CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 24 Februari 2010

MODUL HIKMAH 6

MODUL 7
PERIBAHASA


Pilih jawapan yang paling sesuai bagi penyataan-penyataan yang berkaitan dengan peribahasa di bawah ini.

1. Peribahasa yang berikut menggambarkan sikap manusia yang amat boros atau suka berbelanja besar-besaran melampaui kemampuan kewangan kecuali
A besar kerak daripada bumi
B besar sendal daripada geligar
C besar pasak daripada tiang
D besar umpan besar ikannya

2. Walaupun En. Abdullah seorang usahawan yang berjaya, namun dia tidak pernah meninggikan diri. Sikap yang ditunjukkan oleh Encik Abdullah ini ibarat....
A ke tengah boleh, ke tepi pun boleh
B kecil-kecil anak, sudah besar jadi onak
C baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
D berani kerana benar, takut kerana salah


Belum duduk sudah berlunjur

3. Maksud yang paling sesuai dengan peribahasa di atas ialah......
A melakukan sesuatu kerja dengan baik
B melakukan sesuatu kerja apabila disuruh
C melakukan sesuatu perkara dengan berhati-hati
D melakukan sesuatu pekerjaan yang sebenarnya yang belum sampai masanya.

4. Razali menasihati rakannya, Hambali supaya menilai kemampuan dirinya sebelum menyertai pertandingan lukisan itu supaya tidak mendapat malu.
Keadaan di atas sesuai dengan peribahasa
A tepuk dada tanya selera
B segan bertanya sesat jalan
C ukur baju di badan sendiri
D pipit hendak menjadi enggang

5. Pihak kerajaan telah mengeluarkan berjuta-juta ringgit untuk menyediakan pelbagai kemudahan untuk orang ramai di negara ini. Malangnya, banyak kemudahan tersebut telah disalahgunakan ataupun dirosakkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Situasi ini samalah seperti

A kera mendapat bunga
B kera kena belacan
C mencurah garam ke laut
D mencurah air ke daun keladi

6. Antara yang berikut, peribahasa yang berkaitan dengan betapa perlunya kita tidak menyebarkan keaiban keluarga kepada orang lain kerana mungkin itu juga akan memalukan diri kita sendiri ialah
A sebusuk-busuk daging dikincah dimakan juga
B menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri
C cubit peha kanan, peha kiri terasa juga
D air dicincang tidak akan putus





7. Peribahasa yang sesuai dengan maksud di atas ialah
A alang-alang menyeluk pekasan biar sampai ke pangkal lengan
B di mana ada kemahuan di situ ada jalan
C sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
D alang-alang berdakwat biar hitam

8. ”Kamu patut bekerja di sesuatu tempat itu dengan penuh dedikasi dan jangan selalu bertukar-tukar kerja kerana tidak mendatangkan manfaat,” nasihat Pak Hamid kepada anaknya.
Peribahasa yang bersesuaian dengan nasihat di atas ialah
A ikut hati mati, ikut rasa binasa
B hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
C untung sabut timbul, untung batu tenggelam
D batu yang selalu bergolek dalam sungai tiada dihinggapi lumut

9. Melakukan perbuatan yang sia-sia atau tidak berfaedah sama maksud dengan peribahasa berikut kecuali
A mencurah air ke daun keladi
B sudah terang lagi bersuluh
C membuang garam ke laut
D mengajar itik berenang

10. Lin : Eloklah engkau berwaspada. Jangan percaya sangat dengan janji Mak
Cik Senah itu.
Fifi : Mengapa pula? Dia nampak baik sahaja.
Lin : Memang tutur katanya itu lemak manis. Tapi penuh dengan tipu muslihat.
Dialog di atas sesuai digambarkan dengan peribahasa berikut:

A Seperti mananam tebu di hujung bibir.
B Semanis-manis gula, ada pasir di dalamnya.
C Di mana ada gula di situlah ada semut.
D Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi.

11. Peribahasa yang berikut bermaksud orang yang mengkhianati kawan baik sendiri, kecuali
A gunting dalam lipatan
B api dalam sekam.
C musuh dalam selimut.
D kaca terhempas ke batu.
12.




Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan situasi di atas ialah:
A hilang di mata, di hati jangan
B rambut sama hitam, hati lain-lain
C ditelan mati emak, diluah mati bapak
D yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran


13. Salina akhirnya dapat dipujuk oleh ayahnya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Keadaan ini dikatakan
A. hari tidak selamanya panas
B. kepala sama hitam, hati lain-lain
C. batu pun empuk, jangankan hati manusia.
D. Belakang parang diasah lagikan tajam


14.



A. seperti kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tak mahu.
B. Sekilas ikan di dalam air, sudah tahu jantan betinanya.
C. Supaya tahu akan pedas lada, supaya tahu akan masin garam.
D. Umpama lebah, mulut membawa madu, buntut membawa sengat.

15.


A. seperti cincin dengan permata.
B. seperti menatang minyak yang penuh.
C. Jauhari juga yang mengenal manikam.
D. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.

16. Peribahasa yang berikut mempunyai makna yang hampir sama, kecuali
A. Seperti mencurah air ke daun keladi.
B. Bagai mencurah garam ke laut.
C. Seperti anjing menyalak bukit.
D. Bagai lesung mencari antan.

17. Peribahasa yang berikut berkaitan dengan perlunya kita hidup bermuafakat dan
saling membantu dalam masyarakat kecuali

A. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
B. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
C. Carik-carik bulu ayam, lama lama bercantum juga
D. Seperti aur dengan tebing.

18. Sejak dilantik sebagai pengurus, Vijaya tidak menghormati kakitangan
bawahannya lagi. Sikapnya bagai
A. kacang lupakan kulit
B. sudah terantuk baru tengadah
C. orang mengantuk disorongkan bantal
D. ada udang di sebalik batu

19. Razali merupakan Ketua Tingkatan 3 Kenanga. Namun, dia tidak tahu menjalankan tugas kecuali setelah diarahkan oleh guru tingkatannya.
Situasi ini dikatakan
A. Seperti harimau menunjukkan belang.
B. Seperti kacang lupakan kulit
C. Seperti aur dengan tebing
D. Seperti pahat dengan penukul

20. Sekiranya kita ingin berjaya, kita hendaklah mengikis perasaan malu untuk bertanya tentang sesuatu perkara. Keadaan tersebut dikatakan seperti
A biduk lalu kiambang bertaut
B burung terbang dipipiskan lada
C malu berdayung perahu hanyut
D menanam tebu di tepi bibir

21.


Maksud yang paling sesuai dengan peribahasa di atas
A Keadaan yang cemas
B Situasi yang mantap
C Suasana yang aman damai
D Peristiwa yang mustahil berlaku

22. Tabiat Ali yang suka membaca pelbagai buku sememangnya telah sebati dengan dirinya kerana telah dididik oleh ayahnya sejak kecil lagi.
A Seekor kerbau membawa lumpur habis semuanya terpalit
B Melentur buluh biarlah daripada rebungnya
C Bagai cembul mendapat penutupnya
D Sekali air bah sekali pantai berubah


23. Pelanduk lupakan jerat tetapi jerat tak lupakan pelanduk

Maksud yang paling sesuai dengan peribahasa di atas ialah
A orang yang berhutang selalu lupa namun orang yang memberi hutang takkan lupa akan hutangnya.
B seseorang yang selalu hidup dalam kesenangan meskipun banyak hutang.
C seseorang yang suka meninggi diri walaupun dirinya kurang sempurna.
D seseorang yang hidup menderita akibat perbuatannya sendiri.



24. Sejak datang ke Kuala Lumpur, gaya Amin semakin berubah berbanding dengan gayanya semasa tinggal di kampung.

Keadaan Amin itu tepat dengan peribahasa
A seperti kacang lupakan kulit.
B jauhari jua yang kenal manikam.
C jalan mati lagi dicuba, inikan pula jalan binasa.
D masuk kandang kambing mengembek masuk kandang kerbau menguak.

25. Disebabkan perangai buruk Ibrahim, kesemua ahli keluarganya dibenci oleh penduduk Kampung Melati.

Keadaan tersebut dapat disamakan dengan peribahasa
A seekor kerbau membawa lumpur habis semuanya terpalit.
B marahkan nyamuk kelambu dibakar.
C berpatah arang berkerat rotan.
D lain padang, lain belalang.

26. Peribahasa “jauh bau bunga, dekat bau tahi” membawa maksud
A selalu bertengkar apabila bertemu.
B kasih sayang yang tidak pernah pudar.
C perbuatan jahat yang akhirnya diketahui orang juga.
D ketika berjauhan saling merindu, apabila berdekatan sering bergaduh.

27. Pergaduhan ketua-ketua jabatan itu menyebabkan kakitangan selalu menjadi mangsa keadaan.

Keadaan tersebut tepat dengan peribahasa
A gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.
B banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.
C berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi.
D kalah jadi abu menang jadi arang.

28. Setelah berdiam diri, akhirnya Damak terpaksa menggunakan segala kepakaran yang dipelajari daripada Tuk Guru Bukit Harimau untuk menewaskan Komeng yang memusnahkan harta bendanya.

Keadaan tersebut dapat disamakan dengan peribahasa
A seperti gergaji dua mata.
B seperti rusa masuk ke kampung.
C seperti katak di bawah tempurung.
D seperti harimau menunjukkan belangnya.

29. Peribahasa “hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah” mempunyai maksud yang hampir sama dengan
A alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
B sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
C biar berputih mata, jangan berputih tulang.
D berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

30. Doktor Azizi bersyukur kerana anaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading dalam jurusan perubatan.
Peribahasa yang sesuai bagi pernyataan tersebut ialah
A bagaimana acuan begitulah kuihnya.
B di mana ada kemahuan di situ ada jalannya.
C hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
D kata dulang paku serpih kata orang dia yang lebih.

31. Tabiat Laili yang suka membaca sebarang bahan bacaan sudah sebati dengan dirinya kerana telah dididik oleh ayahnya sejak kecil lagi.
Keadaan tersebut dapat disamakan dengan peribahasa
A sekali air bah sekali pantai berubah.
B nak seribu daya tak nak seribu dalih.
C bagai cembul mendapat penutupnya.
D melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

32. Peribahasa “bagai mencurahkan air ke daun keladi” mempunyai maksud yang hampir sama dengan
A sirih pulang ke gagang.
B nasi sudah menjadi bubur.
C masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
D mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.

33. Mak Temah asyik membawa mulut perihal anak jirannya, tanpa disedarinya perilaku anak daranya yang sering berdua-duaan dengan teman lelaki menjelekkan mata masyarakat kampung itu.
Peribahasa yang sesuai bagi pernyataan tersebut ialah
A bagaimana acuan begitulah kuihnya.
B di mana ada kemahuan di situ ada jalannya.
C hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
D kata dulang paku serpih kata orang dia yang lebih.


34. Datuk Marzuki tidak kekok bergaul dengan orang-orang kampung. Malah, dia bergaul dengan sesiapa saja tanpa mengira pangkat dan darjat. Keadaan ini menunjukkan Datuk Marzuki tahu bahawa
A Jauhari juga yang mengenal manikam.
B Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.
C Jika ular menyusur akar, tiada hilang biasanya.
D Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.


35. Fatimah menolak pinangan anak Pak Busu. Bagi Fatimah, walaupun pemuda itu tampan, namun dia tidak menggemari tingkah laku pemuda itu yang kurang sopan. Keadaan pemuda itu seperti
A Minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga.
B Bunga dedap, sungguh merah berbau tidak.
C Kiambang di air, akarnya tidak jejak di bumi.
D Buah kepayang, di makan mabuk dibuang sayang.


36. Nasurudin dan Shakir selalu bersama apabila melakukan sesuatu pekerjaan
walaupun mereka mempunyai kemahiran yang berbeza. Keadaan ini bolehlah diibaratkan ___________.
A seperti isi dengan kuku
B seperti aur dengan tebing
C seperti pahat dengan penukul
D seperti kucing dengan anjing

37. Amin ialah pemuda yang sangat keras kepala. Kawannya Hashim, sudah tidak mahu menasihatinya. Keadaan ini dikatakan ___________.
A bagai mencurah air di daun keladi
B bagai burung di dalam sangkar
C bagai menambah gelang bini
D bagai dakwat dengan kertas

38. Peribahasa-peribahasa berikut mempunyai maksud yang hampir sama, kecuali
A Bapa borek anak rintik.
B Seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.
C Bagaimana acuan begitulah kuihnya.
D Di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

39. Setelah mengetahui keadaan sebenar, Razilah dan Maizura berbaik-baik semula.
Kisah di atas diibaratkan
A Seperti memikul biawak hidup
B Habis madu sepah dibuang.
C Biduk berlalu, kiambang bertaut.
D Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.

40. Televisyen saya bertambah rosak walaupun cuba dibaiki oleh adik. Bak kata pepatah
A. Bagai tikus membaiki labu
B. Seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.
C. Jauhari juga yang mengenal manikam
D. di mana ada kemahuan di situ ada jalannya

1 ulasan:

  1. terima kasih... amat membantu saya disamping menjawab, saya juga boleh mengambil setiap jawapan sebagai nota peribahasa... :)

    BalasPadam