CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Ahad, 28 Februari 2010

SISTEM KEHAKIMAN 2

1. contoh kes jenayah dan hukumannya

- Melawan YDA , raja , sultan YDB - Hukuman mati
- Membunuh dengan niat- Hukuman mati
- Membunuh tanpa niat- Penjara maksima 20 tahun
- Cuba bunuh diri -Penjara satu tahun dan denda
- Memiliki dadah >15gm heroin , pil ekstasi lebih 50gm dan dianggap sebagai pengedar dadah ( 39B ) -Hukuman mati
- Gugur / bunuh anak- Penjara maksima 20 tahun
- Miliki dadah di bawah akta dadah berbahaya ( 39A )- Penjara seumur hidup
- Merompak dan menyebabkan kematian -Hukuman mati
- Merompak dengan senjata api -Hukuman mati
- Menculik- Hukuman mati
- Menyebabkan kecederaan parah dengan sengaja- Penjara maksima 7 tahun atau denda
- Merogol -Penjara 5-20 tahun dan sebat mandatori
- Menganiaya kanak-kanak- Penjara maksima 5 tahun dan sebat mandatori
- Memeras ugut- Penjara maksima 10 tahun denda dan sebat
- Memberikan maklumat palsu kepada mahkamah -Penjara maksima 7 tahun
- Memberikan maklumat palsu di mahkamah hingga menyebabkan kematian seseorang -- Penjara maksima 20 tahun
- Mencuri- Penjara maksima 10 tahun
- Memandu kenderaan secara cuai dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian -- Penjara maksima 20 tahun
- Membocorkan rahsia negara - Penjara 4 tahun mandatori
- Menghina tempat sembahyang mana-mana agama - Penjara maksima 2 tahun dan denda
- Menyamar sebagai kakitangan awam - Penjara maksima 2 tahun dan denda
- Mengeluarkan kata-kata atau isyarat yang bermaksud mengaibkan kehormatan seseorang -- Penjara maksima 5 tahun dan denda
2. aturcara perbicaraan kes sivil
- kes sivil boleh dikategorikan kepada berikut :
a. kes tuntutan ganti rugi / pampasan
b. pertikaian hak spereti atas harta , anak dsb
c. perceraian
d. mendapatkan perintah dan perisytiharan mahkamah
- dalam kes sivil pihak berkuasa tidak mendakwa orang yang berkenaan
- pihak yang terlibat akan mengupah peguam untuk mewakili mereka dimhakahah
- peguam plaintif bertindak di mahkamah untuk menuntut pampasan , bayaran saraan ataupun meminta mahkamah mengeluarkan perintah serta perisytiharan
- plaintif ( pihak yang menuntut ) akan mengemukakan afidavit dimahakmah dan memohon writ mahkamah untuk diserahkan kepada defendan ( pihak yang kena tuntut )
- penyampaian writ boleh melalui peguam plaintif , bailif mahkamah ataupun melalui iklan di surat khabar
- pihak defendan akan membela diri melalui surat guaman “ penemuan dokumen ”
- dalam perbicaraan di mahkamah , kedua-dua pihak akan membentangkan keterangan masing-masing
- penyelesaian di luar mahkamah juga boleh dibuat .
- perbicaraan adalah terbuka
- pihak yang kalah dalam perbicaraan akan dikehendaki untuk membayar kos perbicaraan ( upah peguam , segala perbelanjaan kes dsb )
- keputusan mahkamah
i. orang yang bersalah akan membayar ganti rugi atau saraan kepada orang yang mendakwanya atau kos perbicaraan
ii. hakim mengeluarkan perintah atau perisytiharan dalam kes-kes rebutan anak , perceraian , harta pusaka atau tuntutan ganti rugi.
iii. Sekiranya pihak yang menuntut gagal dalam kes sivilnya , dia boleh dikenakan kos perbicaraan


3. kelayakan peguam bela dan peguam cara
- memperoleh sarjana muda undang-undang ( LLB ) dari uiversiti tempatan
- menjalani latihan dalam syarikat guaman
- lulus peperiksaan yang dikendalikan oleh Majlis Peguam Malaysia jika seseorang itu mendapat ijazahnya dari luar negara
- menjadi anggota MPM

4. perkhidmatan perundangan

a. peguam negara
- dilantik oleh YDA atas nasihat PM
- status – sama dengan hakim mahkamah persekutuan
- memegang jawatan selama mana diperkenankan oleh YDA
- boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa
- boleh dipecat oleh YDA melalui tribunal
- tugas
i. menasihati YDA berkaitan undang-undang
ii. Menasihati kabinet atau mana-mana menteri tentang undang-undang
iii. Menjadi pendakwa raya bagi pihak kerajaan
iv. Meninjau laporan siasatan polis, BPR dan badan penguatkuasa yang lain kemudian membuat keputusan untuk mendakwa orang yang disiasat jika terdapat bukti yang mencukupi
Bidang kuasa
- kuasa budi bicara untuk membawa , menjalankan atau menghentikan sebarang perbicaraan tentang sesuatu kesalahan di mahkamah
- kuasa untuk menentukan mahkamah yang beliau akan memulakan pendakwaan kes
- kuasa untuk menentukan mehkamah sesuatu prosiding dipindahkan
- berhak untuk didengar dalam mana-mana mahkamah atau tribunal di persekutuan
- mempunyai keutamaan yang mengatasi mana-mana yang lain yang hadir di mahkamah atau tribunal itu

peguam cara negara
- membantu peguam negara
- boleh menjalankan mana-mana fungsi yang boleh dijalankan oleh peguam negara
- akan menggantikan tempat peguam negara jika beliau tidak dapat melaksanakan tugas beliau atas sebab-sebab tertentu
- penggubal undang-undang parlimen
- menyediakan dan menyemak draf undang-undang yang dimaksudkan oleh parlimen
- menyediakan dan menyemak draf perundangan subsidiari yang hendak dibuat di bawah akta persekutuan , ordinan dan enakmen

biro bantuan guaman
- merupakan badan kerajaan yang memberikan bantuan perundangan dan nasihat/ bantuan guaman kepada orang yang kurang berkemampuan / tak mampu lantik peguam swasta bagi mewakili mereka di mahkamah
- bidang kuasa
 kes kekeluargaan syariah
 kes kekeluargaan sivil
 kes sivil ( pampasan pekerja , harta pusaka kecil , tuntutan kemalangan jalan raya , pinjaman wang , sewa beli , sewa menyewa
 kes jenayah ( pengakuan salah jenayah , jenayah kanak-kanak , kesalahan kecil jenayah )
 nasihat undang-undang dalam semua perkara undang-undang

pesuruh jaya sumpah
- dilantuk oleh susruahnjaya sumpah Malaysia
- merupakan saksi yang sah kepada akuan bersumpah seseorang
- tugas – menasihati orang yang membuat afidavit / akuan bersumpah bertulis tentang kesan nya jika mereka berbohong ( boleh dipenjara )
- afidavit akan jadi dokumen sah di mahkamah
- menerima bayaran

5. lembaga pengampunan
- ditubuhkan di setiap negeri
- untuk mendengar dan mempertimbangkan rayuan pengampunan daripada seseorang yang disabitkan dengan kesalahan dan mahkamah
- menasihati YDA , raja, YD Ng dalam menjalankan kuasa pengampunan
- YDA – boleh ampun , tangguh hukuman , meremit , menggantung dan mengurangkan hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah awam ( WP ), mahkamah syariah ( negeri tak beraja ) dan mahkamah tentera
- YD ng – berkuasa di negeri masing-masing
- Anggota – peguam negara persekutuan , MB / KM / tidak lebih 3 orang yang dilantik oleh raja atau YD ng
- Berkhidmat selama 3 tahun / boleh dilantik semula/ boleh meletak jawatan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan