CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 24 Februari 2010

MODUL HIKMAH 1

MODUL 1

KETEPATAN KATA
(Soalan 1 – 7)
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 Fatin Nabila begitu_______________ mematahkan hujah-hujah lawan dalam pertandingan bahas semalam.
A petah
B betah
C mahir
D bernas

2 Nawi ________________ tidak faham ketika Aminah menegur tindakannya membocorkan rahsia mereka.
A kira-kira
B akan-akan
C buat-buat
D agak-agak

3 ______________ seorang pahlawan, Panglima Hashim terus menentang tali barut penjajah itu.
A Daripada
B Bagi
C Demi
D Laksana

4 Ular sawa yang diburu semalam didapati __________________ kekenyangan di dalam reban ayam.
A melingkar
B melendut
C melintang
D melengkung

5 Setelah ___________ selesai bersiram nanti, sediakan santapan untuk Sultan,” arah Bendahara kepada tukang masak itu.
A beta
B patik
C baginda
D tuanku

6 Kakak _________telinga adik kerana adik tidak mengendahkan larangannya supaya tidak bermain hujan.
A memegang
B memiat
C mengetil
D mencubit

7 Perut saya terasa _______________ setelah makan buah mangga yang masam itu.
A loya
B ngeri
C perit
D muak

8 Menara Kembar Petronas terdiri _________________ dua buah bangunan yang sama bentuknya.
A dari
B kepada
C daripada
D dengan

9 Ibu menghantar _________________ melalui e-mel kepada abang yang sedang menuntut di Australia.
A bungkusan
B hadiah
C wang
D surat

10 Semenjak syarikat itu __________________ oleh Encik Ahmad Yahya daripada pengurus terdahulu, prestasi syarikat itu semakin baik.
A direka bentuk
B diurus niaga
C diambil alih
D diubah suai

11 Mereka berasa __________________ akan perlakuan pendatang asing itu yang meninjau - ninjau rumah mereka pada setiap petang.
A cuai
B cuak
C culas
D celaru

12 Semasa perkhemahan, ahli-ahli pengakap itu diajar menghidupkan api tanpa
perlu _________________ batang mancis.
A menggores
B menggaris
C mencalit
D mencorek





13 Setelah berjalan pulang dari pasar, Mak Siti duduk berehat sambil _______________ selendangnya kerana kepanasan.
A mengebas-ngebaskan
B mengibar-ngibarkan
C mengibas-ngibaskan
D menggerak-gerakkan

14 Sebelum membuat sebarang keputusan, kita perlulah ________________ dengan teliti supaya tiada masalah yang akan timbul berikutan daripadanya.
A berfikir
B berusaha
C berikhtiar
D berpendapat

15 ”Jangan pandang rendah terhadap pasukan lawan kerana __________ mempunyai kekuatan yang sukar diramal,” kata jurulatih pasukan bola sepak itu.
A kita
B kami
C kalian
D mereka

16 Kedua-dua orang anak kembar Puan Anisa suka memakai pakaian yang _________ ketika keluar bersiar-siar.
A sepasang
B sedondon
C sepada
D seiras

17 Bunyi _________ gong menandakan rasmilah majlis pelancaran buku yang
telah disempurnakan oleh orang kenamaan itu.
A letuk-letak
B lesuk-lesak
C lepak-lepuk
D letung-letang

18 Reka bentuk bangunan KLCC yang tersergam indah itu idea ___________ tempatan.
A jurubina
B jurutera
C juruukur
D juruteknik





19 Kaki Kak Mastura __________ kerana memakai kasut baharu yang
dihadiahkan oleh tunangnya.
A melecus
B melecet
C melecur
D melecek

20 Rakyat Malaysia ____________ oleh kehebatan Nicol Ann David memenangi acara skuasy yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen.
A terkejut
B terpukau
C tergamam
D termangu

21 Tukang jahit itu memasang beberapa __________ kancing pada baju yang dijahitnya.
A rawan
B bentuk
C pasang
D untai

22 Rahmat jatuh pengsan sebaik-baik sahaja ________________ lariannya
dalam acara merentas desa itu.
A mengakhirkan
B melangsaikan
C menamatkan
D menjelaskan

23 Usaha-usaha perlu dijalankan untuk mencari punca _______________ mutu
pemain hoki sekolah.
A kemelesetan
B kemerosotan
C kemunduran
D kepincangan

24 Pertempuran yang kian hangat itu, menghasilkan bunyi peluru yang
____________ .
A bersiut-siutan
B berdengung-dengung
C bersimpang-siur
D bersiung-siungan






25 Salmah terpaksa bekerja selepas pulang dari sekolah untuk ____________ pelajarannya kerana hidupnya susah.
A membayar
B membiayai
C menanggung
D menyara

26 Kedudukan syarikat itu menjadi lebih _________________ apabila barang-
barang keluarannya telah dipasarkan ke luar negara.
A dinamik
B teguh
C kuat
D tegap

27 Penggunaan dadah boleh menyebabkan penggunanya mengalami
___________
A ilusi
B fantasi
C ilustrasi
D halusinasi

28 Siti Salwana duduk _______________ ketika makan bersama-sama dengan
tetamu lain dalam majlis perkahwinan sepupunya.
A bersimpuh
B bersempoh
C bertempuh
D bersimpuh

29 Mangsa taufan Katrina dijumpai di bawah runtuhan bangunan yang musnah
itu dalam keadaan yang ________________.
A menakutkan
B mengerikan
C menyeramkan
D menggetarkan

30 Nasurudin mengikut abangnya ke bendang sambil _________________ basikalnya.
A menolak
B menunda
C menyeret
D menuntun






31 Aishah menutup daun jendela biliknya yang _______________ kerana ditiup
angin kencang untuk mengelakkan tempias hujan dari luar.
A terbuai-buai
B terlambai-lambai
C terangkup-angkup
D terumbang-ambing

32 _________________ kematian ayahnya, dia terpaksa bekerja selepas pulang dari sekolah untuk membiayai pelajarannya kerana kesempitan hidup.
A Di
B Pada
C Dengan
D Sejak

33 Usaha pengembangan bahasa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka perlulah disertai oleh _______________ daripada semua pihak.
A iltizam
B ilham
C ikram
D azam

34 Sejak Ramli mengalami demam panas, dia akan ____________________ setiap kali dia tidur.
A merambu-rambu
B mengelak-elak
C melahu-lahu
D meracau-racau

35 Ibu jari tangan Fatimah berdarah kerana _____________ jarum semasa menjahit tadi.
A tercucuk
B tertetas
C terjolok
D tertikam

36 Sebelum membeli basikal itu, Alfian telah membuat _________ harganya di pasaran.

A persaingan
B penetapan
C perubahan
D perbandingan






37 Air mata ibu _____________ apabila mendapat tahu yang anaknya ditangkap
polis.

A bertaburan
B berlinangan
C berhamburan
D berselerakan


38 Duit raya yang diperoleh Abu ______________ nya disimpan di dalam bank.

A seolah-olah
B sebaik-baik
C sebetul-betul
D sebenar-benar


39 Gempa bumi yang melanda Indonesia tahun lalu merupakan gempa bumi yang
terburuk yang pernah _________ oleh penduduk kawasan itu.
A dirasai
B dialami
C dihayati
D dijumpai

40 Roziah menggantungkan gambar perkahwinannya _______ dinding rumahnya.
A di
B pada
C kepada
D dengan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan