CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 24 Februari 2010

MODUL HIKMAH 4

MODUL 5

AYAT YANG SAMA MAKSUD

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

1. Keadaan langit yang tidak berawan menyebabkan cuaca bertambah panas terutamanya pada musim kemarau.

A Cuaca yang semakin panas berpunca daripada keadaan langit yang tidak berawan pada musim kemarau..
B Keadaan langit yang tidak berawan memburukkan lagi keadaan cuaca dan suhu semakin panas.
C Cuaca bertambah panas terutamanya pada musim kemarau kerana keadaan langit tidak berawan.
D Cuaca pada musim kemarau bertambah panas kerana langit tidak mempunyai awan.

2. Pembuangan sisa toksik oleh kilang ke dalam sungai menyebabkan ikan dalam sungai tersebut musnah.

A Kilang-kilang toksik menyebabkan ikan di dalam sungai mati kerana pencemaran yang berlaku.
B Ikan di dalam sungai mati tercemar kerana sisa toksik yang yang dibuang dari kilang – kilang menyebabkan pencemaran.
C Pencemaran sungai berlaku menyebabkan ikan mati akibat perbuatan kilang-kilang toksik.
D Kilang yang membuang sisa toksik ke dalam sungai menyebabkan ikan di sungai tersebut mati.

3. Pembangunan yang berterusan di kawasan luar bandar akan dapat meningkatkan taraf kehidupan penduduk di kawasan berkenaan secara beransur-ansur.

A Secara berdikit-dikit pembangunan yang tertumpu di kawasan luar bandar mampu memajukan kawasan berkenaan secara berterusan.
B Taraf hidup rakyat di kawasan luar bandar akan dapat dipertingkatkan sedikit demi sedikit dengan adanya pembangunan yang berkekalan.
C Tanpa pembangunan yang berterusan, penduduk di kawasan luar bandar tidak dapat menikmati taraf hidup yang lebih baik daripada keadaan yang ada.
D Taraf hidup rakyat akan dapat dipertingkat melalui pembangunan yang dijalankan di kawasan luar bandar.

4. Stadium bola sepak itu dibanjiri penonton sewaktu perlawanan akhir itu berlangsung.

A Penonton membanjiri stadium bola sepak semasa perlawanan akhir diadakan.
B Perlawanan akhir bola sepak itu telah dibanjiri penonton kerana diadakan dalam
stadium.
C Terlalu banyak penonton yang datang ke stadium menyaksikan perlawanan akhir
bola sepak itu.
D Sewaktu perlawanan bola sepak akhir itu diadakan, stadium seolah-olah dibanjiri
penonton yang banyak.

5. Menaikkan harga barang-barang pada musim perayaan merupakan sikap segelintir para peniaga yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata.

A Apabila musim perayaan tiba, sebilangan peniaga akan memikirkan keuntungan
semata-mata dengan menaikkan harga barang.
B Sebahagian daripada peniaga akan menaikkan harga barang sesuka hati pada musim perayaan kerana mahukan keuntungan
C Sesetengah peniaga selalu memikirkan keuntungan apabila musim perayaan tiba
kerana itu memang sikap mereka.
D Peniaga-peniaga yang hanya memikirkan keuntungan akan menaikkan harga
barang pada musim perayaan.

6. “ Saya berharap agar semua ahli persatuan memberikan kerjasama kepada
pengerusi yang telah dilantik dalam mesyuarat kali ini, “ kata Encik Najib.

A Encik Najib menyeru semua ahli memberikan kerjasama yang padu kepada
pengerusi mesyuarat itu yang telah dilantik.
B Dalam mesyuarat itu, semua ahli persatuan diminta memberikan kerjasama kepada pengerusi persatuan itu oleh Encik Najib.
C Encik Najib menyatakan harapannya agar semua ahli memberikan kerjasama
kepada pengerusi.
D Semua ahli telah diharapkan oleh Encik Najib agar memberikan kerjasama kepada
pengerusi yang telah dilantik dalam mesyuarat itu.

7. Program ceramah dan bengkel teknik menjawab itu banyak membimbing pelajar sebagai usaha meningkatkan pencapaian mereka dalam peperiksaan PMR pada tahun ini.

A Meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan PMR ditentukan oleh projek ceramah dan bengkel teknik menjawabnya.
B Antara usaha untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam peperiksaan PMR pada tahun ini ialah mereka diberi tunjuk ajar melalui program ceramah dan bengkel teknik menjawab.
C Peperiksaan PMR pada tahun ini dijangka meningkat keputusannya kerana adanya usaha dan bimbingan daripada program ceramah dan bengkel teknik menjawab..
D Peperiksaan PMR pada tahun ini akan dapat ditingkatkan kerana program ceramah dan bengkel teknik menjawab banyak memberikan tunjuk ajar kepada palajar.

8. Di samping merancakkan pertumbuhan ekonomi, kebanjiran pendatang asing ke negara kita telah mencetuskan pelbagai masalah sosial.

A Masalah sosial yang ditimbulkan oleh pendatang asing yang datang beramai-
ramai turut membantu meningkatkan perkembangan ekonomi negara.
B Selain meningkatkan masalah sosial, kemasukan pendatang asing turut merancakkan perkembangan ekonomi negara.
C Kemasukan pendatang asing bukan sahaja berjaya menggiatkan perkembangan ekonomi negara kita tetapi turut banyak menimbulkan masalah sosial.
D Perkembangan ekonomi negara kita turut dibantu oleh pendatang-pendatang asing walaupun mereka dikenal pasti sebagai punca segala masalah sosial.

9. “Kami akan pergi ke dewan pada petang ini untuk mendengar ceramah tentang teknik menjawab soalan PMR,” kata Ikbal dan Fuad kepada rakan-rakannya.

A Ikbal memberitahu Fuad dan rakan-rakannya bahawa dia akan pergi ke dewan untuk mengikuti ceramah teknik menjawab soalan PMR pada petang itu.
B Ikbal dan Fuad memberitahu rakan-rakannya bahawa mereka akan ke dewan pada petang itu untuk mendengar ceramah tentang teknik menjawab soalan PMR.
C Ikbal dan Fuad memaklumkan bahawa mereka akan pergi ke dewan pada petang ini untuk mengikuti ceramah tentang teknik menjawab soalan PMR.
D Ikbal dan Fuad mengajak rakan-rakannya supaya mereka pergi ke dewan pada petang ini untuk mendengar ceramah tentang teknik menjawab soalan PMR.

10. Masalah jenayah dalam kalangan remaja akan dapat diatasi dengan menggunakan pendekatan kerjasama polis dan masyarakat.

A Golongan remaja yang melakukan jenayah perlu mendapatkan kerjasama daripada pihak polis dan orang ramai untuk mengatasi masalah mereka.
B Para remaja yang terlibat dalam jenayah perlu diberi kerjasama oleh pihak polis dan orang ramai bagi melindungi tabiat buruk mereka.
C Kerjasama pihak polis dan orang ramai dapat membanteras masalah jenayah dilakukan oleh kebanyakan remaja.
D Tanpa kerjasama daripada masyarakat dan pihak polis, agak sukar mereka mengatasi masalah jenayah juvana.

11. Perkembangan teknologi komunikasi yang serba canggih pada masa kini mampu membawa kita ke serata dunia tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan yang banyak ataupun berjalan jauh.

A Perbelanjaan yang banyak tidak diperlukan untuk membolehkan kita bergerak jauh untuk ke mana-mana dengan adanya kemajuan dalam bidang perhubungan yang semakin canggih.
B Melalui perkembangan teknologi perhubungan yang semakin maju pada zaman ini kita dapat menjelajah ke mana-mana sahaja di dunia ini tanpa perlu berbelanja besar ataupun bergerak jauh.
C Kecanggihan teknologi perhubungan tidak memerlukan kita mengeluarkan perbelanjaan yang cukup banyak kerana kita tidak perlu bergerak ke mana-mana pun di dunia ini.
D Tanpa perkembangan teknologi komunikasi yang canggih kita tidak mampu pergi ke mana-mana di dunia ini tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang begitu besar.



12. Perkembangan pasar tani memberikan peluang kepada para petani berkecimpung dalam bidang perniagaan sekali gus bertindak sebagai usahawan kecil.

A Usahawan kecil akan memberikan peluang kepada para petani supaya
menjalankan perniagaan di pasar tani.
B Para petani perlu menjalankan perniagaan mereka di pasar tani supaya peluang
mereka untuk menjadi usahawan kecil tidak terjejas.
C Penglibatan petani sebagai peniaga di pasar tani akan menggalakkan petani
menjadi ahli perniagaan seterusnya sebagai perintis usahawan kecil.
D Para petani mampu bergiat dalam bidang perniagaan seterusnya menjadi
usahawan kecil sekiranya pasar tani dikembangkan.

13. Keindahan Malaysia pada mata masyarakat luar bukan hanya terletak pada
keindahan alam semula jadi tetapi keunikan budaya serta kemajmukan rakyat negara ini juga.

A Keunikan budaya serta kemajmukan rakyat negara ini di samping keindahan alam semula jadinya menyebabkan Malaysia dipandang indah oleh masyarakat luar.
B Masyarakat luar sering memandang Malaysia sebagai sebuah negara yang indah hanya pada alam semula jadinya sahaja tetapi mereka lupa keunikan budaya serta kemajmukan rakyat.
C Rakyat negara ini dipandang indah kerana mereka hidup dalam keunikan budaya serta kemajmukan rakyat.
D Keindahan Malaysia pada mata masyarakat luar hanyalah terletak pada keindahan alam semula jadinya sahaja sebaik budaya dan rakyat negara tidak unik.

14. Aktiviti merentas desa diadakan adalah untuk melahirkan pelajar yang sihat dari segi fizikal.

A Aktiviti merentas desa diadakan untuk melahirkan pelajar yang seimbang.
B Bagi melahirkan pelajar yang sihat, aktiviti merentas desa diadakan.
C Bagi melahirkan pelajar yang seimbang, aktiviti merentas desa diadakan.
D Bagi melahirkan pelajar yang sihat fizikalnya, aktiviti merentas desa diadakan.

15. Kerajaan menyediakan perkhidmatan percuma untuk kepentingan awam, tetapi kemudahan itu disalahgunakan oleh sesetengah pihak.

A Pihak berkuasa tidak pernah mengabaikan penyediaan kemudahan awam
secara percuma kepada rakyat, tetapi segelintir rakyat tidak menghargai
pemberian itu.
B Kegagalan pihak berkuasa menyediakan kemudahan awam menyebabkan
perkhidmatan itu tidak digunakan dengan baik.
C Mengadakan perkhidmatan percuma kepada rakyat adalah menjadi
tanggungjawab kerajaan dan rakyat pula harus menghargai pemberian itu.
D Rakyat di negara ini begitu menghargai perkhidmatan yang disediakan oleh
kerajaan, namun begitu mereka masih memerlukan bantuan yang lebih banyak.


16. Sektor pertanian merupakan sektor yang dapat menguntungkan negara jika
dimajukan secara besar-besaran.

A Jika diusahakan secara besar-besaran, sektor pertanian dapat membeikan pulangan yang menguntungkan negara.
B Sektor yang menguntungkan negara seperti sektor pertanian hendaklah dijalankan secara bear-besaran.
C Sektor pertanian yang dijalankan secara besar-besaran telah memberikan pulangan yang menguntungkan kepada negara.
D Sektor yang bakal memberikan pulangan yang besar kepada negara adalah sektor pertanian.

17. Bencana taufan Katrina telah menyebabkan kenaikan harga minyak dunia.

A Harga minyak yang semakin meningkat menjadi punca berlakunya taufan Katrina.
B Peningkatan harga minyak dunia telah mengakibatkan bencana taufan Katrina.
C Harga minyak dunia dan bencana taufan Katrina telah berlaku secara serentak.
D Kesan daripada bencana taufan Katrina telah mengakibatkan peningkatan harga minyak dunia.

18. Pelajar-pelajar miskin akan diberikan bantuan pakaian dan buku teks oleh kerajaan.

A Bantuan kerajaan amat diperlukan oleh pelajar-pelajar miskin terutamanya buku teks dan pakaian.
B Kerajaan akan memberikan bantuan pakaian dan buku teks kepada pelajar miskin.
C Kerajaan terpaksa memberikan bantuan kapada pelajar-pelajar miskin yang memerlukan buku teks dan pakaian.
D Pelajar-pelajar miskin meminta bantuan buku teks dan pakaian daripada kerajaan kerana tidak mampu membelinya.

19. “Angkatlah pakaian di ampaian itu kerana hari hendak hujan,” kata ibu kepada Wee Kian.

A Wee Kian mengangkat pakaian ibunya di ampaian kerana hari hendak hujan.
B Kerana hari akan hujan, Wee Kian mengangkat pakaian di ampaian.
C Ibu menyuruh Wee Kian mengangkat pakaian di ampaian kerana hari akan hujan.
D Ibu mengangkat pakaian Aminah di ampaian kerana hari sudah hujan.

20. Polis trafik akan mengadakan operasi besar-besaran pada musim perayaan bagi mencegah kemalangan jalan raya.

A Pada musim perayaan akan diadakan kawalan lalu lintas secara besar-besaran bagi mencegah kemalangan saolan raya yang membabitkan polis trafik.
B Operasi besar-besaran akan diadakan pada musim perayaan oleh polis trafik bagi mengelakkkan kemalangan jalan raya berlaku.
C Pencegahan kemalangan jalan raya dibuat oleh polis trafik pada musim perayaan.
D Operasi polis trafik pada musim perayaan bertujuan untuk mencegah kemalangan jalan raya secara besar-besaran.

21. Kesedihan jelas tergambar pada wajahnya yang tidak dapat berhari raya di
kampung halaman.

A Wajahnya yang kesedihan itu jelas menunjukkan bahawa dia tidak dapat berhari raya di kampung halaman
B Wajahnya muram kerana dia tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk berhari raya
C Disebabkan tidak dapat berhari raya di kampung , wajahnya kelihatan begitu sedih
D Kegagalan untuk pulang ke kampung halaman menyebabkan dia berasa sedih pada hari raya.

22. Adlina akan melangsungkan perkahwinan dengan pemuda pilihannya pada minggu depan.

A Pada minggu depan pemuda itu akan melangsungkan perkahwinannya dengan Adlina.
B Adlina dan pemuda pilihannya akan dikahwinkan pada minggu depan.
C Adlina memilih minggu depan untuk berkahwin dengan pemuda itu.
D Perkahwinan Adlina akan dilangsungkan pada minggu depan dengan pemuda pilihannya sendiri.

23. Sehingga usianya sekarang, Suresh berjaya dalam apa sahaja bidang yang diceburinya.

A Sepanjang usianya kini, apa-apa sahaja bidang yang diceburi oleh Suresh pastinya
berjaya.
B Bidang yang diceburi Suresh sepanjang usia berjaya semuanya.
C Suresh berjaya dalam bidang yang diceburinya apa-apa saja.
D Sekiranya semua bidang diceburi Suresh pasti berjaya.

24. Pagi-pagi lagi Rosli telah membantu bapanya menolak kereta jiran mereka kerana kerosakan.

A Kereta jiran ditolak oleh Rosli dan bapanya awal-awal pagi lagi kerana mengalami kerosakan.
B Kereta Rosli ditolak bapa dan jirannya pada awal-awal pagi lagi kerana mengalami
kerosakan.
C Kereta bapanya ditolak Rosli dan jiran mereka awal-awal pagi lagi kerana kerosakan.
D Kereta menolak bapa Rosli dan jiran mereka kerana kerosakan awal-awal pagi lagi.




25. Penyokong Terengganu terdiam seketika apabila pasukan lawan menyamakan kedudukan pada masa separuh kedua.

A Penyokong pasukan Terengganu terdiam sejenak apabila pasukan lawan menyamakan kedudukan pada masa separuh kedua.
B Setelah pasukan lawan menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua,
maka penyokong Terengganu pun terdiam.
C Penyokong Terengganu terdiam setelah pasukan lawan selesai menyamakan
kedudukan kedua-dua pasukan.
D Penyokong Terengganu yang terdiam itu telah menyamakan kedudukan pada
separuh masa kedua.

26. Keputusan untuk membuang pelajar-pelajar tersebut dari sekolah ini dibuat setelah mengambil kira rekod mereka yang terbabit.

A Berdasarkan rekod yang ada, tindakan buang sekolah terhadap pelajar-pelajar yang
berkenaan adalah wajar.
B Rekod pelajar yang terlibat menjadi asas dalam menentukan hukuman buang
berkenaan.
C Hukuman untuk membuang pelajar-pelajar yang terbabit berdasarkan rekod pelajar.
D Selepas mengambil kira rekod pelajar-pelajar yang terbabit, dengan itu keputusan
membuang mereka dari sekolah ini dibuat.

27. Keghairahan pihak-pihak tertentu mengambil tanah pertanian untuk dijadikan padang golf menyebabkan negara mengimport bahan makanan lebih banyak.

A Sukan golf telah menyebabkan pihak-pihak tertentu membuat keputusan untuk
mengimport bahan makanan dari luar negara kerana kurangnya kawasan pertanian.
B Bahan makanan dari luar negara terpaksa dibawa masuk bagi menggantikan
kawasan pertanian yang dijadikan padang golf oleh pihak-pihak tertentu.
C Kewujudan padang golf bagi menggantikan kawasan pertanian menyebabkan negara
terpaksa membeli bahan makanan dari luar bagi menampung keperluan.
D Negara terpaksa mengimport sumber makanan lebih banyak kerana kecenderungan
pihak-pihak tertentu menjadikan tanah pertanian sebagai padang golf.

28. Iklan telah berjaya mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang hak mereka untuk memilih barangan yang berpatutan harganya dan bermutu.

A Kualiti dan harga barangan menjadi pilihan utama masyarakat akibat kesedaran kepada pengiklanan.
B Pengiklanan berjaya membantu masyarakat menggunakan hak masing-masing
dalam menentukan kualiti barang.
C Masyarakat kini semakin matang dalam membuat pemilihan barangan yang sesuai
dengan kehendak mereka dalam pengiklanan.
D Masyarakat kini berjaya disedarkan oleh iklan tentang hak mereka untuk membeli
barangan yang bermutu serta harga yang berpatutan.




29. Guru disiplin yang tegas itu ditakuti oleh para pelajar khususnya mereka yang melanggar peraturan sekolah.

A Semua pelajar yang melanggar peraturan sekolah sangat takut akan ketegasan
guru disiplin.
B Ketegasan guru disiplin yang menjalankan tugasnya sangat ditakuti oleh para pelajar.
C Semua pelajar, khususnya mereka yang selalu melanggar peraturan sekolah sangat takut akan ketegasan guru disiplin.
D Semua pelajar dan guru yang melanggar peraturan sekolah sangat takut kepada guru disiplin yang tegas itu.

30. Perubatan tradisional masih mendapat tempat dalam kalangan pengguna walaupun perubatan moden terbukti dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

A Walaupun perubatan moden terbukti dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit
namun perubatan tradisional masih mendapat tempat.
B Kalangan pengguna masih lagi mempercayai perubatan tradisional walaupun
perubatan moden terbukti dapat menyembuhkan penyakit.
C Pelbagai penyakit dapat disembuhkan melalui gabungan rawatan tradisional dengan
rawatan moden.
D Walaupun perubatan moden terbukti dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit,
namun perubatan tradisional masih mendapat tempat dalam kalangan pengguna.

31. Masih banyak keluarga tidak memiliki rumah sendiri walaupun pihak kerajaan dan swasta telah berusaha mengatasi masalah ini.

A Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak swasta dan kerajaan bagi mengatasi masalah
memiliki rumah.
B Pelbagai masalah terpaksa dihadapi oleh mereka yang tidak memiliki rumah sendiri.
C Pihak kerajaan dan swasta telah berusaha bagi mengatasi masalah banyak keluarga yang belum memiliki kediaman.
D Tempat kediaman yang menjadi masalah kepada banyak pemilik masih lagi
diusahakan oleh pihak kerajaan dan swasta.

32. Pusat perubatan swasta digesa supaya menilai kadar bayaran yang dikenakan semula agar tidak terlalu membebankan pesakit, terutamanya yang berpendapatan rendah.

A Pesakit yang berpendapatan rendah meminta pusat perubatan swasta agar mengkaji kadar bayaran yang dikenakan semula kerana kadar tersebut membebani mereka.
B Gesaan agar pusat perubatan swasta mengkaji kadar bayaran yang
dikenakan semula dibuat oleh pesakit yang menanggung beban kerana
pendapatan mereka terlalu sedikit.
C Kadar bayaran yang dikenakan oleh pusat perubatan swasta akan
diturunkan setelah gesaan dibuat oleh pesakit kerana memikul beban
tersebut.
D Kajian semula perlu dibuat oleh pusat perubatan swasta terhadap kadar
bayaran yang dikenakan terhadap pesakit agar tidak terlalu
membebankan, khususnya golongan miskin.

33. Pengusaha kedai emas telah diingatkan berkali-kali oleh pihak polis agar memasang kamera litar tertutup di premis perniagaan mereka.

A Kedai peniaga emas dipasang kamera litar tertutup kerana pengusahanya telah diingatkan oleh pihak polis sekali.
B Peniaga kedai emas berkali-kali memasang kamera litar tertutup di kedai mereka kerana telah diberitahu oleh pihak polis.
C Kamera yang tertutup litarnya telah dipasang di premis pengusaha kedai emas oleh mereka kerana pihak polis asyik menyuruh mereka berbuat demikian.
D Pihak polis kerap mengingatkan peniaga barang-barang kemas agar premis perniagaan mereka dipasang kamera litar tertutup.

34. Benteng pemecah ombak dibina di sepanjang pantai itu untuk mengelakkan hakisan daripada bertambah buruk dan merosakkan kawasan pantai.

A Untuk mengelakkan kawasan pantai itu daripada menjadi bertambah rosak akibat hakisan, di sepanjang pantai itu dibina benteng pemecah ombak.
B Kawasan pantai itu bertambah rosak dan buruk kerana benteng yang dibina di sepanjang pantai mengelakkan ombak daripada pecah.
C Benteng dibina di sepanjang kawasan pantai itu supaya ombak pecah dan pantai yang rosak dan buruk itu tidak terhakis.
D Pantai itu bertambah rosak kerana benteng yang dibina untuk mencegah ombak daripada pecah dan menghakis kawasan di sepanjang pantai itu.

35. Beberapa buah negara yang dijemput untuk memeriahkan kejohanan tersebut masih belum mengesahkan penyertaan mereka hingga saat ini.

A Hingga saat ini, negara-negara yang dijemput untuk memeriahkan beberapa kejohanan tersebut masih belum memberikan kata putus mereka.
B Penyertaan beberapa buah negara jemputan untuk memeriahkan kejohanan tersebut belum lagi disahkan oleh mereka hingga sekarang.
C Beberapa buah negara sah belum memberikan jawapan mereka sama ada hendak memeriahkan kejohanan jemputan tersebut ataupun tidak hingga masa ini.
D Peserta dari beberapa buah negara dalam kejohanan tersebut belum disahkan oleh negara tuan rumah yang memeriahkan jemputan tersebut hingga saat ini.

36. Menjejak kaki ke menara gading bukanlah suatu perkara yang mudah,
apatah lagi untuk menggenggam segulung ijazah.

A Untuk masuk ke universiti tidaklah susah apa lagi untuk menggenggam ijazah.
B Untuk belajar di universiti bukanlah mudah, apatah lagi untuk mendapatkan ijazah.
C Menjejak kaki ke universiti dan mendapatkan ijazah bukan merupakan perkara yang mudah.
D Menggenggam segulung ijazah tidak semudah menjejak kaki ke menara
gading.


37. Kemajuan teknologi akan mengurangkan pergantungan negara pada barang-barang import.

A Perkembangan teknologi akan mengurangkan negara pada barangan import.
B Negara tidak akan bergantung pada barang-barang import dengan kemajuan teknologi.
C Kemajuan sains dan teknologi dapat meningkatkan pergantungan negara pada barangan import.
D Negara tidak perlu mengimport barangan dengan kemajuan teknologi.

38. Semua peminat anjing yang ingin memeliharanya perlu memohon lesen daripada Pihak Berkuasa Tempatan terlebih dahulu.

A Bagi sesiapa yang berminat untuk memelihara anjing, mereka mestilah memohon lesen daripada Pihak Berkuasa Tempatan.
B Pihak Berkuasa Tempatan perlu mengeluarkan lesen kepada pemilik anjing negara terlebih dahulu.
C Pihak Berkuasa Tempatan perlu mengeluarkan lesen yang diwajibkan terhadap
setiap pemilik anjing.
D Pemilikan lesen adalah diwajibkan kepada semua pemilik anjing.

39. Pembinaan lebuh raya bukan sahaja menyenangkan pengguna malah turut menjana ekonomi Negara.

A Ekonomi negara dan keselesaan pengguna lebuh raya adalah jaminan jika pembinaan lebuh raya ditingkatkan.
B Ekonomi negara dapat menyenangkan pengguna lebuh raya dengan pembinaan
lebuh raya yang semakin bertambah.
C Pembinaan lebuh raya dapat menyenangkan pengguna lebuh raya dan menjana
ekonomi negara.
D Ekonomi negara dapat dijanakan selain dapat menyenangkan pengguna lebuh raya.

40. Perasaannya semakin tertekan apabila anak kesayangannya terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan dimasukkan ke Pusat Pemulihan Dadah.

A Apabila anak kesayangannya dimasukkan ke Pusat Pemulihan Dadah
kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah menyebabkannya runsing.
B Apabila anak kesayangannya dimasukkan ke Pusat Pemulihan Dadah kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah menyebabkan perasaannya semakin tertekan.
C Anaknya yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah dimasukkan ke Pusat
Pemulihan Dadah kerana tekanan perasaan.
D Anaknya yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah dimasukkan ke Pusat
Pemulihan Dadah yang menyebabkan perasaannya tersentuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan