CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 24 Februari 2010

MODUL HIKMAH 9

MODUL 10 (PROSA TRADISIONAL)
(Soalan 31 – 35)

A. Baca petikan prosa di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Maka puteri enam pun langsung melayang ke kayangan masuk ke dalam istana mempersembahkan hal ehwal Puteri Bongsu itu. Maka sangat hairanlah ayahanda bonda mendengar dia, sepatah pun tiada apa katanya, diam sahaja.
Kalakian tersebutlah perkataan Tuan Puteri Bongsu, antara beberapa lama ia mencari kain layang baju layang itu, ia pun berjalan ke hilir air itu. Maka dilihatnya seorang tua laki-laki mengail. Maka Tua Puteri Bongsu, pun segeralah datang mendapatkan orang itu seraya bersabda, ”Ayuhai bapa, orang pengail adakah menengok kain layang baju layang saya tersangkut kepada ukiran taman itu?”
Maka di pengail pura-pura tiada mendengar, diam sahaja. Maka Tuan Puteri Bongsu bertanya juga. Maka sahut Tuanku Malim Deman itu, ”Wahai encik, seekor ikan pun saya tidak dapat!” Ia beralih ke tanjung yang lain. Maka ditanya juga oleh Tuan Puteri Bongsu akan hal kainnya itu. Maka sahut si pengail, ”Apakah bahasanya budak ini?” Maka beralih pula ke tanjung yang lain. Maka Tuan Puteri Bongsu pun berfikir di dalam hatinya, ”Jikalau begitu, sungguhlah orang pengail ini yang mencuri bajuku itu.” Maka Tuan Puteri Bongsu pun lalulah menangis teramat sangat, air matanya seperti mutiara yang putus dari karangannya seraya bertanya pula, ”Ayuhai bapa, orang pengail, dengan sungguhnya katalah adakah menengok kain tadi?”
Si pengail pun menyahut seraya berpantun, demikianlah bunyinya:
“Orang mengail berumpan lokan,
Sampan dikayuh terlalu laju;
Orang mengail dapat ikan,
Saya mengail dapat baju”

Hatta, setelah didengar oleh Tuan Puteri Bongsu bunyi pantun si pengail itu, maka ia pun segeralah menangkap pinggang si pengail seraya disembahnya, “Ayuhai bapa, orang yang pengail, empunya sembahlah beta sekali ini permintaan beta kepada bapa, tolonglah pulangkan kain layang baju layang beta itu, kerana beta hendak kembali ke kayangan, takut dimurkai oleh ayahanda bonda beta, jikalau tiada mahu memulangkan pun marilah kita berhakim kepada Nenek Kebayan, siapa salah siapa benar!”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada cerita “Tujuh Puteri Turun ke Dunia”,
antologi Sehijau Warna Daun, Tingkatan 1, DBP)

31 Siapakah yang mengambil kain layang baju layang Tuan Puteri Bongsu?
A Puteri Enam.
B Bapa pengail
C Nenek Kebayan
D Tuanku Malim Deman

32 Mengapakah Tuan Puteri Bongsu menangis?
A Kerana ditipu oleh pengail tua
B Kerana pakaian baginda diambil orang
C Kerana ditinggalkan oleh kekanda baginda
D Kerana mendengar pantun daripada pengail

33 Latar tempat ketika Tuan Puteri Bongsu bertemu dengan orang tua itu adalah di
A sungai
B kayangan
C taman yang berukir
D rumah Nenek Kebayan

34 Berdasarkan petikan prosa, watak Tuan Puteri Bongsu digambarkan sebagai
A prihatin
B penyayang
C bertolak ansur
D berbudi bahasa



A. Tuanku Malim Deman menyamar sebagai orang tua yang hodoh
B. Tuan Puteri Bongsu mengesyaki Pengail Tua yang telah mencuri pakaiannnya
X
Tuan Puteri Bongsu dan Tuanku Malim Deman hidup bahagia sebagai suami isteri



35 Berdasarkan prosa ”Tujuh Puteri Turun ke Dunia”, apakah peristiwa X?
A Tuan Puteri Bongsu memarahi Tuanku Malim Deman kerana mencuri
pakaian baginda
B Tuanku Malim Deman mencari jalan untuk mengahwini Tuan Puteri Bongsu
C Tuan Puteri Bongsu terpikat oleh ketampanan Tuanku Malim Deman
D Tuanku Malim Deman mengajak Tuan Puteri Bongsu tinggal di dunia


B. Soalan 31 hingga soalan 35
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Kalakian, mak tinggallah kedua binatang itu dengan berteguh-teguhan setia; seorang membahagikan rezekinya kepada seorang dengan berkasih-kasihan beberapa lamanya. Sebermula, maka adalah isteri buaya itu tinggal di kuala sungai itu. Maka beberapa lamanya dinantikannya suaminya itu, tiada juga pulang; lalu disuruhnyalah seekor buaya pergi memanggil suaminya itu, katanya, “Engkau katakan kepada suamiku bahawa aku terlalu sakit payah, hendak bertemu dengan dia.”

Maka buaya yang disuruh itu pun datanglah bertemu dengan suaminya itu. Maka katanya, “Adapun isteri tuan hamba itu terlalu sakit payah; hasratnya hendak bertemu dengan tuan hamba. Maka sebab itulah ia menyuruhkan hamba datang memanggil tuan hamba ini. Maka sekarang pun hendaklah segera tuan hamba datang bersama-sama dengan hamba ini.”

Maka sahut buaya itu,”Adapun aku ini adalah bersahabat dengan seekor kera, serta sudahlah aku berteguh-teguhan janji; maka sekarang pun jikalau ia memberi izin kepada hamba, bolehlah hamba pergi.”

Maka jawab buaya itu, “Mengapakah tuan hamba berkata demikian itu?”

Maka kata buaya, “Adapun yang menghidupkan aku dan yang memeliharakan aku, adalah kerana aku sudah menjadi sahabat. Maka sekarang sebab isteriku itu aku lepaskan dia, tiadalah patut.”

Maka apabila didengar oleh buaya itu akan perkataan itu, maka berfikirlah ia, “Apakah periku hendak membawa ia ini kembali?” Maka berkatalah ia, “Adapun isteri tuan hamba itu terlalulah sakit payah; maka beberapa orang sudah mengubati dia, tiada juga sembuh; kemudian datang seorang tabib, katanya, “Jikalau boleh dapat hati kera, nescaya sembuhlah penyakitnya itu.”

Maka kata buaya itu, “Hai taulanku, apa periku hendak membunuh kera itu, kerana terlalu besar kebaikannya kepadaku. Tiadalah sampai hatiku hendak membunuh akan dia; lagipun pekerjaan demikian itu bukankah dosa besar adanya.”

Maka kemudian berfikir pula ia, “Jikalau aku takutkan dosa itu, nescaya hilanglah isteriku dan binasalah segala isi rumahku, dan sunyilah negeriku.”

(Dipetik daripada prosa tradisional Cerita Kera dengan Buaya,
Antologi Sehijau Warna Daun, Tingkatan 2, DBP)


31. Mengapakah buaya sudah lama tidak pulang menemui isterinya?
A. Sudah bertemu kekasih baru
B. Tidak menyayangi isterinya lagi
C. Menjalinkan persahabatan dengan kera
D. Mencari makanan untuk isteri dan anaknya

32. Apakah konflik yang dihadapi oleh buaya?
A. Membunuh sahabat baiknya
B. Mempercayai kata-kata tabib
C. Memikirkan kesihatan isterinya
D. Memutuskan persahabatan dengan kera

33. Antara yang berikut, manakah yang bukan menggambarkan perwatakan kera?
A. Bijaksana
B. Bersikap tegas
C. Bertimbang rasa
D.Mementingkan diri sendiri

34. Latar masyarakat yang digambarkan dalam petikan tersebut ialah
A. masyarakat yang rajin berusaha
B. masyarakat yang tidak mengenang budi
C. masyarakat yang mencari rezeki di sungai
D. masyarakat yang menggunakan tipu muslihat

35. Apakah kesudahan Cerita Kera dengan Buaya?
A. Buaya meminta maaf daripada kera kerana kesilapan yang dilakukannya.
B. Kera memutuskan persahabatannya dengan buaya yang menyebabkan buaya menyesal lalu mati.
C. Kera memarahi buaya yang cuba memperdayakannya walaupun kera sudah banyak berjasa kepadanya.
D. Buaya terpaksa menangkap dan membunuh kera kerana memerlukan hatinya untuk mengubati penyakit isterinya.




C. Soalan 31 hingga soalan 35
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
Syahadan maka Pak Belalang pun sekalian hal ehwal itu semuanya didengarnya. Sangatlah suka hatinya serasa mati kembali hidup, sambil berkayuh perlahan-lahan balik pulang ke rumahnya. Setelah sampai, lalu memanggil perempuannya, Emak Belalang. Maka Emak Belalang pun bangun membuka pintu. Maka kata Pak Belalang “ Adakah nasi Emak Belalang? Aku lapar ini, pergilah masak segera. Apa digaduhkan masak nasi ransum, belanja kita raja yang memberi?” Maka jawab isterinya, “Sudah ada nasi, makanlah.” Maka Pak Belalang pun bersalin kainnya lalu duduk serta memakan nasi. Setelah itu, ia pun tidur dengan kesukaannya. Seketika lagi hari pun sianglah lalu ia bangun duduk sambil merojak sirehnya.
Sebermula, maka tersebutlah perkataan juragan kapal. Telah hari siang, pagi-pagi hari, maka juragan pun bersiaplah lalu naik ke darat diiringkan oleh anak-anak perahunya membawa naik anak itik itu. Maka baginda pun sudah hadir di atas singgahsana takhta kerajaan dihadapi oleh sekalian menteri, hulubalang, sida-sida, bentara, rakyat bala, hina dina hendak melihat temasya itu. Hatta baginda pun menitahkan seorang biduanda memanggil Ahlil Nujum Belalang dengan segeranya. Maka biduanda pun menyembah lalu turun berjalan ke rumah Ahlil Nujum Belalang. Maka katanya, “Titah tuanku memanggil Ahlil Nujum, juragan dan sekalian orang telah berhimpun di balai semuanya.”
Maka Ahlil Nujum pun besiap-siapkan sirihnya lalu menghadap baginda. Maka sampailah ke balairung seri. Maka titah baginda, “Marilah ke mari.” Maka Ahlil Nujum Belalang pun dekatlah dengan baginda. Maka titah baginda, Apakah hal Ahlil Nujum, hendak mengenal anak ituk itu jantan betinanya? Maka sembah Pak Belalang, Ampun tuanku beribu-ribu ampun, jenuh patik mencari di dalam buku tib patik. Maka dapatlah patik di dalam buku kecil sahaja ada di dalam dua baris tertulis di situ mengatakan demikian: Bahawasanya ada pun hendak mengenal itik itu jantan betinanya, hendaklah dengan air.”

(Dipetik daripada prosa Pak Belalang
dalam antologi Anak Bumi Tercinta,

SOALAN
31. Apakah yang dinyatakan oleh Pak Belalang apabila tiba di rumahnya?
A. Makan nasi kerana lapar
B. Berehat kerana terlalu letih
C. Mendesak isterinya menyediakan makanan
D. Berbual bual dengan isterinya tentang masakan harian

32. Apakah titah sultan kepada seorang biduanda istana di negeri itu
A. Baginda menitahkan Ahlil Nujum Belalang segera ke istana
B. Baginda menitahkan semua ahlil nujum berkumpul di istananya
C. Baginda menitahkan biduanda menjawab teka-teki yang diajukan
D. Baginda menitahkan biduanda memanggil juragan kapal itu datang ke istana

33. Antara teknik plot yang digunakan dalam petikan di atas ialah
A. dialog dan kejutan
B. pemerian dan dialog
C. dialog dan imbas kembali
D. pemerian dan imbas kembali

34. Kata Syahadan, Sebermula dan maka merupakan contoh gaya bahasa
A. Bahasa Arab
B. Bahasa Inggeris
C. Bahasa Indonesia
D. Bahasa Melayu Klasik

35. Apakah klimaks cerita ”Pak Belalang”?
A. Nakhoda menyerah tiga buah kapal kepada Raja Indera Maya
B. Nakhoda menguji kebijaksanaan Raja Indera Maya menjawab soalan
C. Pak Belalang berjaya menjawab soalan yang diajukan dengan tepat
D. Pak Belalang berasa bimbang tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan


DBP 2001 hlm 29 & 30)

Kedua binatang itu dengan berteguh-teguhan setia; seorang membahagikan rezekinya kepada seorang dengan berkasih-kasihan beberapa lamanya. Sebermula, maka adalah isteri buaya itu tinggal di kuala sungai itu. Maka beberapa lamanya dinantikannya suaminya itu, tiada juga pulang; lalu disuruhnyalah seekor buaya pergi memanggil suaminya itu, katanya, “Engkau katakan kepada suamiku bahawa aku terlalu sakit payah, hendak bertemu dengan dia.”

Maka buaya yang disuruh itu pun datanglah bertemu dengan suaminya itu.
aka katanya, “Adapun isteri tuan hamba itu terlalu sakit payah; hasratnya hendak bertemu dengan tuan hamba. Maka sebab itulah ia menyuruhkan hamba datang


memanggil tuan hamba ini. Maka sekarang pun hendaklah segera tuan hamba datang bersama-sama dengan hamba ini.”

Maka sahut buaya itu,”Adapun aku ini adalah bersahabat dengan seekor kera, serta sudahlah aku berteguh-teguhan janji; maka sekarang pun jikalau ia memberi izin kepada hamba, bolehlah hamba pergi.”

Maka jawab buaya itu, “Mengapakah tuan hamba berkata demikian itu?”

Maka kata buaya, “Adapun yang menghidupkan aku dan yang memeliharakan aku, adalah kerana aku sudah menjadi sahabat. Maka sekarang sebab isteriku itu aku lepaskan dia, tiadalah patut.”

Maka apabila didengar oleh buaya itu akan perkataan itu, maka berfikirlah ia, “Apakah periku hendak membawa ia ini kembali?” Maka berkatalah ia, “Adapun isteri tuan hamba itu terlalulah sakit payah; maka beberapa orang sudah mengubati dia, tiada juga sembuh; kemudian datang seorang tabib, katanya, “Jikalau boleh dapat hati kera, nescaya sembuhlah penyakitnya itu.”

Maka kata buaya itu, “Hai taulanku, apa periku hendak membunuh kera itu, kerana terlalu besar kebaikannya kepadaku. Tiadalah sampai hatiku hendak membunuh akan dia; lagipun pekerjaan demikian itu bukankah dosa besar adanya.”

Maka kemudian berfikir pula ia, “Jikalau aku takutkan dosa itu, nescaya hilanglah isteriku dan binasalah segala isi rumahku, dan sunyilah negeriku.”

(Dipetik daripada prosa tradisional Cerita Kera dengan Buaya,
Antologi Sehijau Warna Daun, Tingkatan 2, DBP)

Soalan tiada : buat sendiri

D. Soalan 31 hingga soalan 35
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya


Setelah sudah Tun Tuah fikir demikian itu maka katanya Tun Tuah, ” Hai Taming Sari, apa juga kehendak hatimu? Maka engkau seorang dirimu, adapun bentara Majapahit ini raja besar, barang tipunya mati juga engkau olehnya. Adapun jikalau engkau hendak hidup, marilah kita kedua muafakat mengamuk bentara Majapahit itu, dan Patih Gajah Mada pun kita bunuh dan penggawa yang besar-besar pun kita bunuh. Sudah itu segala penjurit dan pelenter kita perbaiki dan engkau menjadi ratu dalam negeri ini dan akan aku menjadi Patih Gajah Mada; siapa dapat membunuh kita kedua ini? Adapun kerismu itu kulihat tiada kukuh; ambil kerisku pendua ini supaya kita kedua mengamuk ke dalam istana bentara Majapahit’”
Setelah Taming Sari mendengar kata Tun Tuah demikian itu, pada bicara hatinya sungguh seperti kata Tun Tuah itu. Kata Taming Sari, ” Jikalau sungguh seperti katamu itu, marilah kerismu itu dahulu kulihat, supaya aku percaya.” Maka Tun Tuah pun segera menghunus kerisnya dan penduanya dengan sarungnya lalu diunjukkannya kepada Taming Sari. Maka segera disambutnya keris itu lalu dihunus, lalu katanya, ” Terlalu baik dengan kukuhnya dan tajamnya.” Maka kata Tun Tuah,” Kerisku itu baharu juga kutikamkan penjurit di hadapan bentara Majapahit dan Patih Gajah Mada.” Maka kata Taming Sari.” Sungguh seperti kata laksamana itu.Jika pakanira hendak akan keris manira ini, manira berikan: jikalau lain daripada laksmana tiadalah manira beri.” Keris itu pun disarungkannya lalu diunjukkannya kepada Tun Tuah. Maka Tun Tuah pun memekis serta menghunus keris itu. Katanya,” Cih, mati engkau olehku sekali ini!”
Setelah dilihat oleh Taming Sari Tun Tuah melompat menghunus keris itu, maka Taming Sari pun terkejut serta menghunus kerisnya lalu ditikamnya di dada Tun Tuah; dipertubi-tubi tikam. Maka Tun Tuah pun melompat ke kiri dan ke kanan menyalahkan tikan penjurit itu. Maka orang yang lari itu pun temasya melihat Tun Tuah bertikam dengan Taming Sari itu. Maka Taming Sari pun lelah.

(Dipetik daripada prosa Hang Tuah Mengalahkan Taming Sari
dalam ’Antologi Anak Bumi Tercinta,DBP 2001 hlm 35 & 36




31. Apakah rancangan Tun Tuah untuk memperdayakan Taming Sari ?
A. meyakinkan bahawa betara Majapahit dan Patih Gajah Mada sudah mati
B. menawarkan keris pendua pemberian betara Majapahit yang tajam dan kukuh
C. mengajaknya berpakat untuk membunuh betara Majapahit dan Patih Gajah Mada
D. mengajaknya pulang ke Melaka keraja sudah tidak selamat tinggal lama di Majapahit

32. Nyatakan reaksi Taming Sari setelah Tun Tuah berjaya memujuknya.
A. Taming Sari sedar yang dirinya ditipu
B. Taming Sari menyembunyikan keris tersebut
C. Taming Sari tidak mahu berlawan dengan Tun Tuah
D. Taming Sari percaya terhadap kata-kata Tun Tuah dan menurut percakapannya


33. Dalam petikan di atas, terdapat banyak penggunaan teknik plot
A. dialog dan monolog
B. dialog dan pemerian
C. monolog dan imbas muka
D. imbas muka dan pemerian

34. Berikut merupakan nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas kecuali
A. Berani
B. Bijaksana
C. Penyayang
D. Bekerjasama

35. Yang berikut ialah pengajaran yang dapat diperoleh daripada cerita ”Hang Tuah Mengalahkan Taming Sari” kecuali
A. kita hendaklah berani menghapuskan musuh yang mengancam keselamatan negara
B. kita hendaklah menghargai jasa seseorang yang sanggup menentang anasir jahat
C. raja hendaklah mendengar nasihat daripada menterinya
D. kita hendaklah bijak bertindak untuk menyelesaikan sesuatu masalah




E. Soalan 31 hingga soalan 35
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya


Maka keesokan harinya disuruh pula bunuh seorang , ambil darahnya serta dengan hatinya diperbuat gulai dan panggang dan darah itu diperbuat kuahnya. Maka apabla dimakan oleh baginda, terlebih lazat cita rasanya. Maka tiadalah dapat lagi ditingggalkan oleh Raja Bersiung itu daripada memakan hati darah orang jua. Jikalau tidak ada yang demikian, tiadalah dapat baginda santap nasi pada hari itu walau berapa banyak lauk sekalipun. Maka jadilah seorang sehari terbunuh oleh baginda
Sampai kepada habis orang yang tiada berdosa pun dan di luar kota pun sunyilah kerana sudah habis orangnya. Tiadalah apa kira baginda hanya hendak memakan hati darah manusia sahaja sehingga orang yang di dalam penjara itu pun habislah dibunuh baginda.
Maka masyhurlah kepada khalayak yang banyak hingga kepada negeri yang lain-lain. Maka terlalunya amat kemasyghulan segala rakyat bala tentera, datang dengan teriak tangis kepada segala menteri hulubalang mengatakan anaknya terbunuh. Ada yang setengahnya mengatakan bapanya terbunuh. Demikian itulah habis mati sekalian orang dibunuh bagindan dan dimakan darahnya.
Sebermula, adalah seorang orang Seri Gunung Ledang bernama Kampar yang amat jahatnya. Ia mengetahui daripada segala ilmu jadi-jadian dan lagi tiada dimakan oleh besi tubuhnya. Maka diketahuilah oleh orang itu perangai Raja Bersiung itu. Maka ia pun membuatlah suatu kesalahan supaya ia tertangkap. Maka ditangkap oranglah akan dia lalu dibawa ke hadapan raja itu. Maka Raja Bersiung pun segeralah turun dengan pedangnya yang sudah terhunus, serta titah baginda,


“Bunuhlah orang itu.”
Maka kata Kampar itu, “Hai, raja ini membunuh dengan tiada periksa!”
Maka Raja Bersiung pun marahlah, datang hamper dengan Kampar itu lalu mengangkatkan pedang baginda hendak menetak. Maka kata Kampar,” Hai Raja Bersiung, gilakah hendak membunuh orang dengan tiada periksa? Sungguhpun memakan hagi orang, lepaskanlah ikatan aku ini. Serta aku tiada dengan senjata ini, adakah boleh aku melawan? Bunuhlah sekarang, nescaya puaslah raja memakan hati darahku.”

(dipetik daripada Prosa Raja Bersiung,
Dalam Antologi Anak Bumi Tercinta, DBP 2001. hlm 42 & 43)


31. Apakah kegemaran Raja Bersiung
A. Makan hati dan darah manusia
B. Makan benda-benda berdarah
C. Makan sayur bayam yang belum dimasak
D. Memakan daging manusia yang melakukan kesalahan





32. Tindakan negatif Raja Bersiung menyebabkan
A. semua rakyat tidak mahu keluar rumah
B. semua rakyat berada dalam ketakutan
C. semua rakyat semakin membenci baginda
D. semua rakyat bersatu padu untuk menentang baginda

33. Latar masyarakat yang digambarkan dalam petikan di atas ialah
A. Masyarakat Melayu Feudal
B. Masyarakat yang dalam ketakutan
C. Masyarakat kampung yang rajin bekerja
D. Masyarakat raja yang mementingkan diri sendiri

34. Berikut merupakan perwatakan Raja Bersiung kecuali
A. Zalim
B. Suka menyusahkan rakyat
C. Suka menyimpan gundik
D. Mementingkan diri sendiri

35. Pilih urutan pertukaran jelmaan Kampar yang betul dalam cerita ”Raja Bersiung”
A. Harimau – babi tunggal – ular tedung selar
B. Ukar tedung selar – harimau – babi tunggal
C. Babi tunggal – harimau – ular tedung selar
D. Babi tunggal – ular tedung selar - harimau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan