CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Ahad, 28 Februari 2010

BADAN PERUNDANGAN

BADAN PERUNDANGAN PERSEKUTUAN PARLIMEN

 Pengenalan
- badan perundangan persekutuan ialah parlimen
- parlimen merupakan badan yg berkuasa untuk gubal dan lulus u negara
- komponen parlimen – YDA , Dewan Rakyat dan Dewan Negara

 keistimewaan parlimen
- apa-apa prosiding dalam parlimen tidak boleh dipersoalkan dalam mahkamah
- ahli p tidak boleh didakwa di mahkamah atas apa-apa yg dikatakan dan pengundian yg dibuatnya dalam parlimen
- ahli parlimen tidak boleh mempersoalkan perkara sensitif di bawah akta hasutan iaitu hak istimewa orang Melayu / kewarganegaraan / bahasa kebangsaan / kedaulatan raja-raja Melayu

 YDA
- sebahagian drpd parlimen
- tidak mengambil bahagian dalam persidangan DR atau DN
- bertitah dalam pembukaan rasmi penggal parlimen
- memanggil persidangan parlimen / menangguhkan penggal p mengikut perlembagaan
- membubabarkan parlimen
- memperkenankan – akta baru / pindaan akta lama / pindaan perlembagaan / rang u-u kewangan

 dewan rakyat
- keanggotaan – 222 ahli yg dipili melalui pr umum / dipanggil ahli parlimen / boleh terdiri daripada anggota sesebuah parti atau bebas
- hanya ahli sahaja yg boleh menjadi PM
- bidang kuasa
- membahaskan hal dan masalah rakyat
- menyemak dan membahas dasar kerajaan
- menggubal dan meluluskan undang-undang persekutuan
- mempunyai kuasa pemutus dalam rang u kewangan
- speaker
- boleh merupakan ahli DR / bukan ahli
- dipilih oleh DR / diperkenankan oleh YDA
- dibantu oleh 2 orang timbalan
- tugas – pengerusi persidangan / menjaga tatatertib anggota / kenakan tindakan disiplin kepada ahli tak berdisiplin / jurucakap DR / memaklumkan kekosongan kerusi kepada SPR
- setiausaha
- dilantik oleh YDA atas nasihat PM
- menguruskan pentadbiran DR/ menyediakan penyata rasmi DR @ hansard
- beliau hanya boleh dipecat oleh YDA melalui tribunal
- cukup korum – 26


DEWAN NEGARA
- mengandungi 70 ahli
- ahli – dipilih/ lantik
- ahli dipanggil senator
- DUN setiap negeri akan memilih 2 ahli DUN untuk jadi senator – jumlah 26 orang
- YDA lantik 2 orang bagi WP KL , 1 WP Labuah .1 WP Putrajaya dan 40 orang drpd seluruh negara ( mengikut nasihat PM – 44 orang )
- Senator lantikan YDA biasanya – banyak berjasa / cemerlang dalam perkhidmatan awam /wakil bidang profesional / wakili kaum minoriti
- Berumur lebih 30 tahun
- Tempoh perkhidmatan – 3 tahun / maksimum 2 penggal @ 6 tahun
- Bidang kuasa – bahas hal rakyat / bincang dasar kerajaan / bahas , tangguh rang undang-undang , pindaan akta atau pindaan perlembagaan
- Speaker – lantikan / kuasa/ bidang tugas sama dengan speaker DR

Ketua pentadbiran parlimen
- jawatan baru diwujudkan oleh kabinet pada tahun 2005
- tugas – meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian kerajaan dan menerima arahan kabinet membabitkan urusan parlimen secara terus
- ketua pentdbiran dilantik oleh YDA atas nasihat PM


saraan ahli parlimen – kumpulan wang yg disatukan

hilang kelayakan sebagai ahli DR dan DN
- didapati tidak sempurna akal
- bankrap/ belum dilepaskan
- tak hantar penyata perbelanjaan pilihan raya
- memegang jawatan berpendapatan
- disabitkan dengan kesalahan – penjara lebih satu tahun / denda lebih RM 2000
- sengaja mendapat kewarganegaraan asing

pembubaran parlimen
- jangka hayat parlimen ialah 5 tahun
- dikira dari tarikh persidangan pertama
- boleh dibubarkan lebih awal oleh YDA atas nasihat PM
- kalau parlimen bubar DR bubar , DN terus berfungsi
- hendaklah dibuat pr – dalam masa 60 hari
- persidangan parlimen seterusnya mesti dibuat dalam masa 120 hari pembubarannya



PERSIDANGAN PARLIMEN

- Agenda awal persdiangan parlimen ialah
i. rancang takwim bagi DR
ii. pembahagian tempoh / 5 penggal – setiap penggal 1 tahun
iii. dalam setiap penggal ada 2 atau 3 kali persidangan
iv. jarak masa antara dua persidangan tidak boleh melebihi enam bulan atau 180 hari
v. melantik speaker
vi. angkat sumpah
vii. lantik ketua pembangkang
viii. titah ucapan diraja
ix. ucapan terima kasih
x. persidangan bermula
-

 fungsi parlimen
- menggubal dan meluluskan u persekutuan
- pinda u persekutuan sedia ada / u persekutuan
- semak dan bahas dasar kerajaan
- luluskan perbelanjaan kerajaan dan hasil cukai baru
- forum kritikan dan fokus pendapat awam tentang perkara nasional

 jawatankuasa parlimen
- penubuhan 5 jk – pemilihan / peraturan tetap / dewan / hak ahli dan akaun awam
- kesemua jk ada dalam DR , di DN ada 4 sahaja kecuali jk akaun awam
- kalau ada keperluan diwujudkan jk adhoc/sementara di kedua-dua dewan



jenis undang-undang di parlimen
1. rang u awam / kerajaan
- melibatkan keseluruhan u yg berhubung dengan dasar awam , negara dan rakyat
- dibentangkan oleh menteri yg mewakili pihak kerajaan
2. r u persendirian
- melibatkan orang atau kumpulan orang , pertubuhan , perasatuan atau perbadanan tertentu sahaja
- bercorak tempatan atau persendirian
3. r u ahli persendirian
- dibentangkan oleh ahli DR selain menteri atau timbalan menteri
- boleh meliputi seluruh negara atau pihak tertentu sahaja
4. r u hibrid
- u campuran yg dibentangkan oleh menteri/ ahli DR yg menyentuh kepentingan tertentu


prosedur penggubalan undang-undang dalam parlimen

1 Rang undang-undang didraf oleh menteri
2 Rang undang-undang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara
3 Kelulusan kabinet
4 Bacaan pertama - Peringkat ini merupakan satu formaliti
Menteri yg berkenaan atau speaker atau pembentang r u membaca tajuk sahaja
Tiada sebarang perbahasan tentang r u itu pada peringkat ini
5 Bacaan kedua - Peringkat paling penting
R u dibahaskan dengan mendalam dan menyeluruh dalam DR dan DN
Menteri yg bertanggungjawab perlu menjawab pertanyaan berkaitan dengan r u itu
Undian – tolak / terima dibuat di DR
Setuju – diserahkan kepada jawatankuasa
6 Peringkat jawatankuasa Ada jawatankuasa khas
R u dibahaskan dengan lebih terperinci
Jk berhak mengubahsuai / meminda
7 Bacaan ketiga Dibahaskan di DR jika perlu
Undian dibuat untuk kelulusan
8 R u diperkenan oleh YDA R u dipersembahkan kepada YDA
YDA mesti memperkenan r u dalam masa 30 hari
9 R u dimasukkan dalam warta kerajaan Diwartakan dalam warta kerajaan
Ia dicetak lalu dimasukkan dalam warta kerajaan
Boleh dikuatkasakan kerana telah menjadi u
Satu salinan dipaparkan di parlimen



PINDAAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Dalam 4 kaedah

Kaedah 1
- sokongan majoriti 2/3 ahli majlis parlimen dan perkenan MRR
- isu – kedudukan istimewa orang Melayu / bumiputera Sabah dan Sarawak
- kepentingan sah kaum lain
- hak dan kedaulatan raja
- tugas dan kuasa MRR
- hal ehwal Islam
- kedudukan bahasa kebangsaan
- kewarganegaraan
- keistimewaan parlimen
- pengubahan sempadan antara negeri di Semenanjung Malaysia
Kaedah 2
- sokongan majoriti 2/3 di majlis parlimen dan persetujuan YD ng Sabah dan sarawak
- isu – hak warga S & S untuk menjadi warganegara Malaysia
- pelantikan hakim dan kuasa Mahkamah Tinggi
- soal agama , bahasa dan keistimewaan bumiputera
- kuasa perundangan negeri di negeri ini
- hak kesamarataan penduduk di negeri ini
Kaedah 3
- sokongan majoriti mudah ahli majlis parlimen
- bentuk sumpah dan ikrar
- pemilihan dan persaraan ahli DN
- peruntukan tambahan kewarganegaraan
- persempadanan kawasan pr
- perkara dalam senarai persekutuan , senarai bersama dan senarai perundangan
- perkara dalam senarai negeri dalam senarai perundangan terutama yg melibatkan pelaksanaan triti , perjanjian atau konvensyen dan menyamakan u antara negeri
Kaedah 4
- sokongan majoriti 2/3 ahli majlis parlimen bagi hal yang tak disebut dalam mana-mana tiga kaedah pindaan di atas


BADAN Perundangan Negeri ( Dewan Undangan Negeri )

Pengenalan
- terdapat 13 DUN di negara ini ( tiada – WP )
- ada 2 komponen iaitu sultan dan DUN

fungsi raja/sultan/ YTB
- tidak mengambil bahagian dalam persidangan
- rasmi/ beri titah ketika pembukaan rasmi penggal
- panggil persidangan
- tangguh persidangan
- perkenankan rang u negeri
- bubar DUN


DUN
- badan perundangan peringkat negeri
- ahli DUN dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya
- ada kuasa dalam senarai negeri dan senarai bersama
- bahas dan luluskan belanjawan negeri
- apa-apa prosiding dalam DUN tak boleh dibawa ke mahkamah

kelayakan calon DUN
- warganegara
- bermastautin di negeri berkenaan
- berumur 21 tahun atau lebih
- sempurna akal
- tak bankrap
- tak pernah dipenjara lebihsatu tahun/ lepas 5 tahun tamat hukuman
- tak didenda lenbih RM 2000
- tak pegang jawatan berpendapatan

hilang kelayakan – sama dengan DR
fungsi – sama dengan DR – peringkat negeri
pelantikan speaker – sama
prosedur penggubalan undang-undang

pindaan perlembagaan negeri – sama dengan DR
- perkara yg tak boleh dipinda oleh DUN
 warisan tahta kerajaan
 kedudukan penmbesar istana
 para pembesar adat Melayu
 cara pelantikan dan sifat waris tahta , permaisuri dan pemangku raja
 pemecatan , penarikan diri dan penurunan tahta atau waris
 pengurniaan / pelucutan pangkat , gelaran kehormatan , bintang kebesaran

2 ulasan: