MODUL 11 (PUISI MODEN)
(Soalan 36 – 40)
A. Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
BAHASA
(Rahman Shaari)
Mari kita berbahasa
sebaiknya.
Bahasa adalah pengatur
pucuk fikiran yang bertabur
bahasa adalah pelentur
ranting perasaan yang bersiur.
Dengan bahasa
terlihat fakta padu
terlihat sinar ilmu
terlihat cinta biru.
Dengan bahasa
pemimpin memaparkan arah
di pentas siasah
dengan bahasa
orang beriman menikmati ibadah
khusyuk dan pasrah.
Marilah kita berbahasa
sebaiknya.
Dengan bahasa
budi dipertinggi
mesra diperlebar
dengan bahasa
kita menjadi kita
bersama.
Jika tanpa bahasa
bagaimana akan kita setujui
perjanjian ini?
Marilah kita berbahasa
sebaiknya.
(Dipetik daripada antologi Anak Bumi Tercinta,
Tingkatan 3, Dewan Bahasa Pustaka)
1. Apakah peranan bahasa dalam kehidupan manusia menurut penyajak?
A Sebagai asas untuk pemimpin memeterai perjanjian
B Sebagai syarat untuk menyebarkan pengetahuna.
C Sebagai alat untuk meluahkan perasaan.
D Sebagai alat untuk berkomunikasi.
2.
Dengan bahasa
pemimpin memaparkan arah
di pentas siasah
Tiga baris sajak di atas bermaksud pemimpin menggunakan bahasa untuk
A memimpin rakyat jelata
B menceburi bidang politik
C mencapai wawasan politik
D menentukan wawasan negara
3 Frasa pentas siasah dalam sajak di atas merupakan gaya bahasa
A inversi
B metafora
C hiperbola
D personifikasi
4. Rima akhir rangkap keenam sajak ialah
A abbbcc
B abcddd
C abcaaa
D abcbbb
5. Tema yang cuba digarap oleh pengarang menerusi sajak ini ialah
A peranan bahasa untuk menaikkan imej seseorang manusia.
B kepentingan bahasa dalam kehidupan umat manusia.
C kegunaan bahasa untuk kepentingan para pemimpin.
D kepentingan bahasa dalam bidang keagamaan.
B. Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
RUMAH BARU
Telah kita siapkan rumah baru,
Untuk anak-anak berteduh
Kerana kita diamanahkan
Mendewasakan mereka
Menjadi warga bijaksana
Menjelang tahun wawasan
Telah kita siapkan rumah baru
Di atas tiang muafakat
Air, pasir dan simen
Dari tangan pelbagai bangsa
Negara yang tumbuh
Atas bumi toleransi
Telah kita siapkan rumah baru
Berwajah kebangsaan
Agar penghuni saling ramah
Rajin memberi dan menerima
Juadah kesejahteraan
Sampai akhir zaman
Haron A.H
Antologi Anak Bumi Tercinta
DBP 2001
1. Apakah amanah yang ”kita” terima
A. membina rumah baru untuk generasi akan datang
B. memastikan generasi akan datang tahu menghargai orang tua
C. memastikan generasi akan datang dapat menghargai negara jiran
D. mendidik generasi akan datang menjadi rakyat yang bijaksana dan berwawasan
2. Bagaimana rumah baru itu terbentuk
A. hasil kerjasama semua rakyat tampa mengira bangsa dan agama
B. melalui bantuan bahan binaan daripada bangsa di negara ini
C. menggunakan hasil bumi dan tenaga muda
D. melalui bantuan pihak antarabangsa dari serata negara di bumi ini
3. rangkai kata ”tiang muafakat merujuk kepada gaya bahasa
A. simile
B. metafora
C. hiperbola
D. personafikasi
4. apakah nada sajak di atas
A. sinis
B. romantis
C. patriotik
D. melankolik
5. pernyataan berikut merupakan pengajaran yang diperoleh menerusi sajak ”Rumah Baru” kecuali
