MODUL 6
PENGGUNAAN AYAT YANG BETUL
Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih jawapan cadangan yang paling sesuai.
1. I Nasi Beriani inilah makanan yang tersangat lazat yang pernah saya makan.
II Para guru percaya pelajar yang rajin berusaha akan berjaya.
III Ibu menggorengkan adik tiga ketul kepak ayam.
lV Pegawai kanan itu telah ditangkap kerana menyelewengkan wang syarikat.
A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja
2. I Banyak keuntungan yang negara kita peroleh daripada industri pelancongan.
II Salim menikus sahaja apabila bersemuka dengan pengetua.
III Kakak meluat amat apabila terpandang jejaka kacak itu mengenyitkan mata kepadanya
IV Bendera- bendera negara yang mengambil bahagian dalam Sukan Komenwel berkibaran di sepanjang jalan.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja
3. I Sarapan itu sedang disediakan oleh pembantu rumah di dapur.
II Dia tidak mempeduli akan nasihat ayahnya tempohari.
III Budin merungut kerana tidak dinaikkan pangkat sebagai penyelia.
IV Wah, cantiknya pemandangan di tepi pantai itu pada waktu senja!
A I,II dan III
B II, III dan IV
C I,II dan IV
D I,III dan IV
4. I Bagaimana nasib budak yang hilang sewaktu di pasar malam itu ?
II Dia telah mencipta kejayaan yang banyak di dalam bidang sukan yang
diminatinya .
III Pegawai bank itu telah meluluskan pinjaman pengusaha restoran makanan
segera itu pada bulan lepas.
IV Puan Kamariah sedang menyoal beberapa orang pelajar yang disyaki
terlibat dalam kes buli di bilik guru.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
5. I Kakak membelikan ayah sehelai kain songket semasa dia melancong di
Bukit Tinggi, Sumatera.
II Pada setiap hujung bulan, kakak saya sudah bekerja mengirimi ibu saya di kampung,wang untuk perbelanjaannya.
III Dari masa ke masa, ketua jabatan bertanggungjawab untuk menilai
prestasi kakitangannya untuk kenaikan pangkat.
IV Kerajaan perlu membincangkan cara-cara untuk menyalurkan bantuan
yang lebih efisien kepada pertubuhan petani di negara ini.
A I , II dan III
B II, III dan IV
C I, II dan IV
D I, III dan IV
6. I Pokok bunga kertas yang ditanam berhampiran rumahnya telah berbunga.
II Mukhsin terpesona oleh kecantikan gadis yang bertudung kuning itu.
III Air sungai dijangka meningkat kepada paras bahaya akibat hujan lebat
yang turun selama beberapa hari.
IV Tikar mengkuang itu digulung oleh nenek lalu disandarkan di sudut dinding.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja
7. I Para pelajar tingkatan 3 Al-Razi harus sudah bersedia untuk menghadapi peperiksaan.
II Bekerja ibu bapa dengan tekun setiap hari bagi menyara anak-anak.
III Pasangan itu belum mempunyai anak kerana sudah berkahwin selama sepuluh tahun.
IV Novel Panas Salju telah dibaca oleh Fahmi berulang-ulang kali agar mudah memahaminya.
A I dan II sahaja
B I dan IV sahaja
C II dan III sahaja
D III dan IV sahaja
8. I Baju yang baharu dibelinya itu berguna bukan saja pada musim panas
tetapi juga musim sejuk.
II Dia mendekati kami untuk memberitahukan sesuatu yang dianggapnya
penting.
III Yang berdiri di sebelah kiri Izzat itu ialah abang sulungnya.
IV Dia tidak sahaja disukai kawan-kawannya tetapi juga disayangi guru-
gurunya.
A II dan III sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja
9. I Perbuatan menyebarkan fitnah melalui internet tidak harus dibiarkan berlaku
semahu-mahunya sahaja.
II Encik Zamri tidak sanggup melepaskan jawatan yang disandangnya sejak
tiga tahun lepas.
III Adik saya yang berusia empat tahun itu memang pandai melaram dengan
mengenakan rantai dan anting-anting kepunyaan ibu.
IV Bercakap di hadapan para wartawan, beliau menyatakan bahawa kerajaan
akan meningkatkan bantuan kepada pelajar miskin.
A. II dan III sahaja
B. II, III dan IV sahaja
C. I, II dan IV sahaja
D. I, III dan IV sahaja
10. I Banyak pemuda di kampung itu ingin menyunting anak gadis Pak Abu yang cantik dan bersopan santun itu.
II Kanak-kanak yang bertempiaran di padang itu diarah berkumpul di dalam
dewan sekolah.
III Guru-guru yang berkhidmat jauh di pedalaman akan diberi insentif antara
RM500 hingga RM 1500 sebulan.
IV Banglo-banglo yang terdapat di taman perumahan itu milik usahawan-
usahawan berjaya.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C I dan IV sahaja
D II dan IV sahaja
11. I Anak-anak muda dinasihati agar tidak bergelandangan di kompleks beli- belah.
II Beliau mahu supaya jawatan itu dipegang oleh anak jati negeri itu.
III Wanita itu hanya dapat meramalkan nasib orang lain, tetapi tidak nasibnya sendiri.
IV Geguli yang dibawa oleh adik jatuh berhamburan apabila plastiknya bocor.
A I , II dan III sahaja
B II, III dan IV sahaja
C I, II dan IV sahaja
D I, III dan IV sahaja
12. I Sebagai adik-beradik, kita semua perlu sepakat di dalam semua perkara.
II. Perjanjian Ekonomi di antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Singapura telah ditandatangani pada minggu lepas.
III. Rohani menghadiahi gurunya sebatang pen pada Hari Guru yang lalu.
IV Pemandangan di perkampungan nelayan itu sungguh indah sekali.
A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. III dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja.
13. I. Projek penternakan ikan air tawar itu diusahakan oleh Encik Ali dan Encik Lim.
II. Hanisah meluahkan segala masalah yang dihadapinya kepada sahabat karibnya.
III. Pelajar itu digantung persekolahannya kerana merokok di kawasan sekolah.
IV. Kerajaan sedang berusaha untuk memperbanyakkan bilangan universiti- universiti di negara kita.
A. I dan III sahaja
B. II dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. I, II, III dan IV sahaja.
14. I. Pergelutan itu berlaku selepas seorang daripada mereka mengeluarkan kata-kata pahit terhadap polis.
II. Puan Miriam masih berupaya menyekolahkan anak-anaknya meskipun pendapatan bulanannya tidak seberapa.
III. Malaysia memerlukan ramai pakar di dalam bidang sains dan teknologi bagi membantu mempercepat proses pembangunan negara.
IV. Pilihan sesuatu kerjaya itu harus dibuat berdasarkan minat dan kelulusan seseorang.
A. I, dan III sahaja
B. II, dan IV sahaja
C. I, III dan IV sahaja
D. I, II, dan IV
15. I Rambutan dan durian merupakan buah-buahan tempatan yang paling
digemari oleh baginda.
II Semua kanak-kanak hendaklah dididik dengan sempurna agar menjadi insan berguna pada masa akan datang.
III Denyutan jantung ayah semakin perlahan-lahan dari detik ke detik.
IV Silat ialah bidang seni mempertahankan diri yang masih kekal hingga kini.
A. I dan III sahaja
B. II dan III sahaja
C. II dan IV sahaja
D. I, II dan IV sahaja.
16. I Kita hendaklah saling mengingati agar tidak melakukan kesilapan
pada masa akan datang.
II Rakyat di negara ini mestilah bersedia dengan kemahiran teknologi untuk
menghadapi cabaran globalisasi.
III Menjaga kebersihan alam sekitar negara ini merupa tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan oleh kita.
IV Kursus itu diadakan untuk memberikan pendedahan tentang konsep dan elemen bestari dalam dunia pendidikan.
A. I, dan II sahaja
B. III, dan IV sahaja
C. I, II dan IV sahaja
D. II, III, dan IV sahaja
17. I Rancangan Majalah Tiga amat sesuai ditonton oleh semua peringkat
umur.
II Pak Samad mengambil sebilah parang lalu menuju ke kebun sayurnya.
III Sistem letak kereta secara berkupon diperkenalkan untuk memudahkan orang ramai.
IV Segala persiapan-persiapan majlis perkahwinan Shahira musnah dalam satu kebakaran.
A I dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja.
18. I Sejak belakangan ini, kes pelajar yang terlibat dalam jenayah juvana
.semakin meningkat.
II Lelaki yang dirempuh oleh sebuah kereta itu meninggal dunia di tempat kejadian.
III “Kita akan bertolak pada pukul 7.00 pagi,’’ beritahu Puan Su kepada
anak-anaknya.
IV Encik Chua sedang dilayan tetamu yang mengunjungi.
A I, II, dan III sahaja
B I dan IV sahaja
C II, III dan IV sahaja
D I, II, III dan IV
19. I Masyarakat Malaysia terdiri dari berbilang-bilang kaum iaitu Melayu,
Cina, dan India.
II Pelajar dikehendaki memulangkan semula semua buku-buku teks hari
ini.
III Baju-baju kotor di dalam baldi itu belum berbasuh lagi.
IV Keenam-enam orang adik Ruhil masih bersekolah di sekolah rendah.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja.
20. I Ghazali demam selsema bila bermain dalam hujan.
II Seni mempertahankan diri semakin diminati oleh golongan remaja.
III Azreen sedang hendak keluar bila saya sampai di rumahnya.
IV Hadiah itu adalah untuk Cik Razak yang akan bersara tidak lama lagi.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
21. I Mahkamah telah terjatuh hukuman gantung sampai mati ke atas
pengedar dadah itu.
II Pencemaran di tempat rekreasi itu berpunca daripada sikap pengunjung
yang membuang sampah di merata-rata tempat.
III Sekumpulan remaja yang berpelesiran pada lewat malam itu ditahan
oleh pihak polis.
IV “Patik akan laksanakan perintah tuanku dengan secepat mungkin,’’
sembah Hang Nadim.
A III dan IV sahaja
B I, II, dan III sahaja
C II, III dan IV sahaja
D I, II, III dan IV
22. I Mereka yang akan menghadiri seminar bahasa selama dua hari.
II Kanak-kanak ialah tergolong yang mudah meniru perbuatan orang
dewasa.
III Dia akan pulang ke kampung esok untuk melawat ibunya.
IV Wajah Nasharuddin jauh berbeza daripada wajah saudara kembarnya.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
23. I Pelajar yang bukan berdisiplin itu telah digantung sekolah.
II Kain sutera yang dibeli oleh ibu itu dibuat daripada ulat sutera.
III Mak Cik Rosnah melarang anaknya bernyanyi di dapur.
IV Wakil rakyat itu amat mengambil berat sekali akan masalah orang ramai.
A II dan III sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja.
24. I Pihak polis telah mengetahui akan kegiatan kongsi gelap itu.
II Kakak memakai seutas rantai permata yang baru dibeli emak.
III Mereka berjalan kaki ke sekolah sejak kereta ayahnya rosak.
IV Studio mini itu kepunyaan keluarga Encik Zulkifli.
A I dan IV sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
25. I Encik Ibrahim pernah memenangi pertandingan puisi bersempena dengan
sambutan bulan kemerdekaan.
II Encik Rahim membonceng basikal seorang diri pada waktu petang ke sekolah.
III Adib berbasikal ke sekolah tiap-tiap hari bersama dengan kakaknya.
IV Hadiah itu disampaikan oleh Penolong Pegawai Daerah kepadanya.
A I, II dan III sahaja
B I, II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
26. I Pak Sugiro masih berkemampuan untuk menyara anaknya walaupun miskin harta.
II Kedai Mak Su sentiasa menjadi buruan para pelanggan yang suka akan nasi
kerabu.
III Setiap pagi ayah menunggang basikal ke kedai kopi Wak Selamat di simpang
tiga.
IV Komputer sekolah telah berjaya kami bertiga baiki dengan bantuan
daripada guru penasihat.
A I, II dan III sahaja
B I, II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
D
27. I Kematian Allahyarham Sudirman merupakan kehilangan besar bagi industri
hiburan negara.
II Orang yang didapati bersalah itu wajar dikenakan hukuman .
III Adik Ahmad adalah pemain gitar terkenal di sekolahnya kini.
IV Penyamun itu telah berjaya ditangkap untuk disiasat soal.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
28. I Halimah membuang baju yang telah koyak.
II Rumah itu telah dibina sejak dari tahun 1940 lagi.
III Mengapakah kamu tidak datang semalam, Ah Kiat?
IV Anuar akan mendirikan rumah tangga pada hujung bulan ini.
A I, II dan III sahaja
B I, II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
29. I Bandar itu sunyi sepi apabila tiba waktu malam.
II Harap-harap Ayu masih berpegang pada janji-janjinya dahulu.
III Kami saling bantu-membantu dalam melakukan setiap pekerjaan.
IV Saya nyaris-nyaris tidak mengenali Samad ketika bertemunya semalam.
A I, II dan III sahaja
B I, II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
30. I Amran mempelawa Farhan ke rumahnya pada hujung minggu ini kerana keluarganya mengadakan kenduri doa selamat.
II Jamal dan Abdillah telah berkawan sejak lima tahun yang lalu semasa mereka
bersekolah menengah.
III Pak Kassim adalah bapa saudara kepada Azam dan Noraini.
IV Rumah itu kotor setelah ditenggelami banjir lumpur.
A I, II dan III sahaja
B I, II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
31. I Semua kaum memainkan peranan penting dalam usaha untuk mewujudkan perpaduan kaum.
II Pemandu perlu berhemah ketika memandu bagi mengurangkan kadar
kemalangan di jalan raya.
III Perancangan dan strategi perlu dilakukan untuk meningkatkan potensi sukan bola sepak negara kita.
IV Sesetengah ibu bapa memandang serong dan melarang anak mereka bergiat aktif dalam kokurikulum.
A I, II dan III sahaja
B I, II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
32. I Semua penonton berpuas hati menyaksikan persembahan teater tersebut.
II Pak Hamzah terpaksa memerah keringatnya untuk menyara kehidupan dan
persekolahan anak-anaknya.
III Orang ramai berpusu-pusu ke Pasaraya Azizi bila diadakan jualan murah.
IV Hajatnya untuk melanjutkan pelajaran ke seberang laut tidak disampaikan.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
33. I Terdapat beberapa bekas cap jari yang telah dijadikan bahan bukti dalam kes
itu bulan lalu.
II Pihak polis sedang berusaha mengesan pencuri melalui kesan tapak kaki di hadapan pintu rumah itu.
III Kejadian yang berlaku petang tadi telah mengganggu emosinya.
IV Bunyi derai air terjun dapat didengari dari jauh lagi.
A I, II dan III sahaja
B I, II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
34. I Para penyokong Perlis bergembira setelah pasukan mereka muncul juara.
II Kursus yang diikuti oleh Pravesh itu amat bermakna baginya.
III Encik Jamil memandu keretanya menuju ke Kuala Kangsar.
IV Kiriman ini datangnya daripada mak cik saya di kampung.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
35. I Sebuah perkampungan setinggan hangus dijilat api.
II Wak Seman mencari pelbagai cara untuk melangsaikan hutangnya.
III Nenek sempat mengutip sampah sementara menunggu kedatangan menantunya.
IV Para peniaga digesa agar tidak mengambil kesempatan mengaut keuntungan di atas kenaikan harga minyak.
A I, II dan III sahaja
B I, II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
36. I Idris terpaksa menuntun basikalnya kerana rantai basikalnya terputus.
II Walaupun telah berpindah, Amran masih belum menjelaskan hutangnya.
III Setiap pagi adik akan memakan dua keping roti ketika bersarapan.
IV Golongan petani diseru meningkatkan supaya pendapatan bertambah.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
37. I Kerja-kerja pembersihan, termasuk di kawasan pasar boleh dilaku dengan mudah sekiranya terdapat kerjasama di kalangan peniaga.
II Berbagai-bagai cara dilakukan untuk mendidik masyarakat agar menjaga kebersihan kawasan mereka.
III Manusia dilahirkan dengan akal untuk berfikir dan menentukan hala tuju
hidup mereka pada masa hadapan.
IV Penubuhan pasukan bomba sukarela disusuli dengan pelbagai aktiviti
yang diadakan dari semasa ke semasa
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
38 I Suasana di Kampung Parit Bengkok menjadi huru-hara apabila berlaku kebakaran.
II Beribu-ribu orang penonton sedang menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil.
III Encik Jalal mengatakan bahawa dia hendak membeli ikan bawal di pasar.
IV Setiap warganegara mestilah patuh dengan undang-undang negara.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, II, III dan IV
39. I Abang membeli dua gulung filem di kedai gambar itu.
II Ali Baba terserempak dengan segerombolan penyamun yang sedang menuju ke gua.
III Beban seberat itu tidak terbawa oleh Kamaria seorang diri
IV Kita perlu menyambar peluang yang ada untuk memajukan diri.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, II, III dan IV
40. I Beberapa kajian telah dijalankan untuk mencari punca kejadian itu.
II Pakaian yang dibasuh oleh ibu pagi tadi belum berjemur lagi.
III Hampir semua penduduk di sekitar gunung berapi itu dipindahkan.
IV Usaha untuk memajukan sektor perikanan mendapat sokongan daripada para nelayan.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, II, III dan IV
Tiada ulasan:
Catat Ulasan