CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Ahad, 28 Februari 2010

MAHKAMAH KHAS

mahkamah Khas

1. mahkamah khas raja-raja
2. mahkamah syariah
3. lain – mahkamah kanak-kanak , tentera , bumiputera , perusahaan ,buruh


mahkamah khas raja-raja
- apa-apa prosiding oleh atau terhadap YDA atau raja sesebuah negeri atas sifat peribadi baginda hendaklah dibawa ke mahkamah ini
- keanggotaan – Ketua hakim mahkamah persekutuan sebagai pengerusi , hakim besar MT dan 2 orang yng pernah memegang jawatan sebagai hakim MP atau MT yg dilantik oleh MRR
- bidang kuasa – bicarakan segala kesalahan YDA atau raja sesebuah negeri/ kes sivil oleh atau terhadap YDA atau raja negeri
- keputusan muktamad / tak boleh dicabar dalam mana –mana mahkamah
- sebarang dakwaan ke atas / oleh YDA/ raja mesti mendapat kebenaran peguam negara
- YDA/ raja perlu berhenti menjalankan tugas semasa perbicaraan kes jenayah sedang berlangsung
- Kalau YDA / raja dipenjarakan sehari/lebih mesti turun tahta
- YDA / raja - tidak boleh mengampuni diri sendiri ( hanya oleh MRR )



Mahkamah syariah
- membicarakan kes sivil dan jenayah bagi orang-orang Islam
- bicarakan kes – pertunangan , matrimoni ( perkahwinan , perceraian , nafkah ) hak penjagaan anak , wakaf dan waris harta pusaka
- bidang jenayah – perkahwinan lebih daripada 4 , tak bayar zakat fitrah , kesalahan mengambil anak angkat , zina / persetubuhan haram , tidak puasa , berjudi , jualan minuman keras , ajaran sesat , khalwat , ratu cantik , pakaian menjolok mata
- jenis – mahkamah rayuan syariah , mahkamah tinggi syariah dan mahkamah rendah syariah
- MTS – jenayah – penjara tak lebih 3 tahun , denda tak lebih RM 5000, rotan tak lebih 6 sebatan
- MTS – kes sivil – pertikaian tak melebihi RM 50 000
- MRS – penjara tak lebih 6 bulan , denda tak lebih RM 1000
- MRS – sivil – pertikaian tak lebih RM 50 000

Mahkamah kanak-kanak
- membicarakan pesalah remaja berumur antara 10 hingga 18 tahun
- melibatkan hukuman yg ringan sahaja ( tiada hukuman mati )
- tempat bicara – mahkamah majistret
- hakim menerima nasihat daripada penasihat dari menteri pembangunan wanita keluarga dan masyarakat
- posiding dijalankan secara tertutup ( elak publisiti )
- membenarkan ikat jamin , asing daripada pesalah dewasa , keluarga soal saksi pendakwa
- hukuman – tidak dipenjarakan / kesalahan tidak direkod
- contoh hukuman – amaran , ikat jamin , diletakkan dibawah jagaan rapi seorang saudaranya ,sebatan ringan / tak lebih 10 , dihantar ke sekolah pemulihan akhlak sehingga berusia 21 tahun
- rayuan boleh dibuat di mahkamah tinggi

mahkamah tentera
- terbahagi 2 – m tinggi tentera , m rendah tentera
- MTT – bicarakan pegawai berpangkat staf srjan ke atas/ hakim ialah Leftenan Kolonel dan 2 pegawai tinggi
- MRT – membicarakan askar berpangkat dibawah staf sarjan / hakim ialah mejar dan dua orang lain ( kapten / ketua hakim )
- Pegawai ini dilantik oleh YDA atas nasihat menteri pertahanan
- Bidang kuasa –askar / askar simpanan / orang awam yg bekerja dengan pihak tentera
- Kes pecah amanah dan disiplin dalam angkatan tentera
- Hukuman yg dijatuhkan oleh MT tertakluk kepada pengesahan seorang pegawai atasan tentera
- Jika melibatkan hukuman mati , pengesahan hendaklah diperoleh daripada YDA
- Hukuman boleh dirayu di mahkamah tinggi
- Boleh mendapat pengampunan drpd YDA dan lembaga pengampunan

Mahkamah Bumiputera
- wujud di Sabah dan Sarawak sahaja
- struktur :
- MB Sarawak
- M Rayuan B
- M Bumiputera Residen
- M daerah B
- M Pegawai/ ketua B
- M ketua Kampung

MB Sabah
M Rayuan B
M Pegawai daerah
MB

- Persamaan – jika berlaku apa-apa kes yg berkaitan dengan perkahwinan atau seks dan kedua-dua pihak yg terlibat adalah drpd keturunan yg berbeza , adat pihak perempuan hendaklah digunakan
- Sebarang pelanggaran adat boleh dibicarakan di MB asalkan salah seorang drpd pihak yg terlibat adalah bumiputera
- Bidang kuasa
i. kes kesalahan melanggar adat ( perkahwinan , seks , harta pusaka , tanah )

Mahkamah Perusahaan

- bidang kuasa
 kes pembuangan pekerja
 kes pertikaian perushaan tentang syarat perkhidmatan
 kes pertikaian interpretasi , variasi dan ketidakpatuhan keputusan / perjanjian
 memerintahkan mana-mana pihak majikan atau pekerja digabungkan/ digantikan atau dibatalkan
 mengeluarkan saman terhadap mana-mana pihak atau orang perseorangan untuk mengahdirkan diri ke mahkamah perushaan

Mahkamah Buruh
- satu cara yg digunakan oleh Jabatan Tenaga Kerja , kementerian Sumber Manusia menyelesaikan tuntutan pekerja sektor swasta terhadap majikan ( atau sebaliknya )
- diadili oleh pegawai jabatan buruh
- kes dijalankan di jabatan buruh
- bidang kuasa
 hal berkaitan gaji , cuti, bayaran lain ( dalam kontrak pekerjaan )
 tuntutan pekerja untuk meringankan hukuman tatatertib daripada hukuman berat yang dikenakan keatasnya
 tuntutan majikan – pekerja gagal bayar gaji ganti notis penamatan kerjanya
 tuntutan kontraktor pembekal buruh kepada kontraktor asas

- keputusan boleh dirayu di mahkamah tinggi dalam tempoh 14 hari keputusan dengan menghantar notis rayuan kepada jabatan buruh

9 ulasan:

  1. assalamualaikum cikgu,saya nak Tanya.Kenapa mahkamah perusahaan dan mahkamah buruh dibawah kementerian sumber manusia dan bukannya dibawah badan kehakiman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. logiknya semua kes melibatkan pekerja/ majikan diselesaikan oleh mahkamah ini. jadi dalam keadaan ini kementerian sumber manusia boleh dirujuk terus untuk melihat sejauhmana kes ini dapat diserahkan/ dibicarakan / diselesaikan sebab melibatkan bidang kuasa dan kepentingan pekerja dan majikan.
      mahkamah lain ada bidang kuasa melibatkan sivil dan jenayah. kalau kes pekerja bunuh majikan misalnya terus rujuk pada mahkamah biasa. kalau melibatkan bayaran ganti rugi/ buang kerja/ gantung kerja/ prosedur kerja kementerian sumber manusia ada garis panduan nya..... itu yang saya boleh beri penjelasan

      Padam
  2. Slm cikgu dlm mahkamah tntera if sabit kslhan bole bt rayuan x n prosedur y perlu dbuat?

    BalasPadam
  3. salam cikgu ,saya nak tanya dari mana cikgu mendapatkan sumber-sumber tentang mahkamah2 ini? Kerana saya ingin membuat bacaan lebih lanjut.
    Harap cikgu boleh balas secepat mungkin.

    BalasPadam
  4. Assalammualaikum sy nk tye utk mahkamah tentera adakah setelah kes tak dibicarakn selepas 3 tahun dikira sebagai tutup kes?

    BalasPadam
  5. assalamualaikum cikgu,,boleh tolong bagi penerangan berkaitan Mahkamah tentera tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan pertikaian sivil antara kakitangan perkhidmatannya ?

    BalasPadam
  6. Thankz maklumat yg sangat bagus

    BalasPadam
  7. asalammualaikum cikgu.dlm mahkamah khas raja-raja apa peranan peguam negara ?

    BalasPadam