CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Ahad, 28 Februari 2010

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Terdiri daripada 15 bahagian yang mengandungi 183 perkara seperti yang diberikan di dalam jadual.
1 Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang Persekutuan Perkara 1- 4
2 Kebebasan hak Asasi Perkara 5-13
3 Kewarganegaraan ( perolehan , penamatan , tambahan ) Perkara 14-31
4 Persekutuan - ketua negara , majlis raja-raja, badan perundangan Perkara 32-69
5 Negeri-negeri Perkara 70-72
6 Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri Perkara 73-95E
7 Peruntukan-peruntukan Kewangan Perkara 96-112D
8 Pilihan raya Perkara 113- 120
9 Kehakiman Perkara 121-131A
10 Perkhidmatan Awam Perkara 132-148
11 Kuasa-kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa-kuasa Darurat Perkara 149-151
12 Am dan Pelbagai, bahasa kebangsaan Perkara 152-160
12A Perlindungan Tambahan bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak Perkara 161-161H
13 Peruntukan Sementara dan Peralihan Perkara 162-180
14 Perkecualian bagi kedaulatan Raja-raja dan sebagainya Perkara 181
15 Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Perkara 182-183
1. perlembagaan negeri
Bil Kandungan Keterangan
1 Pemerintahan - kedudukan , perlantikan dan kuasa raja / YDA/ Menteri Besar/ ketua menteri/ Menteri Besar mesti orang Islam / Fungsi dan kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri / DUN
2 Pentadbiran awam -setiap negeri mempunyai autonomi dalam pentadbiran awam / pembentukan SPA negeri
3 Agama Islam - agama Islam untuk negeri berja ialah Islam/ raja ialah ketua agama negeri / YDA menjadi ketua agama bagi negeri tidak beraja
4 Pindaan Perlembagaan - sebarang pindaan am memerlukan sokongan 2/3 ahli dewan dan persetujuan raja/ YDA / perkara yg tidak boleh dipinda / warisan tahta kerajaan / kedudukan pembesar istana / pembesar adat / cara perlantikan dan sifat waris tahta/ permaisuri/ pemangku raja / pemecatan / penarikan diri / penurunan tahta/ pengurniaan atau perlucutan pangkat , gelaran dan bintang kebesaran
Fungsi
- menentukan corak pemerintahan dan fungsi kerajaan negeri
- segala kuasa dan hak dijamin oleh perlembaaan persekutuan
- tidak boleh bercanggah dengan peruntukan perlembagaan persekutuan
2. ciri penting perlembagaan negara malaysia
- malaysia mengamalkan sistem kerajaan persekutuan ( terdapat kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri )
- Malaysia mempunyai raja berperlembagaan
- Mengamalkan demokrasi berparlimen dan parlimen bercorak Westminster
- Mempunyai palimen dwidewan iaitu dewan rakyat dan dewan negara
- Mengamalkan ketertinggian perlembagaan
kuat kuasa undang-undang
- semua orang yang dilahirkan sebelum hari Malaysia dan menjadi warganegara Persekutuan akan mendapat kewargenagaraan secara automatik selepas hari Malaysia
- sesorang yang lahir pada atau selepas hari Malaysia
3. Hak asasi
a. Kebebasan diri
- Tiada warganegara pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang
- Hak seseorang yang ditangkap ialah diberitahu sebab ia ditangkap
- Hak seseorang untuk diberitahu sebab dia ditangkap
- Jika ditangkap dia perlu dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh 24 jam
- Jika ditahan tidak mengikut undang-undang – boleh mohon habeas corpus
b. Pengabdian dan kerja paksa
- Dilarang kerja paksa kecuali hukuman penjara
- kecuali kerahan tenaga atas kelulusan parlimen
c. Perlindungan daripada undang-undang jenayah berkuat kuasa kebelakangan dan pembicaraan berulang-ulang
- Kecuali mendapat perintah daripada mahkamah tinggi bagi perbicaraan semula
d. Kesamarataan di sisi undang-undang / kecuali kelainan yang ditetapkan perlembagaan
- Tidak boleh membeza-beza kerana berlainan agama , keturunan kaum ataupun tempat lahir
e. Larangan dibuang negeri dan kebebasan bergerak dalam persekutuan
- Kecuali dikenakan sekatan undang-undang
f. Kebebasan bercakap , berhimpun dan menubuh persatuan
- Kecuali dikenakan sekatan parlimen
g. Kebebasan menganut agama
- Kecuali menurut undang-undang
h. Kebebasan dalam pendidikan
- Hak yang sama dalam mendapat pendidikan
- Tiap kumpulan agama berhak untuk menubuhkan dan menyelenggara institusi untuk pendidikan kanak-kanak dalam kumpulan itu sendiri
i. Hak terhadap harta
- Tidak boleh mengambil harta tanpa pampasan
- Tidak boleh lucut harta kecuali menurut undang-undang
Sekatan terhadap kebebasan asasi warganegara
1. undang-undang subersif
- kerajaan berkuasa menahan dan menghukum mereka yang mengancam keselamatan negara
2. undang-undang darurat
- kerajaan berkuasa mengenakan perinah berkurung
- pasukan keselamatan berhak menembak serta membunuh sesiapa sahaja yang mengingkari undang-undang darurat tanpa perbicaraan
3. ISA ( akta keselamatan dalam negeri )
- seseorang boleh ditahan tidak melebihi dua tahun tanpa perbicaraan jika pada pandangan kerajaan orang itu mengancam keselamatan negara
4. Akta Universiti dan Kolej universiti 1971
- pelajar ( universiti ) dilarang bergerak aktif dalam politik
5. akta rahsia rasmi 1972
- melindungi dokumen dan maklumat negara yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi
- semua orang termasuk rakyat dan bukan rakyat yang membocorkan rahsia tersebut telah melakukan kesalahan dan boleh didakwa di mahkamah
6. akta mesin cetak dan penerbitan
- badan-badan penerbitan dan media elektronik tiada kebebasan untuk mengungkitkan isu sensitif yang boleh mengancam keselamatan negara
7. akta hasutan 1948
- rakyat dilarang daripada menabur fitnah dan mengungkitkan isu sensitif iaitu hak istimewa orang Melayu , bahasa , kuasa raja dan kewarganegaraan
8. hak istimewa Sabah dan Sarawak
- kerajaan negeri berkuasa untuk mengawal kemasukan rakyat dari semenanjung malaysia ke negari mereka

Tiada ulasan:

Catat Komen