka sebuah petempatan di Seberang Perai
C. Beliau telah dihantar untuk berunding dengan Sultan Kedah supaya British dapat berdagang dengan bebas di Kedah
D. Beliau dihantar supaya British dapat peluang untuk membuka petempatan di negeri Kedah

4. Stamford Raffles mendapati Singapura adalah satu pelabuhan yang sesuai untuk dijadikan petempatan oleh British. Bagaimanakah Stamford Raffles berjaya membuka petempatan British di Singapura pada 1819?

A. Raffles telah membeli Singapura dari Sultan Johor
B. Raffles telah melantik Tengku Hussein sebagai Sultan Johor
C. Temenggong Abdul Rahman telah setuju untuk menjual Singapura kepada British
D. Raffles berjaya membuka petempatan di Singapura selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 ditandatangani

5. Surat-surat Kew ditandatangani pada 1785 antara Raja Belanda dengan Raja England. Selepas perjanjian ini ditandatangani, British dapat menduduki dua kawasan utama Belanda di kawasan Timur iaitu

I. Riau II. Lingga III. Melaka IV. Jawa
A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV

6. Soalan 6 berdasarkan kenyataan di bawah

Perdagangan di Negeri-negeri Selat mula dijalankan dalam mata wang India iaitu rupee
Banduan-banduan dari India dihantar ke Negeri-negeri Selat

Faktor-faktor di atas merupakan beberapa faktor yang menyebabkan pedagang di Negeri-negeri Selat tidak puas hati. Apakah perubahan yang berlaku pada 1867 di Negeri-negeri Selat?
A. Pentadbiran Negeri-negeri Selat dipindahkan dari India ke London
B. Singapura dijadikan pelabuhan entrepot
C. Pentadbiran Negeri-negeri Selat diletakkan dibawah kuasa Gabenor Negeri-negeri Selat
D. Perdagangan di Negeri-negeri Selat tidak lagi dijalankan dalam mata wang rupee.

7. Di Sungai Ujong, hubungan antara Dato' Kelana dengan Dato' Bandar menjadi tegang pada 1874. Apakah peristiwa yang menyebabkan hubungan mereka merosot ?

A. Dato' Bandar mengadakan hubungan persahabatan dengan British
B. Tindakan Dato' Kelana yang mengadakan hubungan persahabatan dengan British
C. Kedua-dua merebut untuk menguasai daerah Sungai Ujong
D. Tindakan Dato' Kelana yang mengadakan hubungan dengan kongsi gelap Hai San

8. Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah ditubuhkan pada 1896. Di manakah pusat pentadbiran bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu ?
A. Kuala Lumpur B. Singapura C. Perak D. Selangor

9. British telah menubuhkan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada 1909. Mengapakah badan ini ditubuhkan?
A. British cuba mengembalikan kuasa Sultan-sultan Melayu
B. British cuba mengurangkan kuasa Residen Jeneral
C. British cuba mengurangkan kuasa residen
D. British mahu memberi peluang kepada pembesar-pembesar Melayu mentadbir negara mereka

10.Lembah Sungai Sarawak telah menjadi satu kawasan yang terkenal di kalangan pedagang-pedagang dari timur dengan barat sejak kurun ke-13 lagi. Apakah yang menyebabkan pedagang-pedagang tertarik dengan Lembah Sungai Sarawak?

A. Kedudukannya yang strategik dan sesuai dijadikan tempat persinggahan
B. Kawasan ini adalah pusat pengumpulan rempah-ratus dari Kepulauan Melayu
C. Kedudukan kawasan ini yang berhampiran dengan pelabuhan Kuching
D. Pelabuhannya terlindung daripada tiupan angin kencang

11. Sultan Brunei telah menghantar wakilnya iaitu Pangeran Mahkota ke Sarawak untuk mentadbir secara langsung. Mengapakah Sultan Brunei berbuat begitu?

A. Sultan Brunei tidak percaya kepada pembesar-pembesar tempatan Sarawak
B. Sultan Brunei ingin menguasai semua kekayaan yang terdapat di Sarawak
C. Sultan Brunei ingin mengukuhkan kekuasannnya di Sarawak
D. Sultan Brunei bercadang untuk memajukan ekonomi Sarawak

12. Keluarga Brooke telah meluaskan empayarnya di Sarawak. Bagaimanakah mereka berjaya menguasai daerah Lawas?

A. Keluarga Brooke berjaya menguasai Lawas apabila timbul kekacauan di sana
B. Keluarga Brooke telah membeli Lawas daripada Sultan Brunei
C. Keluarga Brooke telah membeli Lawas daripada Syarikat Berpiagam Borneo Utara
D. Pembesar Lawas telah setuju menerima naungan daripada Keluarga Brooke

13. Soalan 13 berdasarkan kenyataan di bawah

Residen di Negeri-negeri Melayu
Residen di Sarawak

Jawatan residen wujud di negeri-negeri Melayu dan juga di Sarawak. Apakah persamaan di antara tugas antara kedua-dua pegawai British ini?


A. Kedua-dua diberi tugas untuk mewujudkan keamanan
B. Kedua-dua diberi tugas untuk memungut cukai daripada penduduk tempatan
C. Kedua-dua diberi tugas untuk mengetuai sistem pentadbiran di kawasan masing-masing
D. Kedua-dua diberi tugas untuk menyelesaikan semua masalah yang timbul di daerah masing-masing

14. Pada 1881, Alfred Dent berjaya mendapat piagam diraja untuk Persatuan Sementara Borneo Utara daripada kerajaan British di London. Mengapakah piagam diraja ini sangat penting bagi syarikat itu?

A. Syarikat ini dibenarkan mengeksploit semua kekayaan di sabah
B. Syarikat ini dengan sah menjadi pemilik Sabah
C. Sabah akan menjadi negeri naungan kerajaan British
D. Sabah akan dimajukan dari segi ekonomi dn sosial oleh kerajaan British

15. Soalan 15 berdasarkan maklumat di bawah

- Sultan Pahang, Sultan Wan Ahmad tidak mahu menerima seorang Residen British di Pahang tetapi pada 1888, baginda terpaksa menerima seorang Residen

Apakah peristiwa yang menyebabkan Sultan Ahmad terpaksa menerima seorang Residen British pada 1888 ?

A. Kematian Goh Hui di Pekan
B. Permusuhan baginda dengan Tun Mutahir
C. British menggugut akan menjatuhkan baginda daripada kedudukannya
D. Wujud masalah lanun yang tidak dapat dikawal

16. Syarikat Berpiagam Borneo Utara telah ditubuhkan pada 1881. Apakah kesan terpenting selepas syarikat ini ditubuhkan?
A. Syarikat ini meluaskan kuasanya sehingga ke Sarawak
B. Orang Cina berjaya memonopoli sistem ekonomi Sabah
C. Pengaruh British bertambah luas di Sabah
D. Sultan Sulu hilang sama sekali pengaruhnya di Sabah

17. Pada 1826, Perjanjian Burney ditandatangani di antara British dengan Siam. Apakah kesan daripada perjanjian ini?

A. British dapat berdagang dengan bebas di Bangkok
B. Siam berjanji tidak akan mengenakan sebarang sekatan terhadap perdagangan British di Pulau Pinang
C. Sultan Kedah berjaya mendapat takhta kerajaan baginda
D. British mengiktiraf Kedah sebagi milik kerajaan Siam

18. Terdapat dua perjanjian iaitu Perjanjian Sulit British-Siam 1897 dan Perjanjian Sempadan 1899 yang ditandatangani antara kerajaan British dengan Siam secara sulit. Mengapakah kedua-dua perjanjian ini ditandatangani secara sulit?

A. Siam tidak mahu membuka negerinya kepada kuasa barat yang lain
B. British ingin menyekat kuasa Siam di Negeri-negeri Melayu
C. Siam mahu menjalin hubungan persahabatan dengan British
D. British tidak mahu melanggar dasar tidak campur tangannya di Negeri-negeri Melayu

19. Sultan Abu Bakar adalah sultan Johor yang terkenal kerana baginda telah menjalankan banyak pembaharuan di negerinya. Pembaharuan-pembaharuan yang telah dilakukan oleh baginda adalah

I. Menubuhkan sekolah Inggeris untuk anak golongan bangsawan
II. Menubuhkan bandar Johor Bahru
III. Mewajibkan sistem pendidikan kepada semua rakyat Johor
IV. Menggubal Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV

20. British berjaya menguasai Negeri-negeri Melayu Utara selepas Perjanjian Bangkok 1909 ditandatangani dan British telah melantik Penasihat-penasihat British di Negeri-negeri Melayu Utara . Bagaimanakah Penasihat-penasihat British ini diterima oleh pemerintah Negeri-Negeri Melayu Utara ?
A. Sultan-sultan Melayu tidak menerima Penasihat British
B. Sultan-sultan Melayu tidak mahu mengiktiraf Perjanjian Bangkok
C. Penasihat-penasihat British tidak menghadapi sebarang masalah
D. Pembesar-pembesar Melayu tidak mahu menerima Penasihat-penasihat British

21. Charles Brooke telah menubuhkan Majlis Negeri Sarawak dan persidangan pertamanya diadakan di Bintulu pada 1867. Tujuan utama majlis ini ditubuhkan adalah untuk

A. memberi peluang kepada ketua-ketua kaum bumiputera untuk menyuarakan pendapat mereka
B. memberi peluang kepada Charles Brooke berkenalan dengan penduduk tempatan
C. Mengurangkan kuasa pusat dan mengagihkannya kepada kerajaan negeri
D. Memberi peluang keada orang asing menjadi ahli dalam majlis ini

22. Pada 1855, satu perjanjian telah ditandatangani antara Tengku Ali dengan Temenggung Ibrahim. Apakah tujuan utama perjanjian ini ditandatangani?

A. Tengku Ali melantik Temenggung Ibrahim sebagai pemerintah Singapura
B. Tengku Ali melantik Temenggung Ibrahim sebagai pewaris takhta baginda
C. Temenggung Ibrahim menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Tengku Ali
D. Tengku Ali menyerahkan kuasa pemerintahan Johor kepada Temenggung Ibrahim

23. British telah berusaha untuk meluaskan kuasanya di Johor. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh British untuk meluaskan pengaruhnya di Johor ?
I. British mencadangkan pembinaan landasan kereta api dari Johor ke Singapura
II. British cuba menyekat Johor daripada menghubungi secara terus dengan kerajaan British di London
III. British memujuk Sultan Abu Bakar mengambil seorang Penasihat Am
IV. British membenarkan Johor berdagang dengan Singapura tanpa sebarang sekatan

A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV

24. Rentap telah menyerang kubu James Brooke di Nangka Skrang apabila beliau dan orang Iban dituduh sebagai lanun. Apakah tindakan seterusnya yang diambil oleh Rentap?

A. Rentap telah membuat pakatan dengan Dato' Abdul Ghapur
B. Rentap telah meminta bantuan daripada Mat salleh
C. Rentap telah mendirikan kubunya di Bukit Sadok
D. Rentap telah mendirikan kubunya di Sungai Selangit

25. Penentangan terhadap British di Pahang telah dimulakan oleh Dato' Bahaman. Apakah sebab utama yang menyebabkan bermulanya Pemberontakan Pahang?

A. Tindakan British yang tidak membenarkan beliau memungut cukai
B. Tindakan British menangkap tiga orang pengikut Dato' Bahaman yang memungut hasil-hasil daripada hutan tanpa pas
C. Tindakan British mendirikan balai polis di Lubok Terua tanpa berbincang dengan Dato' Bahaman
D. Tindakan British mengeluarkan waran menangkap Dato' Bahaman yang dituduh tidak membayar cukai tanah

26. Di Sabah, Mat Salleh telah bangun menentang Syarikat Berpiagam Borneo Utara dari 1894 hingga 1900. Bagaimanakah penentangan Mat Salleh dapat ditamatkan oleh Syarikat?

A. Syarikat berjaya menangkap Mat Salleh dan beliau dibuang negeri ke Singapura
B. Syarikat telah menjatuhkan hukuman mati terhadap Mat Salleh
C. Mat Salleh terbunuh dalam usahanya menentang Syarikat
D. Mat Salleh melarikan diri ke Entabai dan tidak berjaya ditangkap oleh Syarikat

27. Soalan 27 berdasarkan kenyataan di bawah

- TANAH ADALAH HAK ALLAH

Undang-undang British dalam soal tanah bertentangan dengan undang-undang Islam dan telah ditentang oleh masyarakat Islam terutama di Terengganu. Bagaimanakah undang-undang barat berbeza dengan undang-undang Islam ?

A. Petani-petani di Terengganu harus mendapatkan pas daripada kerajaan British sebelum mereka dapat mengerjakan tanah yang baru
B. Petani-petani di Terengganu harus mendapatkan lesen sebelum mereka dibenarkan memungut hasil-hasil dalam hutan
C. Petani-petani di Kelantan terpaksa membayar cukai kepala jika mereka ingin membuka kawasan pertanian yang baru
D. Petani-petani di Kelantan diwajibkan membayar cukai tanah dan cukai hasil jika mereka ingin membuka tanah pertanian yang baru

28. Lada hitam, buah pala dan kayu manis merupakan antara tanaman awal yang diusahakan oleh British di Tanah Melayu. Tanaman-tanaman ini telah ditanam secara besar-besaran di
A. Pulau Pinang B. Melaka C. Johor D. Singapura

29. Soalan 29 berdasarkan kenyataan di bawah

Rancangan Sekatan Stevenson
Rancangan Getah Antarabangsa

British telah memperkenalkan kedua-dua rancangan ini untuk mengawal harga getah di pasaran dunia. Mengapa Rancangan Getah Antarabangsa berjaya menaikkan harga getah di pasaran dunia ?
A. Semua negara pengeluar getah tidak dibenarkan membuka kawasan baru untuk penanaman getah
B. Semua negara pengeluar getah telah dikenakan kuota dalam mengeksport getah mereka
C. British telah menubuhkan Institut Penyelidikan Getah yang berjaya meningkatkan mutu getah asli
D. British tidak membenarkan getah tiruan dijual di pasaran dunia

30. British telah membenarkan penubuhan sekolah Melayu, Cina dan India di Tanah Melayu. Bagaimanakah Undang-undang Buruh dikaitkan dengan sistem pendidikan di Tanah Melayu ?

A. Majikan ladang-ladang diwajibkan membina sekolah untuk anak -anak pekerjanya
B. Hanya buruh-buruh yang dapat membaca dan menulis dibenarkan bekerja di Tanah Melayu
C. Buruh-buruh yang dibawa masuk dari negara China dan India harus menduduki satu peperiksaan am kerajaan
D. Majikan bagi kawasan perlombongan harus menyediakan tempat yang khas untuk membina sekolah Cina

31. Idea-idea Kaum Muda yang dianggap terlalu reformis tidak dapat diterima oleh Kaum Tua yang terdiri daripada ulama-ulama kampung. Apakah idea-idea Kaum Muda ?

A. Kaum Muda mahu masyarakat Melayu menerima budaya-budaya daripada kaum lain
B. Kaum Muda mendesak British untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu
C. Kaum Muda menyeru masyarakat Melayu untuk hanya menerima pendidikan barat supaya mereka dapat memperbaiki nasib mereka
D. Kaum Muda menyeru masyarakat Melayu meninggalkan amalan-amalan kolot mereka yang menjadi penghalang kepada kemajuan



32. Kesatuan Melayu Singapura yang ditubuhkan oleh Muhammad Eunos bin Abdullah pada 1926. Bagaimana Kesatuan Melayu Singapura dapat memperbaiki nasib orang Melayu ?

I. Pertubuhan ini berjaya menerbitkan suratkhabar Majlis
II. Pertubuhan ini berjaya menebitkan suratkhabar Utusan Melayu
III. Pertubuhan ini berjaya memperbesarkan angkatan laut yang terdiri daripada tentera-tentera Melayu
IV. Pertubuhan ini berjaya mendapat tanah khas untuk orang Melayu

A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. II dan IV

33. Walaupun tujuan Kesatuan Melayu Singapura ditubuhkan berbeza dengan Kesatuan Melayu Muda tetapi perjuangan kedua-dua pertubuhan ini hampir-hampir sama. Apakah perjuangan kedua-dua pertubuhan ini ?

A. Kedua-dua menuntut supaya Tanah melayu diberikan kemerdekaan
B. Kedua-dua pertubuhan ini bekerjasama dengan British supaya dapat mencapai matlamatnya
C. Kedua-dua ingin memajukan masyarakat Melayu dari segi ekonomi
D. Kedua-dua cuba membangkitkan semangat kebangsaan

34. Soalan 34 berdasarkan kenyataan di bawah

Akhbar `Y --->Pengasasnya adalah Abdul Rahim bin Kajai
Menitik-beratkan tema yang berkaitan dengan masalah sosio-ekonomi dan pendidikan orang Melayu

Kandungan di atas terdapat dalam akhbar `Y'. Akhbar`Y' merujuk kepada

A. Warta Malaya B. Warta Ahad C. Majlis D. Saudara

35. Mengapakah Syarikat Berpiagam Borneo Utara mengadakan satu perjanjian dengan Sultan Brunei pada 1877 dan Sultan Sulu pada 1878 ?

A. Syarikat ingin meneruskan tempoh pajakannya di Sabah
B. Syarikat menghadapi banyak masalah politik di Sabah
C. Syarikat telah membeli Sabah dari Sultan Brunei dan Sultan Sulu
D. Syarikat tidak puas hati dengan tindakan Sultan Sulu yang cuba meluaskan pengaruh politiknya di Sabah

36. Di Kelantan, Sultan Kelantan telah memberikan sebidang tanah kepada R.W. Duff pada 1900. Apakah peristiwa yang berlaku selepas kejadian ini ?

A. Duff telah memajukan sebahagian daripada negeri Kelantan
B. Sultan Kelantan tidak dapat memungut cukai daripada kawasan yang diberikan kepada Duff
C. British menghantar wakilnya ke Siam kerana tindakan Sultan Kelantan melanggar syarat Perjanjian Sulit 1897
D. British tidak menyokong dan mendesak Sultan Kelantan membatalkan pemberian ini

37. Soalan 37 berdasarkan kenyataan di bawah
- Semua pegawai-pegawai kerajaan diwajibkan memakai pakaian rasmi negeri Johor
Siapakah pegawai kerajaan Johor yang mengeluarkan arahan di atas ?
A. Dato' Muhammad Salleh B. Dato' Seri Amar Diraja
C. Dato' Ja'afar bin Muhammad D. Dato' Ibrahim bin Munshi

38. Mengapakah Sultan Abu Bakar memperkenalkan Undang-undang Tubuh Negeri Johor pada 1885 ?

A. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan kuasa baginda sebagai pemerintah Johor
B. Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada orang Johor membantu baginda dalam pemerintahan
C. Tujuannnya adalah untuk memperkembangkan ekonomi negeri Johor
D. Tujuannya adalah untuk mengekalkan kemerdekaan Johor

39. Selepas Haji Abdul Rahman bin Limbong ditangkap, beliau telah dibuang negeri ke Makkah. Mengapakah beliau dibuang negeri ke Makkah ?

A. Beliau dilahirkan di Makkah
B. Beliau meminta supaya dibenarkan menetap di Makkah
C. British tidak mahu beliau menimbulkan masalah lagi di Terengganu
D. British mendapati beliau seorang yang sangat alim

40. Syarikat Gopeng Tin Ltd. adalah sebuah syarikat perlombong yang memberi sumbangan yang penting kepada perusahaan bijih timah di negeri Perak. Apakah sumbangan syarikat ini ?

A. Ia adalah satu-satunya syarikat yang melebur semua timah di negeri Perak
B. Ia adalah syarikat yang pertama membawa masuk orang Cina secara besar-besaran ke negeri Perak
C. Ia adalah syarikat yang pertama menggunakan teknik perlombongan syaf di negeri Perak
D. Ia adalah syarikat pertama yang menggunakan kapal korek di negeri Perak

41.Soalan 41 merujuk kepada kenyataan di bawah

- Bandar ini terletak di tebing Sungai Klang
- Bandar ini merupakan kawasan perlombongan bijih timah yang terkenal

Bandar yang dimaksudkan dalam kenyataan di atas adalah
A. Kuala Lumpur B. Ampang C. Gombak D. Lukut

42. Banyak sekolah Cina telah ditubuhkan di Tanah Melayu sejak awal kurun ke-20. Apakah matlamat utama penubuhan sekolah Cina di Tanah Melayu ?
A. untuk memberi pendidikan yang baik kepada masyarakat Cina
B. untuk menanamkan semangat setia kepada negara China
C. untuk menyebarkan ideologi komunisme
D. untuk membolehkan orang Cina bekerja di Tanah Melayu

43. Soalan 43 berdasarkan kenyataan di bawah
- Pelajaran di sekolah Melayu memberi penekanan kepada pekebunan dan seni pertukangan
Siapakah pegawai British yang mencadangkan idea di atas ?
A. Frank Swettenham B. Hugh Low C. Hugh Clifford D. R.O.Winstedt

44. Apakah persamaan antara Syeikh Mohd Tahir Jalaluddin dengan Syed Syeikh Ahmad al-Hadi ?

A. Kedua-dua adalah bekas pelajar Maktab Perguruan Sultan Idris
B. Kedua-dua terlibat dalam gerakan pemulihan dalam agama Islam di Tanah Melayu
C. Kedua-dua adalah pengasas akhbar Saudara
D. Kedua-dua terlibat dalam Kesatuan Melayu Singapura

45. Pelajar-pelajar dari Tanah Melayu yang belajar di Timur Tengah telah menerbitkan majalah Seruan Azhar dan Pilihan Timur. Tujuan penerbitan majalah ini ialah untuk

A. meningkatkan lagi pengetahuan mereka dalam agama Islam
B. MAPHILINDO
B. menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka
D. menitik-beratkan pendidikan Islam dalam masyarakat Melayu

46. Walaupun Malaysia pernah menghadapi masalah semasa komunis mengancam keselamatanTanah Melayu tetapi Malaysia tidak menyertai SEATO, satu pertubuhan anti-komunis yang ditubuhkan oleh negara-negara barat. Mengapakah Malaysia tidak mahu menyertai pertubuhan ini ?

A. Malaysia sudah mula menjalankan hubungan yang baik dengan Russia
B. Malaysia bimbang hubungannya dengan China akan merosot
C. Malaysia mengamalkan Dasar Berkecuali dalam hubungannya dengan negara-negara lain
D. Malaysia tidak suka dengan polisi negara-negara barat yang bertentangan dengan nilai-nilai etika masyarakat Timur

47. Soalan 47 adalah berdasarkan kenyataan di bawah

- PUTERA GUNUNG TAHAN
- ANAK MAT LELA GILA

Kedua-dua novel di atas telah dikarang unruk membangkitkan semangat kebangsaan di kalangan penduduk Tanah Melayu. Penulis kedua-dua novel ini adalah

A. Abdul Rahim bin Kajai
B. Ibrahim Yaacob
C. Ishak Hj. Muhammad dijalankan dengan lancar di Melaka
D. Harun Aminurashid

48. Soalan 48 berdasarkan kenyataan di bawah

Tokoh "Y" : --->

Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur pada 1894 dan adalah pengarang bagi akhbar Majlis dan Utusan Melayu

Siapakah tokoh "Y" ?

A. Harun Aminurashid B. Ishak Hj.Muhammad
C. Abdul Rahim bin Kajai D. Ibrahim Hj. Yaacob

49. Mengapakah Persatuan Melayu Selangor dianggap sebagai persatuan Melayu yang paling aktif jika dibandingkan dengan persatuan-persatuan Melayu yang lain?
A. Kesemua pemimpin persatuan ini terdiri daripada golongan intelek
B. Sebahagian daripada ahli persatuan ini pernah ke London
C. Pemimpin persatuan ini berjaya meminta British memperbesarkan angkatan Askar Melayu
D. Pemimpin persatuan ini dibenarkan oleh British mencetak apa-apa risalah walaupun ia bercorak anti-British

50. Ibrahim Hj. Yaacob, Ahmad Boestaman dan Ishak Hj. Muhammad adalah di antara beberapa tokoh yang terlibat dalam penubuhan satu parti yang bersifat radikal di Tanah Melayu. Mereka terlibat dalam menubuhkan

A. Kesatuan Melayu Muda B. Kesatuan Melayu Singapura
C. Persatuan Melayu Singapura D. Pesaudaraan Sahabat Pena

51. Pada 1885, satu perjanjian ditandatangani antara Sultan Abu Bakar dengan kerajaan British. Apakah syarat-syarat perjanjian ini ?

I. Sultan Abu Bakar diberi gelaran Maharaja
II. Sultan Abu Bakar setuju menerima seorang Konsul British
III. Sultan Abu Bakar setuju menerima perlindungan British
IV. Sultan Abu Bakar setuju menerima seorang Penasihat Am British

A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

52. Perang Klang meletus antara Raja Abdullah dengan Raja Mahadi pada 1867. Pilih kenyataan yang betul mengenai perang ini ?

I. Raja Mahadi yang memulakan penentangan terhadap Raja Abdullah
II. Raja Mahadi telah meminta bantuan daripada Sultan Pahang
III. Kongsi gelap Ghee Hin telah membantu Raja Mahadi
IV. Raja Abdullah telah meminta bantuan daripada Sultan Terengganu

A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

53. Sekolah Penang Free School yang ditubuhkan di Tanah Melayu pada 1816 telah membuka beberapa cawangan. Di antara cawangan-cawangan sekolah ini adalah

I. Bayan Lepas II. Gelugor III. Seremban IV. Melaka
A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV
54. British telah membina landasan kereta api untuk menghubungkan kawasan-kawasan yang ada kekayaan-kekayaan ekonomi dengan pelabuhan. Pembinaan landasan kereta api ini juga membawa kepada perkembangan dalam bidang

I. pengangkutan jalan raya
II. perkhidmatan pos dan telegraf
III. perkhidmatan telefon
IV. perkembangan dalam pembinaan tali air
A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

55. Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah ditubuhkan pada 1896. Apakah perubahan-perubahan yang berlaku selepas ia ditubuhkan ?

I. Semua residen diletakkan dibawah kawalan Residen-Jeneral
II. Jumlah pelaburan asing di Negeri-negeri Melayu Bersekutu meningkat
III. Pendapatan meningkat kerana tanaman eksport diusahakan secara kontan
IV. British mula mengawal kuasa Sultan-sultan Melayu
A. I, II dan II B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

56. Apakah masalah-masalah utama yang dihadapi oleh residen-residen semasa mereka bertugas di Negeri-negeri Melayu ?

I. Mereka tidak diberi sebarang garis panduan dalam menjalankan tugas mereka
II. Mereka tidak boleh memaksa sultan menerima nasihat mereka
III. Kuasa yang diberikan kepada mereka sangat terhad
IV. British tidak mengambil berat tentang kebajikan mereka

A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

57. Syarikat Berpiagam Borneo Utara telah memajukan sistem ekonomi komersil di Sabah dan juga ekonomi tradisional yang mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran dunia. Di antara berikut, yang manakah ekonomi tradisonal yang dimajukan oleh Syarikat ?

I. Memungut sarang burung II. Perusahaan kayu balak
III. Perusahaan rotan IV. Kegiatan menanam sagu

A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

58. Walaupun British memegang pada dasar tidak campur tangannya sehingga 1873 tetapi ada beberapa peristiwa yang berlaku di Tanah Melayu yang menunjukkan tindakan British bercanggah dengan dasarnya. Peristiwa-peristiwa ini adalah

I. Tindakan Stamford Raffles melantik Tengku Hussein sebagai Sultan Johor
II. Tindakan British menandatangani Perjanjian Low dengan Sultan Perak
III. Tindakan British menandatangani Perjanjian British-Belanda 1824
IV. Tindakan British memaksa Dol Said membayar cukai kepada British
A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

59. James Brooke telah mengekalkan beberapa jawatan tradisional dalam sistem pentadbirannya. Nyatakan peranan yang dimainkan oleh pembesar-pembesar tradisional ini?

I. Dato' Bandar menjaga hal-ehwal kebudayaan dan sosial
II. Dato' Imam diberi tugas yang berkaitan dengan agama Islam
III. Dato' Temenggung menguruskan keselamatan dalam negeri
IV. Dato' Patinggi bertindak seperti Ketua Menteri

A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

60. Apakah faktor-faktor yang membantu kepada perkembangan perusahaan getah dan bijih timah di Tanah Melayu menjelang awak kurun ke-20 ?

I. Tanaman padi mula merosot kerana diserang oleh sejenis serangga
II. Adanya bekalan buruh asing yang ramai
III. Galakkan daripada kerajaan British
IV. Adanya teknik perlombongan dan penorehan pokok getah yang lebih

A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

8 ulasan:

  1. boleh saya dapatkan jawapan bagi keseluruhan soalan ini? -terima kasih-

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum, harap cikgu boleh berikan jawapan untuk soalan ini juga.

    BalasPadam
  3. boleh dapatkan jawapan-jawapannya cikgu.

    BalasPadam
  4. banyakmembantu. harap skema jawapan turut disertakan bagi memudahkan dan membantu menyediakan soalan.

    BalasPadam