(PROSA MODEN - CERPEN) TINGKATAN 1
HADIAH HARI GURU (REJAB F.I)
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.
Ramli melihat susuk tubuh ibunya penuh penderitaan, akan tetapi wajahnya amat manis, dengan senyuman terukir di bibirnya. Betapa ibunya berusaha benar menyembunyikan penderitaan itu di sebalik senyumannya. Dia tahu bahawa ibunya bertanggungjawab terhadap dirinya dana adik-adiknya juga.
Dia meletakkan kasutnya dengan baik di atas tempat letak kasut yang diperbuat daripada tong. Tempat itu dibuat oleh ibunya sendiri. Kasut adik-adik dan ibunya teratur rapi. Ternyata ibunya amat mementingkan kebersihan dan kesempurnaan.
Bajunya ke sekolah, meskipun bertampung akan tetapi sentiasa bersih. Ibunya tidak sanggup melihat dia memakai pakaian yang kotor ke sekolah.
Begitu juga setiap peralatan di rumahnya tersusun rapi. Halaman rumahnya bersih. Rumput tidak berpeluang menghulurkan pucuknya. Ibunya seing meminta dia
menolong membersihkan rumput-rumput itu. Bersama adiknya dia tolong membersihkannya.
Kebiasaannya itulah membendung diri dan adik-adiknya menjaga kebersihan pakaian dan rumahtangganya.
“Emak! Esok Hari Guru di sekolah Ramli. Ramli ingin hadiahkan sesuatu kepada Cikgu Fatimah, mak. Dia baik kat Ramli.” Harapan itu disampaikan kepada ibunya ketika dia sedang makan bersama ibu dan adik-adiknya.
Ibunya mengangguk-angguk. Akan tetapi tergambar kemuraman di wajahnya. Nasiyang disuapnya dikunyah perlahan-lahan. Dia tahu ibunya sedang memikirkan harapannya itu.
(Dipetik daripada
Antologi Sehijau Warna Daun, Tingkatan 1)
1 Apakah hasrat yang dinyatakan oleh Ramli kepada ibunya?
A Menemui guru kesayangannya
B Menyambut perayaan hari guru
C Meringankan beban keluarganya
D Memberikan hadiah kepada gurunya
2 Mengapakah wajah ibu Ramli berubah setelah mendengar kata-kata Ramli?
A Perasaannya telah tersinggung
B Dia terharu mendengar kata-kata Ramli
C Kata-kata Ramli telah melukakan hatinya
D Dia tiada wang bagi memenuhui hasrat Ramli
3 Ramli menyatakan hasratnya kepada ibunya?
A Semasa makan malam
B Ketika bersarapan pagi
C Sewaktu minum petang
D Ketika makan tengah hari
4 Ayat rumput tidak berpeluang menghulurkan pucuknya adalah contoh bagi
A simile
B anaphora
C metafora
D personafikasi
5 Nilai yang berikut terdapat dalam cerpen “Hadiah Hari Guru”, kecuali
A prihatin
B kasih sayang
C membangga diri
D mengenang jasa
(PROSA MODEN - CERPEN) TINGKATAN 1
DIARI SEORANG PENGAWAS (ALI MAJOD)
Baca catatan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
12 Januari
Perjumpaan semua pengawas sekolah dengan guru pengawas, Cikgu Khalid. Dalam pertemuan ini diputuskan Fikri jadi ketua pengawas. Dia dari tingkatan lima A. Penolong, Umi Kalthum dan Raja Mukhtaruddin.
Pengawas dari tingkatan satu belum ada. Menurut Cikgu Khalid mereka akan dilantik dalam dua atau tiga hari ini. Kelas tingkatan satu belum begitu licin diaturkan, maklumlah mereka dating dari berbagai-bagai sekolah.
15 Januari
Empat orang pengawas baru dari tingkatan satu mula bertugas hari ini. Dua orang lelaki dan dua orang perempuan. Ini menjadikan jumlah pengawas sekolah seramai dua puluh empat orang.
Kami berkenalan dan kemudian Fikri memberi taklimat. Dia menggesa kami bertugas dengan dedikasi. Kami umpama polis cuba menegakkan undang-undang dan peraturan sekolah kepada hamper-hampir seribu lima ratus orang murid.
Aku meminjamkan dua buah buku kepada Mona Aida. Buku itu ialah Ibu yang Kusayang dan Pahlawan Bumi Adat. Semoga dia menikmati cerita kedua-dua buah buku tersebut. Membaca novel memang kegemaranku. Aku cuba mencari novel cinta yang baik tetapi sekarang ini belum ditemui.
29 Januari
Cikgu Khalid menggesa kami supaya lebih tajam memerhatikan pelajar yang menghisap rokok. Dia mahu kami mencatatkan nama pelajar yang menghisap rokok sama ada di sekolah mahupun di luar sekolah.
Menghisap rokok mungkin hal peribadi seseorang. Akan tetapi tentu tidak baik seorang pelajar menghisap rokok apalagi dalam kawasan sekolah. Aku tidak nampak di mana kemegahan dengan menghisap rokok. Aku nampak pada hakikatnya merokok adalah membakar duit sendiri. Ada rencana dalam akhbar dan majalah yang kubaca menyatakan menghisap rokok boleh menyebabkan kanser.
(Dipetik daripada
Antologi Sehijau Warna Daun, Tingkatan 1)
1 Apakah peristiwa penting yang dialami oleh Fikri pada 12 Januari?
A Bertemu guru pengawasnya
B Dilantik sebagai ketua pengawas
C Menghadiri mesyuarat pengawas
D Berkenalan dengan Umi Kalthum
2 Perkataan diputuskan dalam petikan di atas membawa makna
A diarahkan
B ditentukan
C diuar-uarkan
D dimaklumkan
3 Bilakah perjumpaan antara pengawas dengan guru mereka diadakan?
A Pada hari pertama persekolahan
B Pada minggu kedua persekolahan
C Pada minggu ketiga persekolahan
D Pada awal bulan pertama persekolahan
4 Ayat kami umpama polis cuba menegakkan undang-undang adalah
contoh bagi
A inversi
B metafora
C perulangan
D simile
5 Yang berikut merupakan perwatakan penulis berdasarkan cerpen in, kecuali
A prihatin
B mudah marah
C bersikap tegas
D bertanggungjawab
(PROSA MODEN - CERPEN) TINGKATAN 1
MAKMAL ZNF (SHAMSINOR ZAMAN SHAMSUZ ZAMAN)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
“Ya. Aku Syarif. Syarif yang dahulunya dipenjarakan kerana engkau.” Syarif merenung tajam wajah Zainuddin. Zainuddin masih ingat peristiwa 10 tahun dahulu. Syarif merompak bank-bank besar di dunia dengan menggunakan computer. Tiada siapa pun dapat mengesan kegiatannya kecuali Zainuddin. Itu pun sekadar nasib baik kerana Syarif terpintas transmisi modem Zainuddin ke England. Kini Syarif dating untuk membalas dendam.
“Ayuh, kita mulakan sekarang!” Syarif menyerang Zainuddin. Tangkas Zainuddin menunduk lalu memaut kaki Syarif dan Syarif dihumbankannya tinggi ke udara. Syarif terhentak keras ke bumi dan menyeringai kesakitan. Tetapi sebelum sempat Zainuddin menggunakan senjatanya, Syarif sudah kembali di udara. Tendangan yang padu di belakang Zainduddin membuatkan pandangannya berpinar-pinar. Syarif ketawa.
“Ingat…Zainuddin. Pertarungan ini kalah mati. Ini bukan dunia rekaan kau, tetapi rekaanku! Kalau kau mati di sini, alamatnya, di dunia reality juga kau tidak bernyawa!”
(Dipetik daripada antologi
Sehijau Warna Daun, Tingkatan 1)
1 Bagaimanakah kegiatan buruk Syarif terbongkar?
A Dia ditangkap ketika merompak bank.
B Dia terpintas transmisi modem Zainuddin di England.
C Dia ditewaskan oleh Zainuddin dalam pertarungan
D Dia terpedaya oleh Zainuddin
2 Maksud ungkapan Pertarungan ini kalah mati dalam petikan cerita ialah
A pertarungan yang terakhir
B pertarungan yang dahsyat
C pertarungan yang berakhir dengan kematian pihak yang kalah
D pertarungan tersebut tidak ada pusingan
3
Unsur gaya bahasa yang paling ketara terdapat dalam ayat tersebut ialah
A sinkof
B anafora
C personafikasi
D metafora
4 Perwatakan yang paling jelas yang digambarkan oleh watak Syarif dalam petikan cerita ialah
A pendendam
B pemalas
C pemarah
D pelupa
5 Latar tempat yang berikut terdapat dalam cerpen “Makmal ZNF” kecuali
A makmal komputer Zainuddin
B makmal komputer Syarif
C dalam perisian komputer
D rumah Zainuddin
(PROSA MODEN - CERPEN) TINGKATAN 1
SEHIJAU WARNA DAUN (ZAEN KASTURI)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Sesudah makan, Mei Ling mengemas mangkuk-mangkuk yang dilekati sisa-sisa bubur sayur, kemudian mencucinya.
“Mei Ling, ibu nak ke kebun Haji Hasyim sekejap. Katanya ada beberapa tandan pisang sudah masak. Dia suruh ibu jualkan kepada Pak Mail, penjaga pisang goring di pecan sana. Kalau esok pagi hujan, ibu akan ke pecan.”
Nyonya Khoo menuju ke arah pintu dapur, mencapai parang panjang yang terletak di sisi tempayan sompek.
“Baiklah,” balas Mei Ling perlahan; masih mencuci mangkuk.
Nyonya Khoo keluar dari pintu dapur, menuju ke kebun arah hulu. Mei Ling hanya memerhatikan langkah ibunya yang sesekali terhenjut-henjut itu sewaktu cuba mengelakkan buku lalinya daripada tersentuh pokok-pokok semalu yang tumbuh meliar di bawah jejeran pohon-pohon getah.
Entah mengapa Mei Ling merasakan dirinya semakin sayu. Memerhatikan langkah dan lenggang ibunya yang sedikit perasaan yang terlalu aneh dalam jiwanya.
“Ah! Alangkah kuatnya semangat ibu melangsungkan hidup ini,” desis hati kecilnya secara tiba-tiba.
Mei Ling sedar, sejak kematian ayahnya, ibunyalah yang terpaksa bekerja keras menyara hidupnya sekeluarga. Walaupun hanya dia dan ibunya sahaja yang menjadi penghuni rumah usang itu, tetapi dia tetap merasakan ibunya menanggung beban yang berat untuk terus menyekolahkannya. Lebih-lebih lagi hanya dia dan ibunya sahaja yang menjadi penghuni asing Kempung Kemuning itu. Tetapi terbetik juga di benaknya betapa masyarakat Melayu yang digaulinya di kampong terpencil itu tetap menghargai kehadiran dia dan ibunya yang sudah menanjak usia empat puluh tahun itu. Jauh-jauh terselit rasa syukur di sudut hatinya bahawa dia dan ibunya tetap bergelar pnghuni setia Kampung Kemuning.
(Dipetik daripada antologi
Sehijau Warna Daun, Tingkatan 1)
1 Mengapakah Mei Ling berasa sayu?
A Musim hujan telah tiba
B Melihat semangat kuat ibunya meneruskan kehidupan
C Tidak mempunyai wang untuk perbelanjaan
D Upah yang diterima daripada hasil jualan getah terlalu sedikit
2 Mei Ling merasakan dirinya sebagai beban kerana
A kehidupan keluarganya daif dan serba kekurangan
B ibunya terpaksa bekerja keras untuk menyekolahkannya
C dia masih tidak dapat membantu ibunya
D mereka terpaksa tinggal di rumah yang usang
3 Nyonya Khoo dapat dianggap wanita yang gigih kerana
A telah kematian suami
B mengharapkan simpati daripada orang kampung
C bekerja keras untuk menyara hidupnya sekeluarga
D berjaya menempuh cabaran tinggal di perkampungan masyarakat Melayu
4 Nilai yang terdapat dalam petikan di atas ialah
A kejujuran
B kegigihan
C keberanian
D persahabatan
5 Cerpen Sehijau Warna Daun berkisar tentang
A perpaduan kaum
B semangat setia kawan
C kehidupan golongan miskin
D budaya dan adat sesuatu kaum
(PROSA MODEN - CERPEN) TINGKATAN
TINA (AMINHAD)
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
Dengan rasa terkilan dan hampa yang mengasak-asak dada, aku balik ke kelas. Kukira,waktu rehat nanti merupakan detik penentu. Ah, Geografi, Sains Paduan, Matematik dan lukisan: Alangkah lamanya kalian akan beredar untuk menyegerkakanku bertembung waktu rehat!
Loceng berdering sebaik saja aku tiba di kantin. Beberapa orang pelajar lelaki sudah berebut-rebut mahu mendahului sesama sendiri. Kukira, hanya kali ini saja peluang untukku menemui Tina. Minggu hadapan, sukan. Tambah sibuk lagi. Dan aku pun tentu tidak akan bertugas di kantin.
“Jangan berebut-rebut ya. Belajar bersabar. Kan sabar tu separuh daripada iman!”
“Macam saya kan bagus bang. Sabar.Berbaris pun di belakang sekali……”
“Wah masuk bakul angkat sendiri ya,” usikku.
Beberapa orang sahabatnya ikut tersengih seperti dia. Aku juga. Tapi pandanganku tiba-tiba beralih tumpu.
Tina!
Di sebelah kumpulan pelajar perempuan, dia kelihatan terjengket-jengkit menjengah hidangan kuih yang dijual.
“Tina tak nampaklah, bang. Orang di depan tu tinggi. Macam mana Tina nak tengok,” suara Tina merengek, pada suatu ketika kami menonton pertunjukan silap mata di pinggir jalan.
“Dukunglah Tina ….,” rengeknya terus. Di luar sedarku, aku sudah menghampiri dia. Nampaknya dia menyedari kehadiranku. Dia memasamkan muka.
Tinaaa!
Abang rindu!
Kelihatannya dia semakin resah. Apabila kufikir sejenak, salahku juga. Membuatkan dia serba salah. Tapi biarkan dulu. Dia mahu membeli sesuatu.
Dalam pada dia duduk, kemudian hendak menjamah nasi lemak, aku duduk di hadapannya.
“Maaf. Sa…ya, saya minta maaf pada adik kalau mengganggu. Er… nama adik, Sutina? Entahlah kenapa soalan itu yang kuluahkan dalam tergagap-gagap begitu. Dia kelihatan mengerut dahinya.
“Jangan kacaulah. Saya nak makan,” balasnya tegas.
(Dipetik daripada cerpen Tina oleh Aminhad,
Antologi Seuntai Kata untuk Dirasa, Tingkatan 2 DBP)
1. Mengapakah “aku merasakan begitu lama untuk sampai waktu rehat?
A. kerana aku akan bertugas di kantin
B. kerana aku akan bertemu Tina
C. kerana aku telah membuat janji temu dengan Tina
D. kerana hari tersebut merupakan peluang terakhir untuk bertemu Tina
2. Apakah yang membuatkan “aku” berasa bersalah kepada Tina?
A. aku membuatkan Tina berasa tidak selesa disebabkan kehadiranku.
B. aku telah menghampiri Tina dan dia memasamkan muka.
C. aku telah mengganggu Tina untuk makan.
D. aku telah memanggil nama Tina.
3. Apakah teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam petikan tersebut.
A. Imbas muka
B. Kejutan
C. Imbas kembali
D. Hiperbola
4. Berikut merupakan perwatakan watak “aku” dalam petikan kecuali
A. Sentiasa menyayangi adiknya
B. Seorang yang bertangungjawab
C. Seorang yang tidak dapat menerima takdir
D. Seorang yang sentiasa menghormati orang lain
5. Yang berikut merupakan persoalan yang terdapat dalam cerpen Tina kecuali
A. Kasih sayang dalam sesebuah keluarga
B. Sikap tangungjawab dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.
C. Kegigihan untuk mencapai kejayaan.
D. Pengaruh rakan sebaya ketika membuat keputusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan