CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Ahad, 28 Februari 2010

SISTEM KEHAKIMAN

SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA

1. Latar belakang kehakiman
2. fungsi utama badan kehakiman
3. bidang kuasa badan kehakiman
4. personel kehakiman
5. cara polis menahan seseorang
6. hak kebebasan diri
7. aturcara perbicaraan kes jenayah
8. contoh kes jenayah dan hukumannya
9. aturcara perbicaraan kes sivil
10. kelayaka peguam bela dan peguam cara
11. perkhidmatan perundangan
12. lembaga pengampunan
13. istilah umum kehakiman

Huraian

1. Latar belakang kehakiman
- perlembagaan negara ini menentukan doktrin pengasingan kuasa
- perlembagaan memberikan kuasa kehakiman dan mahkamah
- jenis mahkamah yang ada di negara ini
Mahkamah awam
- Mahkamah persekutuan
- Rayuan
- Tinggi
- Sesyen
- Majistret
- Penghulu
- Koroner


Mahkamah khas
- Khas raja-raja
- Syariah
- Kanak-kanak
- Tentera
- Bumiputera
- Perusahaan
- Buruh
2. fungsi utama badan kehakiman
- melindungi hak asasi manusia daripada pencerobohan pihak eksekutif , pihak tertentu atau orang perseorangan
- berkuasa mentafsirkan perlembagaan persekutuan dan undang-undang
- menyemak undang-undang parlimen , DUN dan pertubuhan
- mengisytiharkan sesuatu undang-undang atau tindakan tertentu tidak sah jika diminta
- membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan persekutuan setakat mana undang-undang itu bercanggah
- menjadi pentadbir keadilan dalam kes sivil dan jenayah di negara ini
- menjadi pentadbir keadilan dalam kes-kes yang berlaku dalam kapal atau kapal terbang yang didaftarkan di Malaysia ( walaupun kapal tersebut berada di ruang atau lautan antarabangsa )

3. bidang kuasa badan kehakiman
- bebas daripada pengaruh mana-mana pihak
- berkuasa membuat apa-apa keputusan berpandukan fakta yang diberikan dalam mahkamah
- Keputusan mahkamah – hukuman , denda ( boleh dirayu )
- YDA boleh kurangkan hukuman / ampun di mahkamah tentera / syariah di negeri tak beraja / wilayah persekutuan / mahkamah awam di wilayah persekutuan
- Raja/ sultan atau YDB boleh mengurangkan hukuman atau mengampuni seseorang pesalah yang disabitkan dengan kesalahan di mahkamah awam dan syariah di negeri baginda sahaja

4. personel kehakiman
- mahkamah persekutuan mengandungi Ketua Hakim Negara , Presiden Mahkamah Rayuan , 7 orang hakim mahkamah Persekutuan , pendaftar , jurubahasa , bailif dan sebagainya
- mahkamah tinggi malaya – seorang hakim besar dan 47 orang hakim lain beserta kakitangannya
- mahkamah tinggi Sabah dan Sarawak – seorang hakim besar , 10 hakim lain dan kakitangan
- bilangan hakim boleh ditentukan mengikut perintah YDA
- peseuruhjaya kehakiman yang bertaraf hakim mahkamah tinggi juga dilantik
- mahkamah sesyen – hakim dan pegawainya
- mahkamah majistret – majistret sebagai hakim dan pegawainya
- mahkamah penghulu – penghulu sebagai hakim tanpaa pegawai yang lain

5. cara polis menahan seseorang
- sebelum seseorang ditahan ia hendaklah melalui prosedur :
- seseorang membuat laporan yang dicatatkan dalam buku laporan polis
- Polis membuat siasatan dan dakwaan jika terdapat bukti
- Polis menangkap orang yang disyaki dalam suatu operasi
- Polis mendapatkan waran tangkap / waran untuk menggeledah rumah yang disyaki / jika terdapat bukti , kes akan dibawa ke mahkamah
- Bagi kes kesalahan kompaun , denda akan dikenakan – kalau tidak dibayar kes akan dibawa ke mahkamah
- Bagi kes jenayah yang menyalahi undang-undang kanun keseksaan jenayah , perbicaraan mahkamah diperlukan
- Seseorang yang ditahan boleh diikat jamin ( deposit wang dan penyerahan pasport kepada mahkamah jika perlu
- Seseorang boleh dihadapkan ke mahkamah atau ditahan polis atas tuduhan jenayah melalui
a. perintah saman mahkamah
- dokumen yang mengandungi buti kesalahan dan mewajibkan tertuduh hadir dimahkamah pada hari dan masa yang dutetapkan
b. waran tangkap
- perintah yang diperoleh oleh pihak polis daripada mahkamah untuk menangkap orang yang dinamakan dalam waran tangkap
c. penangkapan tanpa waran
- boleh dilakukan mengikut jadual pertama kanun acara jenayah untuk kesalahan seperti rusuhan , pemalsuan mata wang , atau perhimpunan haram


6. hak kebebasan diri
- seseorang yang ditangkap oleh polis hendaklah diberitahu tentang sebab dia ditangkap dengan seberapa segera yang boleh
- jika melebihi 24 jam hendaklah dihadapkan ke seorang majistret untuk mendaptksn perintah tahanan
- orang kena tahan ( OKT ) boleh berunding dengan peguam
- kalau dituduh – boleh bela diri ( peguam bela / diri sendiri )
- kalau tak ada dakwaan – ia hendaklah dilepaskan
- kalau seseorang ditahan tanpa mengiku undang-undang dia boleh memohon habeas corpus di mahkamah untuk membebaskan dirinya
- ornag yang telah dibebaskan / disabitkan dengan satu kesalahan tidak boleh dibicarakan semula kerana kesaahan itu

sekatan terhadap hak kebebasan diri
- ISA ( akta keselamatan dalam negeri ) – kerajaan berhak menahan seseorang tanpa perbicaraan selama 2 tahun – OKT boleh mohon habeas corpus
- Seseorang boleh dikenakan buang daerah sungguhpun kekurtanagan bukti terhadap kesalahnnya ( kes rasuah sukan , kongsi gelap , sindiket pelacuran – polis dapatkan perintah mahkamah tanpa melalui perbicaraan )
- Selain hukuman penjara seseorang pesalah juga boleh dibuang daerah setelah tamat tempoh hukumannya
-
7. aturcara perbicaraan kes jenayah
- pihak mendakwa ( untuk kesalahan jenayah serius )– peguam negara atau penolong kanan pendakwa raya , jabatan peguam negara
- pendakwa menanggung beban bukti ( terpaksa membuktikan bahawa orang yang didakwa bersalah – hingga tidak ada keraguan yang munasabah )
- pihak mendakwa – boleh panggil saksi untuk beri keterangan di mahkamah
- saksi boleh disoal balas oleh pembela
- peguam bela menggulung hujah
- disudahkan oleh pendakwa
- sekiranya hakim tidak percaya akan bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwa , tertuduh boleh dibebaskan tanpa dipanggil membela diri
- jika berjaya dibuktikan / wujud prima facie atau bukti luaran yang jelas bahawa tertuduh bersalah, hakim akan mengarahkan tertuduh membela diri
- cara
a. memberi keterangan di kandang saksi / tidak boleh dikenakan pemeriksaan balas oleh pendakwa
b. memberikan keterangan bersumpah / tertakluk kepada soal siasat pihak pendakwa
c. berdiam diri di mahkamah
-

5 ulasan: