MODUL 3
KATA BANYAK MAKNA
(Soalan 15 - 17)
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.
1 I “Jangan tutup botol kicap itu terlalu ketat,” pesan ibu kepada kakak.
II Matanya terasa ketat setiap kali dia bangun daripada tidur.
III Kawalan ketat akan dikenakan terhadap penjenayah terbabit.
IV Puan Lim memegang tangan suaminya dengan ketat ketika menyeberangi jalan raya.
A I dan III sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
2 I Mata gerudi itu menjadi kembung kerana terkena permukaan lantai besi.
II Resipi ikan kembung berempah mendapat sambutan di gerai makan itu.
III Kembung yang diisi di dalam bekas itu sudah penuh muatannya.
IV Bayi itu menangis kerana perutnya kembung masuk angin.
A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
3 I Puri yang dibina sejak zaman penjajahan British itu masih wujud hingga sekarang.
II Puri anggur itu sangat sedap dan selamat untuk diminum.
III Jenama pakaian buatan tempatan itu puri dan berkualiti tinggi.
IV Tentera Jepun membina puri bertujuan menentang dan melindungi diri daripada serangan British.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
4 I Kayu penunjuk arah itu tercacak tegak di atas tanah yang lapang itu.
II Pengawas sekolah selalu membetulkan barisan pelajar yang tidak tegak.
III Semua hadirin berdiri tegak semasa lagu Negaraku dinyanyikan oleh kumpulan koir.
IV Pemilihan tentera mengutamakan calon yang memiliki badan yang tegak.
A I, II, dan III sahaja
B II, III dan IV sahaja
C I, II, dan IV sahaja
D I, III, dan IV sahaja
5 I Penyanyi itu menyanyi sambil memetik biola sehingga para pendengar terpesona
dengan persembahannya
II Pada setiap pagi pekerja di kebun bunga itu akan memetik bunga-bunga anggerik
dengan berhati-hati.
III Kita perlu memetik kata-kata hikmat untuk menjadikan karangan itu lebih menarik.
IV Pak Salleh bersiul sambil memetik jari ketika berkomunikasi dengan burung tekukur
kesayangannya.
A I, II, dan III sahaja
B I, II dan IV sahaja
C II, III, dan IV sahaja
D I, III, dan IV sahaja
6 I Ibu bapa mesti mengawasi pergerakan anak-anak mereka pada setiap masa.
II Pergerakan membasmi dadah dijalankan oleh pihak kerajaan secara besar-besaran.
III Pergerakan untuk sampai ke kawasan yang ditimpa bencana itu mengambil masa
yang lama.
IV Mereka menyertai pergerakan yang dianjurkan oleh pihak swasta bagi menjalankan
kerja-kerja sukarela.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D I dan IV sahaja
7 I Dato’ Arman diberi kehormatan menjadi ketua kontinjen pasukan olahraga negara ke
sukan bertaraf dunia di Seoul, Korea.
II Tentera yang gugur di medan perjuangan itu dikebumikan dengan penuh kehormatan.
III Ibu bapa atlet itu berasa amat bangga apabila anak mereka dianugerahi bintang
kehormatan pada malam itu.
IV Para petani diberi kehormatan memasarkan hasil tanaman mereka di mana-mana
pasar malam yang berdekatan.
A I, dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja
8 I Jalan tanah merah ke kampung itu lembap dan becak setelah hujan turun selama
beberapa hari.
II Wajah ayah yang duhulunya lembap kini kembali ceria semasa menyambut
kepulangan abang dari perantauan.
III Ucapan beliau yang lembap dalam majlis perpisahan itu menyebabkan pelajar-pelajar
berasa bosan.
IV Lariannya yang lembap menyebabkan dia gagal merangkul sebarang pingat dalam
kejohanan olahraga peringkat sekolahnya.
A I, dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja
9 I Tubuh manusia mempunyai tiga puluh keratan tulang belakang semuanya.
II Keratan kayu itu diikat dengan kemas sebelum dimuatkan ke atas lori.
III Amirul menyusun keratan akhbar mengikut topik sebelum dibukukannya.
IV Penghasilan syair yang baik akan mementingkan keseragaman bunyi di hujung
keratan perkataannnya.
A I, dan IV sahaja
B II dan III sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja
10 I Mata pencuri itu merayau-rayau pada dompet yang dipegang oleh wanita
itu.
II Fikirannya merayau-rayau apabila memikirkan krisis rumah tangganya.
III Lelaki tua yang sering merayau-rayau itu akhirnya meninggal dunia apabila
dilanggar sebuah bas.
IV Pada waktu sembahyang Jumaat, umat Islam merayau-rayau di masjid.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I dan IV sahaja
D III dan IV sahaja
11 I Jiwanya remuk setelah mengetahui kekasihnya bermain kayu tiga.
II Bas persiaran itu remuk teruk kerana dilanggar oleh sebuah lori tangki.
III Baju Aini yang remuk itu diseterika oleh ibunya.
IV Rumah banglo di tepi bukit itu remuk akibat kejadian banjir kilat tempoh hari.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
12 I Benang itu sudah susut sehingga sukar untuk diuraikan lagi.
II Badannya semakin susut apabila terlalu lama menderita kerana diabaikan
suaminya.
III Harga telefon bimbit itu susut sebanyak sepuluh peratus akibat perkembangan
teknologi.
IV Air di empangan itu susut kerana hujan sudah lama tidak turun.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
13 I Tidak ada orang yang berani menjamin hutangnya itu
II Penjual itu menjamin kepuasan kepada para pelanggannya.
III Setelah mendapat pekerjaan itu barulah menjamin masa depannya.
IV Pada hujung minggu, kami sekeluarga akan menjamin ikan di laut.
A I dan III sahaja
B I, II dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
14 I Kita perlu mengikut arus pembangunan untuk maju dalam bidang
perniagaan.
II Arus deras air sungai telah meruntuhkan tebing sungai itu
III Pejabat peguam ayah terletak di arus lima bangunan yang ternama itu.
IV Remaja yang dikejar pihak polis itu ditelan arus orang ramai yang berpusu-pusu
di pusat beli-belah itu.
A I, II dan III sahaja
B I, III dan IV sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
15 I Anak-anak perlu mendapat galakan daripada ibu bapa.
II Galakan ketua jurulatih pasukan itu menaikkan semangat para pemain.
III Amran menggunakan nama galakan setiap kali menulis sajak.
IV Jualan secara galakan semakin mendapat sambutan para pengguna.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I dan IV sahaja
D III dan IV sahaja
16 I Hakim telah perang rambutnya supaya tampak kacak.
II Pada Hari Raya tahun ini pakaian baru seisi keluarga saya berwarna perang.
III Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengisytiharkan zon larangan perang.
IV Perang mulut antara Mak Joyah dengan Kak Senah berpunca daripada seekor ayam.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
17 I Amudha dahaga akan kasih sayang seorang ayah.
II Penagih dadah pasti akan dahaga apabila gagal mendapatkan bekalan.
III Haji Husin sangat dahaga setelah selesai menebas semak-samun di belakang rumahnya.
IV Pak Ngah memberi ternakannya minum kerana dahaga setelah selesai makan rumput-rampai.
A I, II dan III sahaja
B I, II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
18 I Terdapat dua cabang yang tumbuh pada anak pokok mangga itu.
II Benda-benda hidup dapat dibahagikan kepada beberapa cabang.
III Beberapa cabang syarikat yang baru beroperasi telah mendapat sambutan.
IV Beberapa cabang jalan raya yang menyusur ke ibu kota akan ditutup petang
ini.
A I, II dan III sahaja
B I, II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
19 I Mak Milah membersihkan halaman rumahnya pada setiap pagi.
II Semua tetamu dijemput menjamu selera di halaman serambi rumahnya.
III Hanya tinggal satu halaman buku cerita itu yang belum sempat dibacanya.
IV Halaman mindanya tidak dapat diisi lagi kerana telah penuh dengan pelbagai fakta.
A I dan III sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
20 I Tingkah lakunya lancar menyebabkan Zainab disenangi kenalannya.
II Anak Puan Zetty telah lancar membaca buku ketika berumur tiga tahun.
III Rakan-rakan Juliana gembira kerana kejutan yang dirancang oleh mereka berjalan lancar.
IV Pelajar-pelajar yang ingin mendapat keputusan cemerlang dalam mata
pelajaran Matematik mesti lancar sifir.
A I, II dan III sahaja
B I, II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
21 I Anak api-api yang tinggal pada mereka hanya dua batang.
II Pokok api-api ialah tumbuhan yang banyak tumbuh di kawasan paya.
III Sikapnya yang api-api menyebabkan semua rakan memulaukannya.
IV Kar Sing mengalami kerugian kerana semua tanaman telah diserang api-api.
A I, II dan III sahaja
B I, II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
22 I Hasratnya untuk menyertai ekspedisi sekali gus mendaki Gunung Tahan
terpaksa dibatalkan kerana keluarganya diarahkan berpindah .
II Hassan dan kawan-kawannya akan mendaki Gunung Jerai pada hujung minggu ini.
III Perompak itu dipercayai mendaki dinding sebelum masuk melalui tingkap.
VI Kamil memerhatikan kecekapan Pak Kamil mendaki pokok kelapa.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
23 I Hidungnya kebas kerana selesema.
II Kaki kanannya terasa kebas sejak semalam.
III Beg pakaiannya telah kena kebas oleh pencuri pagi tadi.
IV Doktor Alfian memberikan ubat kebas kepada Nora sebelum menjahit lukanya.
A I, II dan III sahaja
B I, II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
24 I Yusof ialah anggota bomba dan penyelamat.
II Semua anggota badannya sakit setelah ditimpa kemalangan tahun lalu.
III Anggota bola sepak negara telah terselamat daripada tragedi nahas itu.
IV Malek menggunakan kekuatan anggota badannya untuk mengangkat besi.
A I, II dan III sahaja
B I, II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
25 I Bangunan yang baru dibina itu sangat tinggi.
II Cikgu menasihati Imran dengan suara yang tinggi.
III Ayah sering mengemukakan pendapat yang tinggi ketika berbincang
VI Buku yang berkulit tebal dan tinggi itu mahal harganya.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
26 I Nor Aisyah menduduki rumah itu sejak setahun yang lalu.
II Encik Abu telah menduduki rumah tangga buat kali ketiga.
III Azran masih belum menduduki set sofa yang baru dibelinya.
IV Semua calon telah bersedia untuk menduduki peperiksaan pada minggu
depan.
A I, II dan III sahaja
B I, II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
27 I Pak Samad masih seorang kaki judi walaupun telah dinasihati isterinya.
II Kaki seluar budak itu sangat sempit dan tidak sepadan dengannya.
III Ahmad sakit kaki kerana tersepak batu ketika pergi ke kedai.
IV Mas Mona membeli beberapa kaki daun pandan di pasar malam.
A I, II dan III sahaja
B I, II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
28 I Semua mantera dan jampinya tawar belaka.
II Dia tawar hati untuk mengambil peperiksaan setelah dua kali gagal.
III Sebelum membeli sesuatu barang, hendaklah kita tawar dahulu harganya.
IV Seorang pemuda yang sedang duduk telah bangun dan tawar tempat
duduknya kepada gadis itu.
A I, II dan III sahaja
B II, III dan IV sahaja
C I, II dan IV sahaja
D I, III dan IV sahaja
29 I Saya langkah kaki lalu mundar-mandir tanpa arah tujuan.
II Dia memang langkah kanan semasa datang ke rumah saya.
III Tolong tunjukkan langkah yang betul untuk menyelesaikan soalan itu.
IV Buah rambutan itu sungguh langkah dan sedap di makan.
A I, II dan III sahaja
B II, III dan IV sahaja
C I, II dan IV sahaja
D I, III dan IV sahaja
30 I Ahli bina badan yang menjuarai pertandingan itu sungguh sasa dan tegak.
II Pengawas sekolah selalu membetulkan barisan pelajar yang tidak tegak.
III Semua ahli kadet remaja sekolah sedang berdiri tegak semasa acara perbarisan
itu.
IV Mereka tidak mampu bekerja di bawah terik matahari yang sedang tegak di
atas kepala.
A I, II dan III sahaja
B I, II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
31 I Hampalah hati ibu untuk melihat abang berjaya tidak hajat.
II Hajat Irshad untuk memperisterikan Aminah ditolak dengan baik.
III Hajat manusia hendaklah dipohon daripada pertolongan Tuhan.
IV Majlis solat hajat akan diadakan pada hujung minggu ini.
A I, II dan III sahaja
B I, II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
32 I Haji Maarof mendahului taklimatnya dengan serangkap pantun
II Jamal berlakon dalam filem purba itu kerana wajahnya seperti orang mendahului.
III Hariz dipilih sebagai ketua kerana markahnya mendahului kami.
IV Hakimah mendahului kami menghantar laoiran projek Kemahiran Hidup
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C I,III dan IV sahaja
D II,III dan IV sahaja
33 I Pihak Jepun cuba berkubu ketika serangan tentera British.
II Kanak-kanak itu mencadangkan penduduk kampung berkubu betis daripada
Serangan todak.
III Niatnya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara belum berkubu.
IV Kanak-kanak gemar berkubu di tengah padang ketika hujan lebat.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D III dan IV sahaja
34 I Persatuan Belia yang baharu ditubuhkan itu telah lumpuh kerana tidak mendapat kejasama daripada ahlinya.
II Penglihatannya menjadi lumpuh setelah diserang penyakit mata beberapa lama.
III Ekonomi sesebuah negara yang terlibat dalam peperangan akan lumpuh.
IV Bangunan syarikat itu telah lumpuh kerana kurang pengendalian.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja
35 I Barang-barang yang dibeli oleh emak tidak dapat saya masukkan ke dalam bakul yang sempit itu.
II Kehidupan penduduk di negara itu semakin sempit disebabkan oleh musim kemarau yang berpanjangan.
III Budak itu tidak dapat melihat dengan jelas kerana matanya sempit.
IV Kebanyakan anggota masyarakat dewasa ini tidak lagi berfikiran sempit kerana mereka telah mendapat pendidikan yang secukupnya.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II,III dan IV sahaja
36 I Dengan secara tidak langsung, lawatan ke Pulau Redang itu menambahkan pengetahuan mereka .
II Saya langsung tidak ingat tentang peristiwa yang pernah berlaku di kampung saya
III Mesyuarat itu langsung di Dewan Bahasa Dan Pustaka pada hari Sabtu yang lalu
IV Bidin tidak pernah pulang langsung ke kampung asalnya setelah kedua-dua orang tuanya berpindah ke bandar
A I ,II dan III sahaja
B I, II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
37 I Keadaan ekonomi antarabangsa yang muram mempengaruhi ekonomi negara sedang membangun seperti Malaysia.
II Lorong yang dipenuhi pokok di sekitarnya itu muram sahaja terutama pada waktu pagi
III Keadaan petang ini mendung dan muram sahaja kerana hujan telah turun sepanjang hari
IV Wajahnya menjadi muram apabila didapati pokok-pokok jagungnya dimusnahkan oleh sekawan kambing.
A I, II dan III sahaja
B I, II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
38 I Walaupun telah dikawal rapi, pemain penyerang itu masih dapat meluluskan dirinya untuk menjaringkan gol.
II Jawatankuasa telah meluluskan beberapa usul yang dikemukakan oleh anggota-anggota untuk dibincangkan dalam mesyuarat tahunan persatuan itu.
III Emak meluluskan garam ke dalam masakannya untuk menambahkan perisa.
IV Perempuan itu meluluskan cincin yang dipakai dari jarinya.
A I, II dan III sahaja
B I, II dan IV sahaja
C I,III dan IV sahaja
D II,III dan IV sahaja
39 I Dari lorong yang gelap itu terdengar desas-desus dua orang sedang berbisik.
II Menurut desas-desus orang kampung, mereka akan menerima durian runtuh.
III Pencuri itu lari desas-desus setelah dikejar penduduk kampung
IV Air sungai itu mengalir desas-desus setelah melalui kawasan berbatu-batu
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D I, II, III dan IV sahaja
40 I Nelayan di Terengganu mempunyai alat khas untuk mencatat sotong .
II Pahlawan Mat Kilau telah mencatat peristiwa yang berlaku semasa peperangan
III Sekolah berasrama itu telah mencatat sejarah dalam peperiksaan baru-baru
ini.
IV Jururawat itu telah mencatat kemenangan berganda dalam acara gimnastik.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D, II, III dan IV sahaja
Tiada ulasan:
Catat Ulasan