Isnin, 1 Februari 2010

NOTA PADAT SEJ TING 2

NOTA PADAT DAN TEPAT
SEJARAH TINGKATAN DUA

BAB 1 – BRITISH MENGUASAI NEGERI-NEGERI MELAYU

• 1771 – Pemberontakan kerabat diraja dan serangan orang Bugis berlaku serentak di Kedah
• Kerajaan Burma dan Siam turut mengancam kerajaan Kedah
• British pula ingin mencari pengkalan baru di Kepulauan Melayu untuk dijadikan pusat pungutan hasil Kepulauan Melayu, pelabuhan persinggahan dan pusat tentera laut (persediaan daripada serangan Peranchis)
• 1786 – Sir Francis Light telah menduduki Pulau Pinang hasil tipu helah terhadap Sultan Abdullah
• Sultan Abdullah cuba mengusir British daripada Pulau Pinang beberapa kali, tetapi gagal
• Mei 1791 – Sultan Abdullah dipaksa menandatangani perjanjian dengan British
• 1800 – British berjaya memperolehi Seberang Perai hasil perjanjian dengan Sultan Diyauddin Al-Mukarram Syah
• Johor menghadapi ancaman Belanda dan campur tangan Bugis pada kurun ke 18
• Perebutan takhta berlaku antara Tengku Abdul Rahman dengan Tengku Hussein (Tengku Long) setelah kemangkatan Sultan Mahmud Syah III pada tahun 1812
• Pada masa yang sama British cuba mencari pengkalan baru di timur untuk menghadapi saingan Belanda
• Stamford Raffles mengambil kesempatan dengan melantik Tengku Hussein sebagai Sultan Johor – Riau yang sah dengan syarat British dibenarkan membuka pengkalan di Singapura
• Pendudukan Singapura membuatkan Belanda tidak berpuas hati kerana Sultan Johor yang sepatutnya ialah Tengku Abdul Rahman dan Singapura pula berada di bawah pengaruh mereka
• 17 Mac 1824 – Perjanjian Inggeris dan Belanda ditandatangani dan hasilnya Kepulauan Melayu dan Empayar Johor Riau terbahagi dua, dan Singapura pula menjadi tanah jajahan British
• 1826 – Pulau Pinang, Melaka dan Singapura disatukan menjadi Negeri-Negeri Selat


BAB 2 – PERKEMBANGAN KEGIATAN EKONOMI
• Masalah yang berlaku di Negeri-Negeri Selat tidak dipedulikan oleh British yang mentadbir dari Calcutta, India
• Negeri-Negeri Selat menghadapi masalah kegiatan lanun, kongsi gelap Cina (Hai San dan Ghee Hin), dijadikan tempat pembuangan banduan, pembatalan taraf pelabuhan bebas, pengenalan Akta Mata Wang 1855 dan tiada perwakilan semasa pembentukan undang-undang Negeri-Negeri Selat di India
• 1867 - Pentadbiran Negeri-Negeri Selat dipindahkan ke London dan hasilnya perdagangan berkembang maju
• Pertanian niaga bermula di Pulau Pinang dan Singapura
• Di Pulau Pinang, lada hitam mula ditanam, kemudian diganti dengan buah pala, bunga cengkih dan akhirnya tebu
• 1850 - Lada hitam dan gambir mula ditanam di Riau dan Singapura
• 1840 an – banyak ladang lada hitam dan gambir dibuka di Johor
• Temenggung Ibrahim telah memperkenalkan Sistem Kangcu (Ketua Sungai)
• Perlombongan bijih timah menjadi kegiatan utama di Larut, Lukut, Kelang, Sungai Ujong, Melaka dan Pahang
• Negeri-Negeri Selat mempunyai hubungan perdagangan yang rapat dengan negeri-negeri Melayu yang berjiran


BAB 3 – PERLUASAN KUASA BRITISH

• Sarawak ditadbir oleh Pangeran Brunei dengan penuh penindasan
• 1836 – Orang Bidayuh dan pembesar Melayu telah memberontak
• Raja Muda Hashim meminta bantuan James Brooke dan pemberontakan berjaya dihapuskan
• 24 Nov. 1841 – James Brooke dilantik menjadi Gabenor dan kemudiannya dengan membuat ugutan beliau telah menjadi Raja Putih Sarawak
• 1874 – British mula campur tangan di negeri-negeri Melayu kerana ingin menjaga kepentingan ekonomi dan kedudukan mereka
• Keadaan huru-hara, pergaduhan antara pembesar Melayu dan kongsi gelap Cina dan permintaan bantuan oleh pembesar Melayu dijadikan alasan untuk British campur tangan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang dengan memperkenalkan Sistem Residen
• Pergaduhan antara kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San serta perebutan kuasa antara Raja Abdullah dengan Raja Ismail mengakibatkan British campur tangan dan memperkenalkan Sistem Residen di Perak melalui Perjanjian Pangkor pada 20 Jan. 1870
• 16 Nov. 1873 – Sebuah kapal dari Pulau Pinang dirompak di Kuala Langat dan ini dijadikan alasan oleh British untuk campur tangan di Selangor
• Perebutan kuasa untuk memungut cukai di Sungai Linggi membolehkan British campur tangan di Negeri Sembilan
• Pembunuhan rakyat British bernama Go Hui di Pekan, dijadikan alasan oleh British untuk campur tangan di Pahang
• Di Sabah, sistem pajakan yang dibuat oleh Sultan Sulu, membolehkan Sabah dikuasai oleh Kompeni Berpiagam Borneo Utara (1881 –1946)


BAB 4 – PEMANTAPAN KUASA MELALUI PENTADBIRAN BARU

• 1846 – Sultan Brunei telah dipaksa menyerahkan Sarawak kepada James Brooke
• James Brooke memerintah secara monarki
• Pembaharuan dilakukan dalam pentadbiran seperti memperkenalkan Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri, serta memecahkan Sarawak kepada 5 bahagian yang ditadbir oleh Residen
• Pembaharuan juga dibuat dalam bidang ekonomi seperti memajukan perlombongan emas dan antimoni, penanaman sagu, lada hitam dan gambir serta menghapuskan adat yang merugikan
• Sistem Residen di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang bermaksud British hanya berfungsi sebagai penasihat kepada Sultan dan tidak boleh campur tangan dalam hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu
• Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan untuk membolehkan British berunding dengan pembesar Melayu dalam hal pentadbiran
• British membahagikan kawasan pentadbiran negeri Melayu kepada unit yang lebih kecil iaitu kepada daerah, mukim dan kampung
• Di Sabah, Kompeni Berpiagam Borneo Utara (KBBU) yang menghadapi masalah modal dan kakitangan telah membahagikan Sabah kepada 4 Residen (ditadbir oleh Residen) dan dipecah pula kepada daerah-daerah (ditadbir oleh Pegawai Daerah)
• Sewa tanah yang murah dan kemasukan buruh Cina masih lagi gagal untuk menarik pelabur barat ke Sabah


BAB 5 – KEDAH, PERLIS, KELANTAN DAN TERENGGANU MENERIMA PENASIHAT BRITISH

• Siam sering mengancam Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu
• Jun 1826 – Perjanjian Burney diadakan antara Siam dan British dengan tujuan untuk menjaga kepentingan ekonomi British melalui dasar mengadakan hubungan yang baik antara kedua belah pihak
• Setelah gagal melalui peperangan, Sultan Ahmad Tajuddin berusaha mendapatkan semula Kedah daripada Siam melalui perundingan
• 1842 – Setelah mendapat semula Kedah, Sultan Ahmad Tajuddin mulai berusaha memodenkan Kedah seperti membina Terusan Wan Mat Saman
• Perlis hanya wujud selepas Siam menyerahkan semula Kedah kepada Sultan Ahmad Tajuddin
• Akibat perebutan takhta antara Tengku Muhammad dengan Long Muhammad, Kelantan meminta bantuan Siam untuk mengatasi ancaman Terengganu
• 1902 – Perjanjian Inggeris – Siam diadakan dan Kelantan menerima Penasihat British (dikenali sebagai Pesuruhjaya Tinggi Siam)
• Kebijaksanaan Sultan Zainal Abidin III (1881 – 1919), membolehkan Terengganu berjaya menolak campurtangan British
• 1919 – Sultan Muhammad telah membenarkan wakil British bertugas di Terengganu
• 1909 – Melalui Perjanjian Bangkok, Siam telah menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada British


BAB 6 – JOHOR MENGHADAPI KEMARAAN BRITISH
• Melalui perjanjian (1855), Temenggung Daeng Ibrahim berjaya menguasai seluruh Johor kecuali Muar yang dikuasai oleh Sultan Johor iaitu Tengku Ali
• Temenggung Abu Bakar yang menggantikan Temenggung Ibrahim pada tahun 1862 telah menguasai seluruh Johor selepas kemangkatan Tengku Ali (1877)
• 1855 – Temenggung Abu Bakar (digelar Bapa Johor Moden) menandatangani perjanjian persahabatan dengan British dan baginda telah diiktiraf sebagai Sultan Johor
• Melalui Undang-Undang Tubuh Johor (1895) British telah gagal untuk menguasai negeri Johor
• 1860an – Sistem pendidikan moden diperkenalkan di Johor dan pada tahun 1883, Jabatan Pelajaran ditubuhkan
• Pembesar Johor yang berwibawa seperti Datuk Jaafar, Abdul Rahman Bin Andak dan Datuk Mohd Salleh Bin Perang membolehkan Sultan Abu Bakar menjadikan Johor moden dan maju
• Pelbagai usaha British untuk menguasai Johor telah gagal, dan akhirnya pada tahun 1914, Sultan Ibrahim telah menerima pegawai British sebagai Penasihat Am



BAB 7 – PERJUANGAN MENENTANG BRITISH

• Di Naning, Datuk Penghulu Dol Said telah menentang Inggeris dari 1831 – 1832 kerana menganggap Naning daerah yang bebas dan enggan membayar cukai kepada British
• Di Selangor, Raja Mahdi menentang British yang menyokong Tengku Kudin sebagai Wizurai Selangor
• Larangan memungut cukai dan peraturan membayar cukai tanah dan lesen untuk memungut hasil hutan mengakibatkan Dato’ Bahaman menentang British di Pahang
• Dato’ Bahaman yang disokong oleh Tok Gajah dan Mat Kilau telah menyerang balai polis Lubuk Trua pada 1891
• Larangan memungut cukai, campur tangan dalam adat istiadat Melayu dan sikap sombong mengakibatkan JWW Birch dibunuh di Pasir Salak pada 2 Nov. 1875 oleh Datok Maharajalela, Pandak Induk, Tok Sagor dan Seputum
• Tengku Antah (Yam Tuan Besar Sri Menanti) menentang British kerana mereka menyokong Dato’ Kelana yang berkuasa di Sungai Ujong
• 1876 – Tengku Antah menandatangani perjanjian dengan British dan kekuasaannya diiktiraf
• Di Sarawak, Syarif Masahor yang tergugat kuasanya di Sungai Rejang telah menentang James Brooke
• Ketua Iban iaitu Rentap (Libau) telah menentang kemaraan kuasa British di kawasan kaum Iban
• 1861 – Kubu Rentap di Bukit Sadok ditawan oleh Charles Brooke dan penentangan Rentap pun berakhir
• Mat Salleh menentang Kompeni Berpiagam dari 1894 – 1900 kerana mereka telah membakar kampungnya



BAB 8 – KEBANGKITAN PADA ABAD KE 20

• Pelaksanaan pelbagai cukai baru dan kehilangan kuasa mentadbir kawasan serta memungut cukai mengakibatkan Tok Janggut menentang British di Pasir Puteh, Kelantan
• 1914 – Tok Janggut membunuh Sarjan Che Wan dan menawan Balai Polis Pasir Puteh selama 3 hari
• Penentangan di Terengganu bermula di Kuala Temelong pada tahun 1925 apabila penduduk dimestikan mendapat Pas Kerajaan sebelum membuka sesuatu tanah
• 1928 – Kebangkitan besar berlaku di Kuala Berang di bawah pimpinan Haji Abdul Rahman Limbong
• 1893 – Banting menentang kerajaan Brooke di Sarawak apabila sesetengah adat dan upacara orang Iban cuba dihapuskan
• 1915 – Orang Murut melakukan pemberontakan di bawah pimpinan Antanum kerana mereka dilarang menebang hutan dan dipaksa membina jalanraya tanpa dibayar gaji


BAB 9 – PERLUASAN SISTEM PENTADBIRAN BRITISH


• Kegagalan pelaksanaan Sistem Residen di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang mengakibatkan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NMB) ditubuhkan pada 1 Julai 1896, iaitu hasil daripada Perjanjian Persekutuan pada 1 Julai 1895
• NMB ditubuhkan supaya negeri-negeri kaya (Perak dan Selangor) dapat membantu negeri-negeri miskin (Pahang dan Negeri Sembilan), sistem pentadbiran yang sama dapat diwujudkan, pertahanan dan perhubungan dapat diperbaiki dan kuasa Residen dapat dikawal oleh Residen Jeneral
• 1897 – Durbar dibentuk untuk memudahkan Pesuruhjaya Tinggi, Residen Jeneral, Residen dan Raja-Raja Melayu membincangkan hal-hal kepentingan bersama
• 1909 – Majlis Mesyuarat Persekutuan ditubuhkan untuk mengurangkan kuasa Residen Jeneral dan membincangkan sesuatu undang-undang sebelum diluluskan
• 1925 – British melaksanakan dasar Desentralisasi untuk merapatkan hubungan antara Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
• Awal kurun ke 20, orang Melayu mula melibatkan diri dalam pentadbiran dengan menjadi Pegawai Daerah dan Penolong, Timbalan Penolong Pegawai Daerah, Majistret, Pengerusi dan Penolong Pengerusi Lembaga Kesihatan
• 1941 – Vyner Brooke membentuk satu Perlembagaan di Sarawak dimana kuasa pemerintahan diserahkan kepada Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri, dan Sarawak juga dijanjikan kemerdekaan
• Dari 1881 – 1915, Kompeni Berpiagam Borneo Utara (KBBU) tidak mempunyai pentadbiran yang teratur di Sabah
• Selepas 1915, barulah pembaharuan dibuat dengan mengambil penduduk tempatan berkhidmat dalam pentadbiran KBBU


BAB 10 – PERUBAHAN CORAK EKONOMI


• Pada akhir abad ke 19 , British menggalakkan orang Eropah terlibat dalam pertanian niaga, manakala orang Melayu pula hanya digalakkan menjalankan pekerjaan tradisional
• Awal abad ke 20, penanaman getah berkembang pesat di NMB kerana harga kopi yang rendah sedangkan harga getah adalah tinggi, perkembangan perusahaan kereta, kedapatan buruh India yang murah, iklim dan tanah yang sesuai serta galakan daripada H.N. Ridley
• 1922 – Rancangan Pembatasan Getah Stevenson diperkenalkan untuk mengatasi kemelesetan harga getah yang berlaku dari 1920 –1940, tetapi gagal
• 1934 – Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa diperkenalkan untuk mengawal pengeluaran getah dan seterusnya menstabilkan harga getah
• Bijih timah banyak dilombong di Lembah Kinta, Sungai Ujong, Lukut, Kelang dan Kuala Lumpur
• Perlombongan bijih timah dikuasai oleh pembesar Melayu sebelum dikuasai pula oleh pelombong Cina yang berhijrah ke sini
• 1912 – Kapal korek yang pertama digunakan di Batu Gajah
• 1890an – Emas mula dilombong di Pahang
• Galian seperti arang batu, antimoni, besi, mangan, bauksit dan ilmanit turut dilombong di negara kita
• 1905 – Jabatan Pertanian ditubuhkan untuk memajukan pertanian seperti nanas, kelapa sawit, tembakau, teh dan padi
• Perusahaan kecil juga telah bermula di Tanah Melayu seperti kilang mancis, memproses minyak kelapa sawit, barangan getah dan barangan berasaskan kelapa
• Sumber ekonomi utama Sarawak ialah sagu, lada hitam, getah dan petroleum
• 1914 – Pengeluaran petroleum dimulakan di Sarawak
• Sumber ekonomi utama Sabah ialah sarang burung, kelapa, padi, getah dan kayu balak


BAB 11 – PERUBAHAN SISTEM PENGANGKUTAN DAN PROSES URBANISASI


• Sungai adalah sistem pengangkutan tradisional utama di Tanah Melayu. Banyak pelabuhan seperti Kuala Selangor, Kuala Pahang dan Kuala Terengganu diwujudkan di kuala sungai
• Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah menyebabkan jalanraya dan keretapi dibina
• 1880an – Jalanraya telah dibina dari Sungai Ujong ke Melaka dan Seremban
• Landasan keretapi yang awal dibina khusus untuk mengangkut bijih timah ke pelabuhan
• 1883 – Landasan keretapi pertama dibina dari Taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang)
• Pembukaan Terusan Suez (1869) dan penggunaan kapal api mengakibatkan pengangkutan laut menjadi semakin penting
• 1900 – Pelabuhan Swettenham (Kelang) dibina
• Bandar lama banyak tertumpu di muara sungai seperti Kuala Selangor, Kuala Bidor dan Kuala Terengganu
• Banyak bandar baru muncul di kawasan lombong bijih timah seperti Ipoh, Kuala Lumpur, Lukut, Taiping, Seremban, Rawang dan Kampar
• Banyak bandar muncul di Sabah (Kudat, Sandakan dan Jesselton) dan Sarawak (Kuching, Sibu dan Miri) kerana adanya sistem pengangkutan, peluang pekerjaan dan dijadikan sebagai pusat pentadbiran



BAB 12 – SISTEM PENDIDIKAN DI ZAMAN BRITISH

• Pendidikan awal di Tanah Melayu beteraskan ajaran Islam semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi
• British membiarkan Tanah Melayu mempunyai 4 jenis aliran sekolah iaitu Sekolah Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil untuk mengukuhkan penguasaan mereka di sini
• 1816 – Sekolah Melayu yang pertama iaitu Sekolah Melayu Gelugor ditubuhkan di Pulau Pinang
• 1922 – Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) ditubuhkan
• 1916 – Jawatan Penolong Pengarah Pelajaran Aliran Melayu ditubuhkan dengan Richard Winstedt memegang jawatan tersebut
• Pada dasarnya, British tidak mahu orang Melayu mendapat pelajaran tinggi kerana bimbang penguasaan mereka di Tanah Melayu terjejas
• 1816 – Penang Free School ditubuhkan (percuma kepada semua bangsa dan agama)
• 1890 – Sekolah Raja ditubuhkan sebelum diambil alih oleh Victoria Institution (1893)
• 1905 – Maktab Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan
• Orang Melayu tidak suka menghantar anak mereka ke sekolah Inggeris kerana ia dianggap tidak selaras dengan Islam dan budaya Melayu
• 1911 – 1919 , Sekolah Cina yang menggunakan buku dan guru dari negara China banyak ditubuhkan
• Disebabkan oleh anasir komunis, British mula mengawal sekolah Cina
• Sekolah Tamil juga menggunakan guru dan buku dari negara India
• Kerajaan British telah memberikan perhatian terhadap pelajaran vokasional dan teknik sejak abad ke 20 lagi
• Antara sekolah yang terkenal ialah Sekolah Teknik, Kuala Lumpur (1926) dan Sekolah Pertanian Serdang (1931)
• Pelajaran tinggi di Tanah Melayu bermula apabila Sekolah Perubatan King Edward VII (1905) dan Kolej Raffles (1929) ditubuhkan di Singapura
• Di Sabah dan Sarawak, kedatangan British mengakibatkan mubaligh Kristian menubuhkan sekolah-sekolah mereka di sana


BAB 13 – PENGARUH NASIONALISME DARI NEGARA LUAR


• Kejayaan Jepun menewaskan China (1894-1895) dan Russia (1905) memberi kesedaran dan semangat kepada negara lain di Asia
• Gerakan Pan Islam di Turki (untuk menyatukan umat Islam dibawah naungan Empayar Turki / Uthmaniah) telah mempengaruhi umat Islam di Tanah Melayu
• 1923 – Turki diisytiharkan sebagai Republik oleh gerakan Golongan Turki Muda pimpinan Mustapha Kamal Attartuk
• 1938 – Golongan Kaum Muda di Tanah Melayu menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM)
• 1850an – Gerakan Pemulihan Islam pimpinan Sayid Jamaluddin Al-Afghani muncul di Mesir
• Bekas pelajar Melayu di Mesir telah menubuhkan gerakan Islah Islam
• 1909 – Sarekat Dagang Islam ditubuhkan oleh Raden Mas Tirtoadisoeryo di Indonesia
• 1920an – Pengaruh Sarekat Islam tersebar di Tanah Melayu
• 1920 – Parti Komunis Indonesia (PKI) ditubuhkan oleh Semaun dan Tan Malaka dan cuba mempengaruhi penduduk di Tanah Melayu, tetapi gagal
• Golongan terpelajar, terutama di MPSI telah terpengaruh dengan perjuangan Partai Nasional Indonesia (PNI) yang ditubuhkan oleh Sukarno dan Sartono pada 1927


BAB 14 – KEBANGKITAN SEMANGAT KEBANGSAAN MELALUI PENULISAN

• Akhbar dan majalah dapat memberi kesedaran dan menyebarkan semangat kebangsaan penduduk Tanah Melayu
• 1906 – Akhbar Al-Imam diterbitkan di Singapura oleh golongan Kaum Muda pimpinan Syed Syeikh Al-Hadi yang bertentangan pendapat dengan Kaum Tua
• Penerbitan Al-Imam bertujuan untuk menyedarkan orang Melayu tentang kemunduran dan mencapai kemajuan sosial dan ekonomi serta kembali kepada Al-Quran dan Hadis
• Julai 1928 – Akhbar Saudara diterbitkan oleh Syed Syeikh Al-Hadi untuk meneruskan perjuangan Kaum Muda
• Kaum Tua telah menerbitkan akhbar Al-Ikhwan, Idaran Zaman dan Semangat Islam untuk menentang Kaum Muda
• 1939 – Akhbar Utusan Melayu diterbitkan dengan Rahim Kajai menjadi Pengarang pertamanya
• Akhbar Utusan Melayu menjadi lambang perpaduan, perjuangan dan kegigihan orang Melayu
• Akhbar-akhbar lain yang diterbitkan ialah Warta Malaya (1930), Majlis (1935 – akhbar kebangsaan yang pertama), Fajar Sarawak, Jawi Pranakan (1876 – 1885) dan Surat Kabar Pranakan (1891)
• 1881 – Akhbar Cina yang pertama iaitu Lat Pau diterbitkan
• 1877 – Akhbar Tamil yang pertama iaitu Ulaga Nesan diterbitkan
• Penulisan puisi dan cerpen di dalam akhbar sering membangkitkan semangat kebangsaan
• Novel seperti Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila (1914) penulisan Pak Sako juga membangkitkan semangat nasionalisme Melayu



BAB 15 – PERJUANGAN BADAN DAN KESATUAN

• 1926 – Kesatuan Melayu Singapura ditubuhkan oleh Mohammad Eunos Abdullah dan menggesa orang Melayu bersatupadu dan bekerjasama
• Persatuan-persatuan Melayu yang lain ialah Kelab Putera (1929 – di Kelantan), Persatuan Melayu Perak (1937), Persatuan Melayu Pahang (1938), Persatuan Melayu Selangor (1938), Persatuan Melayu Negeri Sembilan (1938) dan Persatuan Melayu Kelantan (1939)
• Persatuan-persatuan ini bertujuan untuk memajukan sosial, ekonomi dan mutu pelajaran orang Melayu
• 1930 – Akhbar Pengasoh mencadangkan penubuhan Persatuan Melayu Semenanjung yang bersifat kebangsaan, tetapi gagal
• 1938 – Kesatuan Melayu Muda (KMM) iaitu persatuan Melayu pertama yang terlibat dalam politik ditubuhkan oleh Ibrahim Yaacob di Kuala Lumpur
• Penubuhan KMM yang bersifat radikal bertujuan untuk melindungi hak Melayu, menggulingkan British dan menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia (Melayu Raya)
• Kebanyakan pemimpin dan ahli KMM ialah beksa pelajar MPSI dan mereka banyak dipengaruhi oleh perjuangan Partai Nasional Indonesia
• Ogos 1939 – Kongres Melayu yang pertama diadakan di Kuala Lumpur (perhimpunan semua persatuan Melayu)
• Kegiatan politik orang Cina dan India banyak tertumpu ke negara asal mereka
• Parti Kuomintang (KMT) dari China menjalankan kegiatan politik mereka di Tanah Melayu melalui sekolah-sekolah Cina
• 1930 – Ahli-ahli komunis dalam KMT telah menubuhkan Parti Komunis Malaya (PKM)
• 1937 – Persatuan India Pusat Tanah Melayu (CIAM) ditubuhkan sebagai wadah kaum India menyatakan kehendak politik mereka kepada kerajaan British
• Persatuan-persatuan di Sarawak tidak dibenarkan terlibat dalam politik oleh Kerajaan Brooke
• Sebelum perang dunia ke 2, pertubuhan politik tidak wujud di Sabah

6 ulasan:

  1. erm,tumpang tnyer ckgu..syer nie pelajar Sbp tingkatan 2,kalau saya buat nota untuk tahun hadapan menggunakan bahan cikgu apa boleh?maksud saya pendapat ckgu adakah ia d'rima guru saya?mohon d jwab ya ckgu..Terima Kasih

    BalasPadam
  2. copy ... paste... save.... baca....jangan tak baca...

    BalasPadam
  3. ini nota padat sahaja.
    nota penuh ada kat tempat yang sama .. label sejarah pmr

    BalasPadam
  4. salam cikgu...
    saya seorang pelajar ting.3 nak tanya macammana saya nak bagi faham sikit sejarah ting 2 ini... masalahnya thun nie saya nak menduduki pmr... itu yg merisaukan saya...

    BalasPadam
  5. sorry lambat tengok ...... sibuk le !
    saya dalam proses menghimpunkan semua soalan percubaan / skop sahaja untuk rujukan pmr nannti. dalam dua tiga hari keluar le

    BalasPadam