CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Jumaat, 5 Februari 2010

NOTA SEJ TING 2 BAB 3

Bab 3: Negeri-negeri Melayu Utara dan Johor Benteng Keselamatan British
Pengenalan
1. Setelah menguasai Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, pihak British ingin meluaskan penguasaan ke atas Negeri-Negeri Melayu Utara dan selatan Tanah Melayu iaitu Johor.
2. Negeri-negeri tersebut akan dijadikan benteng pertahanan British di Tanah Melayu untuk menghalang kemaraan kuasa Eropah lain.
3. Melalui Perjanjian Bangkok 1909, Negeri-Negeri Melayu Utara diletakkan di bawah naungan British.
Negeri-Negeri Melayu Utara(NNMU) Penampan Keselamatan Di Tanah Melayu
1. British telah muncul sebagai sebuah kuasa imperialis yang besar pada akhir kurun ke-19.
2. Negara-negara di Asia Tenggara yang kaya dengan hasil buminya telah menjadi tumpuan kepada kuasa-kuasa besar Eropah seperti Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan Rusia.
3. Kuasa-kuasa besar dan kawasan sasaran/tanah jajahan.
Negara Kawasan sasaran/tanah jajahan
Perancis • Lembah Menam Choa Phraya
• merancang membina terusan di Segenting Kra
Jerman • Mendapatkan Pulau Langkawi
Rusia • Membuka penempatan di Ujung Salang
Amerika Syarikat • Negeri Terengganu
4. Oleh itu, amatlah penting bagi British untuk meluaskan pengaruhnya di seluruh Tanah Melayu.
5. British telah membuat beberapa perjanjian dengan Siam untuk menghalang kemasukan kuasa lain ke Asia Tenggara.
Tahun Perjanjian Tujuan/Isi Perjanjian
1897 Perjanjian Sulit • Menghalang Siam daripada menyerahkan atau membenarkan mana-mana kuasa besar lain bertapak di selatan Siam
1902 Perisytiharan British – Siam • British mengiktiraf bahawa negeri-negeri Melayu berada di bawah naungan Siam
• Kelantan dan Terengganu tidak dibenarkan member konsesi kepada kuasa asing yang
lain
• Beberapa orang warga British telah dilantik oleh Siam sebagai penasihat sultan di NNMU
1909 Perjanjian Bangkok • Siam menyerahkan NNMU kepada British
• British menyerahkan hak wilayah asingan kepada Siam
• Siam tidak akan menyerahkan mana-mana wilayahnya tanpa kebenaran British

Penasihat British mengancam Kedaulatan Negeri-Negeri Melayu Utara
1. Penasihat British di Kedah
a) Kehadiran Residen di Negeri-Negeri Melayu Utara telah menggugat kuasa sultan kerana sultan terpaksa menerima nasihat daripada Residen dalam semua hal kecuali hal adat istiadat Melayu dan agama Islam.
b) Sultan Abdul Hamid Halim Shah tidak mengiktiraf Perjanjian Bangkok.
c) Namun British melantik George Maxwell sebagai penasihat British.
d) Perlantikan Penasihat British menyebabkan konflik dengan Majlis Mesyuarat Negeri yang dipimpin Tunku Mahmud.
e) George Maxwell menerapkan pengaruh Barat dalam pentadbiran Kedah.
i) Menggunakan bahasa Inggeris dalam penulisan rasmi dan perundangan.
ii) Surat rasmi ditapis oleh Penasihat British.
iii) Penggunaan Kalendar Masihi.
iv) Cuti umum pada hari Ahad.
v) Perlantikan pegawai British dalam pentadbiran Kedah.
f) Tunku Mahmud berusaha mengekalkan identiti Kedah.
i) Menggunakan Bahasa Melayu dalam penulisan rasmi.
ii) Melarang surat rasmi ditapis Penasihat British.
iii) Penggunaan Kalendar Hijrah.
iv) Cuti umum pada hari Jumaat.
v) Melantik orang Melayu dalam pentadbiran Kedah.
g) Tunku Mahmud Berjaya mengekalkan identiti Kedah melalui tindakan mahkamah.

2. Penasihat British di Perlis
a) Raja Syed Alwi membantah perjanjian Bangkok.
b) British melantik Meadowe Frost sebagai penasihat British.
c) Bagi mengukuhkan kuasa, Penasihat British menguasai :
i) Jabatan Kewangan
ii) Menambah jabatan baru
iii) Menguasai undang-undang

3. Penasihat British di Kelantan
a) Sultan Muhammad IV dipaksa menerima J.S Mason sebagai penasihat British.
b) Pengukuhan kuasa Penasihat British melalui:
i) Menguasai pentadbiran jajahan.
ii) Menubuhkan Jabatan Polis, Jabatan Tanah dan Mahkamah Tinggi.
4. Penasihat British Di Terengganu
a) Sultan Zainal Abidin III tidak mengiktiraf Perjanjian Bangkok.
b) Menemui Pesuruhjaya Tinggi British di Singapura untuk membuat bantahan.
c) Hanya menerima W.L Conlay sebagai wakil British
d) Memelihara kedaulatan dengan menggubal undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu atau dikenali dengan ittiqan-ilmuluk bi-ta’dil ilsuluk.
e) Sebahagian daripada undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu menyatakan tentang:
i) Sultan tidak boleh menyerahkan negeri Terengganu kepada mana-mana kuasa asing.
ii) Mustahak ke atas raja-raja untuk bermesyuarat
iii) Hak Raja dan Menteri Besar dalam memilih jemaah menteri
f) Sultan Muhammad II, pengganti baginda menerima J.L Humphreys sebagai penasihat British.
g) British akhirnya menguasai jabatan penting seperti Jabatan Kastam, Jabatan Kerja Raya, Pejabat Tanah dan Galian.

Langkah British mengukuhkan Kuasa di NNMU
i) 1897
• Perjanjian Sulit British – Siam (British menghalang kuasa lain bertapak di NNMU)

ii) 1902
• Perjanjian Perisytiharan British – Siam (British mengiktiraf NNMU sebagai wilayah Siam)

iii) 1909
• Perjanjian Bangkok (British menguasai NNMU)

iv) 1910
• British menempatkan Penasihat British di Kedah, Perlis dan Kelantan

v) 1919
• British menempatkan penasihat di Terengganu

Pemodenan Johor Melambatkan Campur Tangan British
1. Temenggung Daeng Ibrahim Pemimpin yang berwibawa (1825 – 1862)
a) Temenggung Daeng Ibrahim diiktiraf sebagai pemerintah Johor pada tahun 1855.
b) Beliau menjadikan Tanjung Puteri sebagai pusat pentadbiran.
c) Memperkenalkan sistem kangcu untuk membangunkan ekonomi Johor.
i) Kangcu bermaksud Tuan Sungai
ii) Kangcu akan diberi Surat Sungai
iii) Membuka ladang di Kangkar atau kaki sungai
iv) Menanam lada hitam dan gambir
v) Cukai yang dikenakan menjadi pendapatan negeri Johor

2. Sultan Abu Bakar “Bapa Pemodenan Johor” (1862-1895)
a) Menerima gelaran maharaja daripada Ratu British
b) Sering melawat London dan Singapura untuk mempelajari cara pentadbiran terbaik.
c) Pada tahun 1895, baginda telah menggubal Undang-undang Negeri Johor untuk
memelihara kedaulatan Johor.
d) Sistem Kangcu diteruskan bagi memantapkan ekonomi Johor
e) Memodenkan pentadbiran Johor dengan menubuhkan jabatan seperti mahkamah, pos, kerja raya, polis, sekolah dan hospital.
f) Perjanjian Persahabatan ditandatangani pada tahun 1885 dengan British:
i) Diiktiraf sebagai Sultan Johor
ii) Kedudukan lebih tinggi daripada Pesuruhjaya Tinggi Singapura
iii) Boleh berhubung terus dengan kerajaan British di London dan menerima
pelantikan Konsul British.
g) Kebijaksanaan baginda menyebabkan British sukar campur tangan.

3. Sultan Ibrahim
a) British bimbang campur tangan kuasa Barat lain di Johor
b) British campur tangan dengan menawarkan pinjaman 2000,000 Dolar untuk
membina landasan kereta api
c) Muslihat British untuk mengawal kewangan Johor
d) Muslihat British diketahui oleh Dato’ Abdul Rahman Andak dan beliau dibersarakan
e) Meminda perlembagaan Johor (1914) bagi menerima penasihat British iaitu
Douglas Campbell.

Pemimpin Johor yang berwibawa
1. Dato’ Jaafar bin Haji Muhammad
a) Menteri Besar Johor yang pertama
b) Mewajibkan pegawai British memakai pakaian rasmi
c) Surat rasmi ditulis dalam Bahasa Melayu
d) Bendera Johor dikibarkan lebih tinggi daripada bendera Union Jack

2. Dato’ Abdul Rahman bin Andak
a) Setiausaha sulit kerajaan Negeri Johor
b) Menghalang campur tangan British
c) Mengawal hubungan luar Johor dengan British
d) Perintis Penubuhan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa Johor 1888

3. Dato’ Muhammad Salleh Perang
a) Menjadi Pesuruhjaya Polis, Ketua Jabatan Ukur dan Ketua Jabatan Tanah
b) Merancang pembangunan Johor
c) Melukis pelan Bandar Maharani
d) Melukis peta bagi pembangunan Negeri Johor

4. Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi
a) Ketua Jabatan Pendidikan Johor yang pertama
b) Memperkenalkan pendidikan moden di Johor
c) Mewajibkan pelajaran di Negeri Johor
d) Mendirikan banyak sekolah
e) Menjadi timbalan Menteri Besar (1893)

7 ulasan:

  1. minta izin salin siapkan nota homework

    BalasPadam
  2. izinkan sye menyiapkan nota dengan menggunakan blog cikgu....halalkan ilmu cikgu....

    BalasPadam
  3. Info yang ringkas dan mudah difahami... Terima kasih cikgu

    BalasPadam
  4. Info yang ringkas dan mudah difahami... Terima kasih cikgu

    BalasPadam