A. kita perlu bekerjasama membangunkan negara
B. kita perlu berusaha mengekalkan perpaduan kaum
C. kita perlu memanfaatkan rumah baru yang dibina
D. kita perlu mendidik generasi muda memenuhi wawasan negara.
C. Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
BAHASA
Mari kita berbahasa
sebaiknya
bahasa adalah pengatur
pucuk fikiran yang bertabur
bahasa adalah pelentur
ranting perasaan yang bersiur
dengan bahasa
terlihat fakta padu
terlihat sinar ilmu
terlihat cinta biru
dengan bahasa
pemimpin memaparkan arah
di pentas siasah
dengan bahasa
orang beriman menikmati ibadah
khusyuk dan pasrah
Mari kita berbahasa
Sebaiknya
Dengan bahasa
Budi dipertinggi
Mesra diperlebar
Dengan bahasa kita menjadi kita
Bersama
Jika tanpa bahasa
Bagaimana akan kita setujui
Perjanjian ini?
Mari kita berbahasa
Sebaiknya
Rahman Shaari
Antologi Anak Bumi Tercinta
DBP 2001
1. Mengapakah penyajak mengatakan bahawa bahasa penting dalam kehidupan manusia
A. kerana bahasa digunakan dalam pelbagai bidang
B. kerana bahasa dapat menghiburkan hati
C. kerana bahasa dapat memudahkan kita memahami sesuatu perkara
D. kerana bahasa dapat menambahkan ilmu
2. Menurut penyajak, penggunaan bahasa penting dalam
A. perubatan, politik dan teknologi
B. agama, politik dan perniagaan
C. politik, agama dan perundangan
D. pelajaran, politik dan agama
3. Yang manakah antara berikut bukan keterangan bentuk sajak
A. terdiri daripada lapan rangkap
B. rima akhir setiap rangkap adalah sama
C. jumlah perkataan setiap baris tidak sama
D. bilangan baris setiap rangkap tidak sama
4. Ungkapan pucuk fikiran, ranting perasaan, sinar ilmu, cinta biru dan pentas siasah merupakan gaya bahasa
A. diksi
B. sinkof
C. metafora
D. personafikasi
5. Berikut merupakan pengajaran yang diperoleh daripada sajak Bahasa kecuali
A. kita hendaklah menggunakan bahasa yang betul
B. kita perlu berbahasa mengikut kehendak masyarakat
C. bahasa yang betul dapat merapatkan hubungan sesama manusia
D. ketika beribadat hendaklah menggunakan bahasa yang sempurna
D. Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
WANITA ZAMAN INI
Wanita zaman ini
Tak berasa perlu bersuami
Taraf kehidupan mereka kini sudah tinggi
Mereka begitu mampu hidup berdikari
Wanita zaman ini
Lebih bahagia hidup sendiri
Perkahwinan bagi mereka membatasi
Pergerakan diri
Dan segala aktiviti peribadi
Bahkan memperjudi nasib diri
Di tengah kehidupan lelaki
Aladin Mohamad
Antologi Anak Bumi Tercinta
DBP 2001
1. Apakah yang menyebabkan wanita zaman ini tidak suka berumah tangga
A. tidak percaya kepada lelaki
B. tidak berasa perlu berkahwin
C. lebih senang hidup sendirian
D. taraf hidup yang tinggi dan dapat hidup berdikari
2. Apakah anggapan wanita zaman kini terhadap perkahwinan?
A. akan menyekat kebebasan pergerakan mereka
B. akan mengganggu pekerjaan mereka
C. akan menghalang kerjaya mereka
D. akan menyebabkan hidup mereka menderita
3. Nyatakan nada sajak ”Wanita Zaman Ini”
A. sinis
B. patriotik
C. romantis
D. melankolik
4. Perkataan ”tak” dalam frasa tak berapa perlu bersuami merupakan gaya bahasa
A. simile
B. sinkof
C. metafora
D. personafikasi
5. Apakah tema sajak ”Wanita Zaman Ini”
A. Rasa takut wanita untuk berkahwin
B. Keberanian wanita menghadapi cabaran
C. Pandangan kaum wanita terhadap perkahwinan
D. Kedudukan wanita yang tinggi dalam masyarakat
E. Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
KETIKA KAMI BERCERITA TENTANGNYA
Ketika kami bercerita tentangnya
Bapa sedang tidur
Aku cukup kenal
Pada lelap matanya
Tikar mengkuang lusuh itu
Barangkali, tambah melenakan bapa
Tadi
Lama sekali bapa menemani kami
Mengisi malam-malam seperti selalunya
Duduk mengelilingi pelita minyak tanah
Yang kecil itu
Semacam pahit dan getir pengalamannya
Begitu akrab pula
Dengan kami semua
Tidak pernah kami menyoal
Mengapa demikian
Laut sejarahnya
Kerana
Seperti kami juga di hutan kehidupan ini
Kami sedia memaklumi
Akan ketentuan
Yang harus digenggam
Asap pelita berkepul
Sesekali meliuk digerak angin
Ketika kami bercerita
Tentang bapaa
Aku cukup faham
Pada sebuah doa yang selalu disebutnya
Semoga ombak masa laluku
Bukan gelombang masa depanmu
Lim Swee Tin
Antologi Anak Bumi Tercinta
DBP 2001
1. Apakah bukti yang menunjukkan penyajak sekeluarga hidup dalam kemiskinan
A. bapa selalu sakit
B. anak-anak kurang berjaya
C. tidur beralaskan tikar mengkuang
D. masih menggunakan pelita minyak tanah
2. semoga ombak masa laluku
Bukan gelombang masa depanmu
Baris di atas merupakan doa ayah penyajak agar
A. anak-anaknya menjadi orang yang tabah
B. penderitaan silam tidak akan dilalui oleh anaknya
C. bermain ombak di laut harus dijadikan pengajaran
D. cabaran masa depan tidak seperti pengalaman masa lampau
3. Apakah yang menjadi topik perbualan penyajak bersama saudaranya
A. Kasih sayang ayahnya
B. Kemiskinan masa silam
C. Pengorbanan besar ayahnya
D. Kesungguhan ayah mendidik adik-beradik
4. Tidak pernah kami menyoal
Baris di atas menunjukkan gaya bahasa
A. metafora
B. inversi
C. perlambangan
D. hiperbola
5. Apakah pengajaran yang dapat diambil daripada sajak di atas
A. anak-anak mesti tinggal bersama ibu bapa
B. anak-anak mestilah menghargai jasa ibu bapa
C. bapa mesti berkorban untuk kesenangan anak-anak
D. bapa janganlah meminta balasan bagi pengorbanan yang diberikan
F... Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
USIA
Telah kususun letakmu
Disisian tenang
Ruang kukecilkan lagi
Dengan keinginan sederhana
Kulepaskan kupu-kupu semalam
Melalui jendela
Diiringi segaris cahaya pagi
Selamatlah datangmu
Atas kecintaan diri
Hidup didewasakan
Menjadi kristal padu
Memancarkan cahaya berpenjuru
Seharusnya kita berhati-hati
Memantulkan kembali
Ke hala yang satu
Tanpa keizinan-Mu
Pagi tidak lagi berbau tanah
Atau tiba-tiba
Lorong kecilku
Menjadi ungu
Siti Zainon Ismail
Antologi Anak Bumi Tercinta
DBP 2001
1. Apakah yang dilakukan oleh penyajak apabila menyedari dirinya semakin tua
A. Hidup memencilkan diri
B. Keinginan yang sederhana
C. Memikirkan kesilapan lalu
D. Memperbanyakkan amal ibadat
2. Bagaimanakah perasaan penyajak setelah usianya semakin dewasa
A. menikmati kehidupan yang senang dan mewah
B. mengharapkan kehidupan ini hanya sementara
C. mengharapkan satu kehidupan yang cemerlang
D. mahu terus mencari kebahagiaan
3. kulepaskan kupu-kupu semalam
Nyatakan maksud frasa di atas
A. membiarkan kupu-kupu meninggalkan dirinya
B. melupa penderitaan yang pernah dihadapinya
C. berusaha melepaskan kenangan yang mengganggu
D. melupakan peristiwa menyeronokkan yang pernah dialami
4. Penggunaan kata ”kau” dan ”mu” yang terdapat dalam sajak ini merupakan gaya bahasa
A. sinkof
B. simile
C. metafora
D. personafikasi
5. Berikut merupakan pengajaran yang diperoleh daripada sajak di atas kecuali
A. Kita hendaklah sedar umur seseorang semakin pendek
B. Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran hidup
C. Kita perlu mengisi hidup dengan hanya beramal ibadat
D. Kita perlu mengakui hidup dan mati seseorang ditentukan Tuhan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan